Tapai Pulut

Disember 23, 2021

Kemarin, lepas balik dari tengok wayang filem Spiderman : No Way Home (2021),  Syu terus ragikan Syu punya pulut. Pulut tu memang Syu dah masak siap-siap & bagi sejuk pada suhu bilik. Cuma tak sempat nak letak ragi sebab masa tu tengah kejar masa nak pergi tengok wayang dengan encik suami πŸ˜….



Lagipun masa Syu tengah bersiap-siap nak pergi tu pulutnya masih panas. Kalau nak teruskan proses meragi pun tak boleh. Takut terkencat raginya nanti. Jadinya, lepas balik dari tengok wayang baru Syu luangkan masa meragi pulut Syu untuk buat tapai.



Malam semalam, Syu tengok hasilnya. Alhamdulillah menjadi. Elok masak sekata & manis tapainya. Kalau ikutkan, bahan-bahan nak buat tapai pulut ni tersangatlah mudah sebenarnya. Cuma kalau tak kena cara pembuatan & raginya memang ke laut lah hasil menapai. Kalau nak tahu, dalam bulan ni sahaja dekat 3 kali Syu buat tapai tauπŸ˜‚.


Ini kalau dapat perkena dengan santan kelapa segar ni memang syahdu kawan-kawan 😁. 


Percubaan yang kali ke-3 ni barulah berjaya. Hasil tapai yang pertama & ke-2 semua masam tau πŸ˜”. Semuanya dek gara-gara ragi yang Syu beli dekat Shopee hari tu. Seller kata raginya manis. Tapi bila buat, tapainya jadi masam semacam. Pulutnya elok masak & berair. Cuma rasa dia macam yakhamat. Nak tak nak terpaksalah buang macam tu saja. Takkan nak buat air tuak pula. Siapa nak minum πŸ˜….



Untuk percubaan yang kali ke-3 ni Syu gunakan ragi yang Syu beli masa pergi Jalan-Jalan Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang hari tu. Memang manis sangat tapainya. Memang sungguhlah apa yang mak cik dekat Pasar Siti Khadijah tu cakap. Raginya boleh buat tapai jadi manis. Guna sikit pun dah cukup.



Kebiasaannya, untuk buat sekilo tapai pulut, Syu guna sebiji ragi sahaja masa proses meragi. Berbeza dengan ragi dari mak cik yang Syu beli ni. Untuk 2 kilo beras pulut, Syu guna sebiji ragi sahaja (Kalau guna kurang dari sebiji pun tak mengapa Syu rasa. Sebab raginya memang manis)



BAHAN-BAHAN


2 Kg - Beras Pulut

1 Cawan - Air  [Untuk kukusan kali ke-2]

1 Biji - Ragi [Kalau ragi manis boleh kurangkan]

Bancuhan air gula [Tak nak letak pun tak apa]

Daun pisang




CARA-CARA


  1. Beras pulut dicuci & direndam selama 3-4 jam sehingga kembang. 
  2. Toskan beras pulut yang telah direndam. Kemudian dikukus selama 20 minit.
  3. Beras pulut yang dah dimasak tadi korang angkat & masukkan ke dalam bekas bersih. 
  4. Masukkan air ke dalam pulut tadi. Gaul rata kemudian kukus sekali lagi sehingga masak - Gaul dengan air sampai pulut pulutnya berderai sebiji-sebiji atau tak melekat antara satu sama lain.
  5. Angkat & sejukkan pulut yang telah masak ke dalam talam - Rata-ratakan pulut tu supaya pulut cepat sejuk. [Jangan sejukkan menggunakan kipas. Biar pulut sejuk sendiri pada suhu bilik] 
  6. Lepas dah sejuk baru boleh ragikan pulut - Tak payah hancurkan ragi jadi serbuk. Cukup sekadar korang sagat ragi tu guna penapis macam Syu buat ni.
  7. Bila dah ragi sekata. Masukkan pulut tu ke dalam bekas kedap udara [Nak bungkus dalam daun pisang & daun getah pun boleh]
  8. Balut dengan kain & peram selama 1-2 hari di kawasan yang gelap - Jangan diintai-intai. Nanti terkencat kawan πŸ˜‚. Lepas 1-2 hari baru intai lagi okey!! πŸ˜‰πŸ’•





TIPS TAMBAHAN


  • Pastikan pulut betul-betul masak sebelum diragi supaya pulut tak jadi jelantah selepas ditapaikan.
  • Jangan letak ragi masa pulut tengah panas. Suam-suam kuku sekali pun tak boleh. Korang kena pastikan yang pulut tu betul-betul sejuk sebelum diragikan. 
  • Masa bungkus, jangan dipadat-padatkan & dipenyekkan pulutnya. Kalau tak nanti, pulut tak akan masa sekata semasa proses penapaian.
  • Macam mana nak tahu ragi korang manis ke tak? - Masa korang sagat ragi dengan penapis, bau debu ragi tu seakan-akan ada bau manis gula. 
  • Simpan tapai dalam peti sejuk lepas 1-2 hari proses penapaian. Jangan lepas korang ragikan korang terus letak dalam peti ais. Tak sempat kawan tu menapai πŸ˜….

Comments

  1. sedapnya..puashati buat sendiri, Alhamdulillah menjadi..

    BalasPadam
  2. rajinnyer syu buat tapai.. πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  3. Simpan dalam esbok, makan sejuk2 tentu sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul wak. Makan sejuk-sejuk sedap πŸ˜‹πŸ’•

      Padam
  4. Suka makan... Tak pernah buat... Tq share🌹🌹

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!