My Monday Memandey-mandey

Disember 06, 2021

Tak tahu nak cerita apa dekat blog sejak beberapa hari ni. Post yang Syu published pun kebanyakkanya post yang Syu dah sedia-sedia scheduled kan. So, turutkan jelah supaya tak kekeringan post dalam blog πŸ˜…. Busuk-busuk dapat up satu dua post pun jadilah buat celoteh tambahan demi menghabiskan sisa hujung tahun 2021 ni. Tak kisahlah ada yang membaca ataupun tak. Janji ada sesuatu yang Syu coretkan dalam syuderis.com 😊🍎.



Apa-apa pun, alhamdulillah. Tak henti-henti hujan turun basahkan bumi hari ni. Minggu lepas, hari-harinya Syu rasa macam cepat jer berlalu. Semalam tutup mata hari Isnin. Hari ni buka mata dah hari Isnin balik πŸ˜‚. Lebih kurang macam tu lah gambarannya πŸ˜…. By the way, pasal perkembangan famili Syu. Syukur pada Allah. Semuanya baik-baik sahaja. Adik-adik Syu yang ada kontak rapat dengan mak & abah semua dah buat swab test & alhamdulillah semua negatif keputusannya. Cuma mak & abah Syu jer yang positif. 



Selepas pihak KKM pakaikan gelang, mak & adik-adik Syu disarankan untuk buat sendiri kuarantin di rumah. Dalam tempoh kena kuarantin tu jugak diorang semua kena kemaskini tasks di MySejahtera. Buat masa sekarang ni cuma abah Syu sahaja yang masih berada di hospital sebab kadar oksigen dalam darahnya tu kejap naik kejap turun. Yang pasti keadaan dia okay & tak serius sampai nak kena intubate bagai. Selagi boleh memang tak nak abah kena intubate. Sakit mata orang memandang, sakit lagi badan yang merasa. Cukuplah tengok arwah bapa mertua dulu kena macam tu sebab kena serangan jantung. Apa-apa pun terima kasih buat sahabat-sahabat Blogger Syu yang tak putus-putus mendoakan.

  

Cornetto
Sementara nak tunggu hujan berhenti. Kita lepak dulu makan sekerim.

 

😌Sejujurnya hari ni Syu agak buntu kepala memikir nak lunch apa. Nak singgah tapau akak mee kari, dia cuti pula hari ni. Penyudahnya, makan mi segera jer dekat office. Masa keluar cari barang-barang office tadi, Syu sempatlah lepak kejap makan aiskrim dekat tepi kedai Speedmart 99. Teringin punya pasal. Lama jugak tak pekena aiskrim. Sekali sekala dapat keluar apa salahnya lepak kejap makan aiskrim. Bukan selalu pun. Nak gerak balik office tak boleh lagi. Sebab hujannya masih belum berhenti. Kalau redah jugak, alamatnya basah lah baju πŸ˜…. Waktu balik kerja basah kena hujan tak apa. Ni kalau masuk kerja basah-basah memang tak lalu. Tambah-tambah kena penghawa dingin. Memang kejung menahan sejuk. 



Walaupun hujannya hanya  turun renyai-renyai tadi. Tapi, mood nak balik office tu alahai...macam tak ada jer πŸ˜‚. Nampak gayanya sisa mood weekend macam tak habis lagi ni. Asal hari Isnin mesti mood nak ke laut jer memanjang yer. Sengaja ke apa. Mengantuk Monday lah. Moody Monday lah. Malas Monday lah. Memandey-mandey 😁. By the way, nak selitkan jugak spoiler masa makan aiskrim tadi. Tengoklah. Rasanya, better lagi kena hujan dari yang ini πŸ˜†. Puncanya, nak buang kertas pembalut aiskrim tadi tak ada tong sampah. Lepas tu punya bijak yakhamat boleh letak dalam raga motor. Merempit pulak tak ingat donia. Udahnya kawan tu pun terbanglah bertepek-tepek dekat baju. Ni kalau officemate tanya ni apa nak jawab? Kalau kata makan aiskrim nanti kantoilah jawabnyer. Adoyai πŸ˜‚. Spoil sungguh lah!!


Ini kalau balik sekolah selepat macam ni memang berdarah telinga dengar mak membebel. Dah besar panjang ni bebel dekat diri sendiri jelah πŸ˜.

Comments

  1. Hehe teringin hendak makan aiskrim di kaki lima kedai.
    Alamak habis baju.

    BalasPadam
  2. kita yg dah dewasa ni pun makan tumpah lagi. kalau makan keropok memang meriah ye serbuknya

    BalasPadam
  3. Color baju pun tak be kerjasama ye. Kalau gelap boleh lagi cover

    BalasPadam
    Balasan
    1. πŸ˜‚Hurmmm...tau takpe
      Paling tak suka sungguh uniform warna putih cenggini.Payah nak bela.

      Padam
  4. hehe. Semoga Akak sentiasa sihat selalu.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin Naim. Terima kasih mendoakan. Naim pun sama. Semoga kekal sihat & sentiasa berada dalam lindungan Allah 😊.

      Padam
  5. salam singgah
    moga terus diberi kesihatan yang baik
    pengalaman kami pling kuat pun pui
    seram bila baca kawan2 ade yg positif
    mujur dah vaksin mereka
    so takdelah seteruk yg belum vaksin

    BalasPadam
  6. Tahan telinga je la..... dengar bebel

    BalasPadam
  7. Semoga ahli keluarga Syu diberikan kesihatan dan kesembuhan..

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!