Free Guy (2021)

Disember 06, 2021

Free Guy


Genre : 


Action, Adventure, Komedi, Fantasi, Science Fiction


Pelakon : 

Ryan Reynolds [Guy], Jodie Coner [Millie], Taika Waititi [Antwan],  Lil Rel Howery [Buddy],  Joe Keery [Keys], Utkarsh Ambudkar [Mouse], Channing Tatum [Revenjamin Button], Aaron W.Reed [Dude]


Pengarah : 

Shawn Levy


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

 

Hari ni Syu nak review sikit pasal filem Hollywod yang bertajuk Free Guy ni. Sejujurnya, movie ni memang best untuk ditonton sebab jalan ceritanya memang unik & lawak. Tambah-tambah bila watak heronya dilakonkan oleh Ryan Reynold 😁.


Dalam filem ni, Ryan Reynold memegang watak hero yang bernama Guy. Guy ni merupakan salah satu NPC (Non-playable Character) di dalam sebuah permainan video yang bertajuk Free City. NPC ni lebih kurang macam watak sampingan lah kiranya.


Di dalam Free City ni, karakter Guy telah disetkan sebagai seorang Pegawai Bank di Heist Bank. Hidup dia memang senang lenang, santai & bahagia. Memandang Guy ni hanya NPC, jadi setiap hari dia akan ulang perkara & adegan yang sama berkali-kali. Entah macam mana, Guy mula berasa bosan dengan kehidupan dia.


Ada satu hari tu, Guy duduk bersembang dengan Buddy & dia kemudiannya menceritakan apa yang dia inginkan dalam kehidupan dia. Kalau korang nak tahu, Buddy ni pun NPC jugak. Dia memegang karakter sebagai Pegawai Keselamatan di bank tempat Guy bekerja.



Dalam diorang tengah syok bersembang-sembang, tiba-tiba muncul seorang wanita misteri berkaca mata yang bernama Millie. Kalau nak tahu Millie ni bukan NPC. Dia merupakan pencipta kepada pemainan video ni.


Di dalam alam permainan video tu, Millie menggunakan nama samaran sebagai Molotov Girl. Tujuan dia main Free City tu kerana dia nak mencari bukti untuk menyaman Antman kerana menciplak hasil kerja dia bersama dengan seorang lagi rakannya yang bernama Keys.


Kalau ikutkan Millie ni bekerja dengan Antwan di Soonami Games. Tapi selepas dia dapat tahu yang Antwan memanipulasi & menyembunyikan kod asal permainan video ciptaannya bersama Keys di dalam Free City. Dia kemudiannya dipecat serta merta.


Jadi hanya Keys sahaja yang masih bertahan bersama Antwan. Itupun sebab Keys tak percaya dengan kata-kata Millie pasal kejahatan Antwan. Nak tak nak Millie terpaksa berjuang berseorangan demi mencari bukti di Free City.


Sejak terpandang Millie, Guy merasakan yang dia dah jumpa hala tuju kehidupan dia. Bermula dari saat tu, Guy cuba buat sesuatu yang luar dari apa yang selalu dia buat. Malah dia secara tak langsung turut terlibat dengan Millie dalam usaha menyelamatkan dunia Free City dari dimusnahkan oleh Antwan.


Nak tak tahu apa jadi pada dunia Free City & Guy selepas tu? Korang WAJIB tengok filem ni. Syu jamin korang takkan menyesal!! 5🌟 untuk Free Guy!!

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!