Disember 25, 2022
Avatar The Way of Water [2022]
![]() |
SUMBER FOTO : WDW News Today |
Genre :
13 tahun tunggu filem Avatar ni keluar panggung. Akhirnya! Keluar juga. Kalau korang nak tahu, filem Avatar The Way of Water terbitan Walt Disney Pictures ni mula ditayangkan pada 13 Disember 2022 & ia merupakan sekuel filem Avatar yang telah diterbitkan pada tahun 2009.
Filem yang menelan belanja RM1.5 bilion ni memang sangat colorful & penuh dengan imaginasi. Kemudian disuntik pula dengan elemen aksi & kekeluargaan. Sekaligus menjadikan filem ni bertambah menarik. Tak banyak plot twist & senang nak digest jalan ceritanya. Teknik CGI yang digunakan jangan cakaplah. Memang luar biasa! – Menyesal pula tak tengok versi IMAX 3D π.
Colonel Miles hidup lagi rupanya!
Di dalam filem Avatar The Way of Water kali ini, Jake Sully bersama keluarganya hidup dalam pelarian disebabkan niat jahat orang langit yang ingin menakluk Pandora & dendam Colonel Miles. Kalau ikutkan, Colonel Miles ni dah mati dah sebenarnya dalam filem Avatar yang lepas. Tapi, dia dihidupkan kembali dengan sisa memorinya yang ada ke dalam klon Na'vi-nya π.
![]() |
Ketua puak Metkayina, Tonowari. |
Demi menyelamatkan isteri & anak-anaknya dari menjadi buruan orang langit & Colonel Miles. Jake Sully sanggup melepaskan jawatannya sebagai ketua puak Omaticaya & gelaran Toruk Makto yang dipegangnya selama hari ni kepada orang lain. Kemudian membawa dirinya bersama keluarga menyembunyikan diri jauh ke Selatan Pandora untuk meminta perlindungan dari puak Metkayina.
Pada awalnya Jake Sully & keluarga tidak diterima baik oleh puak tersebut. Tapi, atas dasar ehsan & rasa hormat Tonowari kepada Jake Sully. Dia membenarkannya untuk tinggal bersama puak Metkayina. Dengan syarat, Jake Sully & keluarga belajar beradaptasi dengan suasana & cara hidup puaknya. Nak tahu apa jadi lepas tu? Korang kena tengok sendiri filemnya di pawagam yang berdekatan dengan korang. Tak syoklah spill the tea dekat sini π.
Pada Syu, ianya satu penantian yang sangat berbaloi. Sebab jalan cerita filem Avatar kali ni memang epik & luar biasa. Penuh aksi, fantasi & sedikit sebanyak ada bermain dengan emosi juga sebenarnya. Meleleh jugalah air mata Syu tengok scene yang penghabisan tu. Tak sia-sia tunggu bertahun-tahun filem terbitan James Cameron ni π.
Walaupun ada sedikit plot hole dalam filem Avatar The Way of Water ni. Tapi Syu abaikan saja. Sebab pada Syu, James Cameron & krewnya dah letakkan effort yang sangat tinggi pada sekuel Avatar kali ini. Bukan mudah ya nak buat filem yang macam ni. Syu sendiri pun tak ada kegigihan & bakat macam James Cameron. Next, kita tunggu filem Alita pula. Filem ni pun antara filem yang Syu tunggu-tunggu juga sebenarnya.
Disember 22, 2021
Spider-Man : No Way Home [2021]
Genre :
Lepas balik dari bercuti 3H2M : Kem Sungai Pauh, Cameron Highland & Jalan-jalan Negeri Cik Siti Wan Kembang kemarin, masih ada bersisa satu hari lagi Syu punya cuti. Memandangkan semalam tak tahu nak ke mana. Jadi, Syu booked tiket wayang & luangkan masa bersama yang tercinta tengok filem Spider-Man : No Way Home yang baru keluar panggung 15 Disember hari tu π. Lama juga tak masuk panggung tengok wayang. Selalu tengok movie dekat Disney HotStar jer.
Filem Spider-Man kali ni agak luar biasa yer jalan ceritanya sebab digabungkan semua ketiga-tiga Spiderman dalam satu filem. Malah, penjahat-penjahat dari Spider-Man yang sebelum-sebelum ni pun dibawakan kembali dalam Spider-Man : No Way Home ni. Jadi, sebelum korang tengok filem Spider-Man yang terbaru ni, sebaiknya korang tahu jalan cerita filem-filem Spider-Man yang terdahulu. Sekurang-kurangnya korang tak lost bila tengok filem Spider-Man : No Way Home ni.
Untuk pengetahuan korang, lepas Spider-Man mengalahkan Mysterio (Queen Beck) dalam Spiderman : Far From Home, kehidupan Peter Parker menjadi huru hara. Dia & sahabatnya tak dapat menikmati kehidupan yang normal tambah-tambah selepas identiti Peter Parker sebagai Sipder-Man didedahkan di seluruh bandar. Malah, ada segelintir penyokong Mytserio menganggap yang Spider-Man ni jahat.
Jadi, untuk menyelesaikan huru-hara ni, Peter Parker berjumpa dengan Dr. Strange untuk membuat semua orang melupakan siapa Peter Parker yang sebenarnya. Pada awalnya Dr. Strange menolak. Tapi selepas dipujuk, akhirnya Dr. Strange sudi membantu. Malangnya, semasa mantera dibaca, telah berlaku sedikit kesilapan yang menambahkan lagi huru-hara. Semuanya sebab Peter Parker telah mengganggu konsentrasi Dr. Strange membaca mantera. Kesilapan tu telah menyebabkan dimensi Peter Parker yang lain terlibat sama secara tak langsung.
Sejujurnya, masa tengok filem ni semalam, berjurai-jurai juga lah air mata Syu dibuatnya (Dalam hati : Nasiblah tak ada siapa yang perasan π). Bukan apa, di kemuncak & pengakhiran filem Spiderman : No Way Home ni ada beberapa adegan yang memang sedih & sebak sangat untuk diterima. Tak percaya? Korang tengok sendiri. Tapi Syu rasa, korang tak ada sampai tahap menangis berjurai-jurai macam Syu π . Secara keseluruhannya, filem Spider-Man yang terbaru ni memang terbaik. Cuma pengakhirannya Syu macam tak puas hati sikit. Sebab pada Syu, pengakhirannya sangat menyedihkan untuk kehidupan Peter Parker π.
Disember 06, 2021
Free Guy (2021)
Genre :
Hari ni Syu nak review sikit pasal filem Hollywod yang bertajuk Free Guy ni. Sejujurnya, movie ni memang best untuk ditonton sebab jalan ceritanya memang unik & lawak. Tambah-tambah bila watak heronya dilakonkan oleh Ryan Reynold π.
Dalam filem ni, Ryan Reynold memegang watak hero yang bernama Guy. Guy ni merupakan salah satu NPC (Non-playable Character) di dalam sebuah permainan video yang bertajuk Free City. NPC ni lebih kurang macam watak sampingan lah kiranya.
Di dalam Free City ni, karakter Guy telah disetkan sebagai seorang Pegawai Bank di Heist Bank. Hidup dia memang senang lenang, santai & bahagia. Memandang Guy ni hanya NPC, jadi setiap hari dia akan ulang perkara & adegan yang sama berkali-kali. Entah macam mana, Guy mula berasa bosan dengan kehidupan dia.
Ada satu hari tu, Guy duduk bersembang dengan Buddy & dia kemudiannya menceritakan apa yang dia inginkan dalam kehidupan dia. Kalau korang nak tahu, Buddy ni pun NPC jugak. Dia memegang karakter sebagai Pegawai Keselamatan di bank tempat Guy bekerja.
Dalam diorang tengah syok bersembang-sembang, tiba-tiba muncul seorang wanita misteri berkaca mata yang bernama Millie. Kalau nak tahu Millie ni bukan NPC. Dia merupakan pencipta kepada pemainan video ni.
Di dalam alam permainan video tu, Millie menggunakan nama samaran sebagai Molotov Girl. Tujuan dia main Free City tu kerana dia nak mencari bukti untuk menyaman Antman kerana menciplak hasil kerja dia bersama dengan seorang lagi rakannya yang bernama Keys.
Kalau ikutkan Millie ni bekerja dengan Antwan di Soonami Games. Tapi selepas dia dapat tahu yang Antwan memanipulasi & menyembunyikan kod asal permainan video ciptaannya bersama Keys di dalam Free City. Dia kemudiannya dipecat serta merta.
Jadi hanya Keys sahaja yang masih bertahan bersama Antwan. Itupun sebab Keys tak percaya dengan kata-kata Millie pasal kejahatan Antwan. Nak tak nak Millie terpaksa berjuang berseorangan demi mencari bukti di Free City.
Sejak terpandang Millie, Guy merasakan yang dia dah jumpa hala tuju kehidupan dia. Bermula dari saat tu, Guy cuba buat sesuatu yang luar dari apa yang selalu dia buat. Malah dia secara tak langsung turut terlibat dengan Millie dalam usaha menyelamatkan dunia Free City dari dimusnahkan oleh Antwan.
Nak tak tahu apa jadi pada dunia Free City & Guy selepas tu? Korang WAJIB tengok filem ni. Syu jamin korang takkan menyesal!! 5π untuk Free Guy!!
Disember 03, 2021
Black Widow [2021]
Genre :
Disember 02, 2021
No Time To Die [2021]
Memandangkan jalan ceritanya masih fresh dalam kepala otak. Syu rasa ada baiknya Syu buat review sikit pasal movie ni. Kalau nak tahu, No Time To Die ni adalah kesinambungan dari movie James Bond tahun 2015 yang bertajuk Spectre. Jadi, sebelum tengok movie ni sebaiknya korang tengok Spectre terlebih dahulu. Kalau tak nanti korang susah nak faham jalan ceritanya macam mana π.
Dalam movie James Bond kali ni, jalan ceritanya lebih ke arah pengakhiran karier James Bond dalam dunia perisikkan. Selepas menyelesaikan misi Spectre di kota London, James Bond membawa dirinya bersama Madeline ke Matera, Itali. Semasa di Matera, penduduk di sana ada buat upacara pembakaran rahsia. Syu sendiri pun tak pasti apa nama upacara tu. Yang pasti orang-orang dekat Matera tu tulis rahsia diorang pada kertas lepas tu diorang bakar kertas tu. Masa malam upacara tu James Bond ada tanya Madeline pasal rahsia dia. Tapi Madeline cakap yang dia akan bagitahu rahsianya tu lepas James Bond menziarah makam Vesper Lynd.
Esoknya James Bond pergilah ke makam tu. Entah macam mana makam tu tiba-tiba meletup kena bom. Bila kena macam tu, James Bond syak yang Madeline khianat dengannya. Nasib dia terselamat dari kena bom. Tapi, serangan tu tak berhenti macam tu jer. Balik tu James Bond & Madeline kena serang pula dengan beberapa pembunuh upahan Spectre yang diketuai oleh Premo. Lepas kes kena serang tu, James Bond buat keputusan untuk berpisah dengan Madeline. Tapi masa tu, James Bond tak tahu yang Madeline disahkan mengandung.
Sejak dari kejadian tu, James Bond pun buat keputusan untuk bersara dari dunia perisikan & menghabiskan masanya di Jamaica. Posisi lamanya sebagai ajen 007 pun dah terisi dengan pelapis yang baru. Walaubagaimanapun, perjalanan dia tak terhenti di situ jer. Lepas beberapa tahun, James Bond terpaksa melupakan hasrat persaraannya tu apabila sahabatnya Felix meminta bantuannya untuk menyelesaikan satu kes jenayah dari satu projek terlarang yang diberi nama Projek Heracles.
Projek ni antara projek terlarang yang dibuat oleh "M" sendiri & secara tak segaja telah bertukar menjadi salah satu projek yang merbahaya. Semua ni berlaku apabila saintisnya jatuh ke tangan penjahat yang bernama Safin. Safin ni ada kena mengena juga dengan peristiwa lampau Madeline. Disebabkan Madeline terhutang budi & nyawa dengan Safin, jadi dia terpaksa membiarkan dirinya diperalatkan.
Misi James Bond kali ni macam agak sulit nak diselesaikan. Sebab ianya melibatkan satu senjata bio merbahaya yang mengandungi nanobots. Fungsi nanobots ni lebih kurang macam virus Covid yang ada sekarang ni. Cuma ianya dicipta khas untuk menyerang manusia melalui sentuhan dengan berdasarkan DNA yang telah disetkan sahaja.
Sejujurnya, movie James Bond : No Time To Die ni memang best & agak menyedihkan juga pengakhirannya yer kawan-kawan. Nak tahu macam mana pengakhiran jalan ceritanya? Korang WAJIB tengok sendiri. Tak syok lah jadi tukang spoiler. Setakat bagi hint & teaser sikit-sikit tu boleh lah π. Apa-apa pun, 5π untuk No Time To Die!!
November 26, 2021
Dangal (2016)
Agak lama juga Syu tak buat movie/filem review yer. Actually, ada banyak cerita yang Syu shortlisted untuk di review di blog. Cuma idea nak mengarang tu macam ke laut sikit. Okey!! Without further ado, kali ni Syu nak review satu filem Bollywood yang best untuk dijadikan tontonan seisi keluarga. Jalan cerita, penjiwaan & sumbangan pelakon dalam filem ni memang terbaik. Korang bayangkan, si Amir Khan selaku hero dalam filem ni sanggup berlakon & berusaha menguruskan badan dia semata-mata nak bagi nampak real dalam lakonan dia. Selama 6 bulan dia ambil masa untuk lakonkan kembali watak Mahavir Singh Pogat dalam versi muda. Dari badan segemuk-gemuk alam dia sanggup kuruskan badan dek kerana passionnya dalam bidang lakonan. Ini baru betul-betul menjiwai watak π.
Kalau korang nak tahu, filem Dangal ni diadaptasi dari kisah sebenar dua orang atlet gusti wanita di India. Mereka berdua adalah Geetha Pogat & Babita Kumari. Mahavir Singh ni boleh dikatakan mempunyai latar belakang yang hebat juga dalam bidang gusti. Suatu ketika dulu, dia juga merupakan atlet gusti di peringkat kebangsaan. Namun, dia terpaksa melupakan minat & passionnya dalam bidang gusti setelah dia berkeluarga. Dalam filem ni diceritakan bagaimana Mahavir menjerumuskan dua anak perempuanya Geetha & Babita ke dalam bidang gusti. Pada awalnya, Mahavir Singh nak kan sangat anak lelakinya mewarisi kebolehan bergustinya tu. Tapi malangnya, semua anak-anak yang dilahirkan adalah perempuan. π Kesian...
Sampailah satu ketika tu, si Geetha & Babita ni tertangkap bergaduh dengan budak-budak lelaki di kampung dia. Dari situ Mahavir sedar yang anak-anak perempuannya juga boleh dibawa ke gelanggang untuk bergusti. Gara-gara pergaduhan tu, bermulalah hari-hari malang dua beradik ni. Setiap hari diorang terpaksa bangun awal, dipaksa berlari, makan makanan yang berprotein tinggi & berseluar pendek macam budak-budak lelaki yang lain. Malah, kepala diorang yang berambut panjang tu juga habis ditogelkan [π Togel betul-betul yer. Bukan togel tipu-tipu tau].
Pada awalnya, dua beradik ni memberontak juga. Tapi, selepas dinasihatkan oleh kawan diorang. Baru diorang sedar yang ayah diorang cuba menjadikan diorang wanita yang jauh luar biasa berbanding wanita-wanita lain di India yang hanya menghabiskan sisa hidup remaja dengan berkahwin, beranak-pinak & duduk di ceruk dapur. Apa jadi lepas tu? Yang ini korang kena tengok sendiri. Tak bestlah kalau jadi spoiler. Syu cerita sikit jer sebahai teaser. Yang pasti filem Bollywood ni antara filem lakonan Amir Khan yang terbest Syu pernah tengok selepas 3 Idiots. Berapa bintang?? Tu kat atas tu π☝.
September 30, 2021
Jaan-E-Maan (2006)
Hari ni Syu nak review sikit pasal filem Bollywood yang Syu dah tengok hari Sabtu minggu lepas dekat Awesome TV. Walaupun agak lambat nak bercerita, tapi Syu tak peduli. Syu nak cerita jugak π!! Bukan apa, sebab filem ni best sangat. Terpaksa war-warkan untuk korang tengok. Actually, ni first time Syu tengok filem Bollywood bertajuk Jaan-E-Maan ni. Padahal dah lama dah filem ni ditayangkan kat panggung. Overall, memang best lah filem Bollywood ni. Syu jatuh cinta sangat-sangat dengan jalan ceritanya.
Kalau nak tahu, filem ni mengisahkan tentang kisah cinta sepasang suami isteri yang berputik kembali selepas diorang bercerai akibat wujudnya salah faham. Ketika Suhaan & Piya ni masih suami isteri, Suhaan ni memegang kerjaya sebagai seorang pelakon. Disebabkan statusnya yang dah berkahwin, dia terpaksa membuat keputusan untuk tinggal berasingan dengan Piya buat sementara waktu supaya statusnya tak diketahui umum. Agak lama jugaklah Suhaan tinggalkan Piya. Sampai lah satu tahu tahap tu Piya dah tak tahan & dia terpaksa buat keputusan untuk tinggalkan Suhaan dengan balik ke rumah keluarganya di New York.
Tapi malangnya, perjalanan karier Suhaan sebagai bintang filem tak berjalan dengan berapa baik. Filem dibawah lakonannya mendapat sambutan yang sangat-sangat teruk dari kalangan penonton. Bila dah jatuh teruk, Suhaan pun balik semula rumah untuk kembali bersama dengan Piya. Sesampai jer di rumah, Suhaan tengok rumah tak ada siapa-siapa. Piya dah tinggalkan dia sorang-sorang. Pada masa yang sama, ada posman datang hantar surat & surat tu rupa-rupanya surat pemfailan perceraian dari Piya. So, tinggal lah Suhaan dalam keadaan terkontang-kanting tanpa hala tuju.
Cerita ni tak habis sampai takat tu jer tau. Lepas jer Suhaan & Piya bercerai, Suhaan ada terima satu lagi surat tuntutan dari mahkamah berkenaan dengan wang alimoni. Wang alimoni tu agak besar jugak jumlahnya & Suhaan kena bayar selagi mana Piya belum berkahwin dengan mana-mana lelaki, Jadi, untuk mengelakkan dari membayar wang alimoni ni, Suhaan berpakat dengan pak cik dia untuk carikan lelaki yang boleh menjadi suami baru kepada Piya. Nak dijadikan cerita, ngam-ngam diorang tengah sibuk buat perancangan, datang lah seorang jejaka bernama Champu ni.
Pada awalnya dia datang situ sebab nak jumpa dengan Piya. Piya ni sebenarnya crush Champu masa dia belajar sama-sama dekat kolej, Lepas Piya kahwin, Champu jadi frust sangat & dia pun membawa diri dia untuk jadi seorang astranaut. Tapi, disebabkan Piya ada contact dia, so dia datang cari Piya balik. Bila Suhaan & pakcik dia tahu yang Champu ni suka dekat Piya, so diorang pun buat satu perancangan untuk jodohkan Champu ni dengan Piya. Mula-mula semua perancangan berjalan dengan elok, sampai lah satu tahap tu Suhaan ternampak anak dia dengan Piya. Rupa-rupanya baru Suhaan tahu masa Suhaan tinggalkan Piya, Piya disahkan mengandung. Masa hari kejadian tu, Piya cuba nak bagitahu berita gembira tu dekat Suhaan. Tapi demi menjaga karier Suhaan, Piya terpaksa membatalkan niat dia tu. Bila Suhaan dapat tahu, barulah dia sedar yang dia dah abaikan Piya semata-mata mengejar cita-cita dia.
So macam mana pengakhiran kisah cinta Suhaan & Piya ni? Syu rasa, ada baiknya korang luangkan sikit masa tengok cerita ni. Kalau korang berminat nak tengok, korang boleh tengok dekat saluran YTube Channel atau korang boleh klik pada banner sebab Syu dah sertakan link-nya siap-siap. Memang best. Tak rugi tengok. Lagipun filem ni memang family friendly & tak ada adengan yang menyakitkan mata macam drama Korea yang tengah viral sekarang ni. So, secara keseluruhannya Syu memang suka filem Bollywood ni. Jalan cerita best. Pelakon pun best. Lagu pun boleh tahan sedap!! Syu paling suka lagu Hum Ko Maaloom Hain ni. Jadi kesimpulannya, 5 bintang untuk filem Jaan-E-Maan ni!!π
Ogos 24, 2021
Sulthan(2021)
Julai 05, 2021
The Mysterius Benedict Society [2021]

Genre :
Adventure, Comedy & Mystery
Pelakon :
Tony Hale [Mr.Benedict], Mystic Inscho [Reyne], Seth Carr [Sticky], Emmy Deoliveira [Kate], Marta Kesler [Constance Contraire], Kristen Schaal [Number Two], Gia Sandhu [Ms.Perumal], Maame Yaa Buafo [Rhonda], Ryan Hurst [Milligan]
Pengarah :
James Bobin
Rating :
πππππ/5
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
Sejujurnya, movie bersiri ni memang best. Yang tak bestnya, movie ni tak release semua episod oneshot terus. Nak tengok kena tunggu π. Dah lah sejenis Syu ni tak suka menunggu!! Tapi sebab best punya pasal, Syu hadap jelah. Kalau semua episod release one shot, memang movie marathon lah jawabnyerπ€£. Senang kerja Syu. Tak payah Syu ternanti-nanti episod tu keluar. Korang pun tahu kan penantian tu satu penyeksaan π!! By the way, untuk makluman korang, movie bersiri "The Mysterious Benedict Society" ni baru jer dimulakan tayangan pada 25 June 2021 hari tu di Disney+Hotstar. Movie ni telah diadaptasi dari novel Trenton Lee Stewart terbitan tahun 2008. Novel ni memang best & laris, kalau tak takkan lah boleh tersenarai dalam The New York Time Bestseller.
Movie bersiri ni sebenarnyer mengisahkan tentang empat orang anak yatim yang telah ditugaskan ke Akademik Boatwright dalam misi menyelesaikan isu "kecemasan" yang melanda dunia. Isu kecemasan apa? Syu sendiri pun tak tahu π€£. Diorang berempat ni telah dipilih oleh professor yang bernama Benedict dalam satu ujian yang sememangnyer agak susah untuk dilalui oleh kanak-kanak biasa. Keempat kanak-kanak ni bernama Rayne, Sticky, Kate & Constance. Diorang ni masing-masing mempunyai kelebihan & daya pemikiran tersendiri.
Setelah terpilih, diorang terpaksa belajar banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu perisikkan termasuklah kod-kod rahsia untuk berkomunikasi. Disebabkan diorang ni bijak & cekap, so diorang dapat absorb semua ilmu dengan cepat. Setelah Benedict yakin dengan keupayaan diorang,maka Benedict putuskan untuk menyerap masuk keempat-empat kanak-kanak ni ke Akademi Boatwright. Yang mana di akademi ni lah punca tercetusnya segala "kecemasan" yang menjadi kebimbangan Benedict tu.
Akademi Boatwright ni sebenarnya terletaknya di sebuah pulau terpencil yang jauh dari orang. Even nak masuk ke sana pun kena dicek terlebih dahulu segala dokumen oleh pegawai pemeriksa. Kiranya nak masuk ke akademi tu agak susah sikit sebab dari jeti memang dikawal ketat oleh pegawai. Dah lah letaknya jauh dekat pulau, so bila nak ke sana terpaksalah diorang berempat ni naik bot untuk menyeberang.
Sepanjang berada di akademik tu, diorang terpaksa menyamar & jadi mata-mata kepada Benedict. Segala aktiviti & maklumat berkenaan akademi tu diorang kena kumpul & sampaikan kepada Benedict. Dengan menggunakan kod rahsia yang diorang dah belajar, segala maklumat kena dihantar dengan berkomunikasi menggunakan lampu. Bukan kena jadi mata-mata Benedict jer, masa dekat akademi tu diorang tetap kena perform dalam akademik, kalau tak diorang punya memori akan dipadam & dihantar balek ke seberang. Berat betul tugas diorang ni. Dah lah budak lagi π .
Memang best tau movie bersiri ni! Habis satu episod mesti nak tengok lagi & lagi. Sebab dia punya jalan cerita & plot tu memang diluar jangkaan. Walaupun Syu tak habis tengok lagi kesemua episod, tapi Syu tahu movie ni best!! Lagi best dari movie si Falcon pengganti Captain America tu π€£. Korang wajib tengok!!
Translate
AUTHOR
