The Mysterius Benedict Society [2021]

Julai 05, 2021


Genre : 

 Adventure, Comedy & Mystery


Pelakon : 

Tony Hale [Mr.Benedict], Mystic Inscho [Reyne], Seth Carr [Sticky], Emmy Deoliveira [Kate], Marta Kesler [Constance Contraire], Kristen Schaal [Number Two], Gia Sandhu [Ms.Perumal], Maame Yaa Buafo [Rhonda], Ryan Hurst [Milligan]


Pengarah : 

James Bobin


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Sejujurnya, movie bersiri ni memang best. Yang tak bestnya, movie ni tak release semua episod oneshot terus. Nak tengok kena tunggu 😂. Dah lah sejenis Syu ni tak suka menunggu!! Tapi sebab best punya pasal, Syu hadap jelah. Kalau semua episod release one shot, memang movie marathon lah jawabnyer🤣. Senang kerja Syu. Tak payah Syu ternanti-nanti episod tu keluar. Korang pun tahu kan penantian tu satu penyeksaan 😆!! By the way, untuk makluman korang, movie bersiri "The Mysterious Benedict Society" ni baru jer dimulakan tayangan pada 25 June 2021 hari tu di Disney+Hotstar. Movie ni telah diadaptasi dari novel Trenton Lee Stewart terbitan tahun 2008. Novel ni memang best & laris, kalau tak takkan lah boleh tersenarai dalam The New York Time Bestseller.  


Movie bersiri ni sebenarnyer mengisahkan tentang empat orang anak yatim yang telah ditugaskan ke Akademik Boatwright dalam misi menyelesaikan isu "kecemasan" yang melanda dunia. Isu kecemasan apa? Syu sendiri pun tak tahu 🤣. Diorang berempat ni telah dipilih oleh professor yang bernama Benedict dalam satu ujian yang sememangnyer agak susah untuk dilalui oleh kanak-kanak biasa. Keempat kanak-kanak ni bernama Rayne, Sticky, Kate & Constance. Diorang ni masing-masing mempunyai kelebihan & daya pemikiran tersendiri. 


Setelah terpilih, diorang terpaksa belajar banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu perisikkan termasuklah kod-kod rahsia untuk berkomunikasi. Disebabkan diorang ni bijak & cekap, so diorang dapat absorb semua ilmu dengan cepat. Setelah Benedict yakin dengan keupayaan diorang,maka Benedict putuskan untuk menyerap masuk keempat-empat kanak-kanak ni ke Akademi Boatwright. Yang mana di akademi ni lah punca tercetusnya segala "kecemasan" yang menjadi kebimbangan Benedict tu. 


Akademi Boatwright ni sebenarnya terletaknya di sebuah pulau terpencil yang jauh dari orang. Even nak masuk ke sana pun kena dicek terlebih dahulu segala dokumen oleh pegawai pemeriksa. Kiranya nak masuk ke akademi tu agak susah sikit sebab dari jeti memang dikawal ketat oleh pegawai. Dah lah letaknya jauh dekat pulau, so bila nak ke sana terpaksalah diorang berempat ni naik bot untuk menyeberang. 


Sepanjang berada di akademik tu, diorang terpaksa menyamar & jadi mata-mata kepada Benedict. Segala aktiviti & maklumat berkenaan akademi tu diorang kena kumpul & sampaikan kepada Benedict. Dengan menggunakan kod rahsia yang diorang dah belajar, segala maklumat kena dihantar dengan berkomunikasi menggunakan lampu. Bukan kena jadi mata-mata Benedict jer, masa dekat akademi tu diorang tetap kena perform dalam akademik, kalau tak diorang punya memori akan dipadam & dihantar balek ke seberang. Berat betul tugas diorang ni. Dah lah budak lagi 😅. 


Memang best tau movie bersiri ni! Habis satu episod mesti nak tengok lagi & lagi. Sebab dia punya jalan cerita & plot tu memang diluar jangkaan. Walaupun Syu tak habis tengok lagi kesemua episod, tapi Syu tahu movie ni best!! Lagi best dari movie si Falcon pengganti Captain America tu 🤣. Korang wajib tengok!! 


What My Bawangians Say

  1. Macam mencabar je jadi budak-budak dalam cerita ni. Baca review dah rasa berat, berat lagi tugasan mereka :D

    BalasPadam
  2. Saya belum nonton movie ini... ceritanya bagus.
    Salam dr Indonesia

    BalasPadam
  3. Wah, thanks review-nya kak Syu, saya baru tahu kalau ini ada seriesnya, selama ini hanya tahu buku-bukunya saja.. Siap-siap menonton di akhir pekan ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Naia.Movie dah ada tak payah baca buku lagi.Hi3
      Jangan lupa nonton ya!!

      Padam