Drama Semanis Senyumanmu - Final

Julai 07, 2021

Semanis Senyumanmu
Semanis Senyumanmu [Final]

Malam tu, Azra jadi kelam kabut sangat bila Iman mintak tolong bawak dia pergi rumah Mak Su dia. Iman cakap Mak Su nya sakit & terpaksa mintak Azra hantarkan sebab kereta dia rosak. Azra pun turutkan jelah tanpa syak apa-apa. Nampak gayanya rancangan Azim, Iman & Izat menjadi & berjalan dengan lancar. Actually masa dalam kereta, Azra macam dah start rasa pelik dengan Iman sebab tak pernah-pernah Iman guna Waze. Tambah pulak rumah yang diorang nak pergi tu rumah Mak Su Iman. Takkan lah Iman tak ingat jalan langsung πŸ˜…. Nasib Iman bijak bagi alasan, kalau tak memang pecah tembelang nak pancing Azra. 


Sampai jer dekat rumah Mak Su Iman, Azra jadi bertambah-tambah pelik sebab masa dekat depan pintu bukan Mak Su Iman yang sambut diorang sebaliknya Nisa, anak saudara Azim. Rupa-rupanya rumah tu bukanlah rumah Mak Su Iman, tapi rumah kakak Azim. Azra memang tak tahu sebab dia tak pernah langsung pergi rumah Azreen. Selama ni diorang just jumpa dekat bakeri jer dengan Niza.  Bila Azra tanya Nisa betul ke rumah tu rumah dia & Nisa pun jawab ya. Azra tanya Iman apa maksud semua tu, tapi Iman sengih jer macam kerang busuk. 


Tanpa buang masa, Nisa pun ajaklah Azra & Iman pergi ke ruangan backyard. Kat sana rupa-rupanya, dah ramai tetamu tunggu kedatangan Azra untuk sambut hari lahir dia. Walaupun hari lahir Azra dah lepas, tapi disebabkan hasil komplot Azim dengan rakan & keluarga dia, akhirnya Azim berjaya jugak arrange parti hari lahir semata-mata untuk gembirakan hati Azra. Pada masa yang sama jugak, Azim nak ambik peluang malam tu untuk mintak maaf & berterus terang dengan Azra tentang perasaan dia dekat Azra selama ni.

Semanis Senyumanmu [Final]

Masa dekat backyard, Azra memang terkejut sangat bila dia nampak semua orang ada dekat situ. Azra rasa tertipu sangat-sangat & sekali lagi Azra cuba melarikan diri dari Azim. Tapi Azim sempat dapatkan Azra untuk beri penjelasan. Azim cuba berterus terang dekat Azra yang dia betul-betul dah sayangkan Azra. Walaupun pada awalnya Azim dah cuba berterus terang tapi Azra bagitahu Azim yang hati dia masih belum terbuka untuk terima Azim sebab Azra masih takut dengan apa yang dah terjadi antara dia dengan Joe sebelum-sebelum ni. Kalau boleh dia tak nak terluka lagi. Azim cuba yakinkan Azra yang dia wanita terbaik yang Azim pernah jumpa & dia anggap Azra lebih dari seorang kawan. Selepas puas memujuk, akhirnya Azra pun lembut hati untuk terima segala penjelasan Azim & berbaik-baik semula dengannya. Sejak dari tu hubungan cinta Azra pada Azim kembali berputik.

Semanis Senyumanmu [Final]

Setelah 6 bulan berlalu, akhirnya Azim berjaya meneruskan hubungan dia dengan Azra ke peringkat yang lebih serius. Azim telah membuat keputusan untuk melamar Azra & lamaran tu diterima baik oleh Azra. Untuk mewar-warkan berita gembira tu, Izat berpakat dengan keluarga & rakan Azim untuk buat satu parti bagi meraikan pertunangan Azim & Azra. Masa dekat parti tu, Azim bagitahu dekat semua orang yang dia dengan Azra mungkin akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan. Keluarga & rakan Azim gembira sangat yang dia akhirnya berjaya menambat semula hati Azra. Tamat...

Comments

  1. Yeah..habis akhirnya..Happy Ending...TQ Syu sebab rajin update review di sini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah! Happy ending.
      Mekaseh tau DA2T, sebab sudi luangkan masa baca sampai habisπŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam
  2. best juga ada masa nak menonton drama ini.

    saya memanng tidak sempat langsung hehehe

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!