Raya Haji Esok Masak Apa?

Julai 19, 2021

 What to cook

Raya Aidilfitri dah lama habis. Esok Hari Raya Aidiladha pulak menyusul. Nak masak apa pun Syu tak tahu.Bukan apa, kalau masak beria-ria pun bukan ada sesiapa yang dapat datang ke rumah beraya & berziarah kan ๐Ÿ˜”? Nak buat ibadah korban apatah lagi. Tahun lepas dapat lah jugak tengok orang sembelih & lapah lembu & kambing. Raya tahun ni memang double triple sedih. Dua-dua raya tak dapat sambut dengan meriah. Bermaaf-maafan pun guna video call ๐Ÿ˜ฉ. Berilah kelonggaran rentas negeri & daerah sekalipun, selagi pandemik tak reda memang Syu tak berani nak risikokan keluarga Syu dengan balik kampung. 


Raya

Walaupun duduk dalam satu negeri, Syu masih tak berani nak jumpa diorang. Risau takut jadi pembawa & penyebar penyakit. Pada Syu, tak mengapa hilang waktu bersama seketita, janji tak hilang diorang buat selamanya. Memang ajal maut tu Allah yang tentukan. Tapi selagi boleh kita cuba elak dari wabak Covid-19 ni jadi punca kematian ahli keluarga kita yang tersayang. Korang sendiri pun tengokkan macam jenazah pesakit Covid-19 disemadikan? Kalau boleh Syu mintak jauh sangat-sangat penyakit ni dari terkena pada ahli keluarga kita semua.

Raya
Dedulu paling tak suka bermaaf-maafan macam ni. Sekarang, moment ni yang paling Syu rindu sangat-sangat!! ๐Ÿ˜ข

Untuk menu raya haji esok, Syu masih tengah berfikir lagi nak masak apa. Tapi husband Syu dah mintak nak makan macam-macam dah ๐Ÿ˜…. Dia nak Syu masak nasi impit, kuah kacang, pulut jagung, rendang ayam & sup daging. Apa dia ingat dalam rumah ni ada 20 orang? Matilanak!! Takut tak termakan jer nanti ๐Ÿ˜‚

***Berjurai-jurai jugak air mata masa create post ni.Tambah-tambah bila throwback gambar raya.Sejenis Syu ni korang nampak jer kasar macam batu dekat luar. Tapi kat dalam semua tisu belaka!! ๐Ÿ˜…

What My Bawangians Say

  1. hhahahha kak ret dah sesiap beli lemang 2 batang ptg tadi..
    jadi la.. rendang pun dah siap MAMA uyum masak...
    siap menu sarapan esok :D

    Lunch kita order je nasi hujan panas dengan ayam masak merah..
    Yang ini takde mood nak masak jadi nya kita order je..

    rileks2 je raya haji hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu baru jer siap masak๐Ÿ˜Š.Jadilah buat makan dua orang.

      Silap2 Syu pun order gak esok.Food Panda & Grab kan hado๐Ÿ˜.

      Padam
  2. esok pagi bawa video call je lah kak syu. dapat juga rasa suasana sambut raya tu sama2 kan ๐Ÿ’–

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah.Bervideo call jer lah esok.Ape boleh buat๐Ÿ˜”.Janji leh ubat rindu ye dak?๐Ÿ’•

      Padam
  3. Balasan
    1. Tak pernah makan nasi permata.Nasi apa tu Rabiah?๐Ÿ˜

      Padam
  4. Rumah mak saya dekat je dengan rumah saya.. Pergi jugaklah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untunglah rumah dekat.Macam Syu memang tak dapatlah nak rentas daerah ๐Ÿ˜….Lagipun tak berani nak balek.Sebab abah Syu ada penyakit tiga serangkai.Risau takut apa2 jadi.

      Padam
  5. Samalah kita kak syu, tak suka part salam salaman mintak maaf tu sebab saya anak bongsu, memang lama kena salam cium tangan sebab banyak dosa kata abang abang dan kakak kakak. Memang jemmm dekat 10 minit kena cium tangan >.<
    Saya buat nasi minyak aje hehehe. Allahu husband kak syu HAHAHAHA, meriahnya request makanan! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham...anak bongsu memang selalu kena buli sebab akak adik-beradik pun wat gitu gak kat adik bongsu.Ki3๐Ÿคฃ. Bukan apa Tiqah, seronok menyakat. Tapi nak tak nak tetap kena salam jugak. Kalau tak, duit raya tak dapat๐Ÿ˜œ.Syok kan jadi anak bongsu ni, leh ngepau kakak2 & abang2๐Ÿ˜. Tak ngepau pun tetap jugak dapat!!

      Akak pun masak nasi hujan panas jer hari ni. Kenyang sikit. Masak lebih sikit boleh bawak sampai ke makan malam. Ketupat rendang semua tu esok2 jelah akak masak๐Ÿ˜.

      Padam
  6. runsing betul nak masak bila raya perantauan ni kan. dengan tak boleh kemana. nak masak kita kita je makan. Tapi tetap kena masak juga meraikan ray gitu. Moment tu memang dirindukan. tak boleh tahan air mata time tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, nak makannyer pun dua orang jer.Jadi macam tak reti pulak nak masak apa๐Ÿ˜‚.Sebelum2 ni bolehlah nak masak macam2 menu sebab ada orang datang & nak tapau balek kampung.Bila dah tak boleh nak beraya, macam no point pulak nak masak macam2.

      ๐Ÿ˜‚Moment ni memang tak leh tahan. Kalau tak berjurai air mata memang tak sah.Even tak ada buat salah apa pun.Tapi bermaaf-maafan macam ni dah jadi kebiasaan masa raya๐Ÿ˜๐Ÿ’•.

      Padam
  7. mama masak lauk raya mcm biasa je.. apapun kena jaga sop dan elakkan contact kan

    BalasPadam