Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 1

Julai 17, 2021

Wifi dekat rumah Ghaz [Zul Ariffin] rosak, so dia terpaksa lepak dekat cafe kak Zetty [Ziana Zain] untuk siapkan kerja dia & submit malam tu jugak. Tapi malangnya cafe kak Zetty dah nak habis waktu operasi & dia terpaksa suruh Ghaz sambung buat kerja dia dekat rumah. Ghaz cuba mintak kak Zetty tutup lambat sikit sebab dia memang terdesak nak kena siapkan paperwork dia. Tambah pulak paperwork tu kena submit malam tu jugak. Sebab tu selagi boleh Ghaz cuba merayu dekat kak Zetty supaya tutup lambat sikit cafe dia. Tapi malangnya, kak Zetty cakap tak boleh sebab dua tiga hari ni cafe dia asyik tutup lambat jer. Staff dia pun dah banyak merungut.


Dalam Ghaz tengah-tengah sibuk berunding dengan kak Zetty, kebetulan Mira [Ruhainis] yang jugak jiran sebelah Ghaz datang singgah cafe kak Zetty untuk tapau kopi. Pada awalnya kak Zetty menolak sebab masa tu kak Zetty memang dah siap-siap kemas barang nak tutup cafe. Tapi disebabkan Mira bagitahu kak Zetty yang dia betul-betul teringin nak minum kopi kak Zetty, maka kak Zetty pun layankan jelah. Ghaz pun apa lagi, dah alang-alang Mira dah datang menyinggah tapau kopi, dia suruh kak Zetty buat kopi Mira slow-slow. Sambil-sambil kak Zetty tengah prepare order Mira, sempatlah Ghaz siapkan kerja dia. 

Wifi sebelah rumah

Bila Mira dapat tahu yang Ghaz perlukan wifi untuk siapkan kerja, so Mira pun dengan baik hatinya bagi password wifi rumah dia dekat Ghaz. Ghaz jadi macam terkejut jugak sebenarnya & pada masa yang sama segan pun ada. Almaklumlah, dah lah diorang berdua ni duduk berjiran. Esok lusa bertembung mana nak letak muka πŸ˜…. Bila kak Zetty dah nampak Ghaz dah ada password, so dia pun teruskanlah kerja dia untuk tutup cafe.


Masa dekat rumah, Ghaz bagitahu Fendi [Fadhlan Hazim] yang dia dapat password wifi jiran sebelah. Yang Fendi pun jadi macam pelik & tertanya-tanya lah dari mana pulak Ghaz boleh dapat password wifi jiran sebelah. Padahal dekat rumah, Ghaz boleh jer pinjam wifi Fendi kalau dia nak. Tapi slow sikitlah dia punya network. Mungkin sebab tu Ghaz tak nak guna wifi Fendi kat umah agaknyerπŸ˜…. So, Ghaz pun explain lah dekat Fendi macam mana dia boleh dapat password tu masa dia tengah buat kerja dekat cafe kak Zetty. At the same time masa dekat rumah Mira, Mira bagitahu dekat adik dia [Zana] yang dia bagi password wifi rumah diorang dekat Ghaz. Zana pun marah lah Mira, sebab kalau papa diorang dapat tahu memang masak lah Mira jawabnyer. Dahlah papa dia cukup tak berkenan dengan dua teruna dekat sebelah rumah diorang tu πŸ˜‚. 

Wifi sebelah rumah

Keesokkannya masa Ghaz & Fendi nak pergi kerja, diorang ternampak Mira tengah siram pokok dekat depan rumah. Pada awalnya, Ghaz cuba nak ambil peluang tegur Mira. Tapi bila dah ternampak papa Mira [Uncle Sam] ada sekali dekat situ, terus terbantut niat Ghaz nak menegur. Bukan apa, ayah si Mira tu garang orang nya, mengalahkan harimau. Tambah-tambah bila berdepan dengan lelaki yang cuba nak pikat anak dia. Kalau ikutkan, ramai jugaklah teruna-teruna dekat luar sana kecundang nak pikat Mira gara-gara papa dia. Masa dekat depan rumah tu pun papa Mira dah pandang semacam dah dekat Ghaz & Fendi. Ghaz & Fendi apalagi, memang tak lah nak tunggu dekat depan rumah tu lama-lama. So, diorang pun terus jelah pergi kerja.

Wifi sebelah rumah

Malam tu,Mira bagitahu mama & papa dia yang dia ada interview dekat office senior dia, Fizi [Keith Foo]. Papa Mira pada awalnya macam tak percaya yang Mira pernah ada kawan lelaki masa belajar dulu. Tapi lepas Mira bagitahu yang Fizi tu senior Mira, akhirnya papa Mira lepaskan jugak Mira untuk pergi interview. Keesokkan paginya sebelum pergi kerja, Ghaz dengan Fendi sempat luangkan masa diorang bersenam depan rumah. Kalau ikutkan Ghaz tak nak join Fendi bersenam pagi tu. Tapi dah Fendi paksa, terpaksalah Ghaz turutkan. Dalam diorang berdua tengah sibuk-sibuk bersenam, tiba-tiba Ghaz ternampak Mira keluar. Lawa dia pagi tu. Almaklumlah, nak pergi interview. 

Wifi sebelah rumah

Ghaz pun cubalah nak tegur Mira. Tapi malangnya papa Mira tiba-tiba muncul pulak entah dari mana. Ghaz pun jadi gelabahlah sebab dia tahu papa Mira tu garang orangnya. Nak cover line punya pasal, Ghaz saja tukar topik sampai buka langkah silat Ghaz dibuatnya semata-mata nak menyelamatkan diri dari papa Mira πŸ˜‚. Mira rasa apa yang Ghaz buat tu memang kelakar sangat. Ghaz pun nak tak nak terpaksa tangguhkan niat dia untuk ucap terima kasih dekat Mira. Bersambung...

Comments

  1. macam menarik je cerita. free2 nanti boleh laa cari tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best cerita ni SS. Semua pelakon berlakon bersahaja jer.Wajib tonton.Syu recommend sangat2.

      Padam
  2. drama baru ni :)
    zul arifin..wow ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha..ah Kak Shida. Drama baru. Best jalan ceritanya!!😁

      Padam
  3. Balasan
    1. Tak. Kat Disney+Hotstar Kak Ret 😁.

      Padam
  4. suka klo zul ade berlakon..kena layan nih

    BalasPadam
  5. Kan...akak pun suka. Bukan sebab dia sado ke apa. Tapi sebab cara dia berlakon tu bersahaja. Best citer ni. Banyak adegan lawak. Akak rekemen sangat AD tengok 😁.

    BalasPadam
  6. Macam kelakar je tajuknya

    BalasPadam
  7. tak tengok lagi drama ni sebab kena langgan kat disney+hotstar kan. huhu

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!