Posts with the label Wifi Sebelah Rumah
Memaparkan catatan dengan label Wifi Sebelah Rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wifi Sebelah Rumah. Papar semua catatan

September 15, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 4

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Sesampai jer di rumah, Mira rasa seronok sangat dapat luangkan masa dengan Ghaz. Dalam dia tengah senyum-senyum happy. Mira tak sangka yang papa dia ada dekat ruang tamu ๐Ÿ˜‚. Bila dia nampak papa dia, terus tak jadi nak sengeh-sengeh macam kerang busuk. Sebelum dia naik ke bilik, Mira sempat luangkan masa bersembang dengan papa dia. Macam biasalah bila dah bersemban-sembang, papa Mira mulalah bukak topik pasal Fizi. Mira pun dah jadi macam cacing kepanasan lah dibuatnya. Selagi boleh Mira cuba nak elak bila papa dia bukak topik pasal Fizi. Lagipun, Mira bukan ada apa-apa perasaan pun dengan si Fizi tu. Dalam papa Mira sibuk dok berceloteh, tiba-tiba ada mesej masuk. Malam tu, Haji Dollah ajak papa Mira keluar lepak dekat restoran janda. Tak tahulah janda mana. Nak tak nak papa Mira terpaksa ending kan conversation dia dengan Mira. Alasan papa Mira, kawan ajak jumpa dekat surau ๐Ÿ˜‚.

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Malam tu Ghaz & Fendi tak tahu nak pergi ke mana. So, diorang pun lepaklah dekat cafe kak Zetty. Sambil-sambil tu diorang bersembang-sembanglah dengan kak Zetty pasal Mira. Tak disangka-sangka, dalam tengah rancak bersembang tu ada seorang lelaki tegur kak Zetty. Allah, papa Mira rupanya!! Ghaz & Fendi pun apa lagi. Sorok mukalah tak nak bagi papa Mira nampak ๐Ÿ˜‚. Tak sangka, restoran janda yang Haji. Dollah maksudkan tadi tu  rupa-rupanya kak Zatty punya cafe.


Actually, papa Mira tak perasan pun yang Ghaz & Fendi ada dekat tempat kejadian sebab Ghaz & Fendi pandai cover. Bila dah nampak papa Mira ada dekat cafe kak Zetty, Ghaz & Fendi pun jadi tertanya-tanyalah kenapa papa Mira boleh ada dekat situ malam-malam. Ghaz & Fendi pun apa lagi. Diorang pun sibuklah pasang mata. Kemain sakan papa Mira malam tu.  Ranggi pakaian dia mengalahkan orang muda. Cara bersembang dengan kak Zetty pun lain macam. Seolah-olah papa Mira ni  macam ada hati dengan kak Zetty. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Dalam diorang tengah dok sibuk-sibuk mengintai papa Mira, tiba-tiba muncul Ghaz punya secret admire. Masa ni Ghaz memang dah gelabah. Risau takut-takut papa Mira nampak. Tambah pulak secret admire Ghaz tu jenis yang gedik orangnya. Mana nak reti cover-cover. Tapi nak tak nak sambil-sambil tu Ghaz terpaksa layan jugak. Sebab tak nak orang tu kecil hati. 


Dalam diorang tengah nak cover-cover tu, entah macam mana papa Mira pulak nampak diorang duduk bersembang-sembang lelaki perempuan. Naya Ghaz & Fendi. Dah confirm-confirm akan jadi point untuk papa Mira reject untuk dijadikan menantu. Balik jer rumah, papa Mira pun apa lagi. Membawang lah dia dekat mama Mira. Tapi, mama Mira malas nak ambik port sangat sebab dia malas nak percaya cakap papa Mira. Takut jatuh fitnah. Bagus jugak mama Mira ni. Sekurang-kurangnya dia tak sama naik dengan papa Mira dalam bab-bab memburuk-burukkan orang ๐Ÿ˜‚.

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Keesokkan paginya, masa nak pergi kerja, Ghaz & Fendi ternampaklah mama & papa Mira dekat depan rumah.  Diorang baru balik dari pasar agaknya. Fendi pun bagilah idea dekat Ghaz supaya tegur mama & papa Mira. Mana tahu bila tegur dapat naikkan  saham Ghaz untuk jadi calon menantu pilihan. Masa Ghaz tegur, mama Mira okay jer. Tapi papa Mira pulak yang pandang sepesen dengan Ghaz & Fendi. Bila Ghaz & Fendi nampak papa Mira dah buat muka macam nak makan orang, diorang pun tak berani lah nak tunggu lama-lama dekat depan rumah Mira. Takut kena ngap! So, diorang pun gerak jelah pergi kerja macam biasa. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Masa dekat tempat kerja, Mira jumpa Ghaz & Fendi dekat ruangan rehat. Dia cadang nak ajak Ghaz & Fendi balik sama-sama lepas kerja nanti. Tapi Fendi awal-awal menolak dengan alasan tidur dekat rumah mak sedara. Padahal tak pun. Saja jer nak bagi peluang Ghaz luangkan masa dengan Mira. Nak tak nak, Ghaz pun terpaksalah terima pelawaan Mira tu. Rumah pun dah sebelah-sebelah, tak kan nak kata dah pindah rumah lain pulak kan ๐Ÿ˜†. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

So lepas habis kerja, Ghaz & Mira pun baliklah sama-sama. Sesampai jer dekat depan pagar rumah, Ghaz & Mira nampak motor Fizi parking betul-betul depan rumah Mira. Ghaz pulak jadi macam tak syoklah bila nampak motor bos dia dekat rumah Mira. Mira pun tertanya-tanya jugak, apa yang Fizi buat dekat rumah dia. Tanpa buang masa, Mira pun bagitahu dekat Ghaz nak masuk ke dalam rumah dulu. Ghaz pun ya kan jer. Padahal dalam hati dah rasa tak sedap. Bersambung...

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 4

September 15, 2021

Ogos 25, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 3

Wifi sebelah rumah
Wifi sebelah rumah

Bila nampak jer Mira, Ghaz jadi terdiam & kelu seribu bahasa. Segala apa yang dia nak cakap dekat Mira masa dia praktis tadi semua tak keluar. Sejenis pemalu Ghaz ni. Tapi dalam perangai pemalu tu banyak jugak perangai gila-gila dia ๐Ÿ˜†. Bila dah tengok Ghaz terkedu macam tu, nak tak nak Mira terpaksa memulakan conversation terlebih dahulu. Bukan apa, sebab Mira rasa canggung bila tengok Ghaz tak bercakap. Bila Mira dah start bercakap, barulah Ghaz mula bagitahu dekat Mira apa yang selama ni dia nak bagitahu. Actually, Ghaz cuma nak cakap terima kasih jer pun dekat Mira. Yelah, haritu kan Mira ada bagi password wifi dekat Ghaz masa dia terdesak sangat nak siapkan paperwork dia dekat cafe kak Zetty tempoh hari. 


Masa dekat rumah, Mira pun berceritalah dekat adik dia, Zana. Zana tergelak-gelak bila dengar kakak dia bercerita yang Ghaz. Tak sangka, mamat sesado Ghaz tu pemalu & segan nak bercakap dengan Mira. Dekat rumah sebelah pulak, Ghaz pun sobuk membawang dengan Fendi pasal apa yang jadi masa dia bersenam dekat taman petang tu.

Wifi sebelah rumah

Masa dekat tempat kerja, Mira ajak Ghaz & Fendi makan tengahari sekali. Tapi, Fendi menolak sebab dia nak bagi peluang pada Ghaz untuk luangkan masa dengan Mira. Fendi pun bagitahulah yang dia puasa hari tu. Padahal Mira dah nampak dah air minum Fendi dekat meja. Puasa apa macam tu kan? ๐Ÿ˜‚. Apa-apa pun Fendi tetap menolak untuk makan tengahari sama-sama dengan Mira. Ghaz dah tak sedap hatilah sebab dia kan pemalu sikit bila berdepan dengan Mira. Nak tak nak dia terpaksalah terima pelawaan Mira.


Masa dekat restoran, hanya Mira jer yang order makan. Ghaz cuma order air jer. Mira pun rasa macam pelik lah kan. Tapi masa makan tengahari tu Mira sempatlah berbual-bual dengan Ghaz. Cuma bila Ghaz dah start berangan, Mira dah rasa lain macam. Bukan apa, Mira tengok Ghaz dah buat perangai pelik. Bila dah berangan, apa pun tak sedar. Ghaz dah start malu dah. Tapi nasib Fizi call Mira masa tu. At least dapat jugak dia cover line. Lepas habis makan tengahari, Fizi ajak Mira keluar. Tak tahu lah pergi mana. Yang pastinya diorang keluar berdua ๐Ÿ˜‚. 

Wifi sebelah rumah

Petang lepas habis kerja, Fizi offer diri untuk hantar Mira balik rumah. Masa dekat rumah Mira, mama & papa Mira suka sangat dengan kedatangan Fizi. Bukan apa, diorang bertiga boleh berbual & beramah mesra macam dah lama kenal.  Papa Mira pulak macam okey jer. Tak ada pulak marah-marah. Kat sini nampak sangat yang papa Mira suka sangat dengan Fizi jika dibandingkan dengan dua teruna yang duduk dekat sebelah rumah dia. Siapa lagi kalau bukan Ghaz & Fendi. 

Wifi sebelah rumah

Keesokkannya, Mira, Ghaz & Fendi terpaksa kerja sehingga malam. Mira ajak diorang berdua balik sama. Almaklumlah, duduk berjiran kan. Apa salahnya balik sama-sama. At least, takdelah Mira balik sorang-sorang tak berteman. Bahaya jugak kan. Fendi bila dia tahu Mira yang ajak, memang automatically menolak. Macam biasalah nak peluang dekta Ghaz spendtime dengan Mira. Bukan selalu Ghaz dapar peluang. Walaupun duduk berjiran, bukan senang nak bertegur sapa.Tambah-tambah kalau ada papa Mira. So, ini lah peluang keemasan Ghaz untuk kenal lebih rapat dengan Mira.

Wifi sebelah rumah

Masa on the way balik ke rumah, Mira & Ghaz lalu dekat satu butik ni. Dekat situ ada sekumpulan busker tengah main lagu kegemaran Mira. Mira pun bagitahu Ghaz yang lagu tu lagu kegemaran dia. Bila Ghaz dapat tahu, dia pun ajak Mira untuk enjoy lagu tu. Nasib ada bangku tepi butik tu. Dapat jugak diorang enjoy the moment. Sambil-sambil dengar busker tu busking, Mira & Ghaz pun sempat sambung berbual. Lepas tu, baru diorang teruskan perjalanan diorang untuk balik rumah. Bersambung...

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 3

Ogos 25, 2021

Julai 23, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 2

Wifi sebelah rumah

Lepas terkantoi dengan papa Mira, Ghaz & Fendi memang kecut perut gila-gila dibuatnya. Dia punya garang tu memang tak boleh di bawak bincang langsung. Tak tahu lah kenapa papa Mira cukup tak berkenan dengan diorang berdua ni. Padahal duduk berjiran ๐Ÿ˜…. Apa lah salahnya berbaik-baik. Padahal Ghaz & Fendi bukan ada niat jahat pun. Bila dah kena aim dengan papa Mira, Ghaz & Fendi terbantut nak excercise. So, diorang pun masuklah ke dalam rumah bersiap-siap nak pergi kerja.



Masa kat dalam rumah, papa Mira mengadu dekat isteri dia. Dia bagitahu yang Ghaz cuba-cuba nak pikat Mira masa dekat luar tadi sampai siap bukak langkah silat ๐Ÿ˜†. Tapi, mama Mira ni jenis yang open minded orangnya. So, dia memang tak halang pun kalau ada orang yang berkenan dengan Mira. Dalam tengah rancak bersembang tu, tiba-tiba kawan papa Mira telefon ajak keluar melepak dekat luar. Papa Mira bagitahu dekat mama Mira yang dia ada perjumpaan dekat surau. Mama Mira pun mula la syak sesuatu. Tapi papa Mira cuba menafikan apa yang isteri dia cakap. Bukan apa, mama Mira memang dah dapat agak dah yang papa Mira melencong tempat lain.

Wifi sebelah rumah

Pagi tu masa dekat office, Ghaz & Fendi terkejut sangat bila ternampak Mira datang dekat office diorang. Rupa-rupanya Mira ada sesi interview dengan Fizi. Fendi ingat Mira datang nak cari Ghaz. Tapi takkan lah semata-mata datang office nak datang jumpa Ghaz. Padahal, selama hari ni Mira mana tahu Ghaz & Fendi kerja dekat mana. Pada awalnya Ghaz cuba mengelak dari jumpa Mira. Tapi tak semena-mena Mira dah panggil Ghaz. Terkedu Ghaz dibuatnya. Mira pun pada awalnya terkejut jugak bila nampak Ghaz & Fendi kerja dekat situ. Sempat jugaklah diorang berbual pendek. Masa Fizi dekat dalam office, dia ternampak Mira ada dekat koridor pejabat dengan Ghaz & Fizi. So,dia pun panggillah Mira masuk ke dalam untuk di interview. Kalau nak tahu Fizi ni senior Mira masa belajar dekat universiti dedulu & diorang berdua ni pernah bercinta. Tujuan dia panggil Mira interview pun sebab dia nak Mira tolong dia uruskan kan syarikat peninggalan arwah papa dia.


Wifi sebelah rumah


Masa dekat dalam office Fizi, Mira pun duduklah dekat depan Fizi. Macam biasa. Kalau datang interview mesti kita duduk dekat depan tukang interview kan. Tapi Mira tak. Fizi dengan selambanya ajak Mira duduk sebelah dia. Bila Ghaz nampak, dia dah macam tak sedap hati lah kan. Almaklumlah, si Fizi tu dahlah buaya. Semua perempuan dia nak mengayat. Bila nampak Fizi cuba nak mengayat Mira dah confirm-confirm Ghaz rasa yang dia tak ada peluang nak menangi hati Mira dah lepas tu. Gila apa perempuan tak nak dekat Fizi tu. Dah lah kaya, segak pulak. Kalau kahwin dengan dia dah sah-sah hidup senang lenang. Ghaz pun jadi meluat & malas nak tengok adegan Fizi & Mira,so dia pun pergi sibukkan diri buat kerja dia. 


Masa dekat luar office, Ghaz dah gelabah dah tengok Mira tak habis-habis interview. Tapi Fendi tetap cool & tenangkan Ghaz. Lepas habis jer kerja, Ghaz & Fendi singgah dekat cafe kak Zetty lepak-lepak. Masa kat sana, diorang pun sembang pasal Mira. Kak Zetty macam dah dapat agak dah yang Ghaz ada hati dekat Mira. Tapi Ghaz bagitahu  kak Zetty yang dia segan nak bercakap dengan Mira. Pasal isu pinjam Wifi hari tu pun Ghaz tak sempat nak ucap terima kasih lagi. Kak Zetty suruh Ghaz telefon Mira. Tapi dia segan. Kak Zetty pun pesan dekat Ghaz jangan tangguh-tangguh, kalau tak nanti melepas.

Wifi sebelah rumah

Keesokkan paginya, Ghaz keluar berjogging dekat taman & dia pun duduk berehat kejap untuk hilangkan penat. Masa tu entah macam mana dia tiba-tiba berfkir macam mana nak ucapkan terima kasih dekat Mira pasal bagi pinjam Wifi tempoh hari. Yang Ghaz ni pun praktis lah cakap sorang-sorang macam orang gila. Dalam tengah sibuk-sibuk praktis menyusun ayat untuk Mira, tiba-tiba ada orang cuit Ghaz dari belakang. Ghaz pun toleh. Rupa-rupanya Mira. Ghaz pun apa lagi, terkedulah dibuatnya. Elok-elok ada idea nak menyusun ayat, terus hilang gara-gara nampak Mira ๐Ÿ˜…. Bersambung... 

Wifi sebelah rumah

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 2

Julai 23, 2021

Julai 17, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 1

Wifi dekat rumah Ghaz [Zul Ariffin] rosak, so dia terpaksa lepak dekat cafe kak Zetty [Ziana Zain] untuk siapkan kerja dia & submit malam tu jugak. Tapi malangnya cafe kak Zetty dah nak habis waktu operasi & dia terpaksa suruh Ghaz sambung buat kerja dia dekat rumah. Ghaz cuba mintak kak Zetty tutup lambat sikit sebab dia memang terdesak nak kena siapkan paperwork dia. Tambah pulak paperwork tu kena submit malam tu jugak. Sebab tu selagi boleh Ghaz cuba merayu dekat kak Zetty supaya tutup lambat sikit cafe dia. Tapi malangnya, kak Zetty cakap tak boleh sebab dua tiga hari ni cafe dia asyik tutup lambat jer. Staff dia pun dah banyak merungut.


Dalam Ghaz tengah-tengah sibuk berunding dengan kak Zetty, kebetulan Mira [Ruhainis] yang jugak jiran sebelah Ghaz datang singgah cafe kak Zetty untuk tapau kopi. Pada awalnya kak Zetty menolak sebab masa tu kak Zetty memang dah siap-siap kemas barang nak tutup cafe. Tapi disebabkan Mira bagitahu kak Zetty yang dia betul-betul teringin nak minum kopi kak Zetty, maka kak Zetty pun layankan jelah. Ghaz pun apa lagi, dah alang-alang Mira dah datang menyinggah tapau kopi, dia suruh kak Zetty buat kopi Mira slow-slow. Sambil-sambil kak Zetty tengah prepare order Mira, sempatlah Ghaz siapkan kerja dia. 

Wifi sebelah rumah

Bila Mira dapat tahu yang Ghaz perlukan wifi untuk siapkan kerja, so Mira pun dengan baik hatinya bagi password wifi rumah dia dekat Ghaz. Ghaz jadi macam terkejut jugak sebenarnya & pada masa yang sama segan pun ada. Almaklumlah, dah lah diorang berdua ni duduk berjiran. Esok lusa bertembung mana nak letak muka ๐Ÿ˜…. Bila kak Zetty dah nampak Ghaz dah ada password, so dia pun teruskanlah kerja dia untuk tutup cafe.


Masa dekat rumah, Ghaz bagitahu Fendi [Fadhlan Hazim] yang dia dapat password wifi jiran sebelah. Yang Fendi pun jadi macam pelik & tertanya-tanya lah dari mana pulak Ghaz boleh dapat password wifi jiran sebelah. Padahal dekat rumah, Ghaz boleh jer pinjam wifi Fendi kalau dia nak. Tapi slow sikitlah dia punya network. Mungkin sebab tu Ghaz tak nak guna wifi Fendi kat umah agaknyer๐Ÿ˜…. So, Ghaz pun explain lah dekat Fendi macam mana dia boleh dapat password tu masa dia tengah buat kerja dekat cafe kak Zetty. At the same time masa dekat rumah Mira, Mira bagitahu dekat adik dia [Zana] yang dia bagi password wifi rumah diorang dekat Ghaz. Zana pun marah lah Mira, sebab kalau papa diorang dapat tahu memang masak lah Mira jawabnyer. Dahlah papa dia cukup tak berkenan dengan dua teruna dekat sebelah rumah diorang tu ๐Ÿ˜‚. 

Wifi sebelah rumah

Keesokkannya masa Ghaz & Fendi nak pergi kerja, diorang ternampak Mira tengah siram pokok dekat depan rumah. Pada awalnya, Ghaz cuba nak ambil peluang tegur Mira. Tapi bila dah ternampak papa Mira [Uncle Sam] ada sekali dekat situ, terus terbantut niat Ghaz nak menegur. Bukan apa, ayah si Mira tu garang orang nya, mengalahkan harimau. Tambah-tambah bila berdepan dengan lelaki yang cuba nak pikat anak dia. Kalau ikutkan, ramai jugaklah teruna-teruna dekat luar sana kecundang nak pikat Mira gara-gara papa dia. Masa dekat depan rumah tu pun papa Mira dah pandang semacam dah dekat Ghaz & Fendi. Ghaz & Fendi apalagi, memang tak lah nak tunggu dekat depan rumah tu lama-lama. So, diorang pun terus jelah pergi kerja.

Wifi sebelah rumah

Malam tu,Mira bagitahu mama & papa dia yang dia ada interview dekat office senior dia, Fizi [Keith Foo]. Papa Mira pada awalnya macam tak percaya yang Mira pernah ada kawan lelaki masa belajar dulu. Tapi lepas Mira bagitahu yang Fizi tu senior Mira, akhirnya papa Mira lepaskan jugak Mira untuk pergi interview. Keesokkan paginya sebelum pergi kerja, Ghaz dengan Fendi sempat luangkan masa diorang bersenam depan rumah. Kalau ikutkan Ghaz tak nak join Fendi bersenam pagi tu. Tapi dah Fendi paksa, terpaksalah Ghaz turutkan. Dalam diorang berdua tengah sibuk-sibuk bersenam, tiba-tiba Ghaz ternampak Mira keluar. Lawa dia pagi tu. Almaklumlah, nak pergi interview. 

Wifi sebelah rumah

Ghaz pun cubalah nak tegur Mira. Tapi malangnya papa Mira tiba-tiba muncul pulak entah dari mana. Ghaz pun jadi gelabahlah sebab dia tahu papa Mira tu garang orangnya. Nak cover line punya pasal, Ghaz saja tukar topik sampai buka langkah silat Ghaz dibuatnya semata-mata nak menyelamatkan diri dari papa Mira ๐Ÿ˜‚. Mira rasa apa yang Ghaz buat tu memang kelakar sangat. Ghaz pun nak tak nak terpaksa tangguhkan niat dia untuk ucap terima kasih dekat Mira. Bersambung...

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 1

Julai 17, 2021