Mac 18, 2018

New Chapter Begin!!

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭ

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

[QS. Al Hujuraat (49):13]

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan

[Riwayat Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah]

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Alhamdulillah...Syukur nikmat pada Allah kerana di permudahkan segala urusan kerja kahwin Syu. Dengan sekali lafaz, bersaksikan keluarga, sahabat & sanak-saudara maka bermula lah chapter baru Syu sebagai suri hidup cik abang sorang ni.

Lepas ni, rutin harian Syu mungkin ada sedikit berubah dari jadual. No more bangun tinggi-tinggi hari macam hidup membujang dengan family dedulu. "Me" time changed to "We" time. Pastu syndrome beleter macam mak-mak pon akan muncul day by day😆.

Dah jadi laki bini pon tetap suka spoilkan gambar😂. Sorry lah abang cameraman. Mesti berkicap dia nak cari angle amik gambar kahwin kitorang.
Kepada suamiku, welcome to family Pak Derih!!😚💗. Semoga perkahwinan yang kita bina ni sentiasa berada dalam Sakinah (سكينة), Mawaddah (مودة), Warahmah (ورَحْمَة) & terpelihara dari anasir-anasir yang kurang helok dari sang perosak-perosak rumahtangga kat luar sana.

Walaupun sepanjang kerja kahwin kita macam-macam perkara yang tak dijangka terjadi. Saya berharap awak boleh bersabar & terus bersabar. Bukan apa, sebab selepas ni ada macam-macam lagi dugaan yang Allah bakal uji dalam rumahtangga kita. Kuat awak, kuatlah saya.

Tak lupa juga kepada family Syu, terima kasih banyak-banyak sebab berusaha sedaya upaya menyelia & mengelola majlis perkahwinan ni supaya berjalan dengan lancar & teratur. Pada sanak-saudara, rakan-rakan & tetamu-tetamu, kami minta maaf andai kata ada terkurang dari pihak kami. Manalah tau kan...kot ada yang kami terlepas pandang. Almaklumlah, jemputannya pon agak ramai.


FAMILY & FRIENDS BELAH SYU


Ni lah dia heroin-heroin keluarga Pak Derih!!😆

Yang depan tu hero-hero family Pak Derih😅. Pak Derih yang dok angkat tangan nun.

KIRI: Geng jimba-jimba mase zaman study dedulu. KANAN: Geng main pondok-pondok kat umah tok.

Next round,family ni pulak bakal bergabung dengan family Pak Derih😆.

Ni kazen mazen Syu. Belah abah Syu jugak. Belah mak tak tau mana hala😅
(Jap,korek gambar lagi!!kot-kot ada jumpa)

Hah, yang ni baru sedara belah mak. Ni jer sempat cameraman snap.Yang lain tak sempat nak ambik sebab sibuk sangat membawang!!😆



FAMILY & FRIENDS BELAH SUAMI


Ni lah ayah mertua Syu. Orang panggil dia Cikgu Mat.


Kepada korang-korang yang masih lagi belum bertemu jodoh tu. Syu doakan agar cepat dipertemukan pasangan & dipermudahkan segala urusan untuk membina mahligai impian korang. Insyaallah...akan sampai masa korang-korang nanti. Cuma korang kena percaya yang tiap-tiap sesuatu tu Allah dah rencana dengan tersusun & teratur🙆💗.


👉NAK TENGOK GAMBAR LAGI!!