Jun 30, 2022

Mesin Basuh Tak Masuk Air? Ini Solusinya 😉

Tak kisah barang eletrik jenis apa sekalipun. Bila sudah sampai masa mesti akan timbul bermacam-macam masalah. Almaklumlah, benda pakai hari-hari. Lama-lama rosaklah "dia". Beberapa hari lepas, microwave Syu buat perangai - Tak apa. Boleh bertahan lagi tak ada microwave. Kali ini mesin basuh automatik pula. Yang ini rosak, serius Syu menggelupur 😂. Dalam hidup Syu Deris, ada 4 peralatan eletrik yang sama sekali DILARANG ROSAK.

 

  • Peti sejuk
  • Mesin basuh
  • Rice cooker
  • Seterika

 

Mesin basuh
SUMBER FOTO : Themanual.com


Nak dijadikan cerita. Masa nak basuh kain haritu, tiba-tiba air tak nak masuk dalam mesin basuh. Padahal, pili air dah Syu buka. Tak pasal-pasal menjerit "kawan" tu minta air. Bila jadi macam ini, mulalah runsing. Sudahlah banyak baju yang nak kena dibasuh.

 

Nak cuci dengan tangan memang tidaklah. Hantar dobi jauh sekali - Malas nak keluar & menunggu punya pasal 😂. Nak tak nak terpaksa cari jalan supaya mesin basuh boleh elok balik. Kaji punya kaji. Barulah tahu puncanya kenapa. Terima kasih kepada YTubers di YTube sebab tak pernah kekeringan idea berkongsi jalan penyelesaian  👏.



Punca air tak nak masuk?


Kalau korang nak tahu. Di dalam mesin basuh automatik, ada satu komponen yang fungsinya mengawal air masuk secara automatik ke dalam mesin basuh. Komponen ini kita panggil water inlet valve. Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil injap. Injap apa? Injap air masuk. Masuk ke mana? Masuk ke mesin basuh.


Bila injap ini rosak, ia sekaligus akan menganggu proses kemasukkan air ke dalam mesin basuh apabila mesin basuh dihidupkan. Jadi, komponen inilah yang perlu ditukar supaya air mesin basuh boleh masuk secara automatik seperti biasa.

 

Water inlet valve
Tukar benda ini settle masalah air tak masuk mesin 😁.


Kos untuk tukar injap ni tak mahal mana pun sebenarnya. Harganya dalam lingkungan RM11 ke RM25. Bergantung kepada model mesin basuh & kategori parts (OEM atau original). Biasanya, injap original mahal sikitlah harganya berbanding OEM. Nak beli di mana? Korang boleh beli injap ni samada di Shopee atau pun di mana-mana kedai alat ganti peralatan eletrik - Nak senang beli di Shopee saja. Tak ada runsing nak bercari kedai 😆.

 

Actually, tak kisah pun korang nak pilih yang mana satu. Asalkan alat gantinya sama & compatible dengan model mesin basuh yang korang pakai. Macam Syu, Syu pilih untuk beli injap jenis OEM saja. Bukan apa, sengaja tak nak beli yang mahal. Takut eksperimen repair mesin basuh tak menjadi 😆. Almaklumlah, kita try & error saja repair mesin basuh ni. Itupun lepas buat kajian di YTube.


Filter
Alang-alang nak service mesin basuh. Kita tukar filter sekali. BTW, ubat stapler tu datang dari mana eak?Tiber! 😗


Untuk mesin basuh Syu ni, Syu pakai mesin basuh model Toshiba AW7480E - Nombor model ni korang boleh tengok di belakang mesin basuh korang. Untuk elakkan kesilapan semasa membeli. Sebaiknya korang ambil gambar & tunjukkan kepada seller. Misal kata korang beli di kedai, nak bawa sekali injap yang rosak ni sebagai sample pun tak jadi masalah. Lagi senang seller nak cari.

 

 

Cara pemasangan injap

 

Di mana tempat korang pasang hos air, disitulah letakknya komponen water inlet valve ni. Untuk menukar injap ni, korang perlu buka kotak panel atau mana-mana bahagian mesin basuh yang menyambungkan water inlet valve dengan hos air - Kedudukan injap mungkin berbeza mengikut jenis model mesin basuh. Kemudian korang hanya perlu tanggal & gantikan injap yang rosak dengan yang baru. Itu sahaja. Senang bukan?


Water inlet valve
Senang saja tukar water inlet valve ni 😉.

 

Mesin basuh
Test dulu sebelum pasang covernya semula 😙. Dah okey baru kita tutup & pasang skru.


Begitulah cara selesaikan isu air tak masuk mesin basuh. Jimat duit & tak payah susah-susah dah nak panggil technician betulkan mesin basuh. Masalah kecil saja. Korang sendiri pun boleh buat. Kalau korang upah technician, Syu rasa lagi lebih dari ini korang kena cas. Jadi, selagi boleh baiki sendiri. Kita cuba baiki. Misal kata tak boleh juga. Sudah sampai masanya untuk nipiskan poket sendiri beli mesin basuh baru - Nak nipiskan poket suami pun boleh juga 😜. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

(P/S : Komponen & cara pemasangan mungkin berbeza mengikut jenis, jenama & model mesin basuh. Kalau rasa tak berapa yakin nak DIY. Sebaiknya rujuk pada yang pakar. Entri ini hanya sekadar perkongsian sahaja 😊💕)

Jun 27, 2022

Cara Ambil Pelekat PLKS/Permit Pekerja Asing Di Jabatan Imigrisen Malaysia

Masuk bulan Jun saja memang Syu sibuk renew permit pekerja asing. Mujurlah pekerja asing tak berapa ramai sebab ramai yang sudah dihantar balik ke negara asal - Check out memo (COM) pekerja asing. Baru-baru ini, Syu pergi ambil stiker permit pekerja asing di Jabatan Imigrisen Malaysia (JIM) di Meru, Ipoh. Memandang prosesnya masih segar dalam otak. Maka, Syu abadikan di dalam Syuderis.com buat rujukan di masa akan datang. Pada yang nak tahu prosesnya macam mana. Baca entri ni sampai habis okey! 😉💕


Tinggal satu lagi stiker nak kena pergi collect 😅. Malasnya nak pergi imigrisen.

 

 

Apa beza PLKS dengan permit?

 

Sebelum kita pergi lebih jauh. Apa beza PLKS dengan permit ni sebenarnya? TAK ADA BEZA! Actually, PLKS & permit ni benda yang sama. Kalau korang nak tahu. PLKS merupakan singkatan kepada pas lawatan (kerja sementara). Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil permit. Permit apa? PERMIT tinggal & bekerja bagi pekerja asing (PA) & pembantu rumah asing (PRA) 😁.

 

PLKS/permit ni dikeluarkan oleh pihak JIM dalam bentuk pelekat. Pelekat ini akan dilekatkan di dalam passport PA/PRA yang digajikan. Dengan adanya permit ini, mereka-mereka yang bukan berstatus warganegara diberikan kebenaran bersyarat untuk masuk, tinggal & bekerja di Malaysia untuk tempoh tertentu

 

PLKS/permit ini perlu diperbaharui setiap tahun. Tempoh penggajian yang diberikan kepada majikan adalah selama 10 tahun. Misal kata, majikan nak sambung lagi. Tempoh pelanjutan PA/PRA yang dibenarkan terhad kepada 3 tahun sahaja. Tapi, kadar levi lanjutan-nya akan jadi sedikit mahal berbanding sepanjang tempoh penggajian - RM6,000 bagi sektor pembuatan, perkhidmatan & pembinaan. RM2,000 bagi sektor pertanian & perladangan.



Senarai dokumen yang diperlukan

 

Untuk buat PLKS/permit ni mudah saja sebenarnya. Tambah-tambah bila menggunakan sistem e-PLKS@JIM. Dengan cara ini, majikan/wakil syarikat dapat memperbaharui PLKS/permit PA/PRA dengan mudah & lebih efisien. Tidak kira samada secara individu mahupun berkelompok.

 

Dengan sistem e-PLKS ini, majikan/wakil syarikat hanya perlu membuat permohonan PLKS secara atas talian & seterus perlu membuat permohonan buat cetakkan PLKS/permit di JIM yang berdekatan - Untuk menggunakan sistem ini, majikan/wakil syarikat perlu membuat pendaftaran ID terlebih dahulu di JIM.

 

Sekiranya majikan mewakilkan wakil syarikat untuk berurusan dengan JIM. Beberapa salinan dokumen sokongan WAJIB perlu disediakan terlebih dahulu. Dokumen yang tidak lengkap, akan menyebabkan proses pengambilan pelekat PLKS/permit akan ditolak oleh pihak JIM. Jadi, sila pastikan yang korang tak kurang walau satu pun dokumen-dokumen yang berikut :

 

  • Surat lantikan wakil syarikat*
    • Salinan kad pengenalan wakil syarikat
    • Salinan penyata caruman TERKINI (3 bulan) - Disahkan oleh pegawai KWSP
  • Surat permohonan pengambilan permit PA/PRA
    • Salinan passport & permit PA/PRA
    • Salinan resit e-PLKS
  • Salinan kad pengenalan pengarah syarikat
  • Salinan sijil pertubuhan & profil syarikat dari SSM MyData - TERKINI
  • Passport asal PA/PRA


Sekiranya majikan pergi sendiri, korang boleh skip salinan dokumen yang bertanda asterik (*). Walaubagaimanapun, salinan penyata caruman masih perlu disertakan bersama permohonan stiker PLKS/permit untuk pengesahan pegawai JIM.


Permit pekerja asing
Tak perlu ambil angka giliran. Cuma perlu drop dokumen di kaunter ekspres untuk semakan.


Bila semua dokumen sudah lengkap. Korang boleh buat serahan di kaunter ekpress JIM (Kaunter 1) untuk semakan - Kaunter urusan mungkin berbeza disetiap JIM cawangan negeri. Sekiranya dokumen tak ada masalah. Pegawai JIM akan proceed dengan proses cetakkan pelekat PLKS/permit - Pelekat tu nanti pegawai JIM yang akan lekatkan di dalam passport.



Bila sudah selesai, pegawai akan panggil nama syarikat/wakil untuk buat serahan passport. Untuk makluman korang juga, permohonan stiker permit lebih dari satu PA/PRA akan ambil masa sikit untuk dicetak. Biasanya, pegawai JIM akan suruh ambil esok. Kalau satu stiker saja, insyaallah akan siap pada hari yang sama. Untuk kepastian, sebaiknya korang tanya pegawai JIM terlebih dahulu 😊💕.

 

Permit pekerja asing
Tak ramai orang. Tapi makan masa jugalah nak dapatkan stiker permitnya 😅.

Jun 26, 2022

Minyak Masak Botol Terhad & Tiada Lagi Subsidi

MINYAK MASAK BOTOL TERHAD & TIADA LAGI SUBSIDI || Bermula Julai depan, tak ada lagi subsidi minyak masak botol melainkan minyak masak peket. Sudahlah minyak masak botol makin mahal sekarang ni. Dulu gagah jugalah nak dapat minyak masak botol bawah RM20/5Kg. Sekarang jangan mimpilah. Sebotol saja dah dekat RM30 🤦🏻‍♀️.

 

Minyak masak
SUMBER FOTO : Healthline.com

 

Baru-baru ni pergilah ke pasaraya bercari minyak masak botol. Semua minyak masak tulen dalam botol (5Kg) SOLD OUT ya. Dekat rak semua kosong 😌. Yang tinggal cuma minyak masak campuran jenama Knife & Red Eagle sahaja. Memang tidaklah kita nak beli. Sudahlah mahal. Bau pun tak sedap 😂. Selalu kaum cina saja suka minyak campuran dua jenama ni.



Minyak peket tak nampak bayang


Minyak paket jangan cakaplah. Dari dulu kini & selamanya tak pernah nampak bayang 😂. Nak dapatkan dalam sepeket pun sikit punya payah. Baik di pasaraya mahupun di kedai runcit. Bila ditanya, memanjang saja kata tak ada stok 🤔. Yang hairannya, berkotak-kotak nampak dekat belakang kedai nun.


Bila sudah jadi macam ini. Penyudahnya, minyak botol saja pilihan terakhir yang Syu ada. Apa boleh buat. Nak tak nak kena beli juga. Sebab ianya keperluan. Tak ada minyak masak nak menumis & menggoreng guna apa? Air? 😅


Minyak masak
Boleh beli satu botol saja 😌. Sedih!


Pernah satu kali pergi dekat satu pasaraya ni. Bila tanya minyak paket mana? Jawabnya dah habis. Okay faham. First come first serve. Tapi, bila pergi ke kaunter bayaran. Bersusun staff pasaraya pergi bayar minyak paket dekat kaunter. Bukan sepeket dua. Berpeket-peket untuk seorang staff. Hairan, ada pula minyak masak peketnya  😑 .



Dulu tak laku & kena banned

 

Memang tak dinafikan yang Malaysia negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia selepas Indonesia & Thailand. Tapi malangnya, minyak masak dalam negara sendiri sikit punya mahal harganya 😌- Ikut harga pasaran dunia agaknya. Sampai tak cukup pun ada. 


Dedulu kalau ikutkan, minyak masak dari kelapa sawit ni tak laku & diharamkan di negara-negara Eropah termasuk Amerika Syarikat. Lepas perang tercetus di Ukraine & Rusia. Barulah minyak kelapa sawit ada demand sampai harga cecah RM8K/tan.


Tapi bila harga minyak masak dah ikut harga pasaran dunia, memang peritlah kita. Nampak gayanya, makan rebus-rebus sajalah kita lepas ni. Minyak mahal punya pasal 😂 - SEKADAR MELUAHKAN 😌.

Jun 25, 2022

Alasan Berhenti Kerja Terbaik & Munasabah Untuk Diberikan Kepada Majikan

ALASAN BERHENTI KERJA TERBAIK & MUNASABAH UNTUK DIBERIKAN KEPADA MAJIKAN || Contoh surat berhenti kerja sudah ada. Tapi otak pula runsing & buntu mencari alasan berhenti kerja yang sesuai. Bukan apa, mesti korang akan rasa risau. Jika alasan yang diberikan agak kurang munasabah & tak masuk akal untuk diterima majikan.


Ada sesetengah majikan. Mereka akan jadi agak fussy sedikit dalam soal berhenti kerja seseorang pekerja. Tambah-tambah bila ia melibatkan pekerja yang ada potensi & mampu memberikan manfaat kepada syarikat.


Berhenti kerja
SUMBER FOTO : Perkbox.com


Namun, ada juga segelintir majikan yang tak berapa ambil kisah langsung pasal hal ini. Jenis majikan yang macam ini senang nak deal. Silap-silap diaorang sanggup lepaskan korang lebih awal tanpa menghiraukan tempoh notis perletakkan jawatan yang dah dimeterai di dalam kontrak pekerjaan. Tapi semua ini bergantung kepada budi bicara majikan korang juga sebenarnya.



Jadi, alasan konkrit yang macam mana patut diberikan kepada majikan supaya diaorang boleh lepaskan korang dengan mudah? Kepada yang ada perancangan untuk berhenti kerja. Korang WAJIB baca entri ni sampai habis. 

 

 

1) Ikut pasangan berpindah

 

Memang tak dinafikan. Tinggal & kerja berjauhan dengan keluarga antara perkara agak sukar buat pasangan yang sudah berkahwin. Jadi, alasan ikut pasangan berpindah mengikut pasangan merupakan alasan yang paling relevan untuk  diguna pakai.


Demi memenuhi komitmen saya kepada keluarga, saya perlu mengikuti suami/isteri saya berpindah ke tempat lain.


Malah, alasan seperti ini agak sukar untuk majikan tolak. Nak-nak bila ia melibatkan pekerja wanita yang sudah berkahwin & hidup berjauhan dengan keluarga tersayang. Selalunya, kalau isteri ikut suami berpindah memang senang majikan nak lepaskan.


Tapi, bagi kes melibatkan suami ikut isteri berpindah pula. Mungkin agak keberatan sedikit majikan nak bagi. Tapi, bergantung kepada budi bicara majikan juga sebenarnya. Kalau slow talk elok-elok dengan majikan. Insyaallah majikan bagi lepas.



2) Sambung belajar

 

Selain ikut pasangan berpindah. Alasan sambung belajar juga antara alasan yang relevan untuk berhenti kerja. Alasan macam ini selalunya digunakan oleh mereka-mereka yang bekerja secara sambilan. Samada menunggu keputusan SPM, STPM atau keputusan peperiksaan dari universiti semasa cuti semester.

 

Study
SUMBER FOTO : University of Oxford

 

Untuk alasan seperti ini. Seelok-eloknya, korang selitkan juga salinan surat tawaran belajar sebagai dokumen sokongan untuk majikan korang. Sekurang-kurangnya, majikan korang percaya yang korang betul-betul nak sambung belajar.

 

...saya telah mendapat tawaran untuk menyambung

pelajaran saya diperingkat diploma/ijazah/sarjana.


Lagi satu. Kalau boleh, jangan sekali-kali tipu majikan korang. Berhenti kerjalah dengan cara profesional & beretika. Alang-alang korang dah datang minta kerja cara baik. Diterima dengan cara yang baik. Sebaiknya, pergi pun mesti kena dengan cara yang baik juga.

 

Bukan apa. Misal kata lepas habis belajar korang menganggur & tak ada kerja. Korang boleh datang bekerja dengan majikan korang semula. Tak ada lah korang tanam anggur memanjang di rumah sementara nak tunggu kerja lain panggil 😉. Jadi, kekalkan hubungan baik dengan bekas majikan korang.



3) Tanggungjawab kepada keluarga


Apabila ahli keluarga berada dalam keadaan yang tidak sihat, uzur & tidak terurus. Waktu kerja yang fleksibel serta lokasi kerja yang dekat dengan tempat tinggal antara perkara yang sangat penting. Memang tak dinafikan komitmen terhadap kerja masih perlu dilaksanakan. Namun, komitmen kepada keluarga tetap menjadi tanggungjawab & kewajiban utama.

 

Bagi isteri/ibu yang bekerjaya pula, sudah semestinya tak menang tangan dalam menguruskan hal rumahtangga & kerjaya pada satu-satu masa. Tak kiralah multi-tasking supermom sekalipun. Tapi, bila sudah terlampau banyak bebanan kerja. Komitmen terhadap kerjaya & keluarga semestinya akan jadi imbalanced & tak teratur.

 

Ibu/ayah/isteri/anak/adik/abang berada dalam keadaan yang uzur.

Saya perlu memberikan komitmen sepenuhnya kepada keluarga saya.

Oleh yang demikian, saya terpaksa meletakkan jawatan

& mencari pekerjaan lain yang mempunyai waktu kerja yang lebih fleksibel.

Serta lokasinya tidak jauh dari kediaman kami.


Ada sesetengah majikan mungkin faham & boleh bertolak ansur. Tapi, tak semua majikan pemurah hati nak bagi waktu kerja yang fleksibel mahupun waktu pelepasan (time off) setiap masa. Sekali sekala mungkin boleh bagi muka. Andai berkali-kali. Majikan pun boleh naik fade-up. Jadi, solusi terakhirnya adalah dengan berhenti kerja & cari kerja lain.



4) Faktor kesihatan


Ada masa & ketika. Kerja yang diberikan majikan mungkin terlalu berat sehingga menyebabkan timbulnya masalah kesihatan. Mungkin disebabkan faktor persekitaran kerja yang tidak sihat, pernah mengalami kemalangan ditempat kerja, waktu kerja yang terlampau panjang serta pekerjaan yang melibatkan penggunaan kederat yang banyak/berat.

 

Alasan berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan antara alasan yang agak sukar untuk majikan kata TIDAK. Tambah-tambah bila ianya berpunca dari syarikat itu sendiri. Lagipun faktor kesihatan pekerja ni penting. Sebab ia sedikit sebanyak boleh memberikan kesan yang buruk kepada majikan & juga syarikat.

 

SUMBER FOTO : Prolawyer

Jadi, sudah semestinya majikan tidak berani untuk menanggung risiko dengan menggaji pekerja yang mempunyai masalah kesihatan. Terutamanya kepada pekerja yang pernah ada sejarah penyakit kronik & pernah mengalami kemalangan ditempat kerja.



Sebelum menghantar surat berhenti kerja. Jangan lupa selitkan sekali laporan kesihatan sebagai dokumen sokongan bagi membuktikan yang korang sebenarnya memang betul-betul sakit & tidak mampu untuk bekerja lagi.


 

5) Mengandung

 

Bila sudah berkahwin sudah semestinya akan ada perancangan untuk ada zuriat bukan? Buat ibu-ibu yang bekerjaya. Tak kira baru pertama kali hendak menimang cahaya mata mahupun bakal menimang cahaya mata yang seterusnya sekalipun. Sudah semestinya akan mengutamakan soal zuriat terlebih dahulu.



Kadang-kadang faktor persekitaran kerja, lokasi & jenis pekerjaan sedikit sebanyak mampu mempengaruhi kondisi kandungan si ibu. Malah, ada juga yang mengalami alahan teruk sepanjang proses kehamilan sehingga mengganggu perjalanan kerja.


    Untuk makluman tuan/puan, saya kini
telah berbadan dua. Malah, saya juga berhadapan dengan
 alahan yang sangat teruk. Atas faktor ini, saya terpaksa
membuat keputusan untuk melepaskan jawatan saya yang sedia ada demi kebaikkan saya & juga kandungan saya.


Ada sesetengah ibu mengandung jenis yang tahan lasak. Ada sesetengah tidak. Bergantung pada individu. Jadi, alahan mengandung yang teruk serta faktor kesihatan kandungan boleh dijadikan sebagai alasan yang terbaik & munasabah untuk berhenti kerja. 



5) Kembangkan karier

 

Berhenti kerja
SUMBER FOTO : New York Post

 

Mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik juga merupakan rezeki yang agak sukar untuk ditolak. Tambah-tambah bila gaji & manfaat yang ditawarkan jauh lebih baik dari syarikat yang korang bekerja sekarang ini.

 

Dalam kes ini, keputusan untuk berhenti kerja memang sangat wajar untuk dibuat. Dengan adanya pekerjaan yang lebih stabil, semestinya ia dapat menjamin kehidupan korang untuk jangka masa panjang.

 

...saya ditawarkan bekerja dengan jawatan yang lebih baik.

Jadi saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan demi

perkembangan karier & memenuhi keperluan saya.


Adakala, majikan sanggup tawarkan kenaikkan gaji yang lebih lumayan supaya korang boleh pertimbangkan semula keputusan untuk berhenti kerja. Dalam kes ini, terpulang kepada korang sendiri untuk membuat keputusan.

 

Sebaiknya-baik korang teliti semula matlamat utama korang hantar surat berhenti kerja. Andai kata korang terpaksa menolak. Silalah tolak dengan cara yang baik. Syu harap, semua alasan-alasan ni dapat membantu korang untuk berhenti kerja 😉💕.

Jun 23, 2022

Pucuk Dicita Ulam mendatang

Think

Hari ni & esok kita sambung cuti lagi 😌. Sebabnya lutut yang terhentak atas jalan hari tu masih lagi rasa sakit & bengkak. Luka? Alhamdulillah dah kering. Cuma kesan lebam belum hilang lagi.



Kalau ikutkan nak minta doktor bagi cuti sakit sehari saja. Tak sangka pula dibaginya dua hari. Memang pucuk dicita ulam mendatanglah jawabnya 😁. Dah alang-alang doktor bagi cuti. Kita rehatlah puas-puas - Entah ya rehat💃🏻. By the way, thanks doctor! 


Medical certificate
Doktor suruh rehat. Kita layankan saja 😁. 

Jun 21, 2022

Roti Naan Cheese Tarik Viral Di Ipoh

AWAS : ENTRI NI BANYAK GAMBAR YANG MENGIURKAN || Di Ipoh ni. Roti naan cheese antara menu paling viral di Restoran Di Naina ni. Kalau bulan puasa, memang menu ini yang paling laku & selalu SOLD OUT. Bukan itu sahaja. Nak beli pun sampai terpaksa tunggu lama & beratur panjang.


Roti naan cheese
Menu WAJIB CUBA bila singgah di Restoran Di Naina 😋💕.


Nasihat Syu. Kalau korang datang pada waktu puncak - Waktu tengahari, lepas habis waktu kerja & hujung minggu. Mohon bertabahlah ya. Sebab restoran ni memang sentiasa penuh dengan pengunjung. Tambah-tambah pada waktu malam. Kalau nak makan sini, sebaiknya pilih waktu orang pergi bekerja. Masa ni memang restorannya lengang 😅.

 

 

Lembut, gebu & penuh keju!

 

Roti naan-nya jangan cakaplah. Memang lembut & gebu. Baik yang kosong mahupun yang ada chesee. Saiznya pun boleh tahan besar juga. Puas makan. Kalau nak tahu, roti naan cheese di restoran Di Naina memang sarat luar & dalam dengan cheese. Pada yang TAK GEMARKAN CHEESE. Awas! Korang mungkin akan cepat rasa muak.


Roti naan cheese
Sos cheese dekat atas roti naan ni rasa macam sos cheesy wedges KFC pun ada 😁.


Roti naan cheese
Tengoklah. Tebal roti naan-nya.


Di bahagian dalam roti diletakkan keju mozarella. Manakala, di bahagian luarnya di curahkan pula dengan sos keju berwarna kuning supaya nampak lebih menyelerakan - Hakikatnya memang menyelerakan pun 😆. Selalunya. Bila makan roti naan. WAJIB order sekali dengan ayam Tandoorinya.



Roti naan cheese
Perkena dengan ayam tandoori memang terangkat chor 👍!

Dari segi harga. Pada Syu, kira berbaloi jugalah sebenarnya - Berbaloilah sebab ada orang tolong bayarkan. Terima kasih cousin 😛. Satu set sekali dengan ayam tandoori. Harganya cuma RM18 sahaja. Kalau campur air teh ais. Kira ngam-ngamlah RM20 😂.

 

Lagipun, roti naan-nya tebal & lembut. Cheese pun banyak - Berlobo-lobo orang Sarawak cakap 😁. Sampai boleh tarik-tarik. Ayam tandoori-nya pun boleh tahan juga. Kira okeylah kalau nak perkena sekali sekala dengan harga yang macam ni.



Buat penggemar roti naan, ayam tandoori & cheese. Korang WAJIB singgah di restoran ni. Tak nak makan roti naan? Tak apa. Menu lain pun ada juga. Syu dengar. Murtabaknya pun boleh tahan. Next round nak cuba murtabaknya pula.

Jun 20, 2022

Haiyo...Signal Mana Signal?

Memang tak dinafikan. Dari dulu kini & selamanya. Lampu signal pada kenderaan hanya dijadikan AKSESORI semata-mata. Especially for those yang tertutup hijabnya sampai TAK NAMPAK & tiba-tiba AUTO BENAK tak tahu fungsi tombol signal tu untuk apa. Baik dekat kenderaan ringan mahupun kenderaan berat. Kenapa Syu cakap macam itu? Sebab kebanyakkan spesis yang alpa nak bagi signal ni suka jadikan tombol & lampu signal kenderaan sebagai hiasan saja.



Spesis ni memang dah lama berleluasa dekat atas jalan raya. Kalau tak merbahayakan orang lain tak mengapa. Masalahnya, orang lain pun terlibat sama. Nak dijadikan cerita. Jumaat lepas Syu dah terkena. Elok-elok kita nak straight. Bantai dibeloknya ke kiri. Sudahlah lampu signal barang sekedip dua pun tak ada bagi. Suka-suka hati & sesedap hati dia saja nak ke kanan ke kiri macam jalan tu dia seorang yang punya. Tak memikir orang dekat belakang pula tu. Geram betul!


Tak bagi signal
SUMBER FOTO : FB Galeri Sentuhan ArifSan

Sudahnya. Kita pula yang dapat habuan cium jalan. Motor kesayangan Syu jangan cakaplah. Side mirror & lampu signal barai sebelah kanan. Stand bengkok. Cover set pula calar balar. Memang sakit hati tengok. Sudahlah motor tak habis bayar lagi. End up jadi macam ini pula. Bila nak report balai tahu pula si perlaku takut. Jadi, kita pun baik hati cuba settle tepi & suruh si pelaku tu tanggung semua kos perubatan & baik pulih. Tak banyak pun. Dekat sini duit dia burned RM300 saja - Kalau buat report balai lagi masak dia.

 

 

Tauke bengkel kerek 


Lepas buat rawatan di klinik. Syu pun pergilah hantar baik motor dekat bengkel motor berdekatan - Si pelaku pun ikut sekali. Pergilah dekat satu bengkel ni. Memang betul kerek apek tu - Memang tak sior teman nak hantar repair motor dekat situ lepas ni. Sudahlah menyombong. Banyak bagi alasan pula tu! Suruh tukar parts yang rosak semua tak nak buat.

 

Ini tak nak tukar. Itu tak nak tukar. Ini boleh ketuk. Itu boleh ketuk. Calar saja. Boleh gosok. Tak payah repair banyak katanya - Dia tak memikir yang aku ni calar hati nak bayar bulan-bulan. Banyak cantik muka dia. Orang lain yang menjahanamkan motor kita. Senang-senang saja nak biarkan - Macam biasalah. Ada sesetengah bangsa C ni kan suka backup kaum dia.

 

Sudahnya, Syu rejected bengkel apek tu & baik dekat bengkel motor lain. Banyak sangat songgeh. Mujur bengkel yang satu lagi ni jenis tak backup bangsa dia. Dia sapu rata saja. Itu pun baik mana yang rosak saja tau. Tak minta pun tukar cover set semua. Kalau minta tukar juga memang menganga si pelaku tu. Sudahlah cover set mahal. Tambah-tambah yang original. Kalau ikutkan kering hati Syu, memang nak minta tukar semua cover set semua. Mujurlah kita ni masih ada hati perut lagi.

 

Tak bagi signal
Luka ditangan nampak berdarah. Luka di hati siapa yang tahu 😒.


Nasihat Syu. Kalau korang kena macam Syu. Janganlah korang terlampau baik & murah hati sangat. Kalau perlakunya sejenis yang boleh tanggung semua kos tak mengapa. Dapat yang sejenis nak minta kurang walaupun kita dah berlebih kurang? Yang ini. Better settle dekat balai saja. Buang masa settle tepi. Tapi, kalau dapat yang jenis baik, berbudi bahasa, siap minta maaf & hantar pergi klinik segala. Terpulang pada budi bicara korang samada nak kaotim cara baik atau tidak. Bergantung pada keadaan.



Jangan drive secara membabi buta


Buat spesis yang tak reti bagi signal tu. Bawa-bawalah berubah sikit perangai tu ya. Kalau boleh jangan bawa kenderaan tu secara membabi buta. Yang suka salah bagi signal pun sama! - Bagi signal ke kanan. Tapi perginya ke kiri! Mohon berubah & lebih alert lepas ni! Tak kiralah lelaki atau wanita sekalipun. Jadilah pemandu yang berhemah di jalan raya.


Lagipun, bagi signal itu PERCUMA! Tak luak pun duit korang kalau bagi. Jangan disebabkan perangai bebal tak nak bagi signal. Nyawa orang lain pula yang melayang. Motor kereta melingkup boleh cari ganti dekat kedai spare part & kedai potong. Nyawa tak ada spare tau! Misal kata tak reti juga nak bagi signal. Mohon. Mohon sangat korang naik Grab! 😑


Tak bagi signal
SUMBER FOTO : Google

Jun 16, 2022

Lepak Santai Di Port Pak Jabit

LEPAK SANTAI DI PORT PAK JABIT || Nak cerita sikit pasal satu port lepak ni. Dia punya sup memang sedap & marvelous. Dari sup ayam, tulang, ekor, daging, perut sampailah ke sup gearbox 😋. Menu lain selain sup-sup pun ada juga. Yang pasti semuanya padu-padu belaka! Portion-nya pun boleh tahan banyak. Kalau nak tahu. Port ni diberi nama Port Pak Jabit!


Betul ke Pak Jabit namanya?


Sebetulnya, empunya Port Pak Jabit ni namanya Rosli Hj. Ahmad. Mungkin pemilik kedai ni suka dengan watak Pak Jabit dalam filem terbitan allahyarham Mamat Khalid agaknya. Itu yang diletaknya Port Pak Jabit sebagai nama kedai. Orang kampung sekitar Pengkalan Gate tu pun dah terbiasa panggil Pak Cik Rosli ni Pak Jabit. Maka, sampai ke sudahlah lekat nama panggilan tu sampai ke hari ni - Syu & husband panggil Pak Jab saja.



Port Pak Jabit


Sejujurnya, Port Pak Jabit ni antara port lepak & makan yang sangat simple & santai. Pengunjungnya jangan cakaplah. Tak putus-putus datang. Dari golongan muda sampailah ke golongan veteran. Meja sentiasa penuh. Bila lepas maghrib, ada lah pak cik-pak cik geng surau datang mengole di Port Pak Jabit ni.

 

Malam kemarin jangan cakaplah. Full house Port Pak Jabit ni!! Ditambah pula ada perlawanan live bola sepak piala Asia (AFC Asian Cup 2023) antara Malaysia menentang Bangladesh - Terbaiklah team Malaysia dapat pecahkan gawang Bangladesh 4-1. Tahniah 👍! Memang meriahlah kedai Pak Jabit dibuatnya - Kita yang tak berapa minat bola pun terjebak sekali.


 

Supnya memang padu!

 

Di kedai Pak Jabit ni signature dish-nya adalah sup. Menu bersup ni memang pilihan utama pelanggan di Port Pak Jabit ni. Termasuklah Syu. Kebiasaannya, Syu akan order sekali dengan nasi putih, telur dadar, kailan ikan masin. Di Port Pak Jabit ni, korang boleh order bermacam jenis sup yang korang nak. Biasanya sup ayam & lembu. Sup kambing tak pasti ada ataupun tidak. Sebab tak pernah order 😅.

 

Bila datang Port Pak Jabit. Dapat perkena semangkuk sup dengan nasi putih pun dah puas hati. Isi banyak. Memang tak kedekut. Semangkuk sup boleh makan untuk dua orang. Jadi, pada yang duduk Batu Gajah, Ipoh & sekitarnya. Korang bolehlah singah sini lepak-lepak. Tak nak makan sup & western food, korang boleh cuba menu lain. Roti canai pun ada jual di kedai Pak Jabit ni tau. Kabor jer nak makan ape. Pak Jabit & krew akan buatkan.

 

Port Pak Jabit
Nampak tebal hirisan perut lembunya. Tapi lembut tau.


Port Pak Jabit


Port Pak Jabit
Sedap kailan ikan masinnya.


Yang ini encik suami yang punya. Tak ingat berapa harga 😅.


Misal kata tak nak makan dekat kedai pun tak mengapa. Boleh tapau bawa balik makanannya. Nak buat pesanan awal pun boleh - Contact Kak Zu : 017-5065808 @ Pak Jabit : 011-36300877. Kedainya beroperasi setiap bermula jam 5 petang sehingga 12 malam. Hari apa tutup Syu tak berapa pasti. Yang pasti. Makan di Port Pak Jabit ni memang berbaloi & puas hati.  Cenggini teman bagi 👍.

Jun 14, 2022

MP BBQ Steamboat

Agak lama juga tak lepak di restoran MP BBQ Steamboat ni sebenarnya. Kali terakhir singgah makan di restoran ni masa berstatus tunangan orang - Masa tu tahun 2017 kalau tak silap Syu. Nak dijadikan cerita, semalam baru ada kesempatan untuk singgah makan lagi di restoran ni. Memandangkan dah ada geng yang mengajak. Kita pun on saja.


MP BBQ Steamboat
Dari segi interior boleh tahan. Sejuk mata memandang. Tempatnya pun luas juga.


Di Ipoh ni, restoran MP BBQ Steamboat boleh dikatakan terkenal jugalah dengan hidangan buffet steamboat & grill. Pengunjung yang datang jangan cakaplah. Memang ramai. Jadi, sebelum nak datang. Sebaiknya korang buat tempahan terlebih dahulu.


 

Halal ke?

 

Pernah ada isu juga berkenaan dengan status halal restoran MP BBQ Steamboat & Grill ni. Kecoh sekejaplah di group FB Ipoh-Ipoh Ajer. Ada yang kata makan buffet dekat sini halal & pork free. Tak kurang juga ada yang kata tak halal. Bila dapat tahu. Syu & encik suami jadi gelabahlah juga sebab pernah makan dekat situ dedulu.



Kalau nak tahu, restoran ni sebenarnya ada sijil pengiktirafan halal. Yang jadi punca viral tak halal tu sebab sijilnya dah expired. Lepas itu, nak dijadikan cerita. Tamat tempohnya kena pada musim pandemik. Jadi, hilanglah pengiktirafan halal tu sekejap gara-gara pemilik restoran terpaksa ambil masa sikit untuk renew sijil pengiktirafan halal tu.


MP BBQ Steamboat Ipoh
Terpaksa tunggu sekejap sebab meja penuh. Sambil-sambil tu kita ambil gambar sebagai bahan bukti.


Sekarang, sijil pengiktirafan halalnya sudah pun diperbaharui. Jadi, tak perlu gundah gulana dah lepas ni. Dari makan sehinggalah ke minuman. Semuanya diyakini & dijamin halal. Untuk maklumat lanjut berkenaan restoran ni, korang boleh tengok di laman FB MP BBQ Steamboat. By the way, jom tengok apa yang Syu makan semalam!


MP BBQ Steamboat Ipoh
Antara yang sempat dicekau masa first round.


MP BBQ Steamboat Ipoh
Kimchinya sedap guys!


MP BBQ Steamboat Ipoh
Dessert pun boleh tahan juga.

 

Pada Syu, harga satu kepala agak pricey juga sebenarnya - RM46.90/pax. Tapi kira bolehlah sebab harga barang mentah pun makin naik sekarang ni. Jadi, tak hairanlah kalau harganya dekat RM50 satu kepala. Lagipun, makanannya pun dihidang style buffet. Pilihan makanan & minuman pun banyak juga.



Cuma yang sedihnya bila sampai part daging perapan. Kebanyakkan isi daging perapnya tak boleh nak dimakan. Dagingnya bukan main liat. Macam getah sekerap pun ada - Potong sembronolah gamaknya tu. Memang bercinta jugalah kami semua nak mengunyah. 


MP BBQ Steamboat Ipoh
Malangnya, daging perapnya liat ya korang.

 

Penyudahnya, kami sorok daging tu dalam periuk steamboat. Apa boleh buat. Tak sorok nanti kena cas sebab membazir pula. Padahal kita datang memang nak makan yang perap-perap ni. Boleh dikatakan agak frustrated jugalah sebenarnya bila terkena macam ni. Tapi apa boleh buat. Kita redha saja. Harap lepas ni tak terkena lagi macam ni.

Jun 07, 2022

Makan Malam Di Restoran Hadramout Tent

Restoran nasi arab di Ipoh


Malam tadi saja menyinggah makan di satu restoran nasi arab ni. Haramout Tent nama restorannya 😋💕. Actually, masa raya hari tu cousin suami ada tapau bawa balik dua bekas nasi arab dari restoran ni untuk buat makan malam. Memang sedap. Portion-nya boleh tahan banyak juga.


Kali ni kami laki bini cuba makan dekat restorannya pula. Saja nak rasa suasana makan dekat situ macam mana 😁. Lagipun tak tahu nak pergi ke mana cuti-cuti ni. Jadinya, kita pergi jalan-jalan cari makan saja. Jalan-jalan makan angin kita postponed sekejap 🤣.



Sangat minimalis


Masa kami berdua sampai. Restorannya memang tak ramai orang. Hanya dua pelanggan sahaja termasuk kami berdua. Mungkin dah ramai yang serbu restoran ni siang tadi agaknya. Ataupun restoran ni tak ramai yang tahu & masih lagi underated di Ipoh ni. Mungkin...


Restoran nasi arab di Ipoh
Bersih restorannya. Rasa selesa sangat makan dekat sini.


Sejujurnya restoran ni sangat bersih & kemas dari segi susun aturnya. Cuma dari segi dekorasinya tak sama macam restoran nasi arab yang Syu makan di Johor hari tu - Restoran Star Hadramout. Restoran yang itu jangan cakaplah. Masuk-masuk pintu saja dah rasa macam berada di negara fadang fasir 🤭! Di restoran Hadramout Tent ni berbeza sedikit. Dekorasi dalamannya agak minimalis.



Sedap & banyak!


Menu makanan arab di restoran ni memang banyak ya. Dari appetizers sampailah ke pencuci mulut. Semuanya nampak menyelerakan. Rambang mata tengok tau. Tapi, kami berdua hadkan jugalah kami punya order. Takut tak habis pula nanti.



Jadi, kami hanya pesan set nasi arab, mix grill & air chocolate milkshake sahaja dahulu. Kalau tak kenyang lagi. Boleh tambah kemudian - Cadangnya begitulah sebenarnya.


Restoran nasi arab di Ipoh
Cak! Kita selak sikit bagi nampak isi dekat dalam.


Restoran nasi arab di Ipoh
Dalam set mix grill ni ada lamb kebab, chicken kebab, shish touk & lamb cubes.


Bila tengok portion makanan yang sampai memang rasa lega tak pesan makan banyak-banyak. Sebab dah tahu restoran arab punya portion makanan macam mana. Nama saja untuk 2 orang makan. Sekali ber-double portion-nya. Almaklumlah, ikut tangki Pak Arab lah katakan 😂.



Sampai-sampai sahaja. Nah! Penuh setalam makanannya. Dengan ayam & kambing lagi. Jenuh jugalah nak menghabiskannnya. Mix grill kami sempat jamah sikit saja. Selebihnya terpaksa bungkus bawa balik rumah sebab dah terlampau kenyang.


Restoran nasi arab di Ipoh
Nah! Selambak. Set talam ni boleh makan untuk 3 orang.


Secara keseluruhannya, nasi arab & mix grill di restoran Hadramout Tent ni memang sedap. Walaupun harganya agak pricey. Tapi dari segi rasa & portion makanannya boleh dikatakan berbaloi jugalah. Set nasi arabnya memang sedap & tak terlampau sarat dengan rempah. Daging kambingnya pun elok empuk masak & tak berbau.



Cuma tekstur ayamnya saja agak kering sedikit. Since, ada sup & sos. Kuranglah sedikit rasa kering ayam tu. Dalam set dalam ni. Sejujurnya, Syu paling suka sos nasi arabnya - Daqoos kalau tak silap namanya. Memang layanlah bila makan. Jadi, pada yang ada di sekitar Ipoh. Korang boleh singgah di restoran Hadramout Tent untuk rasa makanan dari negara Timur Tengah ni. Memang sedap & berbaloi.

Jun 04, 2022

Premium Men's Toupees By Lordhair

Nowadays, many people suffering & struggling with severe hair loss & temporary shedding. Sometimes this problem are caused by scalp problems, hormones instability & some are also affected by illness & undergoing medical treatments such as chemotherapy.


Toupees
SUMBER FOTO : The Manual


For those who are struggling with this issues. Never feel discourage anymore. Lordhair will help you to regain back your confident with painless extraordinary transformation. At Lordhair you can get various design of premium men's toupees at attractive discounted price. 



For first-time buyers, they have special discounts that guarantee additional savings! It's a perfect choice if you want a full head of hair without undergoing any painful surgery. In fact, you will look great & nobody will notice it. 



Why Lordhair?


Lordhair is one of a worldwide custom hair system suppliers which you can purchase online. They customize men’s hair systems and toupees by following the exact requirements desired by the clients. All the toupees are custom-made & hand-crafted by using the real hair. So, the hair will look realistic & perfect to the wearer. 



Here are some reasons why you need to choose Lordhair as one of your hair system expertise :


  • Premium quality
  • Durable & long lasting
  • Non-surgical needed 
  • Realistic look 
  • Ready to wear
  • Affordable price
  • Money-back guarantee
  • Easy to order
  • Worldwide free shipping
  • Safe online payment



Customize your own personalized hairpieces


All toupees at Lordhair are highest quality and designed to perfection. If you choose the right hairpieces, no one will notice that you are wearing it. For ordering, you can place it at Lordhair online website.



If you require a custom-made toupee hairpiece. You can customize it at Lordhair as well. It's up to you whether you want a lace hair system, a skin hair system or a mono hair system. In fact, you also can choose whatever size,density,length,color that you desired too. So, you can perfectly find you personalized hair that suite you. 


Men's toupees
SUMBER FOTO : Lordhair


Have take a look at some of the most popular hair replacement systems in their catalog. You'll definitely in love & interested with it! By the way, if you are not satisfied with your hairpiece. You can return it within 30 days and get a full refund. What are you waiting for? Submit your order & get your new look now!

Jun 03, 2022

Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ

TUKAR HAKMILIK KENDERAAN INDIVIDU KEPADA SYARIKAT || Ini job task Syu kemarin ya 😌. Kalau ikutkan orang lain yang sepatutnya kena buat. Tapi, kita layankan sajalah. Bukan selalu dapat buat job dekat luar. Asyik memanjang duduk dalam pejabat pun bosan juga.


Memandangkan prosesnya masih fresh lagi dalam ingatan Syu. Jadi Syu nak share dengan korang macam mana nak tukar hakmilik kenderaan individu kepada syarikat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Atau lebih mudah kita panggil tukar nama.

 

Tukar hakmilik kenderaan
SUMBER FOTO : qoala.app

 

 

Senarai dokumen

 

Proses tukar nama kenderaan persendirian sesama indvidu memang cepat & mudah nak dibuat. Namun, bila melibatkan tukar nama kenderaan persendirian kepada syarikat. Akan ada beberapa pertambahan sedikit dari segi dokumen/lampiran sokongan. Fi proses tukar nama yang dikenakan, masih lagi pada kadar yang sama. Iaitu RM100. Cuma HARGA CUKAI JALAN kena bayar lebih sikit nanti.



Basically, cara & proses tukar nama kenderaan daripada individu kepada syarikat lebih kurang sama juga macam kita buat tukar nama sesama invidu. Seperti biasa tetap akan ada proses buat pemeriksaan PUSPAKOM, isi borang & buat pengesahan cap jari (Pengesahan biometrik) di JPJ.


Cuma ada beberapa dokumen tambahan yang perlu disertakan bersama borang permohonan. Kalau nak tahu, ini antara dokumen-dokumen WAJIB yang perlu disertakan bersama :

 

  1. Borang JPJK3 (Pind.1/2014) yang telah siap diisi - Jangan lupa letak cop syarikat (Cop penuh) pada ruangan PENGAKUAN EMPUNYA BARU
  2. Sijil pemilikan kenderaan (VOC)/Geran kenderaan - Pastikan geran dah dibatalkan hakmilik dengan pihak bank.
  3. Surat lantikan wakil syarikat berserta salinan IC - Cop syarikat mestilah cop penuh beralamat & nombor telefon.
  4. Salinan terkini DOKUMEN PENDAFTARAN SYARIKAT dari MyDATA berserta bukti pembelian - Borang 9, profil syarikat & invois.
  5. Salinan IC pengarah syarikat - Jika penjual & pembeli adalah orang yang sama. Gunakan salinan IC pengarah lain.
  6. Sijil pemeriksaan tukar milik B5 (a.k.a Surat pemeriksaaan PUSPAKOM) - Motorsikal tak payah buat



1) Borang pertukaran hakmilik - JPJK3 (Pind.1/2014)

 

Macam kes Syu. Borangnya Syu isi sekeping sahaja. Sebabnya Syu datang sekali dengan bos Syu untuk buat pertukaran nama. Misal kata empunya kenderaan & bakal pemilik datang berasingan. Silalah isi dua borang berasingan ya. Satu borang untuk empunya kenderaan & satu borang lagi untuk pemilik baru. 

 

Tukar hakmilik kenderaan


PENGAKUAN PEMUNYA BARU || Pada ruangan butir-butir pemunya baru, pengakuan boleh ditandatangan samada oleh pengarah mahupun wakil syarikat. Asalkan pengarahnya bukan pemilik asal kenderaan tersebut. Sekiranya, pengarah adalah pemilik asal kenderaan. Minta pengarah lain yang ada dalam syarikat untuk turunkan tandatangan.

 

WAJIB GUNA COP PENUH SYARIKAT || Selepas tandatangan, jangan lupa capkan juga cop penuh syarikat. Cop penuh tu mestilah cop yang ada tertulis nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, alamat, nombor telefon berserta nombor faks yang boleh dihubungi.

 

 

2) Geran kenderaan - Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

 

Geran kenderaan WAJIB dibawa bersama semasa proses tukar nama - Datang bersama pemilik. Sekiranya baki pinjaman kenderaan dah dilangsaikan. Sila pastikan yang korang selaku pemilik dah buat pembatalan geran terlebih dahulu. Untuk buat pembatalan geran dengan kadar yang segera. Sebaiknya, korang telefon mana-mana institusi kewangan yang ada sangkut paut dengan kenderaan korang tu.



Kalau tidak, akan berlakulah sekatan dalam sistem JPJ semasa proses tukar nama nanti. Bila sekatan dah ditarik. Status HAKMILIK DITUNTUT atas nama institusi kewangan akan dibatalkan secara automatik dari sistem JPJ. Selesai pembatalan, barulah proses tukar milik boleh dibuat.

 

 

3) Surat wakil

 

Sekiranya pemilik kenderaan & pengarah syarikat yang bakal jadi pemilik baru tu merupakan orang yang sama. Tandatangan pengesahan pada surat wakil mestilah disahkan oleh pengarah yang lain - Selain syarikat milikan tunggal (Enterprise). Kalau guna juga tandatangan dari orang yang sama. Proses tukar nama akan di-reject serta merta oleh pihak JPJ. Selain itu, untuk maklumat wakil syarikat pula. WAJIB disertakan bersama salinan kad pengenalan wakil syarikat untuk semakan & pengesahan pegawai JPJ.

 

Surat wakil
Surat contoh perlantikan wakil syarikat untuk urusan tukar nama.

 

Ini contoh surat yang pegawai JPJ beri pada Syu. Kena ikut sebiji macam ni ya. Selebihnya korang cuma perlu letakkan letterhead syarikat & suruh pengarah syarikat korang turunkan tandatangan 📝. Jangan lupa capkan juga cop syarikat bersebelahan tandatangan - Guna cop penuh!

 

 

4) Dokumen pendaftaran syarikat

 

Untuk salinan dokumen pendaftaran syarikat sendirian berhad - COMPANY PROFILE, FORM 9 (Dokumen berbeza mengikut jenis milikan syarikat). Pastikan dokumen tersebut up-to date & ianya dibeli melalui sistem MyDATA SSM - berserta CTC (Certified True Copy). Kepilkan juga resit pembelian bersama dokumen pendaftaran syarikat untuk semakan pegawai JPJ.


 

5) Salinan kad pengenalan pengarah

 

Bagi syarikat selain milikan tunggal (Enterprise). Satu salinan kad pengenalan pengarah perlu disertakan bersama semasa proses tukar nama. Asalkan pengarah tu bukan pemilik asal kenderaan & dia merupakan pengarah yang dipertanggungjawabkan untuk menurunkan tandatangan pada surat wakil.

 

 

6) Sijil pemeriksaan tukar milik (B5) / Surat PUSPAKOM


Surat PUSPAKOM ni macam biasalah. Kena buat pemeriksaan kenderaan & dapat kelulusan dari PUSPAKOM dahulu baru akan dikeluarkan suratnya - Kecuali motorsikal. Tujuan pemeriksaan ni sebenarnya adalah untuk melindungi pemilik baru kenderaan daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi peraturan seperti kenderaan potong-sambung contohnya.

 

Surat PUSPAKOM

 

Jadi, kepada pemilik kenderaan yang berhajat nak jual kenderaan tu. Silalah buat pemeriksaan PUSPAKOM terlebih dahulu. Kalau tak sempat. Upahlah runner. Bila dah ada surat PUSPAKOM, pastikan proses tukar nama dibuat dalam tempoh yang dah ditetapkan - 60 hari dari tarikh pemeriksaan.



Insurans & Cukai Jalan

 

Selesai tukar nama & bayar fi RM100. Pihak JPJ akan keluarkan geran kenderaan yang baru (VOC) atas nama syarikat. Selesai sudah proses tukar nama. Next step, korang boleh proceed untuk buat insurans & cukai jalan pula.



Sejujurnya, nak buat pertukaran hakmilik kenderaan ni senang sahaja sebenarnya. Cuma ia akan jadi sedikit rumit & complicated pada mereka-mereka yang baru pertama kali berurusan dengan JPJ berkenaan dengan hal ni.

 

Syu harap perkongsian Syu ni bermanfaat & dapat membantu korang yang masih buntu pasal proses pertukaran hakmilik kenderaan di JPJ. Especially melibatkan pertukaran hakmilik indvidu kepada syarikat.