Makan Malam Di Restoran Hadramout Tent

Jun 07, 2022

Restoran nasi arab di Ipoh


Malam tadi saja menyinggah makan di satu restoran nasi arab ni. Haramout Tent nama restorannya 😋💕. Actually, masa raya hari tu cousin suami ada tapau bawa balik dua bekas nasi arab dari restoran ni untuk buat makan malam. Memang sedap. Portion-nya boleh tahan banyak juga.


Kali ni kami laki bini cuba makan dekat restorannya pula. Saja nak rasa suasana makan dekat situ macam mana 😁. Lagipun tak tahu nak pergi ke mana cuti-cuti ni. Jadinya, kita pergi jalan-jalan cari makan saja. Jalan-jalan makan angin kita postponed sekejap 🤣.



Sangat minimalis


Masa kami berdua sampai. Restorannya memang tak ramai orang. Hanya dua pelanggan sahaja termasuk kami berdua. Mungkin dah ramai yang serbu restoran ni siang tadi agaknya. Ataupun restoran ni tak ramai yang tahu & masih lagi underated di Ipoh ni. Mungkin...


Restoran nasi arab di Ipoh
Bersih restorannya. Rasa selesa sangat makan dekat sini.


Sejujurnya restoran ni sangat bersih & kemas dari segi susun aturnya. Cuma dari segi dekorasinya tak sama macam restoran nasi arab yang Syu makan di Johor hari tu - Restoran Star Hadramout. Restoran yang itu jangan cakaplah. Masuk-masuk pintu saja dah rasa macam berada di negara fadang fasir 🤭! Di restoran Hadramout Tent ni berbeza sedikit. Dekorasi dalamannya agak minimalis.



Sedap & banyak!


Menu makanan arab di restoran ni memang banyak ya. Dari appetizers sampailah ke pencuci mulut. Semuanya nampak menyelerakan. Rambang mata tengok tau. Tapi kami berdua hadkan jugalah kami punya order. Takut tak habis pula nanti.



Jadi, kami hanya pesan set nasi arab, mix grill & air chocolate milkshake sahaja dahulu. Kalau tak kenyang lagi. Boleh tambah kemudian - Cadangnya begitulah sebenarnya.


Restoran nasi arab di Ipoh
Cak! Kita selak sikit bagi nampak isi dekat dalam.


Restoran nasi arab di Ipoh
Dalam set mix grill ni ada lamb kebab, chicken kebab, shish touk & lamb cubes.


Bila tengok portion makanan yang sampai memang rasa lega tak pesan makan banyak-banyak. Sebab dah tahu restoran arab punya portion makanan macam mana. Nama saja untuk 2 orang makan. Sekali ber-double portion-nya. Almaklumlah, ikut tangki Pak Arab lah katakan.



Sampai-sampai sahaja. Nah! Penuh setalam makanannya. Dengan ayam & kambing lagi. Jenuh jugalah nak menghabiskannnya. Mix grill kami sempat jamah sikit saja. Selebihnya terpaksa bungkus bawa balik rumah sebab dah terlampau kenyang.


Restoran nasi arab di Ipoh
Nah! Selambak. Set talam ni boleh makan untuk 3 orang.


Secara keseluruhannya, nasi arab & mix grill di restoran Hadramout Tent ni memang sedap. Walaupun harganya agak pricey. Tapi dari segi rasa & portion makanannya boleh dikatakan berbaloi jugalah. Set nasi arabnya memang sedap & tak terlampau sarat dengan rempah. Daging kambingnya pun elok empuk masak & tak berbau.



Cuma tekstur ayamnya saja agak kering sedikit. Since, ada sup & sos. Kuranglah sedikit rasa kering ayam tu. Dalam set dalam ni. Sejujurnya, Syu paling suka sos nasi arabnya - Daqoos kalau tak silap namanya. Memang layanlah bila makan. Jadi, pada yang ada di sekitar Ipoh. Korang boleh singgah di restoran Hadramout Tent untuk rasa makanan dari negara Timur Tengah ni. Memang sedap & berbaloi.

Comments

  1. Wah terbayang banyaknya dan sedap dia tuu

    BalasPadam
  2. aishhhh.. dia tunjuk nasi arab pulakk...kita dah laa hantu nasi arab...

    BalasPadam
  3. aduyai tgk air yg gelas tinggi tu alahai.. suasana cosy dan makanan nampak sedap

    BalasPadam
  4. ambik setalam terus datang mau 3 ke 4 orang boleh makan tu kan... terus teringin la makan nasi arab bila nengok setalam gitu hehehhe

    BalasPadam
  5. peminat nasi arab hadir.. wah kat Ipoh.. kalau kt Selangor nie kita dah g terjah

    BalasPadam
  6. sedapnya nasi arab.. lama tak makan..

    BalasPadam
  7. Boleh tahan sedapp itu nasi Arabb.. Hehe.. Kat sini pun ada... Meriah jugak cuma Nona lom pernah pergi lagik

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!