Mesin Basuh Tak Masuk Air? Ini Solusinya 😉

Jun 30, 2022

Tak kisah barang eletrik jenis apa sekalipun. Bila sudah sampai masa mesti akan timbul bermacam-macam masalah. Almaklumlah, benda pakai hari-hari. Lama-lama rosaklah "dia". Beberapa hari lepas, microwave Syu buat perangai - Tak apa. Boleh bertahan lagi tak ada microwave. Kali ini mesin basuh automatik pula. Yang ini rosak, serius Syu menggelupur 😂. Dalam hidup Syu Deris, ada 4 peralatan eletrik yang sama sekali DILARANG ROSAK.

 

  • Peti sejuk
  • Mesin basuh
  • Rice cooker
  • Seterika

 

Mesin basuh
SUMBER FOTO : Themanual.com


Nak dijadikan cerita. Masa nak basuh kain haritu, tiba-tiba air tak nak masuk dalam mesin basuh. Padahal, pili air dah Syu buka. Tak pasal-pasal menjerit "kawan" tu minta air. Bila jadi macam ini, mulalah runsing. Sudahlah banyak baju yang nak kena dibasuh.

 

Nak cuci dengan tangan memang tidaklah. Hantar dobi jauh sekali - Malas nak keluar & menunggu punya pasal 😂. Nak tak nak terpaksa cari jalan supaya mesin basuh boleh elok balik. Kaji punya kaji. Barulah tahu puncanya kenapa. Terima kasih kepada YTubers di YTube sebab tak pernah kekeringan idea berkongsi jalan penyelesaian  👏.



Punca air tak nak masuk?


Kalau korang nak tahu. Di dalam mesin basuh automatik, ada satu komponen yang fungsinya mengawal air masuk secara automatik ke dalam mesin basuh. Komponen ini kita panggil water inlet valve. Atau dalam bahasa mudahnya kita panggil injap. Injap apa? Injap air masuk. Masuk ke mana? Masuk ke mesin basuh.


Bila injap ini rosak, ia sekaligus akan menganggu proses kemasukkan air ke dalam mesin basuh apabila mesin basuh dihidupkan. Jadi, komponen inilah yang perlu ditukar supaya air mesin basuh boleh masuk secara automatik seperti biasa.

 

Water inlet valve
Tukar benda ini settle masalah air tak masuk mesin 😁.


Kos untuk tukar injap ni tak mahal mana pun sebenarnya. Harganya dalam lingkungan RM11 ke RM25. Bergantung kepada model mesin basuh & kategori parts (OEM atau original). Biasanya, injap original mahal sikitlah harganya berbanding OEM. Nak beli di mana? Korang boleh beli injap ni samada di Shopee atau pun di mana-mana kedai alat ganti peralatan eletrik - Nak senang beli di Shopee saja. Tak ada runsing nak bercari kedai 😆.

 

Actually, tak kisah pun korang nak pilih yang mana satu. Asalkan alat gantinya sama & compatible dengan model mesin basuh yang korang pakai. Macam Syu, Syu pilih untuk beli injap jenis OEM saja. Bukan apa, sengaja tak nak beli yang mahal. Takut eksperimen repair mesin basuh tak menjadi 😆. Almaklumlah, kita try & error saja repair mesin basuh ni. Itupun lepas buat kajian di YTube.


Filter
Alang-alang nak service mesin basuh. Kita tukar filter sekali. BTW, ubat stapler tu datang dari mana eak?Tiber! 😗


Untuk mesin basuh Syu ni, Syu pakai mesin basuh model Toshiba AW7480E - Nombor model ni korang boleh tengok di belakang mesin basuh korang. Untuk elakkan kesilapan semasa membeli. Sebaiknya korang ambil gambar & tunjukkan kepada seller. Misal kata korang beli di kedai, nak bawa sekali injap yang rosak ni sebagai sample pun tak jadi masalah. Lagi senang seller nak cari.

 

 

Cara pemasangan injap

 

Di mana tempat korang pasang hos air, disitulah letakknya komponen water inlet valve ni. Untuk menukar injap ni, korang perlu buka kotak panel atau mana-mana bahagian mesin basuh yang menyambungkan water inlet valve dengan hos air - Kedudukan injap mungkin berbeza mengikut jenis model mesin basuh. Kemudian korang hanya perlu tanggal & gantikan injap yang rosak dengan yang baru. Itu sahaja. Senang bukan?


Water inlet valve
Senang saja tukar water inlet valve ni 😉.

 

Mesin basuh
Test dulu sebelum pasang covernya semula 😙. Dah okey baru kita tutup & pasang skru.


Begitulah cara selesaikan isu air tak masuk mesin basuh. Jimat duit & tak payah susah-susah dah nak panggil technician betulkan mesin basuh. Masalah kecil saja. Korang sendiri pun boleh buat. Kalau korang upah technician, Syu rasa lagi lebih dari ini korang kena cas. Jadi, selagi boleh baiki sendiri. Kita cuba baiki. Misal kata tak boleh juga. Sudah sampai masanya untuk nipiskan poket sendiri beli mesin basuh baru - Nak nipiskan poket suami pun boleh juga 😜. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

(P/S : Komponen & cara pemasangan mungkin berbeza mengikut jenis, jenama & model mesin basuh. Kalau rasa tak berapa yakin nak DIY. Sebaiknya rujuk pada yang pakar. Entri ini hanya sekadar perkongsian sahaja 😊💕)

Comments

  1. betul lah tu ada barang letrik kat rumah yang janganla rosak, bila rosak tu payah kerja jadinya. Mesin basuh akak pernah rosak jugak masa rosak tu memang belek sana sini tak boleh buat apa, nak ke dobi selalu pun malas sudahnya lepas 2minggu beli jugakla mesin basuh baru. Mujur yang syu punya boleh dibaiki sendiri

    BalasPadam
  2. rumah akak dah terlalu lama mesin basuh rosak. nak beli baru, fund tak cukup lagi. akhirnya anak2 yg pegi laundry sendiri.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!