MP BBQ Steamboat

Jun 14, 2022

Agak lama juga tak lepak di restoran MP BBQ Steamboat ni sebenarnya. Kali terakhir singgah makan di restoran ni masa berstatus tunangan orang - Masa tu tahun 2017 kalau tak silap Syu. Nak dijadikan cerita, semalam baru ada kesempatan untuk singgah makan lagi di restoran ni. Memandangkan dah ada geng yang mengajak. Kita pun on saja.


Dari segi interior boleh tahan. Sejuk mata memandang. Tempatnya pun luas juga.


Di Ipoh ni, restoran MP BBQ Steamboat boleh dikatakan terkenal jugalah dengan hidangan buffet steamboat & grill. Pengunjung yang datang jangan cakaplah. Memang ramai. Jadi, sebelum nak datang. Sebaiknya korang buat tempahan terlebih dahulu.


 

Halal ke?

 

Pernah ada isu juga berkenaan dengan status halal restoran MP BBQ Steamboat & Grill ni. Kecoh sekejaplah di group FB Ipoh-Ipoh Ajer. Ada yang kata makan buffet dekat sini halal & pork free. Tak kurang juga ada yang kata tak halal. Bila dapat tahu. Syu & encik suami jadi gelabahlah juga sebab pernah makan dekat situ dedulu.



Kalau nak tahu, restoran ni sebenarnya ada sijil pengiktirafan halal. Yang jadi punca viral tak halal tu sebab sijilnya dah expired. Lepas itu, nak dijadikan cerita. Tamat tempohnya kena pada musim pandemik. Jadi hilanglah pengiktirafan halal tu sekejap gara-gara pemilik restoran terpaksa ambil masa sikit untuk renew sijil pengiktirafan halal tu.


Terpaksa tunggu sekejap sebab meja penuh. Sambil-sambil tu kita ambil gambar sebagai bahan bukti.


Sekarang, sijil pengiktirafan halalnya sudah pun diperbaharui. Jadi, tak perlu gundah gulana dah lepas ni. Dari makan sehinggalah ke minuman. Semuanya diyakini & dijamin halal. Untuk maklumat lanjut berkenaan restoran ni, korang boleh tengok di laman FB MP BBQ Steamboat. By the way, jom tengok apa yang Syu makan semalam!


Antara yang sempat dicekau masa first round.


Kimchinya sedap guys!


Desserts
Dessert pun boleh tahan juga.

 

Pada Syu, harga satu kepala agak pricey juga sebenarnya - RM46.90/pax. Tapi kira bolehlah sebab harga barang mentah pun makin naik sekarang ni. Jadi, tak hairanlah kalau harganya dekat RM50 satu kepala. Lagipun, makanannya pun dihidang style buffet. Pilihan makanan & minuman pun banyak juga.



Cuma yang sedihnya bila sampai part daging perapan. Kebanyakkan isi daging perapnya tak boleh nak dimakan. Dagingnya bukan main liat. Macam getah sekerap pun ada - Potong sembronolah gamaknya tu. Memang bercinta jugalah kami semua nak mengunyah. 


Malangnya, daging perapnya liat ya korang.

 

Penyudahnya, kami sorok daging tu dalam periuk steamboat. Apa boleh buat. Tak sorok nanti kena cas sebab membazir pula. Padahal kita datang memang nak makan yang perap-perap ni. Boleh dikatakan agak frustrated jugalah sebenarnya bila terkena macam ni. Tapi apa boleh buat. Kita redha saja. Harap lepas ni tak terkena lagi macam ni.

Comments

  1. nampak menarik deko-deko nya....
    nampak set tu menarik jugak banyak pilihannya tapi tang daging perapan liat aduhai memang spoil mood, mungkin dia pilih daging yang biasa potong pun ikut dan itu liat tu

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!