Februari 21, 2021

Mini Backyard Garden Project Start!!

Sejak terjebak dengan group berkebun dekat Facebook (FB) hari tu, kat otak ni macam-macam idea datang. Tangan ni pulak gatal jer nak berbeli barang gardening kat SHOPEE😂. Kena plak ada SALE time tu, lagi lah meriah berbeli💸. Dalam cart pon ade lagi yang tengah que. Cukup bulan gaji, sraaaaapppppp.....sedas,ha3!!

Kalau korang nak tau untuk segmen Gardening Diary Syu kali ni Syu plan nak buat satu mini garden & Syu namakan Mini Backyard Garden Project atau ringkasannya MBGP. So, next time kalau korang ada ternampak posting Syu pasal MBGP ni tak payah pening-pening nak pikir apa benda dah.


Kemarin Syu ada beli tanah. Siap dah masuk polibag!! Hari ni pulak, biji benih yang Syu beli dekat SHOPEE dah selamat mendarat. Ni baru biji benih jer tau. Actually, ade lagi barang yang Syu order belum sampai. Baja AB, baja kopi, trellis net, polybag, pasu, anak pokok, tanah... Eh,bnyak la lagi!!

Barang SHOPEE Syu ni sebelum nak rentas ke backyard mesti kene inspection dulu dengan husband. Kadang tu kan, packaging yang sampai besar-besar belaka. Stress plak rase. Bukan ape, sebab kewujudannya obvious sangat. Bila nak nyorok tu confirm-confirm lah tak dapat. Nak tak nak, menjawab jelah bila kena siasat. Bila kata beli barang berkebun ke...pokok ke...husband dah redha dah dengar jawapan Syu. Tapi takpelah...bukan guna duit dia pon😝.


Memandang benih-benih sayur Syu dah sampai, so boleh lah Syu start berhora-hore ngan diorang jap lagi. Tapi kan korang-korang, jangan plak korang-korang ingat Syu semai semua biji benih ni tau. Banyak kot!!😆. Syu just semai mana yang Syu nak jer. Yang selebihnya tu Syu simpan untuk guna kendian hari. Syu pon ada pikir jugak, Kalau Syu semai semua...mana Syu nak letak semua pokok-pokok tu nanti bila dah besar??Udahlah ruangnyer sekangkan kera jer😂.

Germination tray tak payah beli dah, bekas limau mandarin kan hado!!
(Sila abaikan budak dua ketoi yang kat depan tu
😅) 

Part nak menyemai ni seronok!! Pasal apa?? Tu haaa...ada dua PA penyibuk tu haa...Asal nak buat keje jer mesti ada nak menyelit. Germination tray ni Syu guna tray limau mandarin jer. Ngam-ngam time tu Chinese New Year baru jer habis & Kebetulan pulak bekas ni officemates Syu dah tak pakai, so Syu decided jadikan tray ni untuk tempat Syu semai benih. Tak payah nak berbeli tray dah kan?? Selagi boleh kita utilize kan apa yang ada. Bijak tak??Hih3!!😆

Berdasarkan pengalaman Syu la kan, nak semai biji benih ni better rendam semalaman. Tujuan dia untuk bagi biji benih tu kembang & memudahkan percambahan biji benih. Kalau kita teros direct tanam ke tanah, proses dia untuk bercambah tu agak lambat sikit & posibility benih tu hidup pon mungkin agak tipis.

Memang tak semenggah betol Syu punya backyard kan? Tak sabar nak buat transformation🌱. 

😂Haaaa.....Ni lah backyard Syu. Sadis giler kalau korang tengok!! Memandangkan Syu dah bosan menghadap air plants Syu, Kali ni Syu nak spent mase sikit kat backyard Syu ni untuk dijadikan mini garden. Bukan garden bunga hokey,tapi garden sayor!! Bukan apa, at least la kan...kendian hari ade jugak hasil Syu boleh tuai untuk buat pemakan. Lagi satu tak payah Syu nak berbeli sayur dah. Nak makan petik jer kat belakang rumah. kalau ade lebih, sambil-sambil tu boleh share-share sesama jiran.

Okay dah, jom kita sambung berkebun!!🌱

Februari 20, 2021

Bertambah Lagi Rakyat Kayangan Beta!!


Time-time weekend macam ni apa lagi rutin Syu kalau bukan melayan air plants. Asal celik mata jer airplant, nak tutup mata pon airplants lagi😂. Tapi takpe, layan airplants ni sekejap jer. Tak lama mana pon. Rendam, shake pastu gantung. Senang!!

Dalam sambil-sambil Syu dok sibuk-sibuk merendam airplant dalam baldi, brother J&T pon sampai hantar parcel. So, ini lah dia barang yang dalam parcel tu kalau korang nak tau.


Maka dengan ini...bertambah lagi lah rakyat kayangan Syu kat depan rumah nun & pada masa yang sama beterbangan jugak lah duit-duit Syu kat K.Razina😅. Lepas ni kene pulak cari & buat rumah diorang. Jangan main-main, korang ingat bila rakyat bertambah...rumah tak bertambah??Ha3!!😂

T. Streptophylla : Syu memang dah lama nak tambah spesis airplant ni dalam koleksi Syu. Akhirnya dapat jugak tambah.

Tengoklah dia punya curl tu. Menggoda betul!!😍

T.Ionantha Silver : Actually spesis ni Syu dah ada dah. Just beli sikit lagi buat tamba-tambah.

T. Pseudobaileyi : Kembar si Caput Medusae.

Tengok dia punya stripe tu, tersangatlah tempting.

Pada korang-korang yang berniat nak menambah koleksi airplants korang, Syu sarankan korang beli dengan trusted seller yang pernah Syu mentioned dalam post ni (POKOK KAYANGAN,PALING SENANG NAK JAGA!!)