November 30, 2023
Attend Majlis Konvokesyen Anak Saudara Di UPSI Tanjung Malim
Sekarang ni, musim students IPTA/IPTS berkonvokesyen. Anak saudara Syu pun tak terkecuali. Memandangkan maknya tak dapat join. Jadi, dia wakilkan Syu & husband untuk attend Majlis Adat Istiadat Konvokesyen tu di UPSI Tanjung Malim. Jom Syu share gambar sepanjang majlis konvokesyen tu.
![]() |
Dua wakil saja boleh masuk dewan. Budak-budak tak dibenarkan masuk 😂. |
![]() |
Berarak masuk dewan konvokesyen 😁. |
![]() |
Setiap kali ada lagu. Setiap kali tu juga mulut Syu nak humming lagu UiTM 🤭. |
![]() |
Tetamu kehormatan berarak masuk ke dalam dewan. |
Pesta Konvokesyen UPSI (PESKON)
Pada ahli keluarga yang tak dapat masuk dalam dewan konvokesyen. UPSI ada buat anjurkan Pesta Konvokesyen (PESKON). Lokasinya diaorang buat di belakang dengan dewan konvokesyen. Boleh makan-makan & join aktiviti anjuran pelajar-pelajar UPSI dekat sana. Booth untuk beli merchandise UPSI pun ada.
![]() |
Pada yang tak dapat masuk dewan konvokesyen. Ada port lepak lain UPSI sediakan 😁. |
![]() |
Tak ada alasan untuk lapar. Sebab ada banyak pemakan dijual dekat PESKON ni 😁. |
![]() |
Sementara tunggu si Ain bergambar dengan kawan fakulti dia. Kita lepak makan di PESKON dulu 🤭. |
Gambar time!
![]() |
Tahniah Ain! Officially graduated from UPSI 🎓🥳 |
![]() |
Kita bagi turn bapa saudaranya pula yang layan anak saudara dia 😁 |
![]() |
Disebalik konvokesyen anak saudara. Akan ada mak saudara yang kalut menyelit nak ber-OOTD juga 🤣. |
November 26, 2023
Pertama Kali Naik Tow Truck 😂

Ni alkisah malam kemarin. Pelan asal nak ke Pulau Pinang sebenarnya - Gara-gara nak cuba Burger Sempoi yang viral dekat Teluk Kumbar nun. Dari Ipoh, makan masa dua jam lebih jugalah nak sampai sana. Tapi hujung-hujung, terpaksa batalkan hasrat sebab kereta rosak dekat highway Kampung Binjai, Kuala Kangsar - Ngam-ngam lepas R& R Sungai Perak.
Kalah asap fogging!
Masa tu, temperature kereta naik & overheat teruk sebab husband lenjan sampai 132Km/j - Nak cepat sampailah sanalah kononnya masa tu. Sudahnya, gasket barai. Air radiator kereta bercampur dengan minyak enjin. Berasap sakan kereta kitaorang malam tu. Kalah asap fogging!
So, nak tak nak terpaksa berhenti di lorong kecemasan & telefon Plus untuk bantuan. At the same time, husband telefon kawan dia juga. Kot-kot boleh dapat servis towing yang murah. Nak tak nak memang ke towing balik juga keretanya. Sebab enjin dah barai & kereta kitorang dah tak boleh nak bergerak jauh dah. Asap pun dah keluar berkepul-kepul dekat ekzos. Rasa mcacam tak selamat untuk dipandu lagi.
![]() |
Polis bantuas Plus datang hulurkan bantuan 🥰. |
Dalam setengah jam macam tu, polis bantuan Plus pun sampai. Tapi, diorang tak boleh buat apa pun. Sebab kereta kitorang dah barai teruk & tak boleh nak gerak jauh dah. Kalau drive atas highway pun takut mengganggu pengguna lain pula nanti.
Lagipun, husband Syu pun dah booked tow truck dengan kawan dia. So, polis bantuan Plus tu just datang tengok kondisi kereta & suruh kitorang parking ke dalam sikit. Sebab lorong kecemasan dekat kawasan highway tu agak gelap. Risau, takut pengguna highway yang lain tak perasan kitorang ada dekat situ.
![]() |
Sejam jugalah menunggu. Akhirnya sampai juga 🗿. |
Enjoy the ride
![]() |
Masa untuk disadaikan di bengkel pula. |
Rabak jugalah RM350 nak hantar balik ke Ipoh malam tu. Nasib bukan duit kita. - Insurans kereta, kami ambil yang third party. So, tak cover towing services. Kereta Wira lama pun. Jadi, kita ambil insurans murah saja. Ini pun dah kira habis murah dah towing services-nya. Sebab kawan husband yang tolong rekemenkan.
Apa-apa pun, sepanjang on the way balik semalam. Kami berdua enjoy the ride. Almaklumlah, first time naik tow truck. Excited sikit. Husband Syu siap tengok movie lagi dekat phone. Lepas tu, dua-dua senyap. Masing-masing pakat tidur dekat belakang. Penat! Penat memikir nak repair kereta pula lepas ni. Dengar cerita nak kena overhaul. Entah berapa pula kena cas nanti.
![]() |
Masa keluar tol. Ada staff Plus datang bawa mesin khas untuk scan RFID kereta kitaorang 😌. |
Makan kedai siam sudahnya!
![]() |
Lepas letak kereta dekat bengkel. Kami isi tangki kami pula 😁. |
Sampai bengkel kawan husband. Guna GrabCar balik rumah. Ambil kereta lagi satu. Lepas tu, keluar balik cari pemakan. Lapar! Masa tu jam dah dekat 10.15 malam. Nak makan pun dah tak selera sebenarnya. Perut dah sebu. Lambat makan punya pasal - Tadi siang, sempat makan chicken sandwich saja buat alas perut. Tapi, paksa juga makan sebab tak nak perut masuk angin. Selesai makan, balik rumah. Lepas tu, yakbo (Tidur) sebab esoknya masing-masing kena kerja pagi!
November 22, 2023
Alkisah Line CelcomDigi Macam Sampah 😮💨
![]() |
SUMBER FOTO : Rawpixel.com |
Line Digi ni dari dulu "I will follow you" dengan masalah. Nak-nak bila telco ni dah bergabung dengan Celcom hujung tahun lepas. Serius Syu cakap. Bertambah-tambah sampah network coverage internet Syu dekat rumah Ipoh ni 😮💨.
Bukan apa, dia punya kesampahan tu sesampah line jalan raya yang putus-putus & berlubang-lubang dekat Ipoh - Lebih kurang macam tu lah ibaratnya. Syu rasa, kawasan perumahan Syu ni tak ada lah duduknya dekat kawasan ceruk. Tapi, Digi punya network coverage tu memang nauzubillah. Hari-hari meminta untuk dicarutkan 😮💨.
Pelan murah, demand high speed?
🗣️: Ambil pelan internet murah. Lepas tu demand high speed internet. Ya, betul! Tahu. Kita langgan internet murah - Syu langgan pelan Digi Prepaid Faja Kombo 😌. Bukan apa, saja malas nak ambil pelan mahal-mahal. Kita langgan mana kita mampu saja ikut keperluan & kegunaan. Tapi, itulah. Kot ya murah sekalipun pelan-nya. Takkan sampai macam ini dia punya network coverage? Kata unlimited. Tapi, setiap kali nak guna data. Memanjang tak ada internet. Memanjang juga poor connection.
![]() |
Digula-gulakannya kita. Pelan unlimited belaka. Tanpa batas. Tanpa sempadan. Tapi, line hampeh 😂. |
Gila ke apa kan? Masa kita jadi pengguna tetap. Bagi servis macam ini. Lepas tu, bila kita nak tukar nombor pergi ke telco lain? Pandai pula tanya macam-macam. Kenapa nak tukar nombor sedia ada ni ke telco lain ya? Servis tak okay ke? Duduk lokasi mana ya? Bertubi-tubi soalannya. Kenapa? Bagaimana? Di mana? Heh, letih nak jawab 😌.
Punca payah nak berblog
Tolong ya telco CelcomDigi. Tolong improve sikit korang punya servis. Penatlah asyik nak kena submit complaint yang sama. Duduk kawasan pekan kot. Takkan network coverage macam ni rupa. Dari depan pagar rumah sampai ke dapur. Memanjang nak poor connection. Apa ke jadahya semua ini? 😂
Bila kena network coverage yang macam ni, nak berblog pun tak ada mood tau. Sebab ada kes-kes macam ni lah. Page asyik loading tak habis-habis. Lepas tu, bila dah sedap menulis panjang dekat blog. Semua benda hilang. Fuh! Menyirap betul rasa hati 😤. Kejap-kejap no connection. Kejap-kejap poor connection. Getik betul lah! - Okay, done meroyan 😌 By the way, korang yang pakai telco CelcomDigi ada masalah yang sama tak macam Syu? Tolong komen sikt.
November 19, 2023
Izzat Steamboat & Grill : Steamboat & Grill Ala Korea Di Teluk Intan, Perak
Semalam, Syu dengan husband try makan buffet steamboat & grill di restoran Izzat Steamboat & Grill di Teluk Intan, Perak. Kalau dari Ipoh, dekat sejam lebih jugalah nak sampai ke sana. Nak dijadikan cerita. Punca utama keterujaan Syu & husband nak singgah makan dekat sini adalah disebabkan pengaruh Tik Tok 😂.
Bukan apa, kerap sangat videonya fyp. Lepas tu, dapat tahu pula dekat restoran ni ada set daging wagyu premium. Harga marhaen pula tu! - Itu yang menggelejat nak pergi sangat tu 🤣. Dah tak pasal-pasal terkenang-kenang & terliur nak cuba.
![]() |
Lokasi restorannya betul-betul bersebelahan dengan Hotel Anson, Teluk Intan. |
So nak tak nak. Balik kerja pukul 1 semalam, Syu & husband terus gerak ke Teluk Intan. Sampai sana, ngam-ngamlah waktu untuk kitaorang berdua minum petang. By the way, best ke tidak makan dekat sini? Meh Syu nak review.
Kalau korang nak tahu. Apa yang best & uniknya pasal restoran Izzat Steamboat & grill ni adalah disebabkan style & suasana restorannya yang ada vibes ala-ala macam makan steamboat & grill dekat kedai makan Korea gittew.
![]() |
Corong sedut asap tu yang unik sebenarnya. Rasa macam makan dekat kedai makan Korea pun ada. |
Korang tengoklah! Siap ada cerobong asap seketul ko dekat tengah-tengah meja makan tu! Setiap meja ada. Memang acah-acah Korea sangat tau. Padahal benda tu function untuk sedut asap jer sebenarnya. Ha3 🤣.
Berapa harga satu kepala?
Harga buffet steamboat & grill dekat sini RM39.90/pax untuk dewasa. Boleh dikatakan harga standard-lah pada Syu. Set buffetnya pun lengkap. Start dari appetizers sampailah ke deserts. Perapan daging untuk grill pun ada bermacam-macam jenis - BBQ, teriyaki, spicy Thai, Bombay, Signature & dll. So, boleh pilih ikut selera tekak korang.
![]() |
Macam-macam jenis perapan ada. Pilih jer mana yang korang nak. Janji jangan membazir. |
Cuma, pilihan side dishes & seafood tu tak semeriah macam Syu makan dekat Saloma Steamboat & Grill hari tu 😅. Syu perhati, kebanyakkan seafood dekat sini macam banyak seafood yang jenis frozen tu. So, korang faham-fahamlah rasanya macam mana ya. - Yang pasti kuah rojak buah dekat sini memang padu!
Sos wasabi is the best 👍🏻!
Sos pencicahnya jangan cakaplah. Ada banyak jenis ya kawan-kawan! Memang rambang mata korang nak pilih yang mana satu. Tapi, walau macam mana sekalipun. Dalam banyak-banyak sos pencicah. Syu paling suka sos wasabi.
Memang sedap! Sosnya tak ada lah pedas mana pun. Tapi, rasa menyengit wasabi dekat hujung-hujung hidung tu yang buat Syu ketagih. Macam husband Syu, dia suka sos mustard. Yang lain tu dia kata biasa-biasa saja.
![]() |
Kuah rojaknya memang sedap. Cukup rasa masam, pedas & manisnya. |
4 pilihan kuah steamboat istimewa
Untuk steamboat. Ada 4 jenis pilihan kuah yang korang boleh pilih. Kuah sup ayam, kuah tomyam, kuah asam pedas & kuah kari nyonya - Tadi Syu pilih kuah asam pedas. Untuk kuah asam pedas tu. Kuahnya sedap dah. Cukup rasa pedas masamnya.
Cuma, kalau ada rasa manis-manis sikit dekat hujung-hujung tu mesti lagi sedap - Sejenis tekak tak boleh tak ada gula 😂. Pada yang tak suka makan pedas & ada bawa anak kecil, Syu sarankan korang pilih kuah sup ayam.
![]() |
Untuk set premium, korang boleh add-on wagyu skewers,baby octopus,smoked duck, hirisan daging wagyu A5 & salmon. |
Kalau korang datang sini. Makanlah kenyang-kenyang & puas-puas ya. Manfaatkan 120 minit yang diberikan pada korang tu sebaik-baikya 🤭. Bab parking jangan risau. Ada banyak! So, untuk booking & details lebih lanjut. Korang boleh jengah sendiri ke website Izzat Steamboat & Grill.
November 15, 2023
Alkisah Wear Green For Palestine Hari Ini 😂

Hari ni, hari pakai pakaian bertemakan warna hijau untuk Palestin. Niat hati nak pakailah baju serba hijau dari hujung rambut ke hujung kaki ke tempat kerja. Sebagai tanda support & bersolidariti dengan apa yang jadi kepada saudara seislam kita di bumi Palestin sana. Tapi, baju hijau Syu pula tak ada. Jenuhlah korek baju dalam almari. Baru sedar, Syu dah lama tak beli baju warna hijau rupa-rupanya - Lepas ni kena belilah gamaknya 😂.
Sudahnya, kita pakai apa yang ada saja. Jadilah kan. Yang penting nawaitu kita betul nak bersolidariti & berdiri untuk Palestin 🇵🇸. Uniform kerja Syu warna biru 😂. Wajib pakai. Kalau tak pakai nanti, jadi cerita lain pula 😅. So, nak tak nak terpaksalah Syu kawankan saja dengan shawl hijau bunga-bunga Syu ni. Nampak mcm hodoh gabungan warnanya. Tapi, bila dah ambil gambar. Nampak heloklah pula 🤣.
![]() |
Mampu pakai tudung hijau bunga-bunga ni jer 😂. |
Apa-apa pun, Syu bangga dengan officemate Syu yang seorang ni. Bersemangat betul dia! Kalah kita tau. Kita pakai shawl hijau semata-mata 😂. Walaupun, pakaian dia tak menepati tema warna hari ni. Tapi, dia tetap support & bersama-sama bersolidariti dengan pakai pakaian yang bertemakan Palestin 🇵🇸👏🏻. Syabas Wana!
![]() |
Curi-curi ambil gambar dia 🤭. |
Pada Syu, walau apa pun cara & inisiatif kita untuk saudara kita di sana. Ianya satu kewajipan untuk kita bersuara & berjihad memerangi kezaliman bintang Daud yang semakin hari semakin melampau. Teruskan berdoa, memboikot & bersolidariti untuk Palestin. Tak mampu buat semua tak apa. Janji kita jangan jadi sebahagian daripada bintang Daud 🇮🇱. Apa-apa pun, teruskan berdiri untuk bumi Palestin kita! 🇵🇸✊🏼
November 11, 2023
Nasi Kerabu Selambak Dari My Mum Nasi Kerabu Nasi Dagang
Salam November korang! Sihat ke tu? Naik bersawang dah blog Syu tak ber-update. Busy nau kome! Kalah pak-pak menteri 😂. Mood pun agak kelaut nak menyentuh blog sejak dua menjak ni. Bukan apa, rasa malas nak buka laptop sebab dekat office dah sehari suntuk menghadapnya.
By the way, korang dah makan? Hari ni, Syu makan nasi kerabu saja. Beli dari My Mum Nasi Kerabu Nasi Dagang. Bukan apa, tekak dah jemulah asyik makan nasi berlauk & nasi kandar. Sekali sekala kita tukar selera belah Pantai Timur pula 🤭.
![]() |
Syu suka nasi kerabu sayur lebih. Korang 🤭? |
Dulu, masa study. Dalam banyak-banyak menu belah pantai timur, Syu cukup tak gemar makan nasi kerabu ni tau - Suka prefer nasi dagang & laksam saja. Selagi boleh, nasi kerabu ni antara menu nasi yang Syu selalu elakkan untuk beli 😂. Tak tahu pasal apa. Nak kata tak suka sayur, tak juga 😅. Mungkin masa tu belum jumpa lagi nasi kerabu yang kena pada selera Syu agaknya.
![]() |
Makan nasi kerabu ni macam makan nasi kandar juga. Nasinya kena digaul mesra 🤤. |
Tapi, bila dah meningkat usia. Nasi kerabu ni juga yang dicari. Jadi kegilaan pun ya juga 🤣. Nak-nak kalau dapat nasi kerabu yang sambalnya sedap. Pedas. Sayur banyak. Lepas tu ada letak pula jeruk bawang putih yang masam-masam tu. Serius terangkat 🤤! Nak buat, tak berapa reti. Jadi, kita beli saja 🤭. For those yang suka nasi nasi kerabu, jemput makan semua.
Oktober 25, 2023
Lagu Mujahidin Palestin Yang Menusuk Kalbu
Ada satu lagu mujahidin Palestin ni buat Syu meremang sangat bila dengar. Tak pasti apa tajuknya. Tapi, bait-bait liriknya sangatlah puitis & menusuk kalbu Syu 💔 . Setiap kali lagu ni fyp di TikTok. Hati Syu ni rasa berkobar-kobar. Pada masa yang sama, rasa sebak macam dihiris-hiris pun ada juga. Bukan apa, sedih tengok keadaan yang dihadapi saudara seislam kita di sana 😔.
Jujur Syu cakap. Siapa pun yang mendengar & hayati setiap lontaran ayat lagu tu mesti automatik akan menangis. Ada yang kata lagu ni lagu kebangsaan Palestin. Tapi, bila Syu buat carian di Google. Lagu lain pula yang keluar. Kalau korang nak dengar lagunya macam mana korang boleh KLIK SINI. Apa-apa pun, jom Syu share lirik lagunya macam mana.
Salam sejahtera dari senjata kami
Kepada kalian pelindung sebuah keagungan
Kalian adalah perisai pelindung kami
Dan kalian adalah lembayung yang menaungi kami
Tatkala seluruh dunia ini menghimpit kami
Tangan-tangan kami kalian kukuhkan
Demi menenun sinar fajar buat umat kita
Meskipun era ini seperti malam yang kelam
Wahai rakyatku
Wahai keluargaku
Wahai seluruh rakyat Palestin
Dikaulah sarung untuk pedang kami!
Oktober 12, 2023
Lepak Di Port Kambing Bakar Ipoh Station 18

Semalam, hari lahir husband Syu. Cadang nak ajaklah dia keluar dinner dekat Nifayyi Warung & Cafe. Tapi, dia cakap tak payah beria-ria celebrate birthday dia bagai. Deserts pun dia tak mahu juga katanya.
Dalam hati tak percaya sebenarnya. Sebab dah tahu sangat perangai laki kita macam mana 🤣. Sekejap lagi ada lah dia buat special request dekat kita tu nanti 😌.
Bila dah cakap macam tu. Syu pun buat bodoh & turutkan saja apa yang dia nak 😌.Tunggu punya tunggu. Akhirnya! Dalam pukul 10 macam tu dia request dekat Syu kata nak makan kek 🤪.
Celah mana Syu nak bercari kek time malam-malam macam ni kome 😅! Kedai bakeri jangan cakaplah. Dah tentu-tentu banyak yang dah tutup. Itulah. Tadi siang kita offer, dia dok jual mahal. Kan dah cravings nak makan something 🤣.
Port kambing bakar padu!
Memandangkan Syu malas nak drive jauh-jauh sampai pusat bandar nun. Sudahnya, Syu ajak husband Syu lepak makan di Port Kambing Bakar Ipoh Sation 18. Dah lama juga tak perkena western food dekat sana 😁. Lagipun, lokasi kedainya dah tak jauh dah dari rumah Syu.
![]() |
Lokasi Port Kambing Bakar Ipoh Station 18 letaknya bersebelahan dengan Ipoh Best Cendol 😁. |
Actually, masa bulan puasa hari tu. Syu pernah singgah makan di Port Kambing Bakar Ipoh Station 18 ni. Tapi, tak pernahlah pula Syu buat review 😅. Kali ni, Syu singgah makan lagi dekat sini. Sedap kita repeat. Tak sedap kita move on cari port makan lain 😁.
![]() |
Habis seronoklah tu dapat bakso beranak kedai akak sebelah. |
To be honest. Kedai makannya memang nampak simple. Tapi, kebanyakkan menu-menu western yang ada drkat sini memang padu-padu belaka! Especially, menu kambing bakar. Daging kambingnya elok masak sekata & tak hanyir. Paling ngam bila makan dengan coslaw & signature sosnya 😋.
Wajib order jus buah
![]() |
Air pun boleh tahan padu juga. Harga pun murah 👍🏻. |
Kalau korang datang makan dekat sini. Syu suggest korang order jus buah. Memang padu jus buahnya korang! 👍🏻Harga tak payah cakap. Memang murah. Yang paling best. Jus buahnya sedap & tak ceroi.
Daging itik pun ada juga!
Selain menu western berasaskan kambing, ayam & daging lembu. Dekat sini, diorang ada buat set menu western berasaskan daging itik juga tau. Memang sedap. Dagingnya padat & besar. Harganya pun quite reasonable juga 👍🏻. Tak rugi cuba.
![]() |
Tak tahu apa nama menunya. Yang Syu tahu, daging tu daging itik. Set ni ada sekali dengan nasi. |
![]() |
Teknik plating-nya pun boleh tahan juga. Teliur tengok 😋. |
So, buat penggemar kambing bakar & western foods. Korang wajib singgah makan dekat sini. Memang highly recommended 👍🏻! Kedai ni beroperasi dari jam 5.30 petang hingga jam 12 tengah malam. Dibuka setiap hari, kecuali pada hari Rabu.
Oktober 08, 2023
Resepi Pajeri Terung Sedap & Simple

Lauk pajeri ni menu orang lama sebenarnya. Ada dua jenis pajeri yang selalu orang buat. Pajeri terung & pajeri nenas. Syu punya favourite semestinya pajeri terung. Pajeri rebung pun ada juga orang buat sebenarnya. Tapi, jarang. Lagipun, rebung payah juga nak dapat sekarang ni. Tambah-tambah rebung fresh.
Kalau Syu, pajeri terung ni paling sedap kalau dapat makan dengan ikan goreng & ikan masin. Pajeri terung ni kan ada rasa manis-manis. Jadi, bila di kawan dengan ikan goreng dengan ikan masin, gabungan rasa dia jadi luar biasa sikit. Sampai boleh bertambah nasilah dibuatnya 😋.
Tak ada letak buah pelaga
Resepi pajeri terung Syu ni versi campak-campak sebenarnya. Even sukatan bahan-bahannya pun Syu pakai agak-agak saja - Asalkan rasanya berkenan ditekak 😁. Dan yang paling penting. Resepi pajeri terung Syu ni memang tak ada letak buah pelaga langsung.
![]() |
Pajeri terung yang sedap kena cukup rasa manis, masin & masamnya. Baru best 😋! |
So, untuk rempah tiga sekawan. Syu cuma guna kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang saja. Pada yang anti buah pelaga tu. Boleh cuba resepi ni. Bahan-bahan selebihnya, korang boleh tengok dekat bawah. Selamat mencuba! Jemput makan & jumpa di next entri 🥰
BAHAN-BAHAN
Terung - Belah dua atau potong kecil
Bawang merah - Dikisar halus
Bawang putih- Dikisar halus
Halia - Dikisar halus
Udang geragau - Dikisar halus
Daun kari
Kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kerisik
Santan
Air asam jawa/asam keping
Gula melaka/nisan kerek
Perencah MAGGIE CUKUP RASA
Serbuk kari daging - Syu pakai serbuk kari daging pedas jenama Baba's
Cili giling - Optional (Tak nak pedas tak payah letak)
Minyak untuk menggoreng & menumis
Sedikit air
CARA-CARA
- Panaskan minyak & goreng terung separuh masak - Goreng sekejap saja. Sekadar nak bagi terungnya kecut.
- Buang lebihan minyak. Kemudian masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & daun kari. Diikuti dengan bahan-bahan kisar & cili giling.
- Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh sedikit dengan air.
- Masak sehingga pecah minyak. Lepas tu boleh masukkan terung, santan, kerisik, air asam jawa, gula melaka & perencah MAGGIE CUKUP RASA.
- Masak sehingga terungnya masak. Kemudian bolehlah dihidangkan & makan dengan nasi panas.
Oktober 07, 2023
Breakfast Simple Saja Pagi Ni
Good morning korang! Korang dah breakfast ke tu? Breakfast jangan tak breakfast. Bak kata John Gunther-"Breakfast is the most important meal of the day". Tapi, itulah. Syu ni kalau pagi-pagi sangat, macam susah sikit nak breakfast berat-berat sebenarnya 😂. Even minum air masak pun dah rasa nak muntah.
Masa waktu bulan puasa pun sama. Sekali sekala saja Syu bangun bersahur. Itu pun bangun minum air saja. Actually, bukan Syu tak nak kejar pahala sunat bersahur tu. Cuma tekak Syu jenis tak boleh nak masuk apa-apa makanan awal-awal pagi sangat. Tak tahu pasal apa.
Biasanya, nak dekat pukul 10 pagi baru Syu ambil breakfast. Tapi, lately ni Syu cuba awalkan masa breakfast Syu. Walaupun secara terpaksa. Lagipun, Syu tak naklah curi-curi masa ambil breakfast masa dekat office. Nanti orang cakap apa pula.
Sekali-sekala mungkin boleh. Buat banyak-banyak kali nanti tak pasal-pasal kena aim pula nanti 😏. Jadi, sebelum gerak pergi kerja. Syu makan siap-siap dekat rumah. Awal pun awal lah. Janji perut ada isi something.
![]() |
Breakfast is eggs-actly what I knead to start the day right! Coffee is a must! |
Jadi, menu simple yang macam ni saja boleh masuk perut Syu. Garlic toast & scrambled egg. Kira okaylah kan. Janji ada ambil breakfast sikit buat lapik perut. Yang paling penting, secawan kopi kosong wajib ada! Baru terang sikit biji mata nak hadap liku-liku kehidupan. By the way, jemput makan! Bismillah...
Oktober 05, 2023
Subuh Yang Indah!
Salam subuh buat semua sahabat-sahabat Blogger. Memandangkan tak ada point nak dicelotehkan di blog pagi ni. Jadi, Syu share pemandangan indah awan kepuk-kepuk waktu subuh. Di sirami indah cahaya sang suria pagi. Cantikkan pemandangannya 🥰? Sejuk mata. Sejuk hati segala. Walaupun, otak tengah runsing pasal harga beras yang mencanak naik tu. Ha3!🤭
![]() |
Subhanallah. Cantik pemandangan pagi ni. |
Kalau ikutkan, pagi ni Syu cadang nak pergi buat brisk walk dekat taman depan nun. Tapi, macam tak cukup masa pula. Lagipun, Syu puasa hari ni. Takut belum sampai setengah hari kerja, dah habis power. Lain kali sajalah buat brisk walk 😅. Mungkin hujung minggu nanti?-Kalau ada kerajinan 😆Apa-apa pun, have a nice & pleasant day buat semua rakan-rakan Blogger Syu. Jaga diri. Jaga kesihatan as well. Jumpa di next entri ya 😘!
September 30, 2023
Apa Yang Menarik Tentang Perayaan Kuih Bulan?
Perayaan Kuih Bulan yang diraikan oleh masyarakat Cina ini sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat kita di Malaysia. Akhir-akhir ini kita dapat melihat terdapat banyak kuih bulan dijual dan dipromosikan di pasar raya. Apakah sebenarnya simbolik dan perkara yang menarik disebalik kuih ini? Bagaimana sejarahnya?
Perayaan Kuih Bulan atau nama yang lebih tepat bagi perayaan ini adalah ‘Perayaan Musim Luruh’, namun nama-nama lain seperti Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung masih lagi popular di Malaysia kerana perayaan ini tidak lengkap tanpa adanya kuih bulan atau tanglung di kalangan orang Cina. Perayaan Kuih Bulan ini akan disambut pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar lunar Cina.
Asal Usul
Perayaan ini secara dasarnya adalah pesta para petani.[1] Di China, bulan purnama kebiasaanya mengambang paling terang pada musim luruh. Pada masa yang sama, musim luruh juga adalah musim menuai. Pada zaman kuno, masyarakat Cina yang berkerja sebagai petani akan meraikan hasil rezeki mereka dengan mengadakan makan besar bersama keluarga sambil mengamati keindahan bulan. Tiada sebarang upacara keagamaan pada masa itu.
Namun begitu, pada zaman sebelum ilmu sains berkembang maju, daripada sikap ingin tahu tentang bulan, lahirlah pelbagai cerita mitos sebagai jalan cara untuk menerangkan ‘keajaiban’ bulan. Contohnya, mengapakah bulan kerap berubah bentuk? Kenapa berlaku gerhana bulan dan dari situlah, lahirnya pelbagai kepercayaan mitos terhadap bulan.[2]
![]() |
SUMBER FOTO : The Star |
Manakala pula, istilah 中秋 bermaksud ‘Pertengahan Musim Luruh’, pertama kalinya tercatat dalam buku pra abad ke 2 iaitu Upacara Zhou (周礼), di mana disebut “…pada pertengahan musim bunga, gendang dipukul dan Binshi (sejenis alat muzik) dimainkan; semuanya bertujuan menyambut ketibaan musim panas. Begitu juga dengan Pertengahan Musim Luruh untuk menunggu ketibaan musim luruh.”
Begitu juga dalam Rekod Adat (仪礼) catatan sekitar abad ke 11 SM, terdapat kenyataan bahawa maharaja China ‘menyembah matahari pada pagi musim bunga dan bulan pada malam musim luruh’.
Walaupun demikian, rakyat China hanya mulai memeriahkan perayaan ini semasa zaman dinasti Tang (618–690 M dan 705–907 M) selepas terbitnya mitos-mitos cerita mengenai bulan, antaranya kisah maharaja Tang Ming (Xuanzong) mengunjungi istana di bulan. Sebelum ini, kemeriahan adalah lebih tertumpu pada perayaan Pesta Perahu Naga.[3]
Ritual Menyembah Bulan
Ritual menyembah bulan terkenal semasa zaman Dinasti Ming (1368–1644). Pada setiap tiga tahun, maharaja China akan menghadiahkan daging korban kepada ‘Dewi Bulan’ melalui upacara penyembahan. Para menteri dan tentera juga akan melakukan upacara yang sama. Kebiasaannya penyembahan ini dilangsungkan di taman diraja dalam istana.
Hal ini juga berkait dengan mitos Dewi Bulan yang bernama Chang Er. Sebelum itu Chang Er dikatakan seorang manusia biasa dan memiliki suami bernama Hou Yi. Walaupun terdapat pelbagai versi jalan ceritanya, namun pengakhirannya adalah lebih kurang sama.
![]() |
SUMBER FOTO : Google |
Diceritakan, Bumi mempunyai sepuluh matahari. Pada suatu hari, kesemua matahari terbit ke langit pada waktu yang sama, mengakibatkan kepanasan melanda penduduk Bumi. Hou Yi merupakan seorang pemanah handal. Beliau dengan tekadnya menembak sembilan matahari supaya hanya satu matahari sahaja yang terus hidup. Atas jasa baik ini, Hou Yi dihadiahkan sejenis ubat kekal abadi.
Walaupun demikian, Hou Yi tidak terus makan ubat itu kerana beliau tidak mahu hidup kekal abadi tanpa isteri tersayangnya Chang Er. Pada suatu hari semasa Hou Yi keluar memburu, anak muridnya Fengmeng yang dengki dengan kehandalan Hou Yi, telah memecah masuk rumah pasangan itu untuk merampas ubat tersebut. Dalam keadaan kelam kabut itu, Chang Er yang cuba menyelamatkan ubat tersebut tertelan ubat tersebut, lalu kemudian beliau terapung dan terbang di atas langit.
Disebabkan Chang Er telah berubah menjadi dewi yang membolehkannya terapung di langit, beliau memilih untuk tinggal di bulan supaya beliau dapat terus tinggal berdekatan dengan suaminya. Hou Yi pula, apabila sedar atas kejadian itu, merasa sungguh sedih. Sejak hari itu, beliau selalu meninggalkan buah-buahan kesukaan Chang Er sebagai makanan sembahan.[4]
Hasil dari mitos itulah masyarakat Cina dahulu menyembah Dewi Bulan. Akan tetapi itu bukanlah pencetus kepada masyarakat Cina untuk meraikan Perayaan Kuih Bulan. Adapun versi yang agak logik untuk disandarkan kepada perayaan ini adalah disebabkan perjuangan masyarakat Cina dalam menentang penjajahan.
Menggulingkan Penjajah Dengan Kuih
Kisah ini dikatakan asal-usul kuih bulan diraikan pada pertengahan musim luruh. Kuih bulan menjadi makanan khusus kepada perayaan ini dikatakan hasil dari kejayaan masyarakat Cina menggulingkan penjajah Dinasti Yuan (Dai Ön Yeke Mongghul Ulus, 1271–1368). Pada waktu itu dinasti Yuan adalah pemerintah berbangsa Mongolia yang menjajah China dan menjadikan China sebahagian daripada jajahan takluk Empayar Mongolia.
Dipercayai bahawa para pemberontak telah menggunakan kuih bulan sebagai alat komunikasi rahsia di kalangan ahli-ahli dan penduduk China. Dimana mereka meletakkan nota di dalam kuih tersebut.
![]() |
SUMBER FOTO : Ancient Origins |
Ini kerana pada waktu itu penjajah Mongolia mengawal ketat gerak-geri penduduk China dengan menghantar askar-askar di setiap penjuru perkampungan, di samping menindas mereka. Perlancaran pemberontakan pada hari pertengahan musim luruh itu bertulis di dalam nota bersama kuih:
八月十五杀鞑子 bermaksud: “Bunuhlah orang Tatar (Mongolia) pada hari lima belas haribulan kelapan!”
Maka pada malam itu, semua penduduk daripada pelbagai lapisan masyarakat pun keluar beramai-ramai dengan senjata masing-masing, lalu membunuh askar-askar Mongolia. Kejayaan itu akhirnya menandakan pembebasan China daripada penjajahan.
Lalu terbitlah dinasti baru iaitu Dinasti Ming (明朝) yang akan memerintah selama lebih 200 tahun setelah itu. Sejak dari situ, kuih bulan menjadi makanan khusus pada Perayaan Musim Luruh sebagai cara memperingati usaha kemerdekaan daripada penjajah asing.
Walaupun watak-watak di dalam kisah ini adalah personaliti sebenar dalam sejarah, perlu ditekankan juga bahawa kisah ini hanyalah semata-mata cerita dongeng yang diceritakan turun temurun dan disandarkan kepada watak-watak tersebut. Tiada dokumen asal yang merekodkan kemenangan orang Cina terhadap penjajah Mongol disebabkan pengunaan kuih bulan.[5]
Inovasi Perayaan Kuih Bulan
Kebiasaannya, kuih bulan berbentuk bulan dengan ketinggian setengah jari, walaupun terdapat juga bentuk segi empat tepat. Secara keseluruhan, ia adalah isi pastri tebal disaluti kulit nipis. Dewasa ini, kuih bulan juga terdapat dalam pelbagai perisa.
Di antaranya, pes biji teratai dan pes kacang manis yang paling kerap dijual di pasaran, manakala pandan, durian, dan keladi merupakan perisa moden. Ditambah dengan kekreatifan pasaran, kini terdapat juga kuih bulan yang diperbuat daripada coklat atau jeli.
Festival kuih bulan ini bermula dengan sambutan penting keluarga akan tetapi kini di Malaysia dan Singapura ianya telah menjadi aktiviti luar di mana ia disusuli dengan perarakan tanglung akan diadakan di jalanan.[6]
Bolehkah Muslim Meraikan Perayaan Kuih Bulan?
Hasil penelitian didapati perayaan ini adalah perayaan budaya masyarakat Cina. Ia bukan perayaan agama dan ia boleh disambut oleh muslim. Malah pada hari ini sudah terdapat banyak kuih bulan yang halal yang di sahkan oleh JAKIM. Maka kuih bulan yang halal boleh dimakan oleh muslim.
Adapun pada perayaan ini juga dilakukan juga pesta tanglung. Hal ini perlu dirincikan dengan baik kerana ia ada berkaitan dengan kepercayaan dan ibadat kaum Cina di Malaysia dan Singapura. Tanglung pula perlu dibahagikan kepada dua jenis iaitu tanglung yang digunakan sebagai pelita dan juga tanglung digunakan untuk berdoa.
Tanglung yang digunakan sebagai pelita itu tidak ada signifikan kepada kepercayaan atau agama kerana ia hanya digunakan sebagai lampu pada zaman dahulu. Kebiasaanya ia berbentuk kertas bulat dan api di dalam kertas itu disertakan dengan batang kayu dan ia berfungsi sebagai lampu. Malah ia juga digantung di rumah-rumah.
![]() |
SUMBER FOTO : China Highlights |
Manakala tanglung doa pula mereka melakukan dengan beberapa cara, pertama mereka akan berdoa sambil memegang tanglung sebelum dilepaskan ke udara dan ada juga menulis doa di kertas dan dibakar serta diterbangkan bersama tanglung dengan harapan agar tuhan memakbulkan doa mereka. Hal ini ia terpalit dengan perkara ibadat dan itu boleh dikatakan ritual agama (Chinese folk religion). Hal ini umat Islam dinasihatkan supaya tidak terlibat dalam melakukan ritual ini.
Satu fakta yang perlu diketahui adalah, pesta tanglung yang sebenar dilakukan pada 15 haribulan 1 (kalender lunar) iaitu pertengahan bulan baru Cina atau dikenali sebagai Cap Go Meh iaitu hari penutup perayaan tahun baru.[7]
Akan tetapi di Malaysia dan Singapura sedikit berbeza kerana mereka menambah pesta tanglung ini pada hari Perayaan Kuih Bulan 15 haribulan 8 (bulan lunar). Hal ini dikaitkan juga dengan kepercayaan dewi bulan yang mana pada malam perayaan tersebut adalah hari bulan mengambang.
Selain daripada tanglung doa itu umat Islam boleh terlibat dengan pesta ini selagimana ia tidak ada unsur yang bercanggah dengan syara’.
Kesimpulan
Perayaan ini memiliki banyak versi asal usul bagi simbolik kepada bulan. Selain masyarakat Cina dahulu sering menikmati bulan purnama pada pertengahan musim luruh, ia juga disusuli dengan beberapa mitos yang mengagungkan bulan.
Dari situ wujudnya kepercayaan terhadap bulan sehingga diterjemahkan kepada sejenis kuih. Malah mereka juga mendakwa kuih bulan ini pernah digunakan ketika melawan penjajah untuk menyembunyikan mesej-mesej di dalam kuih tersebut. Akan tetapi hasil penelitian didapati versi ini juga tidak kukuh untuk disandarkan kepada asal usul kepada perayaan ini.
Mutakhir ini Perayaan Kuih Bulan telah menerima inovasi seperti mana ia disertakan dengan pesta tanglung dan ucapara berdoa. Sedangkan sebelum ini perayaan tanglung di China hanya dilakukan pada hari ke-15 pada bulan bulan yang pertama mengikut kalender lunar dan bukan pada pertengahn musim luruh. Akan tetapi ritual ini sudah diserap masuk ke dalam Perayaan Kuih Bulan juga. Ia menambah kepada simbolik kepersonaan terhadap bulan itu sendiri.
Oleh itu adalah penting bagi umat Islam di Malaysia untuk mengenal sedikit sebanyak kepercayaan bagi masyarakat lain yang diamalkan oleh bangsa Cina, India dan lain-lain agar dapat menguatkan lagi kefahaman dan nilai toleransi di antara satu sama lain.
SUMBER PENULISAN : Firdaus Wong Wai Hung
September 29, 2023
Kuih Bulan Foh San Sedap & Halal!

Tahun 2023 ni. Pesta kuih bulan jatuh pada 29 September - Hari inilah kiranya. Jadi, sebelum tibanya hari perayaan tu. Akan ada ramai klien-klien bos berbangsa Cina datang hantar kuih bulan dekat kilang 😁.
Kalau klien-klien bos bagi yang halal. Merasalah kami-kami yang Melayu ni tumpang sekaki makan kuih bulan. Nak beli seketul pun mahal juga kuih bulannya. Tambah-tambah kalau dapat yang berkualiti premium & siap ada packaging macam ni 🤭.
![]() |
Yang Syu dapat ni kuih bulan yang ada lotus paste & sebiji telur kuning 😋. |
![]() |
Cantik pula bekas kuih bulan dari Foh San ni 🥰. |
Kalau korang nak tahu. Selain kuih bulan Baker's Cottage. Kuih bulan keluaran Foh San ni pun halal juga untuk dimakan tau. Ada bermacam-macam jenis kuih bulan korang boleh pilih di Foh San ni. Boleh tengok dekat website diaorang di Foh San Mooncake.
Lembut & tak terlalu manis
Dari segi harga, kuih bulan Foh San ni agak pricey sikitlah compare to Baker's Cottage. Almaklumlah, kuih bulan berkualiti premiumlah katakan. Sejujurnya, kuih bulan Foh San ni memang sedap! Inti padat. Rasanya pun tak terlalu manis & lembut bila dimakan. Jadi, memang layaklah harganya macam tu.
![]() |
Kuih bulannya ada pengesahan cop halal |
Teksturnya juga tak terlalu kering. Bila dipotong, elok cantik tak berderai. Dan yang paling penting, kuih bulannya ada pengesahan cop HALAL 👍🏻. Jadi, pada golongan muslim yang teringin nak makan kuih bulan halal & berkualiti premium. Boleh cuba beli di Foh San.
![]() |
Elok tak berderai bila dipotong. |
![]() |
Inti dalamnya ada letak kuning telur & melon seeds. |