Lunch Di Dekori Premium Cafe

Disember 30, 2023

Selesai buat rawatan di klinik semalam. Syu ronda-ronda dulu di pekan Ipoh. Saja! Malas nak balik rumah. Jadi, Syu roger cousin husband & ajak dia keluar lunch sama. Cadang nak ajak dia lepak di AEON Kinta City. Tapi, macam tak cukup masa lah pula. Dianya kerja. Rehat sejam saja. Takut rushing pula dia nak balik office nanti 😅.


Dekori Desert Cafe


Nak dijadikan cerita. Dia ajaknya Syu lepak dekat cafe tempat dia kerja. Lokasinya nun di Soho Ipoh sana. Dekat Dekori Premium Cafe. Memandangkan dia staff dekat sana. So, dapatlah harga istimewa sikit bila kitaorang makan dekat situ 😁. Dekat sini ada, deserts, pasta, tea & coffee. So, korang nak lunch menu yang lite-lite, boleh singgah sini. 



Salted egg pasta sedap! 😋


Sejujurnya, kafenya memang cantik & selesa. Sesuai sangat dijadikan tempat untuk celebrate apa-apa party. Makanan pun boleh tahan sedap juga. Especially, Salted Egg Pasta-nya. Cousin husband Syu cakap, menu pasta ni memang selalu on demand 😁. Sebab sedap punya pasal - Memang sedap pun sebenarnya 🤭.


Dekori Desert Cafe
Sedap pastanya! Ada rasa creamy salted egg & pedas-pedas manis 😋. 


Dekori Desert Cafe
Signature Toast Berry Chocolate ni pun sedap tau 😘


Niat asal nak makan Kakigori sebenarnya . Since, selesema & batuk Syu pun belum reda lagi. Jadi, kita makan makanan yang lain sajalah. Yang sejuk-sejuk kita skip dulu. Kemudian hari baru kita datang singgah makan dekat sini lagi 🥹. Kalau tak nanti, alamat lambat baik-lah batuk & selesema Syu. 

Comments

  1. menarik pasta tu nampak menyelerakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap sis. Rasa lemak manis pedas gittew 🤤.

      Padam
  2. Moga cepat sembuh yer nti boleh makan yg sejuk2🥰

    BalasPadam
  3. nama pun dah Premium, nampak ofkos premium!

    BalasPadam
  4. Toast Berry Chocolate tu nampak sedapppp

    BalasPadam
  5. nampak sedap pastanya...malam tadi baru tertelan liur tgk org buat pasta gini kat Tiktok...harini nampak lagi. memang nak kena cari jugak ke camna?

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!