Posts with the label Western Food
Memaparkan catatan dengan label Western Food. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Western Food. Papar semua catatan

Ogos 09, 2025

Yeahhh! Sarah Lulus

Idak ler full mark dapatnya. Tapi luluslah juga. 


Semalam si Sarah ada ujian memandu kereta. Alhamdulillah LULUS! Nampak gayanya akaknya ni dah boleh pencenlah kan? Lepas ni kalau balik kampung, bolehlah suruh dia jer yang drive. Akaknya pula boleh rehat. Duduk kat tepi jadi mem besaw! He3.


Malam tadi di ajaknya makan kat Cafe Bajet Kiut. Nak self reward katanya. Sampai sana di order-nya makanan banyak-banyak. Siapa nak habiskan? Dahlah makan berdua jer. Kalau ada husband Syu bolehlah dia tolong clearkan. Sudahnya, tak pasal-pasal Syu pula yang kena clearkan semua. Naya! 😂

 

Tengoklah apa yang di order-nya. Habis hatilah tu dapat self reward makan kat sini 😅.


Syu order ni jer. Tak berani nak tambah lagi sebab dah tahu mesti kena clear-kan si Sarah tu punya makanan 😂.

Yeahhh! Sarah Lulus

Ogos 09, 2025

Mei 12, 2025

Dinner Western Di Cafe Bajet Kiut

Western food
Tempatnya tak besar sangat. Tapi selesa &

 

Di Batu Gajah di ada banyak kedai makan western sebenarnya. Tapi, nak cari yang sesedap macam makan di Cafe Bajet Kiut ni macam payah sikit. Kalau korang nak tahu, bulan ni saja dah masuk 3 kali Syu datang repeat makan dekat sini - Adik yang ambil order tu sampai dah kenal muka kitaorang laki bini.

 

Hari tu makan berdua jer dengan encik husband. Kali ni ajak si Sarah join sekali makan dekat sini. Dia kata dia nak belanja 😝! So, kita pun apa lagi. Pucuk di cita ulam mendatang. Kecil tapak tangan, nyiru kita tadahkan. Lagipun, bukannya selalu dia nak belanja kita!


Western food
😋 Tasyabar nak makan!


Dekat Cafe Bajet Kiut ni, Syu paling suka repeat diaorang punya pasta - Ada aglio olio, bolognese, buttermilk & carbonara. Biasanya Syu akan order spaghetti chicken buttermilk. Rasa pedas kuahnya tu memang betul-betul kick! Sesuai sangat dengan tekak Melayu kita yang jenis suka makan pedas ni - Boleh request tak nak pedas.

 

Western food
Syu jatuh cinta betul dengan spaghetti Bajet kiut ni. Dia punya sedap tu tak tahu nak describe macam mana.


Selain menu berasaskan pasta, chicken chop & side dishes lain pun ada juga - Mushroom sup & garlic bread sedap! Overall, menu western dekat Bajet Kiut ni semua sedap-sedap belaka. Portion banyak. Harga pun idak ler mahey bebebo! Still affordable. By the way, kalau korang ada singgah Batu Gajah, jangan lupa singgah makan sini okay! 😘

Dinner Western Di Cafe Bajet Kiut

Mei 12, 2025

Disember 30, 2023

Lunch Di Dekori Premium Cafe

Selesai buat rawatan di klinik semalam. Syu ronda-ronda dulu di pekan Ipoh. Saja! Malas nak balik rumah. Jadi, Syu roger cousin husband & ajak dia keluar lunch sama. Cadang nak ajak dia lepak di AEON Kinta City. Tapi, macam tak cukup masa lah pula. Dianya kerja. Rehat sejam saja. Takut rushing pula dia nak balik office nanti 😅.


Dekori Desert Cafe


Nak dijadikan cerita. Dia ajaknya Syu lepak dekat cafe tempat dia kerja. Lokasinya nun di Soho Ipoh sana. Dekat Dekori Premium Cafe. Memandangkan dia staff dekat sana. So, dapatlah harga istimewa sikit bila kitaorang makan dekat situ 😁. Dekat sini ada, deserts, pasta, tea & coffee. So, korang nak lunch menu yang lite-lite, boleh singgah sini. 



Salted egg pasta sedap! 😋


Sejujurnya, kafenya memang cantik & selesa. Sesuai sangat dijadikan tempat untuk celebrate apa-apa party. Makanan pun boleh tahan sedap juga. Especially, Salted Egg Pasta-nya. Cousin husband Syu cakap, menu pasta ni memang selalu on demand 😁. Sebab sedap punya pasal - Memang sedap pun sebenarnya 🤭.


Dekori Desert Cafe
Sedap pastanya! Ada rasa creamy salted egg & pedas-pedas manis 😋. 


Dekori Desert Cafe
Signature Toast Berry Chocolate ni pun sedap tau 😘


Niat asal nak makan Kakigori sebenarnya . Since, selesema & batuk Syu pun belum reda lagi. Jadi, kita makan makanan yang lain sajalah. Yang sejuk-sejuk kita skip dulu. Kemudian hari baru kita datang singgah makan dekat sini lagi 🥹. Kalau tak nanti, alamat lambat baik-lah batuk & selesema Syu. 

Lunch Di Dekori Premium Cafe

Disember 30, 2023

Oktober 12, 2023

Lepak Di Port Kambing Bakar Ipoh Station 18

Semalam, hari lahir husband Syu. Cadang nak ajaklah dia keluar dinner dekat Nifayyi Warung & Cafe. Tapi, dia cakap tak payah beria-ria celebrate birthday dia bagai. Deserts pun dia tak mahu juga katanya.


Dalam hati tak percaya sebenarnya. Sebab dah tahu sangat perangai laki kita macam mana 🤣. Sekejap lagi ada lah dia buat special request dekat kita tu nanti 😌. 



Bila dah cakap macam tu. Syu pun buat bodoh & turutkan saja apa yang dia nak 😌.Tunggu punya tunggu. Akhirnya! Dalam pukul 10 macam tu dia request dekat Syu kata nak makan kek 🤪.


Celah mana Syu nak bercari kek time malam-malam macam ni kome 😅! Kedai bakeri jangan cakaplah. Dah tentu-tentu banyak yang dah tutup. Itulah. Tadi siang kita offer, dia dok jual mahal. Kan dah cravings nak makan something 🤣.



Port kambing bakar padu!


Memandangkan Syu malas nak drive jauh-jauh sampai pusat bandar nun. Sudahnya, Syu ajak husband Syu lepak makan di Port Kambing Bakar Ipoh Sation 18. Dah lama juga tak perkena western food dekat sana 😁. Lagipun, lokasi kedainya dah tak jauh dah dari rumah Syu.


Lokasi Port Kambing Bakar Ipoh Station 18 letaknya bersebelahan dengan Ipoh Best Cendol 😁. 


Actually, masa bulan puasa hari tu. Syu pernah singgah makan di Port Kambing Bakar Ipoh Station 18 ni. Tapi, tak pernahlah pula Syu buat review 😅. Kali ni, Syu singgah makan lagi dekat sini. Sedap kita repeat. Tak sedap kita move on cari port makan lain 😁.


Habis seronoklah tu dapat bakso beranak kedai akak sebelah.


To be honest. Kedai makannya memang nampak simple. Tapi, kebanyakkan menu-menu western yang ada drkat sini memang padu-padu belaka! Especially, menu kambing bakar. Daging kambingnya elok masak sekata & tak hanyir. Paling ngam bila makan dengan coslaw & signature sosnya 😋. 



Wajib order jus buah


Air pun boleh tahan padu juga. Harga pun murah 👍🏻. 


Kalau korang datang makan dekat sini. Syu suggest korang order jus buah. Memang padu jus buahnya korang! 👍🏻Harga tak payah cakap. Memang murah. Yang paling best. Jus buahnya sedap & tak ceroi.



Daging itik pun ada juga! 


Selain menu western berasaskan kambing, ayam & daging lembu. Dekat sini, diorang ada buat set menu western berasaskan daging itik juga tau. Memang sedap. Dagingnya padat & besar. Harganya pun quite reasonable juga 👍🏻. Tak rugi cuba. 


Tak tahu apa nama menunya. Yang Syu tahu, daging tu daging itik. Set ni ada sekali dengan nasi.


Teknik plating-nya pun boleh tahan juga. Teliur tengok 😋


So, buat penggemar kambing bakar & western foods. Korang wajib singgah makan dekat sini. Memang highly recommended 👍🏻! Kedai ni beroperasi dari jam 5.30 petang hingga jam 12 tengah malam. Dibuka setiap hari, kecuali pada hari Rabu. 

Lepak Di Port Kambing Bakar Ipoh Station 18

Oktober 12, 2023

Mei 30, 2023

Makan Malam Di Nifayyi Warung & Cafe


Nifayyi Warung & Kafe
Cantiklah tempatnya. Suka tengok interior design kafe ni 🥰


Officemates Syu ada rekemen Syu makan dekat Nifayyi Warung & Kafe ni. Dengar cerita makanan dekat sini sedap-sedap belaka. Especially menu western-nya. Memandangkan encik suami ajak Syu makan dekat luar. Jadi, Syu suggest pada dia supaya makan dekat Nifayyi Warung & Kafe 🤭.



Lokasi kafe ni letaknya di Taman Fair Park, Ipoh. Tak jauh dah kalau korang dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) nun. Depan sikit Restoran Nasi Kandar Pelita, dah boleh nampak dah kafenya - Sebelah kanan jalan 😁.


BACA JUGA

➣ Waritha Simpang Pulai Memang Best & Padu 

Makan Malam Di Restoran Al-Medina Nasi Arab

➣ MP BBQ Steamboat


Nifayyi Warung & Kafe
View dari atas pun cantik 😍


Nifayyi Warung & Kafe


Sejujurnya, memang best makan dekat Nifayyi Warung & Kafe ni. Tempatnya cantik & ada banyak pilihan makanan - Tak tahu nak rekemenkan menu yang mana satu sebab semuanya nampak sedap-sedap belaka 🤭. Portion-nya pun boleh tahan banyak. Kira berbaloilah dengan harga 😁.


Nifayyi Warung & Kafe
Syu punya Chargrill Chicken Chop Spaghetti Aglio Olio 🤤. 


Nifayyi Warung & Kafe
Encik suami pesan yang ini. Cheesy Mushroom Chicken Chop 🤤


Instead of korang datang walk-in, sebaiknya korang buat reservation awal terlebih dahulu. Sebab kafe ni memang memanjang ramai orang - Keluar segerombolan, masuk pun segerombolan 😂. Tambah waktu tengahari & makan malam. Kalau gigih nak walk-in juga, kenalah tunggu ada meja kosong baru korang boleh takes turn macam Syu semalam 😅.

Makan Malam Di Nifayyi Warung & Cafe

Mei 30, 2023

Januari 22, 2023

Master Grill Seri Iskandar, Perak

Agak lama juga Syu tak singgah makan di Master Grill Seri Iskandar. Memandangkan hari ni Syu malas nak masak. Jadi, lepas beli barang dapur di TF Valuemart Batu Gajah tadi, kita lajak terus ke Seri Iskandar untuk isi tangki.



Masa kami sampai, restorannya tak berapa ramai orang. Jadi, rasa tenang sikit 🤭. Bukan apa, kadang-kadang rasa serabut juga otak bila tempat makan terlampau crowded dengan orang. Nak ambil gambar pun segan. Takut orang pandang sepesen 😂. 


Lengang & tak ramai orang sebab Master Grill ni selalu meriah waktu malam 🤭. 


Sejujurnya Master Grill dahulu & sekarang memang jauh berbeza. Dulu, ada pelayan ambil pesanan di setiap meja. Sekarang tak ada dah. Teknologi semua di hujung jari. Nak makan kena pesan guna aplikasi.


Hanya perlu imbas QR code yang pelayan bagi, klik pada pautan & submit order. Kemudian, tunggu saja pesanan korang sampai ke meja. Nak bayar nanti, hanya perlu sebut nombor meja sahaja. 


Set Mix grill ni ada ayam, daging kambing & lembu 🤗💕


Kalau korang nak tahu, Master Grill ni antara tempat makan favourite arwah bapa mertua Syu singgah makan makanan western. Menu yang paling arwah suka adalah Mix Grill & Lamb Chop - Favourite Syu juga sebenarnya 🤭. 


Ketiaw kungfu Master Grill ni memang sedap! 😋💕


Untuk kunjungan Syu kali ni, Syu pesan 3 menu. Ketiaw kungfu, mix grill & nasi goreng seafood - Lupa nak ambil gambar nasi goreng seafood sebab dah lapar sangat 😅. Memang sedap-sedap belaka. Rasa tak berubah langsung. Sama macam sebelum-sebelum ni.



Paling Syu suka ketiaw kungfunya. Serba serbi cukup rasa. Portion banyak, harga pun boleh tahan murah! Encik suami pun suka. Kalau korang lalu Seri Iskandar, jangan lupa singgah okay! Gerenti puas hati makan dekat Master Grill ni 😋💕. 

Master Grill Seri Iskandar, Perak

Januari 22, 2023