Waritha Simpang Pulai Memang Best & Padu!👍ðŸŧ

Mei 04, 2023

Dah lama tak perkena masakan ala Thai di Restoran Waritha. Lokasinya tak jauh dari simpang nak pergi ke Cameron Highlands. Memang elok sangat singgah makan masakan ala Thai dekat sini sebelum gerak ke Cameron Highlands ðŸĪ­.



Restoran Waritha ni boleh dikatakan famous juga di area Simpang Pulai. Dekat TikTok pun dah viral 😂. Sebab itu restoran ni selalu penuh dengan pengunjung. Almaklumlah, kebanyakan menu-menu dekat sini sedap-sedap belaka. 


Restoran Waritha
Lengang sikit sebab ramai yang beransur balik ðŸĪ­. 

Nak dijadikan cerita, semalam Syu & encik suami singgah dekat sini makan malam. Selalu kalau makan ikan siakap kami berdua laki bini suka pilih masak sweet sour. Kali ni kami cuba ikan siakap masak style lain pula. Asyik masak sweet sour saja, lama-lama jemu juga yedak 😅?


Restoran Waritha
Padu semua menu-menunya. Siakap stim limaunya memang sedap 😘!


Masa makan dekat Restoran Waritha semalam, kami order nasi putih, siakap stim limau, kangkung ikan masin & udang goreng butter (2 orang makan). Sambal belacan & ulam diaorang bagi free ðŸ˜. Total semua semalam cuma RM89 saja. Okaylah kan? Saiz ikan siakapnya besar. Udang masak butter pun boleh tahan banyak udangnya. 



Jujur Syu cakap. Makan dekat Restoran Waritha ni memang puas hati. Sedap-sedap semua menu-menunya. Cukup rasa masam, masin, manis & pedasnya. Datang sini memang wajib makan siakap stim limau Waritha ni! Sangat-sangat recommended 👍ðŸŧ.  Rugi kalau tak cuba! 

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!