Attend Kenduri Kahwin Officemates Berbangsa India

Mei 09, 2023

Jarang sebenarnya Syu dapat jemputan kahwin dari kawan non-muslim🀭. Seumur hidup Syu, baru ini kali pertama Syu dapat jemputan kahwin dari kawan berbangsa India yang ada hidangkan makanan halal khas untuk tetamu jemputan.


Malaysia Indian Wedding
Tahniah buat kedua pengantin πŸ₯°! 


Bila dah dijemput, rasa macam tak syoklah pula kalau tak pergi kan. Lagipun, mak pengantin & pengantin perempuan dua-dua offimates Syu. Masing-masing dah kenal rapat satu sama lain πŸ˜…. Tambah-tambah Kak Chitra (Mak pengantin perempuan).



Bukan selalu pun Syu dapat undangan majlis kahwin kaum India ni. Alang-alang dah ada peluang, kita join sekali dengan kawan-kawan berbangsa lain. Baru meriah & muhibbah! bila Melayu, Cina & India boleh duduk kumpul lepak santai satu meja πŸ€ͺ. 


Malaysian Indian Wedding
Tahniah Kak Chitra! Dah dapat menantu πŸ₯°. 


Malaysian Indian Wedding
Gambar candid katanya. Tapi, yang dekat depan tu dah kenapa ya? πŸ€£


Malaysian Indian Wedding
Antara officemates yang hadir malam tadi πŸ˜. 


Seronok juga attend wedding kaum India ni sebenarnya. Makan sedap - Ayam masak masalanya padu🀭. Paling syok bila tengok diaorang yang perempuan-perempuan pakai sari. Meriah gila warna - Masa inilah nak tengok kawan-kawan India lain pakai sari cantik-cantik pun sebenarnya πŸ˜. 


Malaysian Indian Wedding
Wefie sikit! πŸ“ΈπŸ€ͺ


Malaysian Indian Wedding
πŸ€ͺπŸ“Έ Wefie dengan encik suami pula.


Malaysian Indian Wedding
Makan time 🍽️! 


Malaysian Indian Wedding
Nasi minyak, kari kambing, ayam masak masala, sayur campur & dalca πŸ˜‹


Apa-apa pun, tahniah buat Kak Chitra sebab dah terima menantu. Terima kasih sudi jemput Syu & suami datang makan kenduri. Best kendurinya. Satu pengalaman baru juga untuk Syu sebenarnya. Buat Selvi pula, tahniah atas perkahwinan ya. Semoga kekal bahagia jodohnya hingga ke akhir hayat πŸ₯°.

Comments

  1. cantik berseri muda lagi mak pengantin

    BalasPadam
  2. MA pernah jugak rasanya..sekali or dua kali but memang kena confirm la ada hala foods semua kan.. and yes..sedap indian foods ni kalau kena gayanya..
    rasa muhibbah sgt kan

    BalasPadam
  3. masakan india sedap sebab masak masala dengan kari kambing tu hehe. cantik lah pelamin dia

    BalasPadam
  4. seronokny kalau dapat undangan gini, rasa dihargai tau walau lain bangsa dan agama. Mak pengantin nampak muda betul... nampak awet muda gitu. Makanan yang disediakan pun nampak sedap

    BalasPadam
  5. Suka sebab dapat tengok budaya kaum lain. Makanan confirm sedap tu

    BalasPadam
  6. ini barulah muhibbah 1Malaysia. Abe Kie pernah pi kenduri kawan dari kaum Kadazan semasa mengajar di Sabah dulu. Mmg disediakan makanan n pinggan mangkuk yg berbeza utk kita org Islam....

    BalasPadam
  7. cantik kak chitranya...nampak muda je dia

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!