Posts with the label Kenduri
Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan

September 17, 2023

Selamat Pengantin Baru Buat Anak Pak Zaini

Semalam singgah makan kenduri dekat rumah Pak Zaini. Driver lori satu tempat kerja Syu. Actually, Syu jarang bersemuka dengan Pak Zaini ni. Nak kata rapat tu tidaklah. Almaklumlah, dia selalu bawa lori outstation ke Singapore. Bertembung pun sekali dua saja. Entah dia kenal Syu entah tidak. Kalau sebut orang HR, mungkin dia tahulah gamaknya 😂.



Dengan menantu dia, Syu memang rapih. Sebab menantu Pak Zaini ni officemate Syu. Memandangkan dah duduk satu office. Pak Zaini wakilkan menantunya untuk jemput semua orang-orang office datang makan kenduri sempena anak perempuannya nak kahwin. Since orang dah pelawa, kita pun pergi sajalah sekadar memenuhi jemputan - Bunyi macam terpaksa jer 🤣Bukan selalu dapat makan kenduri pun.


Kenduri kahwin
Awning tudung tu, time inilah tak nak bagi kerjasama pun 😮‍💨


Semalam memang ramailah geng-geng driver lori datang. Syu tegur gitu-gitu sajalah. Tak berani nak sembang lebih-lebih. Sebab diaorang masing-masing ada bawa mem. Kita sajalah yang single but not available. Jadi, kena behave sikit perangai masa tu. Takut terlajak ramah nanti, mem diorang fikir apa pula 🤭.



Apa-apa pun. Taniah buat Pak Zaini sebab dah menerima menantu. Semoga berbahagia kedua-duanya hingga ke jannah. Dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah. Buat officemate Syu, Huda. Tahniah juga. Dah dapat biras baru 😁.

Selamat Pengantin Baru Buat Anak Pak Zaini

September 17, 2023

Mei 09, 2023

Attend Kenduri Kahwin Officemates Berbangsa India

Jarang sebenarnya Syu dapat jemputan kahwin dari kawan non-muslim🤭. Seumur hidup Syu, baru ini kali pertama Syu dapat jemputan kahwin dari kawan berbangsa India yang ada hidangkan makanan halal khas untuk tetamu jemputan.


Malaysia Indian Wedding
Tahniah buat kedua pengantin 🥰! 


Bila dah dijemput, rasa macam tak syoklah pula kalau tak pergi kan. Lagipun, mak pengantin & pengantin perempuan dua-dua offimates Syu. Masing-masing dah kenal rapat satu sama lain 😅. Tambah-tambah Kak Chitra (Mak pengantin perempuan).



Bukan selalu pun Syu dapat undangan majlis kahwin kaum India ni. Alang-alang dah ada peluang, kita join sekali dengan kawan-kawan berbangsa lain. Baru meriah & muhibbah! bila Melayu, Cina & India boleh duduk kumpul lepak santai satu meja 🤪. 


Malaysian Indian Wedding
Tahniah Kak Chitra! Dah dapat menantu 🥰. 


Malaysian Indian Wedding
Gambar candid katanya. Tapi, yang dekat depan tu dah kenapa ya? 🤣


Malaysian Indian Wedding
Antara officemates yang hadir malam tadi 😁. 


Seronok juga attend wedding kaum India ni sebenarnya. Makan sedap - Ayam masak masalanya padu🤭. Paling syok bila tengok diaorang yang perempuan-perempuan pakai sari. Meriah gila warna - Masa inilah nak tengok kawan-kawan India lain pakai sari cantik-cantik pun sebenarnya 😁. 


Malaysian Indian Wedding
Wefie sikit! 📸🤪


Malaysian Indian Wedding
🤪📸 Wefie dengan encik suami pula.


Malaysian Indian Wedding
Makan time 🍽️! 


Malaysian Indian Wedding
Nasi minyak, kari kambing, ayam masak masala, sayur campur & dalca 😋


Apa-apa pun, tahniah buat Kak Chitra sebab dah terima menantu. Terima kasih sudi jemput Syu & suami datang makan kenduri. Best kendurinya. Satu pengalaman baru juga untuk Syu sebenarnya. Buat Selvi pula, tahniah atas perkahwinan ya. Semoga kekal bahagia jodohnya hingga ke akhir hayat 🥰.

Attend Kenduri Kahwin Officemates Berbangsa India

Mei 09, 2023

November 13, 2022

Makan Nasi Minyak Di Taiping, Perak

Beberapa bulan yang lepas ada dapat jemputan dari biras Syu. Adiknya nak kahwin katanya. Tapi, jemputan pakai mulut sajalah masa tu. Awal-awal dah dipesannya kami laki bini apply cuti 😅.


Dah convert jadi GIF. So tak ada lagu 🤭. 


Sebulan sebelum majlis resepsi, biras Syu ada hantar video kad jemputan melalui WhatsApp. Memang cantik kad jemputannya. Siap ada background music lagi.


Memang jauh berbeza dengan kad jemputan kita dulu-dulu. Lepas dah tempah kena tulis nama & letak dalam sampul surat satu-satu. Lepas tu baru bagi by hand pada jemputan.


Nampak macam renyah. Tapi, sebenarnya ia satu nostalgia. Mungkin lepas ni takkan ada lagi kad jemputan bercetak. Almaklumlah, ikut peredaran zaman 😂.



Banyak barang pemakan


Nama pun kenduri kan. Dah sah-sahlah banyak pilihan makanan. Dari menu pembuka selera, main course sampailah ke pencuci mulut. Memang cukup lengkap. Cuma lalu dengan lalu saja nak sumbat dalam perut 😂. 


Nasi minyak
Dah lama juga tak perkena nasi kenduri ni 😋.


Tadi, masa dekat rumah pengantin perempuan. Syu mampu makan nasi minyak dengan laksa saja. Menu-menu selingan yang lain memang tak mampu nak jamah dah. Sebab dah terlampau kenyang. 



Jadi, nak tak nak terpaksalah kita surrender lebih awal 🏳️. Apa-apa pun selamat pengantin baru buat kedua pasangan. Semoga bahagia berkekalan hingga ke jannah🤲🏻. Esok kita pergi bertandang rumah pengantin lelaki pula. 


Pengantin
Sempat ambil gambar orang saja. Gambar sendiri tak sempat nak ambil 😆.


Makan Nasi Minyak Di Taiping, Perak

November 13, 2022