Selamat Pengantin Baru Buat Anak Pak Zaini

September 17, 2023

Semalam singgah makan kenduri dekat rumah Pak Zaini. Driver lori satu tempat kerja Syu. Actually, Syu jarang bersemuka dengan Pak Zaini ni. Nak kata rapat tu tidaklah. Almaklumlah, dia selalu bawa lori outstation ke Singapore. Bertembung pun sekali dua saja. Entah dia kenal Syu entah tidak. Kalau sebut orang HR, mungkin dia tahulah gamaknya 😂.



Dengan menantu dia, Syu memang rapih. Sebab menantu Pak Zaini ni officemate Syu. Memandangkan dah duduk satu office. Pak Zaini wakilkan menantunya untuk jemput semua orang-orang office datang makan kenduri sempena anak perempuannya nak kahwin. Since orang dah pelawa, kita pun pergi sajalah sekadar memenuhi jemputan - Bunyi macam terpaksa jer 🤣Bukan selalu dapat makan kenduri pun.


Kenduri kahwin
Awning tudung tu, time inilah tak nak bagi kerjasama pun 😮‍💨


Semalam memang ramailah geng-geng driver lori datang. Syu tegur gitu-gitu sajalah. Tak berani nak sembang lebih-lebih. Sebab diaorang masing-masing ada bawa mem. Kita sajalah yang single but not available. Jadi, kena behave sikit perangai masa tu. Takut terlajak ramah nanti, mem diorang fikir apa pula 🤭.



Apa-apa pun. Taniah buat Pak Zaini sebab dah menerima menantu. Semoga berbahagia kedua-duanya hingga ke jannah. Dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah. Buat officemate Syu, Huda. Tahniah juga. Dah dapat biras baru 😁.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!