Sling Bag Cantik Siap Ada Nama 🥰.

September 21, 2023

Masa nak balik kerja kemarin, Syu ada dapat suprise dari officemate Syu. Hadiah sempena hari lahir katanya. Malu pula rasa. Dah tua-tua bangka dapat hadiah 😂.



Tapi, itulah. Bukan selalu orang nak bagi hadiah kan? Alang-alang dah ada yang memberi bagi. Kita sebat sajalah. At least, ada juga bag nak dibawa melaram & BER-OOTD nanti 🤭 . 


Sling bag cantik
Sampai-sampai rumah terus bergambar dengan bag. Excited punya pasal 🤣. 



Terima kasih Wana! 


Sling bag cantik
Luar dalam cantik begnya 😍. 


Bagi Syu, design & warna sling bag ni memang cantik & perfect sangat. Kecil & senang nak bawa ke sana ke mari. Walaupun, saiznya tak besar. Tapi, semenika meradak (macam-macam benda) boleh sumnat dalam tu. Dari tablet, notebook, dompet, handphone sampailah ke barang make up 🤭.



Syu ada tengok sling bag ni di Shopee. Boleh tahan juga harganya ya😅. Kalau korang berkenan boleh beli dekat SINI. Saiz kecil ada. Saiz medium pun ada. Saiz medium tu sesuai sangatlah kalau korang nak buat bag telekung & beg bekal. Alang-alang korang belilah satu set terus! 🤣


Sling bag cantik
Cantik betul bagnya. Siap ada tulis nama Syu lagi. Terharu gila rasa! 🥹


Apa-apa pun, alhamdulillah. Rezeki Syu untuk birthday tahun ni. Terima kasih banyak tau Wana! Cantik betul hadiahnya 🥰. Sayang nak guna. Siap ada letak nama bagai. Segan tau. Dahlah masa birthday kamu hari tu aku tak ada bagi apa-apa. Tak apa. Nanti ada lepak Nifayyi lagi, aku belanja kamu 😁! By the way, selamat hari lahir untuk diri sendiri. 

Comments

  1. comei nya bag tu.. pink plak tu..nice...

    BalasPadam
  2. lawanya beg tu...nanti boleh share kawan beli kt mana...hihihi...mcm nk beli tok diri sendri je

    BalasPadam
    Balasan
    1. BELI SLING BAG ni dekat Shopee sis. Klik dekat link yang bagi ni.

      Padam
    2. tulah...semalam dah komen baru perasan link shopee...tima kasih sis

      Padam
    3. Sama2. Beli tau. Cantik begnya. He3.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!