Posts with the label Birthday
Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday. Papar semua catatan

Februari 09, 2026

Happy Birthday Yang Ke-59 Mak! 🫂💕

Burn cheese cake
Love gila burn cheese cake ni. Sedap! Mak pun suka 😋. 


Since kita celebrate kita-kita jer. So, Syu buat menu paling simple & mudah untuk celebrate birthday mak tahun ni. Untuk birthday cake mak, as usual Syu repeat order burn cheese cake dengan sis Hazwana. Main course pula, Syu buat menu nasi ayam. Nak jimat masa & tenaga, ayam panggang kita main tunjuk-tunjuk kat Baker's Cottage jer. Air tangan kita hanya kat nasi, sup ayam dengan air! 🤣


Birthday
Selamat hari lahir mak! Sayang mak dunia akhirat 🫂💕


Apa-apa pun, selamat hari lahir untuk mak! Sayang mak dunia akhirat. Akak doakan semoga Allah panjangkan usia & dimurahkan rezeki mak sentiasa. Dipermudahkan segala urusan & diberikan kesihatan yang baik. Terima kasih lahirkan akak & sudi jaga akak dari kecil sampailah ke besar 🫂💕. Nanti balik kampung akak tolong mak cuci karpet lagi ya! 😬

Happy Birthday Yang Ke-59 Mak! 🫂💕

Februari 09, 2026

Disember 24, 2025

Burn Cheesecake Special Untuk...

Cantik & sedap. Makan banyak pun tak muak 😋.


Happy brithday Choy! 😘


First time makan burn cheesecake sedap & tak muak. Selalu kalau beli mesti dapat yang rasa cheese-nya terlalu heavy & masam. Yang ini sumpah sedap! Dah makan satu slice rasa nak repeat lagi. Disebabkan kek ni si Wana yang beli untuk celebrate birthday si Choy, idak ler kita nak sapu licin sampai habis. Kita makan sekadar buat ghaso-ghaso jer.

 

Apa-apa pun kita dah minta contact number seller siap-siap kat Wana supaya next round kita boleh repeat order untuk kita punya next occassion. Cadang nak beli untuk celebrate birthday mak nanti. Untuk saiz 6 inci ini seller jual RM45. Macam mana? Korang rasa okay tak harga macam tu? 

Burn Cheesecake Special Untuk...

Disember 24, 2025

Oktober 09, 2025

Selamat Hari Lahir My Bebeh!

Semalam ada orang tu sambung cuti rehat dengan harapan kita ada nak celebrate birthday dia. Malangnya Syu terlupa! Even wish birthday pun tidak. Udah petang baru wish encik suami - Maafin aku sayang. Sumpah terlupa 😂. Itupun dia sendiri bagitahu Syu. Masa tu Syu tengah lepak dekat meja depan kat ruang tamu. Tunggu dia bersiap nak pergi HRPB tengok kakaknya kat hospital nun kena heart attacked - Get well soon angah!


Datang-datang dengan muka penyek dia cakap kat Syu - "Kita apply cuti tau hari ni, kita ingat awak ada lah nak celebrate birthday kita ke wish ke apa ke. Kita tunggu dari malam tadi tau". Dalam hati - "😌 Halah3! Time birthday kita idak pun dia nak celebrate bagi hadiah bagai. Time dia? Kemain dia ya. Ha3." So, lepas tengok kakaknya kat HRPB semalam, kita pun pergilah ke Nifayyi sana celebrate birthday dia. Bagi dia rasa syiok sikit. Birthday boy kan! Kasilah dia chance.


Celebrate dekat Nifayyi jer. Dah alang-alang dekat dengan area HRPB.


To my husband, selamat hari lahir yang ke sekian-sekian. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Dipermudahkan segala urusan. Dimurahkan rezeki untuk keluarga kecil kita yang memang sedia-sedia kecil ni. Jangan nak baran-baran tengin-tengin bagai sebab awak pun tahu bini awak singa tidur yang lagi singa dari singa bila dia menyinga. Ha3. Love you so much! Dunia akhirat. Jom ronda-ronda naik skuter lagi malam ni jom! He3 😁.

Selamat Hari Lahir My Bebeh!

Oktober 09, 2025

Oktober 06, 2025

Baru Nak Buka Hadiah! 😂

Syomel-syomel semuanya. Thanks guys Choy, Wana & Kelvin!

 

Birthday dah habis lama dah. Baru ini ada kesempatan nak hadap hadiah-hadiah yang officemate bagi hari tu - Hadiah tak banyak pasal circle dah kecik 😅. Apa-apa pun terima kasih daun keladi kepada yang memberi. Setiap tahun sentiasa mengingati & mengiringi diri yang semakin hari semakin menua ini dengan doa!


Semoga diri ini diberikan kesihatan & afiah dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih tersisa ni. Buat rakan-rakan Blogger juga, terima kasih kerana sentiasa setia, sudi membaca & meninggalkan jejak yang kadang-kadang Syu lupa nak jejak balik - Maafkan ambo! 😂. 

 

Sebelum masuk kerja kita ngopi dulu bagi segar biji mata.


Baru Nak Buka Hadiah! 😂

Oktober 06, 2025

September 22, 2025

Dear Me, Happy Birthday!

Happy birthday



Dear me Syuderis,

 

Wish you happy birthday! Semoga dipermudahkan urusan, dilimpahkan & dimurahkan rezeki & segala "itu ini". Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas & diberikan kudrat menapak di dunia tipu-tipu ni.

 

Orang tua-tua dulu selalu pesan, makin dekat kita dengan hari lahir kita. Makin dekat kita dengan kematian. Betul lah tu. Makin hari, makin bertambah umur kita. Bila direnung balik, setahun tu bukannya lama mana. 365 hari jer. Boleh jadi rasa macam lama sangat & boleh jadi juga rasa macam sekejap sangat.

 

Buat yang mengenali, terima kasih atas ucapan & juga pemberian. Teruslah menyayangi & mengingati saya. Ahaks! Sejenis Syu ni dari dulu memang tak ramai kawan. Tapi, tak apa. Kita selesa dengan circle kita sekarang. Biar sikit, janji tak serabut kepala. Kita just kawan gittew-gittew jer. Mana tahu nanti dah tua-tua kawan kat masjid ramai 😬.Boleh join team acik-acik marhaban! Sekian celoteh dari birthday woman.

Dear Me, Happy Birthday!

September 22, 2025

Julai 29, 2025

Selamat Hari Lahir Abah & Selamat Berehat

Tahun ni. Bulan ni & hari ni. Tak ada lagi kek kebun untuk celebrate birthday abah dah. Tak ada lagi lagu "Selamat Hari Jadi" untuk kitaorang adik-beradik nyanyikan. Tak ada juga jerit pekik cucu-cucu sebut "Tok Wan". Mak pun sekarang dah tak sesibuk dulu. Selalunya, bila time birthday abah. Mak mesti sibuk kat dapur masak rendang, lontong, nasi impit & kuah kacang bagai. Macam nak raya! Pasal mak tahu, menu tu semua menu feveret abah.



Sekarang semua tu hanya tinggalkan kenangan jer 🥹. Abah pun dah pergi dengan tenang. Kita sebagai anak ni dah cukup lega dah tak tengok dia sakit-sakit lagi. Tapi itulah...Cuma kita yang hidup ni lah masih terkenang-kenangkan dia. Bila balik kampung tu rasa sayu sangat hati ni. 


Dia punya feel balik kampung tu dah tak sama macam dulu. Ada masa terbayang-bayang arwah abah dok duduk dalam bilik. Baring atas katil. Bila time makan, rasa terngiang-ngiang bunyi tongkat arwah abah berjalan keluar bilik - Sumpah cakap. Syu rindu semua tu! 🥲


Buat abah...selamat hari lahir akak ucapkan. Walaupun abah dah tak ada, doa akak sentiasa mengiringi abah kat sana. Terima kasih abah! Terima kasih sebab dah jadi abah yang terbaik untuk kitaorang semua. Akak sayang abah dunia akhirat 🫂💕. Al-fatihah untuk arwah abah. Semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin 🤲🏻.

Selamat Hari Lahir Abah & Selamat Berehat

Julai 29, 2025

Jun 22, 2025

Selamat Hari Lahir Si Darah Manis!

Beli kek 1 slice. Beli besar karang siapa nak makan 😂. Kita tengah control makan benda-benda manis.


Tak teringat langsung birthday si budak Chaoi ni sama date dengan birthday kawan office Syu si Wana tu. Nasib baik ada balik kampung. Dapatlah celebrate birthday si bujang berdarah manis ni. Since ramai adik-beradik tak ada balik. Jadi, kita sambut simple-simple jer.


Suap jelah. Walaupun udah besar panjang 🤭. 


Hero mak yang last. Tak banyak hal. Tapi masa kecik kerap beno sakit 😅. 


Selamat hari yang ke-25 Chaoi. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan. Cepat beno besar pun. Dulu masa kecil selalu minta akak bancuh susu milo 😂. Pejam celik esok lusa dah nak berbini dah.

Selamat Hari Lahir Si Darah Manis!

Jun 22, 2025

Jun 21, 2025

Selamat Hari Lahir Syazwana Zailani!

Muka ada sinyium 🤪.


Buat Syazwana Zailani. Officemate seperjuangan. Regu bergosip & teman bersyahdu. Selamat hari lahir yang ke-37 diucapkan 🎉🎂 - Birthday kamu sama dengan Chaoi rupanya! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik 🫂❤️.


Kita wefie dulu sebelum balik! 🤭💕


Menung kejap tengok. Kita tengah control makan benda manis masalahnya 😂. 


Kamu memang officemate yang bagus. Tak berkira & suka bersedekah. Ramah. Tiga suku pun ya! Terima kasih sebab mampu bertahan bersama-sama sampai ke hari ni 😂. Nak "cabut" dari sini kabor siang-siang. Boleh join sekali! 🤭

Selamat Hari Lahir Syazwana Zailani!

Jun 21, 2025

September 22, 2024

Bertambah Lagi Umur Kita 😅

Alhamdulillah, masih lagi diberikan keizinan untuk bernafas. Hari ni, tambah satu tahun lagi umur Syu. Tinggal 4 tahun lagi nak cecah 40th series. Uban dekat atas kepala pun dah banyak dah 😂.


.
A piece of cake with infinite counts of love 😋.


Apa-apa pun thanks to Sarah! Kek favourite ni. Jadilah buat ghaso-ghaso. Makan lebih-lebih pun tak boleh. Pasalnya dari semalam asyik makan manis-manis. Bila umur makin meningkat ni faham-faham sajalah. 24 jam penyakit dok usha-usha kita 😂.

Bertambah Lagi Umur Kita 😅

September 22, 2024