Cascada By The Magical Beans - Port Lepak Wajib Coffee Lovers!

September 28, 2026

Kalau korang tengah cari port makan baru yang cantik & cozy sekitar area Pusing & Batu Gajah, korang boleh try singgah Cascada by Magical Beans ni. Port ni antara port chillax feveret Syu, sebab dekat dengan rumah! - Lalu jalan belakang dalam 5 minit jer. Kadang lepak seorang diri. Kadang tu dengan kawan-kawan & famili 😁. Yang pasti, cafe ni ada SIJIL HALAL.

 

Actually, Syu dah banyak kali juga repeat makan dekat sini & ada beberapa menu tu memang Syu punya feveret. Setiap kali datang mesti akan repeat order menu-menu ni - Rosemary Chicken Chop, Mix Berries Croffle, Cheese Baked Rice & Fried Enoki Mushrooms - Padahal Fried Enoki Mushrooms to boleh jer buat sendiri kat rumah 😂! Untuk air? Semestinya Syu pilih air kopi! 

 

Tempatnya cantik & selesa. Cuma space-nya limited.


Penuh table! Memang melantak betul ni.


To be honest, Cappuccino dekat Cascada by Magical Beans ni memang sedap 😋. Rasa kopi dia memang kaw. Cukup pekat. Cukup creamy. Minum kosong tak letak gula pun tak apa. Pada Syu, rasa dia memang kenalah dengan tekak Syu. Those yang tak suka kopi, jangan risau. Ada banyak pilihan air lain korang boleh pilih.


Sambil-sambil tunggu order sampai, bolehlah cuci mata kejap beli kopi kat shop gallery diorang.


Oh ya, kat sini bukan setakat korang boleh lepak makan & minum jer. Biji kopi fresh & kopi premix pun korang beli kat sini, pasalnya tepi kafe ni diorang punya kilang proses kopi ☕. Kopi Cap Singa Laut nama dia - Tak pernah dengar kan? Tapi, produknya semua ada dapat pengiktirafan sijil halal. Nak beli buat minum sendiri boleh. Nak jadikan souvenier pun boleh juga. 

 

Sebelum pulang ke sarang masing-masing. Kita bergambar jap buat kenang-kenangan.


Overall, makan kat sini memang puas hati. Dari segi harga, pada Syu masih lagi affordable. Portion banyak & reasonable dengan dia punya harga - Kalau order tu janganlah order banyak-banyak ya 😂. Takut tak habis makan sebab portion-nya banyak. So, kalau korang ada kat sekitar area Pusing atau Batu Gajah, jangan lupa singgah kat Cascada by Magical Beans ni.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!