Oktober 05, 2026
New CBTL Pumpkin Spice Series - Maaf Syakap Tak Sedap!
Hari tu ada ternampak CBTL punya new series ni. Tengok macam menarik. So, Syu & kawan Syu si Wana pun pakatlah beli seorang satu. FOMO punya pasal - Kitaorang order guna GRABFood jer. Malas nak keluar. Saja nak cuba sedap ke tidak airnya. Syu order Pumpkin Spice Vanilla, 3X Shot dengan Vanilla Creme Crown. Yang si Wana pulak order Pumpkin Spice Latte.
![]() |
| Masa ni dah excited gila. Tak sabar nak tahu rasa dia macam mana. |
Sampai-sampai tu memang dah excited dah. Yelah, tasyabar nak tahu rasanya macam mana. Kena pulak time tu tengah haus & tekak memang tengah craving nak minum kopi. Sudahnya...airnya TAK SEDAP langsung! Ha3. Sedap lagi air mati kat office ni. Menyesal gila beli!
![]() |
| Ingatkan sedaplah sangat. Indah khabar dari rupa rupanya. Janganlah kome beli. Tak sedap! |
Syu ingatkan rasa kopinya lemak-lemak, after taste dia ada rasa pumpkin-pumpkin gittew. Hujung-hujung rasa cinnamon. Sudahlah kita ni tak berapa minat cinnamon. Even Cinnamon rolls pun kita tak mandang 😅.
Those yang tak suka cinnamon. Jujur cakap, Pumpkin Series CBTL yang baru ni memang bukan untuk korang. Tapi, kalau korang jenis tak kisah berhabis duit & FOMO. Silakan - Jangan cakap Syu tak pesan ya!
September 28, 2026
Cascada By The Magical Beans - Port Lepak Wajib Coffee Lovers!

Kalau korang tengah cari port makan baru yang cantik & cozy sekitar area Pusing & Batu Gajah, korang boleh try singgah Cascada by Magical Beans ni. Port ni antara port chillax feveret Syu, sebab dekat dengan rumah! - Lalu jalan belakang dalam 5 minit jer. Kadang lepak seorang diri. Kadang tu dengan kawan-kawan & famili 😁. Yang pasti, cafe ni ada SIJIL HALAL.
Actually, Syu dah banyak kali juga repeat makan dekat sini & ada beberapa menu tu memang Syu punya feveret. Setiap kali datang mesti akan repeat order menu-menu ni - Rosemary Chicken Chop, Mix Berries Croffle, Cheese Baked Rice & Fried Enoki Mushrooms - Padahal Fried Enoki Mushrooms to boleh jer buat sendiri kat rumah 😂! Untuk air? Semestinya Syu pilih air kopi!
![]() |
| Tempatnya cantik & selesa. Cuma space-nya limited. |
![]() |
| Penuh table! Memang melantak betul ni. |
To be honest, Cappuccino dekat Cascada by Magical Beans ni memang sedap 😋. Rasa kopi dia memang kaw. Cukup pekat. Cukup creamy. Minum kosong tak letak gula pun tak apa. Pada Syu, rasa dia memang kenalah dengan tekak Syu. Those yang tak suka kopi, jangan risau. Ada banyak pilihan air lain korang boleh pilih.
![]() |
| Sambil-sambil tunggu order sampai, bolehlah cuci mata kejap beli kopi kat shop gallery diorang. |
Oh ya, kat sini bukan setakat korang boleh lepak makan & minum jer. Biji kopi fresh & kopi premix pun korang beli kat sini, pasalnya tepi kafe ni diorang punya kilang proses kopi ☕. Kopi Cap Singa Laut nama dia - Tak pernah dengar kan? Tapi, produknya semua ada dapat pengiktirafan sijil halal. Nak beli buat minum sendiri boleh. Nak jadikan souvenier pun boleh juga.
![]() |
| Sebelum pulang ke sarang masing-masing. Kita bergambar jap buat kenang-kenangan. |
Overall, makan kat sini memang puas hati. Dari segi harga, pada Syu masih lagi affordable. Portion banyak & reasonable dengan dia punya harga - Kalau order tu janganlah order banyak-banyak ya 😂. Takut tak habis makan sebab portion-nya banyak. So, kalau korang ada kat sekitar area Pusing atau Batu Gajah, jangan lupa singgah kat Cascada by Magical Beans ni.
September 23, 2026
Rumah Kedai Kuih Raya @ Adirasa Patisserie

Kalau korang dari Batu Gajah nak ke Parit, korang jangan lupa singgah kedai dessert dalam kampung yang satu ni. Nama kedainya Rumah Kedai Kuih Raya @ Adirasa Patisserie. Muslim owner & satu-satunya kedai dessert premium yang ada kat kampung Siputeh,Perak.
![]() |
| Ada banyak pilihan dessert. Rambang mata nak pilih tau! |
Kat sini harga dessert mungkin nampak macam agak pricey sikitlah. Tapi, kalau compare kan dengan dia punya rasa, definitely korang takkan kisah dengan dia punya harga.
Pada Syu, rasa dessert kat sini memang puas hati & berbaloi dengan dia punya harga. Sekali rasa, boleh faham dah kenapa harganya macam tu! Bukan sekadar rupa cantik di mata. Tapi, kena juga dengan selera. Ahhhh...gittew!
![]() |
| Puding D'Raja. Cukup manis. Cukup lemak! 😋 |
![]() |
| Carrot Pecan Praline Cake. Kek tersedap termega di alam semesta! |
Jujur cakap, dessert dekat sini memang sedap-sedap belaka! Presentation pun cantik & nampak premium. Paling Syu suka Carrot Pecan Praline Cake.
Sumpah, sedap yakhamat! 😍 Setiap kali Syu singgah sini, memang wajib repeat order kek ni. Memang lain dari yang lain rasa carrot keknya.
Selain dessert, diorang pun ada jual kopi & teh juga - Kopi Syu belum try lagi. Lain kali pergi Syu nak cuba. Harga pun okay. Cuma pilihan tu tak banyak. Sambil-sambil makan dessert, sambil tu korang boleh mengeteh & mengopi sekali kat sini.
Cuma kalau dah ambil dessert, kopi atau teh tu faham-fahamlah. Kalau boleh biarlah yang kosong. Almaklumlah, dessert dah manis, minum pula yang manis-manis. Potong kaki jawabnya! 😂.
Ogos 26, 2026
Zus Matcha Series Matcha Chocolate Latte
Geng-geng FOMO Zus Coffee mesti dah try Lain Tapi NGAM series yang terbaru tu kan. Especially, air bom warna biru tu 😂. Maaf syakap. Kita tak berani lah nak try. Takut perut tak se-FOMO itu untuk menerima satu. Yang kedua, takut menyesal sebab tak sedap! Kita ni sejenis tak suka berhadapan dengan kekesalan. Nak-nak kekesalan tu kita sendiri yang pilih 😆.
![]() |
| Sedap! Ada rasa kelat-kelat. Rasa rumput sikit plus rasa lemak-lemak. |
Selalu kalau teringin nak minum Zus Coffee mesti akan order kopi. Asyik kopi...kopi...kopi! Macam tak ada pilihan lain jer kan?- Begitulah tekak pencinta kopi. Pahit-pahit pun tetap tak jemu. Kali ni kita try matcha series diorang pulak - Zus Mactha Chocolate Latte. Back then pernah try Matcha Taro & Matcha Strawberi. Tapi, bukan kat Zus Coffee lah. Kali ni kita cuba Matcha kahwinkan dengan Chocolate pula.
First impression, confirm kuat rasa rumputnya ni. Bila dah cuba, not bad ya dia punya rasa! Boleh tahan serasi jugalah dia punya gandingan tu 😋. Terasa lemak-lemak coklat & kelat-kelat matcha tu. Will repeat again next time. Tapi, bukan untuk minum kat office lah. Minum time kerja okay jer. But kita prefer coffee. Baru cerah sikit biji mata 😁. Next, kita nak try matcha ape pulak ya? 🤔
Julai 01, 2025
Welcome Julai!
Cak! Dah masuk bulan Julai dah kita ya!? Minggu depan genap 3 tahun Syu kerja kat sini. Dalam menyampah-menyampah tu tak sangka boleh bertahan sampai ke hari ni 😂. Bukan senang nak survive dekat company ni ya. Dengan banyak kaki kipas kaki jilat segala.
![]() |
| Alhamdulillah teammates semua jenis masuk air & boleh bekerjasama togeder². |
Geng-geng cha ya nun alif pun boleh tahan racist juga - Se-racist gajiku 🫣. Kalau tak tahan memang dah lama chiao! Semadi kita ada komitmen & diorang tak kacau kerja kita jer. Tetaplah hadap walaupun hari-hari rasa malas nak masuk kerja. Harap boleh bertahan lama kat sini sampai company ni melingkup.
Apa-apa pun thanks to my teammates. Sentiasa kuat tempuh apa jua cabaran kiri & kanan. Boleh bertolak ansur & tak berkira juga dalam bab kerja. Waima yang dua orang tu cha ya nun alif - Kadang deme sendiri pun tak tahan dengan kaum deme sendiri. By the way, kopi dulu baru kamu! 🤣
Mac 01, 2025
Salam Ramadhan Makhluk Bumi!!
Salam Bloggerian! Selamat berpuasa ya Syu ucapkan. Semoga Ramadhan tahun ni diberkahi & Allah permudahkan urusan kita semua dalam apa jua perkara. Amin 🤲🏻! Lafaz niat jangan lupa tau. Tu ada kat bawah tu 🤭.
![]() |
| Air ni akan jadi lebih luar biasa esok. Bertabahlah ya 😂. |
Niat Puasa Ramadhan
BACAAN NIAT SEBULAN
نويتُ صَوْمَ شَهْرٍ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berpuasa sebulan di bulan Ramadan kerana Allah S.W.T
BACAAN NIAT SETIAP MALAM
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ قَرْضِ شَهْرٍ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu di bulan Ramadan pada tahun ini kerana Allah S.W.T.
September 29, 2024
Kupi-kupi di Kupi Kahfi
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
MY JOURNAL
-
▼
2026
(45)
-
▼
Oktober
(10)
- Innalillah & Al-Fatihah Suamiku
- Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?
- Happy Birthday Syuben!
- Niase Restaurant Bazar Ipoh Silveritage
- Day 1 CK30 : Lunch Apa Hari Ni?
- Let's Onboarding Cabaran Kurus 30 Hari! Bismillah...
- Ole-ole Kuala Lumpur
- New CBTL Pumpkin Spice Series - Maaf Syakap Tak Se...
- Cabaran Kurus 30 Hari Bersama Kevin Zahri
- Reading List Problem Ke?
-
▼
Oktober
(10)













