Matcha Strawberry By House of Matcha (HOM)

September 21, 2025


Selalu minum matcha latte & matcha taro. Kali ni kita try matcha strawberry pulak dari House of Matcha (HOM). Bukan apa, saja nak tahu tekak kita ni boleh go ke tak boleh go dengan combination matcha ghoper gini. Matcha taro pun beli juga pasal nak tahu sedap ke tidak compare dengan Dua Budak Montel (DBM) yang Syu beli kat Gerbang Malam hari tu.

 

Matcha taro kita punya favorite!



HOM ni time siang dia buka kat Angsana Mall. Malam-malam dia meniaga kat rumah. Tapi, boleh take away jer. Pasal owner tak open table. Penah singgah hari tu. Konon nak lepak-lepak ngetea ngan husband kat situ. Tapi, tak hado port-nya 😅. So, boleh order kat GRAB jer.


Overall, kira sedap jugalah air matcha-nyer. Cuma matcha strawberi tu Syu kurang minat sikit. Syu macam lagi prefer matcha taro 🤭. Rasa kelat-kelat lemak-lemak. Kalau matcha strawberi tu dia ada rasa masam-masam kelat-kelat gittew. Still boleh diterima tekak. Tapi, takkan repeat beli lagilah. Pasal den tak berapa gemor 🤣!

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!