Dear me Syuderis,
Wish you happy birthday! Semoga dipermudahkan urusan, dilimpahkan & dimurahkan rezeki & segala "itu ini". Alhamdulillah, hari ini masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas & diberikan kudrat menapak di dunia tipu-tipu ni.
Orang tua-tua dulu selalu pesan, makin dekat kita dengan hari lahir kita. Makin dekat kita dengan kematian. Betul lah tu. Makin hari, makin bertambah umur kita. Bila direnung balik, setahun tu bukannya lama mana. 365 hari jer. Boleh jadi rasa macam lama sangat & boleh jadi juga rasa macam sekejap sangat.
Buat yang mengenali, terima kasih atas ucapan & juga pemberian. Teruslah menyayangi & mengingati saya. Ahaks! Sejenis Syu ni dari dulu memang tak ramai kawan. Tapi, tak apa. Kita selesa dengan circle kita sekarang. Biar sikit, janji tak sakit kepala. Kita just kawan gittew-gittew jer. Mana tahu nanti dah tua-tua kawan kat masjid ramai. Boleh join team marhaban! Sekian celoteh dari birthday woman.
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!