Batu Gajah ada foodfest sampai 14 haribulan ni kat Dataran Orkid. For those yang ada kelapangan tu bolehlah pergi satu famili. Ada macam-macam makanan diorang jual. Masa Syu pergi malam Sabtu hari tu, ada lah persembahan dari artis jemputan XPDC. Tapi Syu tak tengok pun persembahannya pasal Syu nak kena balik awal. Husband nak kerojer! Lagipun, Syu tak berapa minat sangan dengan kumpulan XPDC 😅.
 |
Rambang mata tengok pokok-pokok. Dah lah uncle ni jual murah. |
Dalam sibuk-sibuk nak balik tu, sempatlah grab airplant dalam beberapa pokok buat tambah-tambah koleksi yang ada kat rumah nun. Bawa balik pun sorok-sorok tau. Takut "rakan serumah" nampak! 😂 Dia bukannya gemor tengok benda gantung-gantung kat depan rumah. Tambah-tambah airplant yang Syu bela hari tu banyak yang mati kena penyakit.
 |
Selain beli pokok. Kat sini pun ada labur duit jugeks 🫣. |
 |
Kiri kanan depan belakang vendor makanan. Pilih jer nak makan apa 😬. |
 |
Port jajan anak-anak & kaum hawa 🫣. |
Barang pemakan kat ekspo ni banyak. Rambang mata nak pilih. Cuma harga tu agak pricey sikitlah compare dengan harga kat luar. Tapi still affordable lah kalau nak beli. Feveret Syu, Kayihan Kunafa Crunchy. Memang sedap kunafanya. Lagi sedap dari kunafa sebekas RM50 tu tau. Korang ada free singgahlah. Hujung minggu ni last day. Kalau maleyh pegi. Duduk jer diam-diam kat rumah tengok Fattah & AO nikah - Channel mana? Jangan tanya pasal tak tahu 😂.
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!