Me & My Supplements

September 06, 2025

Dari dulu memang jarang makan supplements sebenarnya. Since diri ini dah tak muda lagi 😅. Maka, kita spend lah duit sikit beli supplement buat tambah-tambah vitamin yang tak cukup kat dalam badan ni. Buat masa sekarang, Syu just beli supplement Lecithin Blackmores & Evening Primrose + Omega 3 (brand Naturalle) jer. 


Supplements ni function dia untuk stabilkan balik hormon Syu & kurangkan keradangan. Pasal sekarang ni muka Syu tengah purging teruk sebab kena hormonal acne. Memang jahat hormonal acne ni. Habis buruk bawah dagu Syu naik jerawat 😩. Next round Syu mungkin akan ada tambah suppliments lain juga - Dalam wish list cadang nak beli zinc & garlic oil pulak.

 

Supplements
Baru start nak berjinak-jinak makan supplements kome. Dedulu time muda tak nak makan ðŸ˜‚.



Berkesan Ke?


Setakat hari ni, ada nampaklah perubahan sikit lepas consume dua supplements ni. Tidur pun makin lena. Kurang dengkur & tak terganggu macam dedulu. Kalau terjaga pun sebab nak pergi kencing jer ðŸ˜‚. Selera makan? Emmm...Syu rasa sama jer. Tetap berselera macam biasa bila nampak makanan sodap!


Cuma craving nak mengunyah something tu ada kurang sikit. Lepas tu makan tu nak kena on time. Bila sampai time makan, perut jadi macam lapar sangat. Tak tahu pasal apa. Ke sebab metabolism Syu bertambah lepas consume dua vitamin ni. Bila dah kenyang makan, terus selera tu stop. So far itu jelah perubahan yang Syu nampak.


Jerawat pulak?? Ada nampak pengecutan kat situ, plus no more purging lagi. Kalau tak meritip-ritip jerawatnya keluar. Siap ada nanah lagi. Tiny bumps pun dah slowly makin kurang. Tapi still lagi boleh rasa sisa-sisa menggerutunya tu kat bawa leher. Cuma dah tak banyak macam hari tu lah. Hopefully makin lama makin elok.


[P/S: Pengambilan supplements ni bergantung pada kondisi badan korang & saranan dari doktor. Kalau rasa tak perlu, tak payah consume supplements pun tak apa. Sebelum beli & consume, kena make sure korang buat research sikit pasal supplements yang korang nak makan tu. Jangan pakai beli jer. Consume ikut keperluan badan korang]

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!