Mac 31, 2022

Apa Ada Dalam Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) Keluarga Malaysia?


Balik kerja semalam ada dapat bingkisan dari Pos Malaysia. Berbalut plastik hitam. Fragile ditulisnya dekat luar kotak. Terkejut juga masa dapat bungkusan ni. Setahu Syu, tahun ni mana ada menang apa-apa giveaway pun 😅. Jadi agak tertanya-tanya juga sebenarnya pasal bungkusan hitam ni.


Dalam hati dah terfikir pasal PIN Google Adsense yang tak kunjung-kunjung tiba tu. Tapi tak kan lah besar sangat bungkusannya. Benda nombor pin jer kot. Bila buka bungkusan, ingatkan apa bendalah. Rupa-rupanya Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) Keluarga Malaysia. Korang ada dapat tak?



Seingat Syu, Kak SA pun ada buat entri pasal kit PPC ni. Tapi tak ingat bila. Dengar cerita PPC ni diberikan khas buat 3.6 juta keluarga Malaysia yang terdiri dari golongan B40 secara PERCUMA. Ianya telah mula diedarkan seluruh negara secara berperingkat mulai September 2021 tahun lepas. Tapi, kalau tak silap Syu, orang kerja gomen pun dapat juga kit PPC ni.


Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC)


Bagi Syu, tak kisahlah golongan kategori apa sekalipun yang dapat kit PPC ni. Tapi, kalau orang dah bagi. Rembat sajalah. Nak buat apa dipanjang-panjangkan cerita kan. Dah ada senang. Tak gaduh nak berbeli dah 😁. Apa-apa pun. Terima kasih kepada yang memberi.



Isi kandungan PPC


Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC)


Kalau korang nak tahu, di dalam kit PPC ni ada diberikan :


  • 4 x Kit ujian kendiri Covid-19 - Rapid antigen test
  • 4️ x Pelitup muka (Washable) - Ada slogan #Keluarga Malaysia
  • 1️ x Oximeter - Ada disertakan sekali dengan bateri
  • 1️ x Termometer

  • Risalah panduan pengguna & info kesihatan

Mac 30, 2022

Giveaway 2022: Happy 1st Anniversary CCL & Suami

Sebenarnya dah lama Syu peram entri ni dalam draft tau. Tapi, tak tertulis-tulis sebab sibuk tulis benda lain 🤭. Nasib terperasan. Masih sempat lagi kan untuk Syu join?




Apa-apapun. Buat CCL & suami. Tahniah atas perkahwinan kalian berdua tahun lepas. Semoga rumahtangga yang dibina beroleh sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke jannah.



Pada yang belum sertai giveaway ni, jom kita meriahkan ramai-ramai. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh klik pada banner. All the best! 

Resepi Mango Milkshake Mudah & Sedap Tanpa Gula

Sejak beberapa hari ni cuaca di Ipoh agak lain macam ya. Hujan lebat & ribut memang sangat di luar jangkaan. Sampai hujan batu pun ada turun dibeberapa lokasi di Ipoh semalam. Pagi sampai ke tengahari elok saja panas terik. Masuk ke sebelah petang cuaca jadi lain macam. Harap-harap bulan puasa nanti cuaca baik-baik saja. Bukan apa, kasihan pada mereka-mereka yang cari rezeki. Tapi, andai Dia kata "kun fayakun", apalah daya kita nak lawan apa yang Allah dah aturkan. Doa yang baik-baik sajalah.



Musim buah mangga dah tiba!


Musim buah mangga dah sampai di Perak ya kawan-kawan. Tak tahu buah mangga datang dari mana. Mungkin dari Siam agaknya 😅. Yang pasti bukan harum manis. Sejak beberapa hari ni Syu tengok dah ramai peniaga-peniaga yang open table jual mangga kilo dengan harga murah.



Ada yang jual 4 kilo RM20. 5 kilo RM20 pun ada. Tak pasti mangga jenis apa. Tapi semuanya nampak elok-elok belaka. Selalu kalau on the way balik rumah memang tengok saja. Bukan apa, malas nak menyinggah berbeli.


Mango Milkshake
Dapatlah dalam 12 biji 🥭.


Semalam, masa encik suami balik kerja. Dibawanya balik seplastik mangga. 4 kilo dibelinya. Itu pun berlebih. Sebab encik suami kata abang yang jual tu lebihkan timbangan. Murah hendaknya rezeki abang tu. Tak berkira dalam bab-bab berniaga. Sudahlah besar-besar mangganya. Manis pula tu. Cadang nak repeat beli lagi buat stok bulan Ramadhan. Boleh buat pencuci mulut & milkshake.



➣ BACA JUGA



Mango milkshake mudah & sedap tanpa gula


Sebut pasal milkshake, semalam buatlah manggo milkshake dalam satu jug kecil. Memang sedap. Cukup rasa lemak manis masamnya. Syu rasa, mangga ni kalau buat manggo lassi & smoothie pun okey juga ni sebenarnya. Tapi isunya yogurt pula tak ada dekat rumah. Esok-esoklah baru Syu buat. Lagipun mangganya masih ada banyak lagi. Tak mampu nak habiskan dalam satu malam.


Mango Milkshake


Berikut Syu kongsikan resepi manggo milkshake paling simple yang Syu buat semalam. Sangat mudah cara pembuatannya. Bahan pun pakai yang sedia ada di rumah sahaja. Sukatan macam biasalah. Pakai agak-agak. Untuk resepi manggo milkshake ni Syu tak pakai gula ya. Sebab rasa manis tu dah sedia ada pada susu pekat & juga buah mangga ni. Tapi andai kata korang nak manis lagi. Dipersilakan letak gula 😁.



Tak ada secret ingredients pun dalam resepi milkshake Syu ni. Hanya semata-mata mangga, susu, air & ais sahaja. Sedap tak sedap bergantung pada cara korang mengagak. Nak rasa original mangga boleh lebihkan isi mangganya. Nak rasa lemak boleh lebihkan susu & andai kata nak jadikan icebelended, korang boleh lebihkan porsi aisnya. Ikut citarasa & selera teka masing-masing. Apa-apapun, selamat mencuba 😋💕.


Mango Milkshake
Kalau rajin korang letak mangga cincang atas air ni. Nak letak aiskrim vanilla pun boleh 🍹.



BAHAN-BAHAN


1 biji - Isi buah mangga

Susu sejat

Susu pekat

Air

Ais batu



CARA-CARA


1) Masukkan isi mangga, susu sejat, susu pekat, air & sedikit ais

2) Kisar semua bahan hingga hancur & sebati

3) Hidangkan bersama beberapa ketul ais & sedia untuk diminum

Mac 29, 2022

Magnificent Century : Kosem [2015]

Kosem

Genre : 


Cinta & sejarah


Pelakon : 

Anastasia Tsilimpiou, Beren Saat & Nurgül Yeşilçay [Kosem], Ekin Koç [Sultan Ahmed I], Hülya Avşar [Sultan Safiye], Kadir Doğulu [Mehmed Giray], Aslıhan Gürbüz [Sultan Halime], Alihan Türkdemir [Sultan Mustafa], Mehmet Kurtuluş [Darvish Pasha], Tülin Özen [Handan Sultan], Berk Cankat [Iskander], Metin Akdülger [Murad IV] 


Pengarah : 

Çağatay Tosun, Mert Baykal, Yağız Alp Akaydın, Zeynep Günay Tan & Deniz Koloş


Jumlah Episod :

60 (2 Musim)


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Drama Turki berjudul Magnificent Century : Kosem ni memang drama yang sangat luar biasa. Tapi malangnya rating drama ni tak berapa memberangsangkan masa mula-mula ditayangkan pada tahun 2015. Walaupun sampai 3 kali bertukar heroin. Tetap tak trending juga drama ni. Sayang sangat. Sebab dramanya memang best & sangat luar biasa. Mungkin tak ramai yang suka drama berunsurkan sejarah agaknya. 


Kalau korang nak tahu, drama Kosem ni diadaptasi dari sejarah kerajaan Uthmaniyah, yang mana kerajaan ketika itu berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmed I (1603-1617).  Magnificent Century : Kosem ni merupakan sekuel kepada Muhteşem Yüzyıl yang pernah ditayangkan pada 2011. Kali ni ia ditayangkan selama 2 musim, menjadikan keseluruhan episodnya berjumlah 60 episod.



Dalam drama ni diceritakan semula tentang percintaan Kosem dengan Sultan Ahmed I serta sejarah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah suatu ketika dahulu. Sultan Kosem ni asalnya diculik & dibawa lari ke Istanbul oleh pengikut Sultan Safiye untuk dijadikan gundik Sultan Ahmed I.


Semuanya bermula dari sebuah potret yang ada terlukis wajah Kosem. Dek kerana sultan berkenan dengan kecantikkan Kosem pada potret tu, maka Sultana Safiye mengarahkan pengikutnya mencari Kosem & dibawa ke Istanbul.


Kalau korang nak tahu, nama Kosem ni asalnya adalah Anastasia & dia merupakan rakyat Greek. Setelah dibawa ke Istanbul & dijadikan gundik Sultan Ahmed I, namanya kemudian ditukar sepenuhnya menjadi Kosem atau juga dikenali sebagai Mahpeyker.


Dengar opening theme saja dah buat Syu berderau darah 😌.


Pada awalnya, Kosem ni tak suka duduk di istana. Tapi lama-kelamaan dia jatuh cinta pada Sultan Ahmed I. Walaupun Sultan Ahmed banyak gundik, Kosem ni antara gundik yang paling sultan sayang. Malah sultan nampak yang Kosem ni memang ikhlas mencintai sultan.


Bila diteliti semula jalan cerita drama ni, boleh dikatakan agak tragis juga ya rentetan sejarah kerajaan Uthmaniyah ni sebelum berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmed I. Adalah menjadi satu kebiasaan bagi seorang sultan pada zaman kerajaan Uthmaniyah untuk membunuh saudara sendiri apabila memegang tahta kerajaan.



Korang bayangkan, masa zaman pemerintahan Sultan Mehmed III sahaja, seramai 19 orang beradik kandungnya telah dibunuh. Tak kira peringkat umur. Punya kejam kan? Demi sebuah tahta sampai sanggup bunuh kaum kerabat sendiri. Sejak pemerintahan di ambil alih oleh Sultan Ahmed I, banyak perubahan berlaku. Itupun disebabkan adanya kehadiran Kosem sebagai penasihat.



Malangnya, Sultan Ahmed I tak dapat bertahan lama. Pada usia 27 tahun Sultan Ahmed I meninggal akibat terkena penyakit typhus & pendarahan dalam perut. Sejak kemangkatan Sultan Ahmed I, Sultan Kosem menguruskan tampuk pemerintahan kerajaan Uthmaniyah bersama dengan putera-puteranya.


Drama bersiri Kosem ni memang bagus sebab sambil menonton drama kita sekaligus boleh belajar sejarah kerajaan Islam terdahulu. Memang banyak nilai & pengajaran kita boleh dapat dari drama ni. Tak tonton memang rugi sebab jalan ceritanya memang menarik.



[AMARAN : Drama ni tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah]

Mac 28, 2022

Tealive Pink Guava With Roselle Jelly

"Don't underestimate the power of pink" kata Tealive. Apa yang pink? Kalau korang nak tahu, Tealive ada berita baik buat penggemar-penggemar jambu pink. Jadi dilancarkan satu lagi minuman baharu yang berasaskan jambu pink. Dalam siri jambu pink Tealive kali ni ada Pink Guava With Roselle Jelly & Sparkling Pink Guava Tea. Korang dah cuba ke belum?


Tealive pink guava baharu


Nak dijadikan  cerita. Semalam tekak rasa teringin nak minun air sedap-sedap 😁. Saja nak hilangkan cravings masa bulan puasa nanti. Jadi Syu buatlah pesanan air Tealive ni menggunakan aplikasi Grab. Dapatlah diskaun 50%. Syu pesan Tealive Pink Guava With Roselle Jelly & Mangold - Tealive Mangold ni Syu akan review kemudian. Jumlah untuk kedua-dua air ni semalam cuma RM18.32 sahaja.



BACA JUGA



Kalau ikutkan harga asal kedua-dua air ni RM30.34 - termasuk cas penghantaran & servis tax. Tapi disebabkan Syu ada langgan GrabUnlimited, jadi dapatlah potongan sikit. Sejujurnya, Syu sendiri tak berapa pasti harga yang dijual di kiosk Tealive berapa. Sebab Syu jarang beli direct dari kiosk Tealive. Selalu dekat Coolblog & Wakaka saja Syu beli terus dari kiosk.



Memandangkan Syu dah rasa Tealive Pink Guava With Roselle Jelly, hari ni Syu bagi review sedikit pasal air ni. Kalau ikutkan Syu nak review pasal air ni semalam. Malangnya, tangan ni macam malas pula nak menaip. Hari ni baru Syu ada kerajinan sikit nak bercerita. Serius sedap. Cukup rasa lemak manis & masamnya.



Sedap Ke Tealive Pink Guava With Roselle Jelly?


Tealive pink guava baharu
Suka makan macam ni. Sedap! 😋


Kalau ikutkan airnya rasa macam creamy sikit. Biasalah. Milkshake kan. Tapi disebabkan adanya kehadiran roselle jelly. Rasa air ni tak tenggelam. Kiranya bila korang minum, korang tak rasa muak sangat. Sebab rasa lemak milkshake tu bercampur baur dengan rasa masam yang ada pada roselle jelly.



Sejujurnya, Syu paling suka rasa & tekstur roselle jelly yang ada dalam Tealive Pink Guava ni. Bila makan memang layan. Paling sedap bila dibekukan sekejap dalam peti ais. Korang memang WAJIB CUBA air Tealive yang baru ni. Tak rugi. Sebab rasanya memang sedap. Misal kata korang nak rasa Tealive murah dengan hargai diskaun 50%. Korang boleh beli guna GrabUnlimited 😉💕.

Mac 26, 2022

Senarai Buffet Ramadhan Sekitar Ipoh 2022

SENARAI BUFFET RAMADHAN SEKITAR IPOH 2022 || Bulan puasa dah tak lama dah. Buffet Ramadhan pun dah mula dipromosikan. Sesiapa yang buat tempahan awal ada diberikan potongan diskaun. Tapi tak semualah ya.


Di sekitar Ipoh ni kalau ikutkan ada banyak tempat menarik & sedap untuk berbuka puasa. Cuma tak semuanya ada menawarkan pakej berbuka puasa ala buffet. Rata-rata banyak yang menawarkan pakej makan secara ala carte.


Mesti ada yang tercari-cari tempat bebuka puasa ala buffet di sekitar Ipoh ni kan. Berikut Syu senaraikan buffet Ramadhan yang ada di Ipoh untuk tahun 2022 ni. 


1) Hotel Seri Malaysia


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



2) Hotel Casuarina Meru


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



3) Tiffin Restaurant @ Weil Hotel


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



4) The Lodge


Buffet Ramadhan Ipoh 2022


5) MU Hotel


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



6) Impiana Hotel Ipoh


Buffet Ramadhan Ipoh 2022


7) Cafe Warisan Bonda


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



8) The Heaven All Suite Resort


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



9) Kinta River Front Hotel & Suites


Buffet Ramadhan Ipoh 2022


10) Symphony Suite Hotel




11) Gopeng Glamping Park


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



12) Casa Impian De la Rosa


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



13) Azno Catering @ Ayu Castle


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



14) D'Polo Cafe


Buffet Ramadhan Ipoh 2022


15) Marcas Cafe


Buffet Ramadhan Ipoh 2022


16) Hotel Excelsior Ipoh


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



17) The Limestone's Restaurant


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



18) Royal Perak Golf Club 


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



19) Zulyahya Steamboat & BBQ


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



20) Nasi Buluh Meru


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



21) Char Kuey Teow Abang Sayang


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



22) Rumah Putih


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



23) Cottage 75 Cafe 


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



24) Dina Pazta Cafe


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



25) Angsana Ipoh Mall


Buffet Ramadhan Ipoh 2022


26) Gulai Panas Opah Esah @ Cute Hotel


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



27) Restoran Sajian Sazlee


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



28) Rezeki 411


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



29) Panchor Corner


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



30) Astana Fartisha


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



31) Miker Food


Buffet Ramadhan Ipoh 2022



32) MH Hotel Ipoh


Buffet Ramadhan Ipoh 2022




[P/S : Senarai lokasi buffet Ramadhan akan dikemaskini dari masa ke semasa]


Nak pilih yang mana satu? Terpulang pada tahap ketebalan poket korang. Lagipun, sekali sekala nak merasa berbuka puasa ala-ala buffet yang mahal sikit apa salahnya. Bukan selalu. Setahun sekali 🤭💕. 

Mac 25, 2022

Biskut Kelapa Legend

Biskut kelapa
Memang ranggup & sedap biskutnya 😋. 


Sejak mengandung lemak ni. Tengok biskut kelapa pun nampak sedap sangat 🤣. Bukan-bukan hala tekak ni tau. Lagi nak menjelang puasa, macam-macam tekak ni teringin nak makan.

Ini semua punca terpandang entri biskut makaron kelapa pagi tadilah ni 😅. Sebab rupa bentuk teksturnya ada iras-iras biskut kelapa. Auto craving terus nak bercari 🤣. Syu tak ingat siapa yang post. Nanti dah ingat Syu tag sini - ✒️.


Biskut kelapa ni biskut legend tau. Syu belum keluar perut mak lagi biskut ni dah ada kat muka bumi 🤭. Dari muda remaja sampai nak masuk usia senja. Masih in love dengan biskut ni. Ada yang suka tak biskut ni? Tinggal komen sikit 😁. Yang tak suka. Boleh tahu kenapa? 

The Whole Truth [2021]

 

Genre : 


Drama, seram & misteri


Pelakon : 

Sompob Benjathikul [Phong], Tarika Tidatid [Wan], Sutatta Udomsilp [Pim], Mac Nattapat Nimjirawat [Put], Nicole Theriault [Mai], Sadanont Durongkaweroj [Fame], Keetapat Pongrue [Pinya], Thasorn Klinnium [Paew], Steven Isarapong [Chaiyut], Atichart Lee [Krit] 


Pengarah : 

Wisit Sasanatieng


Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Korang dah tengok filem Thailand berjudul The Whole Truth ni? Ceritanya boleh tahan menarik juga. Kalau korang nak tahu cerita ni mengisahkan tentang dua orang remaja (Pim & Put) yang terpaksa tinggal bersama dengan dengan atuk & nenek diaorang. Semuanya  disebabkan mak diorang dimasukkan ke hospital gara-gara kemalangan.


Sepanjang tempoh diorang membesar. Pim & Put tak pernah sekalipun berjumpa dengan atuk & nenek diaorang. Malah, diorang sendiri pun tak tahu yang diaorang ada atuk & nenek.



Sejak pindah ke rumah atuk & nenek diaorang, bermacam-macam perkara aneh diaorang alami. Semua bermula apabila Put melihat sesuatu dari satu lubang kecil yang ada pada dinding rumah atuk & neneknya.


Perkara aneh yang macam mana? Yang ini korang kena tonton sendiri di Netflix. Pada Syu, filem ni boleh dikatakan sederhana seram & boleh ditonton oleh semua peringkat umur - SELAMAT MENONTON 😉💕! 

Mac 24, 2022

Cara Pasang Webcam Cover

Webcam Lense Cover

Syu tak ingat bila Syu beli webcam covers ni. Yang pasti Syu masukkan dalam troli Shopee sebab nak mencukupkan RM15. Kalau tidak memang tak dapatlah Syu guna free shipping voucher dari Shopee masa nak checkout. Harganya tak mahal mana pun. Cuma 28 sen sahaja sekeping.


Webcam cover ni Syu beli tak banyak pun. Dalam 6 keping saja. Lagipun nak buat apa beli banyak-banyak. Bukan ada banyak laptop pun di rumah. Masuk yang baru beli ni pun baru ada 2 biji laptopnya. Jadi, masa tu memang rasa tak perlu pun nak beli banyak-banyak.


 

Nak dijadikan cerita. Minggu lepas. Syu tak sangka kena attend kursus online CIDB. Disebabkan company tak ada sediakan laptop mahupun PC berkamera. Nak tak nak terpaksalah Syu guna laptop sendiri untuk attend course. Nasib baik masa tu Syu dah beli laptop - Beli secondhand jer. Kalau tidak, memang jenuhlah nak join zoom meeting guna smartphone selama 2 hari.

 

Dekat laptop Syu yang lama Syu dah pasangkan dah. Cuma pada laptop yang baru saja Syu belum pasangkan lagi. Ingatkan nak biarkan saja laptopnya tanpa webcam cover. Tapi memandangkan esoknya nak kena tayang muka live guna webcam, jadi Syu pasangkan sajalah webcam cover pada laptop Syu siap-siap. Ingatkan dah tak nak pakai dah benda ni. Siapa sangka. Rupa-rupanya berguna juga.



Macam mana nak pasang?

 

Nak pasang webcam cover ni tak susah mana pun sebenarnya. DIY pun boleh. Cuma perlu berhati-hati sedikit supaya tak tersalah pasang. Selain laptop, webcam cover ni boleh juga dipasang pada tablet, PC & juga smartphone. Tapi, kena pastikan saiznya betul-betul sesuai. Untuk pemasangan, korang boleh ikut 4 langkah mudah ni :

 



LANGKAH 1 : Bersihkan kawasan permukaan webcam dari sebarang habuk & kotoran - Sebaiknya gunakan pad berakohol

LANGKAH 2 : Tanggalkan pelekat pada bahagian belakang lense cover 

LANGKAH 3 : Tampalkan pada bahagian webcam  & tekan sedikit supaya webcam cover betul-betul melekat - Elakkan cover dari menutupi lampu sensor & webcam

LANGKAH 4 : Gerakkan cover ke kiri & kanan untuk aktif/nyahaktifkan fungsi webcam



Perlu ke letak webcam cover?

 

Terpulang pada korang selaku empunya laptop. Nak letak boleh. Tak nak letak pun tak mengapa. Ada sesetengah orang macam Syu agak paranoid sedikit bila sesi tayang muka secara live ni. Manalah tahu kan, masa tengah live tu tiba-tiba tangan sibuk nak korek hidung ke apa 😂. Nanti tak pasal-pasal seantero dunia nampak adegan tak semenggah tu. 


Webcam Cover
SUMBER FOTO : Cameron Summerson


Demi menjaga privasi & mengelakkan perkara tak diingini berlaku, ada baiknya juga letak webcam cover sebagai langkah berjaga-jaga. Selain untuk privasi, webcam cover juga mampu mengurangkan potensi dari digodam oleh hackers & diakses oleh orang ramai tanpa pengetahuan kita. Jadi, ada manfaat juga penggunaan webcam covers pada webcams ni sebenarnya.


Lebih daripada 15,000 kamera web terdedah kepada serangan & mudah diakses oleh orang ramai


- Chase Williams -


Ada sesetengah laptop baru mungkin dah sedia ada dilengkapkan dengan webcam cover. Jadi, tak perlu risau lagi nak pasang pada webcam covers atau pun tak.



➣ BACA JUGA



Apple tak berapa galakkan

 

Untuk produk jenama Apple seperti MacBook, MacBook Air mahupun MacBook Pro. Pihak Apple tak berapa galakkan penggunaan webcam cover ni. Sebab dikhuatiri akan menjejaskan fungsi & kualiti kamera sedia ada - sensor cahaya, pencahayaan & true tone.


Walaubagaimanapun, pihak Apple tidaklah terlalu rigid dengan penggunaan/pemasangan webcam covers ni. Misal kata korang nak pasang juga. Ada beberapa guidelines yang korang perlu patuhi sebelum membuat pemasangan webcam covers. Antaranya :


  • Ketebalannya tak lebih dari ketebalan purata sehelai kertas (0.1mm)

  • Elakkan webcam covers yang mudah meninggalkan sisa pelekat

  • Keluar/tanggalkan sebelum menutup laptop - Untuk ketebalan webcam cover yang melebihi 0.1mm



Jenis-jenis webcam covers

 

Di luar sana ada bermacam-macam jenis rekabentuk webcam lense cover yang korang boleh beli. Terpulang pada citarasa korang nak pilih jenis yang macam mana. Asalkan saiznya nipis (<0.1mm) & bukan diperbuat dari material yang keras seperti besi. Sebab dikhuatiri akan merosakkan webcam korang.


Antara jenis webcam cover yang ada terjual dipasaran adalah : 

 

Webcam lense cover
SUMBER FOTO : Shopee

 

  • C-slide || Boleh dilarakan ke kiri & ke kanan. Ada juga yang boleh dilaras ke atas & ke bawah.
  • Pita pelekat || Rupa seakan-akan pita pelekat biasa. Tapi direka khas untuk menutup permukaan webcam.
  • Berengsel || Boleh dibuka tutup macam buka tingkap
  • Berpenutup || Penutupnya boleh dicabut & dipasangkan semula
  • Klip || Hanya perlu disepitkan pada webcam


Pilihan webcam cover yang macam mana korang nak, itu terpulang. Asalkan ianya tak memberikan kesan yang buruk pada laptop. Jadi, pilihlah webcam cover korang dengan bijak.



Sumber rujukan


  1. Why You Should Use a Webcam Cover - Cameron Summerson

  2. Don't close your MacBook, MacBook Air, or MacBook Pro with a cover over the camera - Apple.com

  3. How Do You Cover a Webcam? C-Slides, Stickers, & More - qualitylogoproducts.com