Bunga Kantan || Bukan Hanya Sedap Dimakan. Ada Banyak Khasiat & Kegunaan Lain Juga

Mac 04, 2022

Ini alkisah kemarin. Sebelum balik ke rumah, Syu singgahlah sekejap ke kedai runcit nak berbeli daun kesum (Persicaria odorata) & bunga kantan (Etlingera elatior). Niat di hati nak buat asam laksa. Tapi, sesampai di rumah. Asam laksanya tak nampak bayang pun. Sebab mengenangkan perut dah kenyang. Itu yang tak pasal-pasal bunga kantan & daun kesumnya tu jadi lauk asam pedas untuk si dia 😁 - Asam Pedas Sedap & Ringkas.


Untuk pengetahuan korang, Syu memang suka bunga kantan. Tambah-tambah bila dibuat makan mentah. Bila makan laksa, semua dedaunan yang ada dalam kuah laksa tu Syu makan. Termasuklah bunga kantannya sekali. Mungkin ada sesetengah tak berapa suka bunga kantan ni sebab bau dia wangi & menyengit. Berbeza dengan Syu. Syu bukan setakat sukakan aroma bunga kantan tu sahaja, rasa bunga kantan tu pun Syu suka juga 😋.


Geram tengok yang warna merah ni. Menyerlah gila warnanya ðŸ˜. Rupa saling tak tumpah macam bunga tulip.


Nak dijadikan cerita. Masa berbeli di kedai runcit kemarin, Syu rasa teruja & tergoda sangat dengan warna bunga kantan ni. Warnanya merah delima. Geram tengok tau. Cadang nak beli sekuntum saja. Tapi, terbeli dua sebab jatuh cinta dengan warna merah bunga kantan ni😅. Lepas tu, warnanya merah delimanya jadi makin bertambah naik pula bila dipadankan dengan bunga kantan warna merah jambu. Ini kalau dibuat nasi kerabu & nasi ulam memang meriah warnanya. Jadi bertambah selera nak makan.


Selalu beli bunga kantan warna merah jambu saja. Bila nampak ada nampak warna merah, terus grab. Padahal bendanya nak buat masuk dalam perut 😆. Nasib sekuntum harganya cuma RM1.80 saja. Kalau tidak memang Syu padang sajalah. Kalau korang nak tahu, bunga kantan ni ada banyak khasiatnya. Bermula dari bahagian bunga, batang sehinggalah ke daunnya. Bukan hanya berfungsi sebagai pewangi & penyedap masakan. Malah ada khasiat & kegunaan lain yang korang perlu tahu. Jom kita tengok khasiatnya satu persatu.



KHASIAT & KEGUNAAN


BUNGA || Bunga kantan ni bukan ada warna merah jambu sahaja. Warna putih & merah delima pun ada juga. Selalunya, warna merah jambu & warna merah delima sahaja yang ada dijual. Walaupun berbeza warna, tapi khasiatnya tetap sama. Bukan sahaja boleh dibuat masak. Dibuat ulam pun boleh juga.


Gubahan bunga kantan
Memang cantik bila dijadikan gubahan bunga tangan sebab bunga kantan ni rupanya seakan-akan bunga tulip 🌷.


  • Bagus untuk awet muda - kaya dengan antioksidan
  • Meredakan sakit kepala
  • Menambah selera makan
  • Boleh dijadikan hiasan & jambangan bunga
  • Mengurangkan kahak



BUAH || Bila bunga kantan tak dipetik. Sampai satu masa, ia akan bertukar menjadi buah & buah tu boleh dimakan begitu sahaja. Dengar cerita, buahnya rasa masam manis & ada sedikit rasa pedar. Syu sendiri pun tak pasti rasanya macam mana sebab tak pernah cuba.


  • Merawat sakit telinga
  • Bagus untuk merawat penyakit kencing manis & darah tinggi
  • Air rebusan buah kantan ni boleh dijadikan cecair pembersih luka (luka kecil sahaja)



BATANG BUNGA KANTAN || Batang bunga kantan ada gunanya juga. Khasiat & manfaatnya lebih kurang sama macam yang ada pada bunga & buah. Antara khasiat & manfaatnya :


Sate lilit batang bunga kantan
Selalu guna batang serai.Kali ni boleh guna batang bunga kantan untuk buat sate lilit bali 😋.


  • Berfungsi untuk menghilangkan bengkak cagu (kuku cekam)
  • Air rebusan dari batang bunga kantan ni pula berguna untuk menghilangkan bau badan terutamanya pada wanita yang baru lepas bersalin
  • Boleh dijadikan penghalau serangga semulajadi
  • Boleh dijadikan pengganti kepada lidi sate untuk buat sate lilit



DAUN || Dalam serumpun pokok kantan, bunganya keluar tak banyak. Jadi, bila tak ada bunga, daunnya masih boleh digunakan untuk perkara yang lain. Jika dibandingkan dengan daun pokok lengkuas, daun pokok kantan nampak berombak & cantik sedikit. Daunnya memang cantik apabila digunakan sebagai bahan untuk gubahan bunga segar.


Gubahan bunga kantan
Daun pokok kantan tu gubah macam ni. Mesti cantik.


  • Boleh dijadikan pelapik batu tungku ketika proses bertungku - Pernah nampak abah buat untuk mak 😁
  • Boleh dijadikan gubahan pada jambangan bunga sebab daunnya cantik & keras
  • Boleh direbus juga untuk dibuat air mandian selepas bersalin


Banyak khasiat & kegunaan pokok bunga kantan ni kan? Bukan sahaja boleh dibuat makan. Buat ubat pun boleh juga. Pada yang ada kawasan tanah yang lapang di rumah mahupun kebun, korang boleh tanam pokok bunga kantan ni. Harga sekuntum bunga kantan sekarang ni pun boleh tahan mahal juga. Tapi memang padanlah. Dalam serumpun pokok kantan tu bukan keluar banyak pun bunganya. Nak menunggu berbunga pun masa makan juga. Jadi jangan hairan kalau harga sekuntum bunga kantan hampir cecah RM2 - Mungkin boleh jadi mahal lagi 😂.

Comments

  1. Banyak khasiat pokok kantan ni rupanya.

    BalasPadam
  2. banyak khasiat dan boleh dipelbagaikan kegunaannya kan SYu.. janji kreatif..

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!