Langgan NETFLIX Murah Di Shopee

Mac 16, 2022

Korang pernah langgan Netflix murah dekat Shopee tak 😁? Syu pernah. Memandangkan Syu dah langgan. Jadi, hari ni Syu nak cerita serba sedikit pengalaman Syu langgan Netflix Murah di Shopee. Harga langganannya kalau korang nak tahu cuma RM24.50 sahaja untuk tempoh setengah tahun - Nak beli pakej sebulan pun ada. 


Kalau korang nak tahu. Masuk hari ni kira cukup sebulan dah Syu punya tempoh langganan - Langganan mula dibuat 15 Februari yang lepas. Nak dijadikan cerita. Punca asal Syu melanggan sebab Sarah Deris lah. Dia yang bagitahu Syu pasal hal ni. Kalau tidak sampai kesudah Syu tak tahu kewujudan penjual yang jual Netflix murah ni di Shopee 😅.


Netflix
SUMBER FOTO : Netflix


Pada awalnya, adik Syu cuma minta pandangan Syu sahaja. Tak sangka Syu yang terjebak 🤣. Adik Syu cakap, dia nak langgan Netflix yang ada jual  di Shopee. Katanya langganan bulanan Netflix di Shopee tu murah. Cuma dia tak pasti samada penjual tu betul-betul scammer ataupun tidak. Jadi, akaknya ni pun pesanlah :


"Jangan beli. Bahaya! Entah-entah scammer! Biar akak cuba dulu. Tengok betul ke tidak. Kalau betul, baru kamu beli"


Beria-ria pesan dekat adik supaya jangan beli & percaya. Takut kena scam. Penyudahnya Syu pula yang pergi langgan 😂. Mula-mula tu agak takut juga nak beli sebenarnya. Tapi lepas berbincang dengan encik suami. Dia cakap - "Cuba jer. Tak cuba tak tahu".


Bila dah ada orang bagi lampu hijau, maka kita pun cuba beli sajalah. Betul tak betul belakang kira. Lagipun tak sampai RM30 pun bayaran langganannya. Misal kata lepas dah beli kena tipu, boleh buat aduan & klaim refund dari pihak Shopee 🤭. 



LANGGAN ATAS RISIKO SENDIRI

Syu ada baca juga maklumbalas-maklumbalas dari pembeli yang terdahulu. Rata-rata pembeli semuanya memberikan review feedback yang sangat positif. Boleh dikatakan majoriti pembeli sangat berpuas hati dengan hasil & servis dari penjual ni. Malah, ada yang cakap penjual ni bukan penipu & harga servis langganan yang ditawarkan tu sememangnya betul.


Walaupun penjual ni bukan scammer. Cuma pada Syu ianya agak berisiko sedikitlah untuk dilanggan. Sebab kita log masuk bukan menggunakan akaun sendiri. Sebaliknya kita log masuk menggunakan akaun penjual. Bila-bila masa sahaja penjual boleh tukar ID & kata laluannya.


Bila dibuat macam tu tak pasal-pasal nanti disekatnya kita untuk log masuk. Dah rugi tak dapat nak tengok cerita 😅. Tapi untuk setakat hari ni, alhamdulillah. Akaun Netflix yang Syu guna belum pernah lagi kena sekat & ditukar ID & kata laluannya. Kiranya, penjual yang Syu berurusan ni memang jujur & boleh dipercayai.


Kalau ikutkan ada juga penjual lain yang jual Netflix murah macam ni. Cuma Syu tak pasti penjual yang lain tu boleh dipercayai atau pun tidak. Jadi sebelum nak beli, sebaiknya korang baca testimoni pelanggan terlebih dahulu. Bila nampak meyakinkan, baru korang teruskan dengan pembelian. Tapi atas risiko sendirilah ya 😉. 



CARA PENGAKTIFAN


Netflix Activation
ID & kata laluan dihantar pada ruangan chat di aplikasi Shopee. 


Bila nampak semuanya macam meyakinkan. Maka, Syu pun buatlah pembelian di Shopee untuk langganan setengah tahun. Lepas dah buat pembayaran, Syu pun hantarlah mesej pada penjual. Tak lama lepas tu, diberinya Syu login ID, kata laluan berserta cara pengaktifannya sekali. Tak susah mana pun. Hanya perlu :


  1. Install/reinstall Netflix - kalau pernah install Netflix, pastikan semua data yang sedia ada dibuang terlebih dahulu
  2. Log masuk akaun - gunakan ID & kata laluan yang dah diberi
  3. Tambah & namakan profile


PENGAKTIFAN DI SMART TV || Untuk penggunaan Netflix di smart TV. Sebaiknya pengaktifan dibuat dengan menggunakan telefon pintar dahulu. Kalau tak, ID & kata laluan yang korang dapat tu tak boleh digunakan. Masa korang buat pengaktifan tu nanti akan keluar notifikasi macam ni - "Sorry, we could not reach the Netflix service. Please try again later.(-80). Bila keluar macam ni maknanya ada something wrong 😁.





Jadi, log masuk aplikasi Netflix terlebih dahulu dengan menggunakan telefon pintar korang. Kemudian baru log masuk menggunakan smart TV. Kalau tak boleh juga, korang cuba uninstall & reinstall semula aplikasi Netflix yang dah sedia ada dalam Smart TV korang.


Padamkan semua data yang sedia ada tersimpan dalam aplikasi Netflix tu. Sebab data yang lepas sedikit sebanyak boleh menyebabkan korang tak boleh tengok Netflix di smart TV. Akaun memang masih boleh dilog masuk. Cuma korang tak boleh tengok cerita menggunakan profile korang.



OKEY KE TIDAK?

Agak mudah juga berurusan dengan penjual ni sebenarnya. Tak banyak songgeh & boleh dikatakan pantas jugalah layanannya. Misal kata korang ada masalah sepanjang pengaktifan. Korang jangan risau. Penjual akan beri login ID & password yang baru sebagai pengganti. Penjual juga ada berikan waranti selama 3 bulan dengan syarat korang bagi rating penuh selepas pengaktifan berjaya.


Secara keseluruhannya, memang berbaloi jugalah langgan Netflix yang Syu beli dari Shopee ni. Dahlah pakej Premium Ultra HD pula tu. Filem yang ditayangkan kebanyakkan beresolusi 4K+ HDR. boleh ditonton menggunakan semua peranti - Telefon pintar, komputer, tablet & smart TV. Syu ada cuba juga buka aplikasi Netflix ni serentak di smart TV & telefon pintar. Alhamdulillah boleh.


Syu ingatkan akaun ni terhad pada satu peranti sahaja untuk satu-satu masa. Rupanya tidak ya 😁. Memang puas hati tengok. Kalau ikutkan harga asal langganannya untuk pakej ni RM55/bulan tau. Dekat sini Syu dah dapat jimat RM305.50 untuk setengah tahun. Berbaloi kan?🤭💕


Memandangkan Syu dah langgan Netflix. Rasanya sudah sampai masa untuk Syu batalkan langganan di Disney+Hotstar. Lagipun, filem-filem yang ditayangkan di Disney+Hotstar sekarang ni macam agak kurang menarik untuk ditonton 😌. Jadi, ada baiknya Syu Unsubcribe Disney+Hotstar buat sementara waktu.

Comments

  1. Ammi langgan Netflix skrg rm35 sebulan utk 1 device je. Mcm boleh diusha2 je kat shopee tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usha2 lah Ammi. Murah tau! Tapi kena hati2 juga. Takut scammer. Hu3.

      Padam
  2. Saya dah lama kurang menonton. Rumah pun tidak ada Astro. Layan YouTube saja bila rasa nak menonton.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Syu dekat rumah pun tak ada langgan Astro.

      Padam
  3. Hari tu my mom nk langgan jugak
    Last2 tak jadi sbb jarang jarang tonton tv

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun jarang juga. Beli pun sebab suami akak yang suka layan movie.
      Normally Akak selalu layan Ytube jer.
      Siaran biasa dekat TV pun dah lama tak tengok.

      Padam
  4. Menarik, sebab banyak juga drama yang saya nak tengok semua dekat neflix

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belilah. Memang jimat tau.
      Akak langgan pun sebab suami akak suka tengok movies 😁.

      Padam
  5. Mula-mula bli kupon dekat 7 e.
    Masukkan kupon punya kod dlm app netflix.
    Ok semua boleh tengok tapi terhad satu device dlm satu satu masa.

    Bila kupon dah habis cuba usha pula di shoope..ada jual.
    Risau juga kenapa murah sangat untuk setahun langganan. Boleh siapa siapa explain..takut scammer..
    So far movie semua boleh tengok tak da sekatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat hari ni, saya pakai okey jer. Tak ada masalah. Saya buat langganan selama setengah tahun. Semua devices boleh pakai.

      Yang jadi murah tu sebab akaun kongsi dengan seller. ID & password semua guna seller punya. Memang tak dinafikan ada risiko kongsi akaun Netflix ni. Sebab seller boleh tukar password bila-bila masa. Scammer mungkin ya. Hackers pun mungkin juga.

      Saranan saya. Kena hati2 pilih seller. Sebelum beli, baca reviews buyers dulu. Kalau semua okey baru proceed dengan pembelian 😊💕.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!