Oktober 31, 2021

Sedekah Sajalah

Lepas Isyak tadi sempatlah keluar kejap  ke AEON Station 18. Lama jugak tak masuk AEON. Masuk yang ini baru kali kedua. Dalam setahun tu boleh kira lah berapa kali masuk AEON. Masuk-masuk jer, bersusun orang beratur nak masuk outlet PADINI. Cek dekat website, ada sales rupa-rupanya. Tapi, kalau tak ramai orang sekalipun di PADINI, memang Syu tak masuk berbeli barang dekat situ pun. Sejenis Syu ni kurang sikit bila berbeli barang-barang branded. Sekali sekala nak tu boleh lah. Kalau Berkali-kali, koyak poket 😅. 


Padini sales
Hari ni last day sales. No wonder lah ramai yang gigih beratur semata-mata nak masuk PADINI 😂. 

Actually, Syu bukan nak cerita pasal kesesakan di outlet PADINI tu. Syu masuk AEON pun sebab nak bercari sushi jer. Kalau, ikutkan malas nak keluar dah. Tapi dah encik suami ajak. Kita layankan jelah. Selalunya, kalau dah nak hujung-hujung waktu, AEON akan buat sales 30% untuk set sushi. Ingat nak grab dalam sekotak dua. Tak sangka sampai-sampai dah licin. 

Yang mana satu yang nak di pilih tu 😅. 

So, nak tak nak beli jugaklah dekat Empire Sushi. Rabaklah dekat RM50 lebih😅 termasuk oden dalam 4 cucuk. Takpelah. Sekali sekala nak makan kan. Apa salahnya. Selesai jer berbeli sushi, kitorang pun keluarlah dari AEON. Ingat nak dine-in dekat Empire Sushi tu. Tapi, husband pulak tak nak. Mungkin tak selesa agaknya sebab ramai orang (Memang ramai orang pun semalam dekat AEON 😅). So, kita balik jelah makan kat rumah.

Tudia. Ha3 😝. 

Ngam-ngam keluar ke tempat parking kereta, entah macam mana tiba-tiba datang seorang hamba Allah ni datang approach kitorang. Brother tu naik motor. Ingatkan nak minta tunjuk jalan. Rupanya nak minta duit. Katanya, nak mintak duit sikit sebab dah tak ada duit nak beli makanan. Emmm...macam kesian lah pulak.


Husband Syu bukan tak nak bagi. Cuma tak nak terkena. Kalau tengok gaya tak nampak macam orang susah pun. Malas nak berkira-kira, husband Syu pun hulurlah RM2 (Dalam hati : RM2 jer 😂. Alahai laki aku ni). Tak pecaya punya pasal 😂. Sambil-sambil tu Syu tanyalah brother tu. Duduk mana, kerja mana. Macam-macam lah Syu tanya. Mengalahkan orang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pulak dok tanya-tanya soalan.


Tanya punya tanya. Jawapan dia macam banyak yang mencurigakan Syu. Dalam curiga-curiga tu, Syu hulur lagi dalam beberapa ringgit. Tak apa lah. Anggap jer bersedekah. Dia nak tipu ke nak apa ke, kita husnuzon jer. Tak luak isi pun kalau kongsi sikit rezeki yang kita ada kan. Selebihnya, itu antara dia dengan Allah. Yang penting kita kena ingat - DALAM REZEKI KITA, ADA TERSELIT REZEKI ORANG LAIN 😊💕. 

Cara Letak Responsif YouTube Video Di Blog

꧁Bismillahirrahmanirahim꧂


Pagi ni memang sejuk sangat bila celik biji mata subuh-subuh 😂. Lama jugak hujan malam tadi. Sampai ke subuh pun masih ada sisa-sisa renyai lagi. By the way, untuk pengakhiran bulan Oktober yang indah ni, Syu nak buat perkongsian sikit pada korang-korang yang tak tahu macam mana nak letak responsif YTube video dalam entri, Memang tak dinafikan, ada masa & ketika kita nak jugak selitkan hiburan segala dalam blog. Bukan apa, saja nak bagi blog meriah. Tak ada lah sendu jer dengan tulisan & gambar memanjang. 


Responsif YouTube Video


Mesti runsingkan kalau korang letak video YTube lepas tu dia punya paparan video tu tak responsif.  Tambah-tambah bila korang tengok guna handphone atau tablet. Bila jadi pembaca, nak klik video pun rasa macam malas jer sebab video  yang dikongsi tu keluarnya separuh. Kalau terkena video yang autoplay, nak tak nak layankan jelah sampai sudah 😅. 


Ni paparan video tanpa menggunakan kod responsif (Sila papar  menggunakan mobile mode 📲). Sedihkan kalau tengok video separuh macam ni 😂.


Bila view guna desktop mode, video memang nampak sempurna tanpa cacat cela. Tapi, bila korang tengok menggunakan mode yang berskala kecil dari dektop (tablet atau handpone), dia punya aspek ratio tu akan lari sikit. Video yang korang dah kongsi tu tak cantik terletak & akan nampak separuh jer bila nak tengok.



Kalau nak tahu, satu-satu paparan video di blog tu dikatakan responsif bila mana kita buka menggunakan handphone atau tablet, saiz & aspek ratio video tu tak berubah. Apa yang berlaku adalah, video yang responsif ni akan mengubah saiz paparannya secara automatik & pada masa yang sama mengekalkan aspek ratio video tu.



Macam mana nak buat? Ni yang Syu nak explain ni 😄. Untuk langkah yang pertama, korang kena letak kod CSS ni dalam theme korang. Dengan meletakkan kod CSS ni, baru kod html korang apply akan aktif. 


LANGKAH 1 : MASUKKAN KOD CSS

.videoyoutube{text-align:center;margin:auto;width:100%}.video-responsive{position:relative;padding-bottom:56.25%;height:0;overflow:hidden}.video-responsive iframe{position:absolute;top:0;left:0;width:100%;height:100%;border:0}

 

Untuk masukkan kod CSS ni ada dua cara. So, apa yang korang perlu buat adalah, korang pergi ke bahagian THEME > CUSTOMIZE > ADVANCED > ADD CSS > SAVE. Atau cara kedua korang boleh masukkan kod CSS di bahagian EDIT HTML. Pastikan korang letak kod CSS sebelum </b:skin>. Lepas dah SAVE baru korang boleh masukkan kod html ni bersama embedded kod YTube dalam post korang.


LANGKAH 2 : MASUKKAN KOD KE DALAM POST
 
<div class="videoyoutube">
<div class="video-responsive">
<div style="text-align: center;">EMBEDDED KOD YTUBE >
</ div></ div></ div> 

 

Bila korang dah masukkan kod responsive, video YTube korang akan jadi macam ni (Sila view guna mobile mode 📲). So, senang untuk orang tengok video YTube yang korang dah share. pada blog.  Tak ada lah keluar separuh. Macam sedih jer bila nak tengok 😂.

Ni paparan video selepas menggunakan kod responsif. Kan seronok tengok macam ni 😜. 

Bila guna responsif kod ni, dia punya video tu akan disuai padankan secara automatik mengikut view mode yang korang guna ketika buka blog. Tak kiralah korang buka melalui desktop, tablet waima mobilephone sekalipun. Nampak kemaskan bila buat macam ni. Korang pun akan berpuas hati bila korang buka & tengok blog korang sendiri. Cubalah!! 😉💕

Oktober 29, 2021

7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ" Untuk Entri Blog

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani". Itulah terjemahan maksud bagi perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ" (Bismillahirrahmanirrahim) yang sememangnya korang memang dah sedia maklum. "Bismillahirrahmanirrahim" ni antara kalimah yang hari-hari & setiap saat kita ucap bila nak buat satu-satu perkara.


Bismillahirrahmanirrahim
SUMBER FOTO : Saatchiart


Even dalam solat sekalipun, kalimah ni yang selalu kita mulakan dulu sebelum kita membaca surah-surah dalam solat. Tak ingat doa panjang-panjang masa nak buat satu-satu perkara, dengan mengungkap kalimah "Bismillahirrahmanirrahim" pun dah cukup memadai. Nampak tak bertapa mudahnya Islam tu. Tapi, itu bukan bermakna kita boleh ambil mudah yer.



Semua dah sedia-sedia tahu maksud, kegunaan & manfaat kalimah "Bismillahirrahmanirrahim" ni kan. Jadi, tak perlulah Syu panjang-panjang topik nak bercerita. Actually, di hari Jumaat yang penuh berkah ni Syu just nak share sikit tulisan-tulisan dari ayat yang indah ni untuk korang manfaatkan sebagai mukadimah ketika korang menulis blog.



Selain letak  perkataan "Assalamualaikum" sebagai mukadimah entri bagi yang muslim, "Bismillahirrahmanirrahim" antara pilihan lain yang selalu diletak oleh kalangan penulis-penulis blog sebelum bercerita panjang. So, berikut antara 7 tulisan "Bismillahirrahmanirrahim" dalam jawi yang korang boleh gunakan ketika menulis blog supaya nampak cantik & sejuk mata membaca : 



 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم

 بسم الله الرحمن الرحيم


 بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


 ➣﷽꧂


 ☪﷽ ☪


 ゑ⎛⎝﷽⎠⎞ゑ


 ꧁﷽⸙bismillah⸙﷽꧂



Yang dah baca entri Syu ni, droplah "Bismillahirrahmanirrahim" sikit barang satu dua. Kalau Syu baca, berjalan jugak pahala korang. Selalu orang sebut dosa kering semua tu kan. Drop "Bismillahirrahmanirrahim" dapat pahala kering. Tambah-tambah bila ada yang membaca. Semoga pahala yang korang dapat hari ni mencurah-curah tanpa henti macam air yang mengalir. Amin3 😊💕.

Mummy Ayu's Birthday Giveaway


꧁﷽꧂




Untuk penutup bulan Oktober ni, Syu nak ambil kesempatan untuk join & sambil-sambil tu nak mewar-warkan jugaklah kepada rakan blogger pasal salah satu giveaway yang dianjurkan oleh blogger Mummy Ayu (MA). Dengar cerita, giveaway ni dianjurkan bersempena ulangtahun kelahiran MA. Syu tak pasti bila tarikhnya. Tapi, Syu tetap tak nak lepaskan peluang untuk ucapkan "SELAMAT HARI LAHIR" kepada blogger MA. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik 😊💕.



Untuk pengetahuan korang, giveaway ni akan berlangsung sehingga 8 November 2021 (Isnin). Masih ada berbaki seminggu jer lagi untuk korang submit penyertaan. Jangan lepaskan peluang ni okey!! Mana tahu ada rezeki untuk menang planner. Tak payah gigih nak berbeli planner dah untuk tahun depan. Syu tengok plannernya boleh tahan cantik 😍. By the way, untuk tahu lebih lanjut pasal giveaway ni korang boleh klik pada banner di bawah untuk terus ke link penyertaan. ALL THE BEST!!


Giveaway | Mummy Ayu's Birthday
👆 Klik banner untuk pergi ke link penyertaan.

Oktober 28, 2021

Berat Badan Ditimbang, Berat Lagi Mata Memandang 😂

Alhamdulillah, di malam Jumaat yang indah ni rasa bersyukur sangat dikurniakan badan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Gula, tekanan darah semua okey. 😂Cuma badan pulak 3G (Gemuk, gebu & gempal). Harap tak transform jadi 4G & 5G sudahlah. Bila badan dah jadi 3G ni, lutut pun dah start rasa sakit. Nak solat & duduk bersila pun rasa macam perit jer. So, nak tak nak pilihan terakhir Syu adalah turunkan berat badan.



Hari Isnin lepas, Syu timbang berat dengan husband. Bila tengok bacaan masing-masing gelak besar 😂. Sebabnya, bila buat perbandingan, beratnya lebih kurang sama jer laki bini. Serius, memang berat betul bacaan berat badan Syu sekarang. Sampai ke hari ni Syu teringat-ingat tau. Bila fikir balik, sebelum-sebelum ni Syu makan 2x  sehari jer. Mungkin Syu kurang bergerak & tak bersenam agaknya. Tu pasal elok jer memboolat macam ikan paus 🐋(Tapi ikan paus comel kan. Hi3 😁).


Tengoklah. Ni kalau pijak orang, sebelah kaki jer dah cukup buat orang merana 😆. 

Jadi kemarin, Syu pun start lah Syu punya diet. Mula-mula tu agak struggle lah jugak. Apa boleh buat, terpaksalah start control Syu punya pemakanan. Takkan nak stay gemoks selama-lamanya kan 😅. Untuk pengetahuan korang, satu hari Syu hanya boleh consumed ≤1200 kalori jer. Kakak ipar Syu yang nurse pun sarankan macam tu jugak. Consumed ≤1200 kalori jer then air manis-manis kena cut terus. No more kemanisan dalam hidup Syu lagi lah lepas ni. Tak tahulah usaha Syu ni boleh berjaya atau pun tak. Tapi, kalau tak di pecahkan ruyung, mana Syu nak dapat sagunya kan. Tak cuba tak tahu 😊💕 (Dalam hati : I'm a dead meat!! 😂) .



Actually, jauh lagi perjalanan diet Syu ni. Syu harap Syu boleh berjaya & sentiasa konsisten dengan pemakanan harian Syu. Selain tu, Syu kena bersulam jugak dengan bersenam. Kalau tak macam mana nak hilangkan lemak-lemak tepu Syu yang dah sedia-sedia berleluasa dalam badan Syu ni kan 😂.



Doakan Syu yer kengkawan. Bukanlah nak kurus cantik macam retis kat dalam TV nun. Cukup takat boleh turunkan berat dengan konsisten supaya senang nak solat & tak sakit lutut bila nak duduk bersimpuh & bersila 😟. Kalau korang ada tips, share-share lah sikit dengan Syu. Ubat kurus tak nak okey!! 😉💕

MAE by Maybank2U : Rugi Tak Masukkan Referral Code!! 😥

Hari ni Syu nak cerita sikit pasal pengalaman pertama Syu daftar aplikasi MAE(Maybank E-Wallet) ni. Harap korang tak repeat apa yang Syu dah buat. Pada Syu, ianya adalah satu kerugian besar bila korang daftar tak masukkan Referral Code semasa mendaftar aplikasi ni. Macam Syu dah rugi RM10 sebab accidentally tertekan apa entah sampai tiba-tiba terlepas masukkan Referral Code blogger Kak Kamsiah. Tambah pulak line wifi office macam sengal pulak time tu 😂. Mungkin, tak berkat agaknya sebab curi-curi waktu kerja semata-mata nak daftar aplikasi MAE ni.



Walapun RM10, agak kesal jugaklah sebenarnya sebab tak dapat berkongsi rezeki dengan tuan empunya kod 😞. Nak buat macam mana. Anggap saja tak ada rezeki. Syu harap korang JANGAN repeat apa yang Syu buat masa nak daftar aplikasi ni. Rugi tau!! Melepas duit dalam MAE korang. Kalau ada RM8 ke atas dalam MAE, korang dah boleh apply kad ni 😁. Tapi kalau Syu ada duit lebih dalam MAE ni sekalipun, Syu rasa Syu tak apply kot kad ni. Bukan apa, kad bank yang sedia ada ada dalam purse pun tak terbela. Lagi nak tambah kad? Macam payah jer ada banyak-banyak kad ni 😂.


MAE Kad


Untuk pengetahuan korang, kalau ikutkan Syu memang tak pernah dengar langsung pasal aplikasi MAE by Maybank2U ni. Padahal aplikasi ni dah dilancarkan pada Oktober 2020 tahun lepas. Kiranya kalau masuk Oktober tahun ni kira ngamlah setahun. Nampak sangat Syu ni ketingalan pasal aplikasi perbankkan MAYBANK ni😂. Apa-apa pun, terima kasih pada blogger Kak Kamsiah sebab sudi berkongsi info Duit Free Dari MAE Maybank di Blogger pagi tadi. Memang bermanfaat sangat untuk Syu bila diberi pendedahan pasal aplikasi ni. Pada yang belum tahu pasal aplikasi MAE ni, MAE ni sebenarnya e-wallet MAYBANK yang memudahkan korang untuk buat apa-apa transaksi pembayaran tanpa wang di tangan (Cashless). Untuk pelanggan MAYBANK, aplikasi ni kira aplikasi nombor dua selepas MAYBANK2U. Cuma MAE ni lebih menarik sikit dia punya fungsi & ciri-ciri dia.



Bila Syu explore satu-satu, bagus jugak sebenarnya aplikasi MAE ni. Macam-macam korang boleh buat especially bila korang ada perancangan untuk buat tabungan & merancang perbelanjaan korang supaya korang tak over spend. Bukan tu jer, kalau korang buntu nak makan dekat mana korang, korang boleh guna aplikasi ni untuk tunjukkan tempat makan yang berhampiran dengan korang. Memang terbaiklah kan.



Actually ada banyak lagi benefits aplikasi MAE ni. Cuma Syu tak habis explore lagi. Nak cerita lebih-lebih pun tak syok jugak sebab Syu pun baru jer daftar hari ni. Tapi bila Syu dah buat comparison dengan aplikasi Maybank2U, Syu rasa aplikasi MAE ni lagi better. Roughly, apa yang Syu perasaan pasal aplikasi MAE ni:


  1. Dia punya features tu lebih elok sikit berbanding aplikasi Maybank2U.
  2. Boleh buat transaksi perbankkan sama seperti di aplikasi Maybank2U.
  3. Pembelian tiket (movie, bus, ERL, penerbangan, dll.) - Tapi mahal sikitlah. Better direct beli dekat website tiket tu terus 😄.
  4. Boleh cari tempat makan bila korang ketandusan idea nak makan dekat mana - Tapi korang kena filter dulu untuk cari kedai yang berstatus HALAL. Sebab dalam aplikasi ni semua merchants dia campur sekali.
  5. Boleh split tabungan korang mengikut kategori simpanan yang korang nak ( Melancong, membeli-belah, kecemasan, dll.) - Tak payah main kutu dah lepas ni nak kumpul duit 😂.
  6. Penjejak perbelanjaan automatik (Automated expenses tracker) - Korang boleh keep track perbelanjaan bulanan korang mengikut kategori. So, senang korang nak tahu korang banyak habiskan duit dekat mana.
  7. Ada diselitkan jugak tips-tips berkaitan dengan perbankan.

MAE Referral Code
Guna kod rujukan NB109223 untuk dapatkan reward RM10 dalam e-wallet korang. Sah sehingga 5 Januari 2022. 


By the way, untuk info lebih lanjut berkenaan dengan aplikasi MAE ni korang boleh baca di website Maybank2u. Kalau tak keberatan korang boleh guna Referral Code Syu untuk dapatkan RM10 yang Syu terlepas nak dapat masa daftar tadi 😅. Serius rugi tau kalau sign up tak guna Referral Code. Siapa nak bagi RM10 free senang-senang macam tu jer. Cara set up/sign up akaun di aplikasi MAE korang boleh klik link dekat bawah :


👉 Pelanggan baru MAYBANK - Belum ada akaun MAYBANK2U
👉 Pelanggan MAYBANK - Yang dah ada akaun MAYBANK2U



Dah ada M2U klik pada EXISTING. Yang belum ada klik pada APPLY 😉.


Bagi pelanggan MAYBANK, lepas set up aplikasi ni korang akan dapat dua akaun. Satu akaun e-wallet MAE & satu lagi official bank akaun korang di MAYBANK. Jadi jangan terkejut pulak bila korang tengok dekat dashboard MAYBANK2U & MAE korang ada dua akaun. For those yang pernah ada pengalaman guna aplikasi ni share-sharelah sikit pengalaman & pengetahuan korang. Mana tahu ianya bermanfaat untuk orang lain terutamanya macam Syu yang baru tahu pasal aplikasi ni 😊💕.


(Tips : Masa nak sign up, JANGAN tekan back atau pangkah. Nanti korang akan terlepas peluang untuk masukkan referral code macam Syu 😂. Rugi tau!!)

Oktober 27, 2021

GRAB Food : Cara Claim Missing Order

Missing Order GrabFood
Syu order soto ayam, nasi goreng paprik, nasi goreng ayam & bihun sup daging. Tapi malangnya, bihun sup daging hilang dari radar 😂


Ada masa & ketika, sesetengah penjual makanan online kadang-kadang servisnya nun jauh ke laut dalam. Makanan tak sedap lah. Ada tertinggal order lah. Order tak sampai langsung pun ada.


Tak pun yang paling kejis, terus cancelled order. Pernah kena tau. Dah lah masa tu Syu tengah kerja. Kita dah lah tengah lapar ni. Lunch hour pulak cuma sejam jer. Tiba di cancel-nya order. Mahu tak menyirap dibuatnya.



Nak dijadikan cerita, beberapa minggu lepas Syu tak larat nak masak sebab penat baru balik dari Cameron Highland. Dengan jalan jammed-nya. Dah confirm-confirm sampai rumah lapar. Nak menyinggah malas sebab hujan. Jadi, untuk memudahkan kerja, Syu order jelah makanan guna GRAB Food.


Yang jadi tak syoknya order yang Syu submit ada pulak yang missing 😑. Tapi ada bagus jugak sebenarnya. Sebab makanan yang Syu order ni pun dah cukup mengenyangkan 😂. Terima kasih Mak Endah. Berlobo-lobo nasi & lauknya. Murah rezeki dunia akhirat.



Jadi, sebagai pelanggan kita ada hak tau untuk  menuntut. Sebab kita makan pun bukannya FREE!! Yedak? Macam kes order Syu ni, makanannya semua sedap-sedap. Cuma ada tertinggal satu item yang Syu dah order. Tapi Syu husnuzon sahajalah. Mungkin banyak order agaknya masa tu sampai tauke kedai tak menang tangan nak prepare order.


Biasalah, kalau dah banyak pesanan masuk. Mesti akan ada satu dua pesanan yang keciciran macam kes bihun sup daging Syu tu 😅. Jadi, Syu kongsikan dengan korang macam mana nak submit apa jua isu berkaitan servis makanan di GRAB Food kepada Help Centre menggunakan handphone jer. 



CARA CLAIM MISSING ORDER


Untuk claim missing order di Grab hanya perlu hantar maklumbalas ke Help Center GrabFood. Dengan cara ini korang akan dapat claim korang punya missing item. Harus diingat. Pihak GrabFood takkan buat penghantaran missing item korang. Sebaliknya, diorang pulangkan kembali lebihan duit korang mengikut jumlah & nilai missing item ke dalam wallet GrabFood.


GrabFood missing order


Lepas korang submit request refund kepada Help Center, diorang akan review & cek samada report yang korang submit tu betul ataupun tidak. Sekiranya berjaya, diorang akan hantar maklumbalas melalui email. Jangan risau, insyaallah korang akan dapat semula duit korang dengan syarat korang tak menipu 😁.


Untuk pengetahuan korang, cara & tempoh duit tu dikembalikan mungkin agak berbeza yer. Bergantung kepada payment method yang korang gunakan masa buat pembayaran. Kalau korang bayar menggunakan :


  1. Kad (Credit/debit) & PayPal - 3 hari bekerja atau lebih. Bergantung kepada bank.
  2. Kredit GRABPay - dikreditkan terus ke dalam akaun.
  3. PayLater - amount akan muncul pada statement PayLater yang akan datang
  4. Cash - Digantikan dengan GRAB Rewards yang mana korang boleh guna rewards tu untuk order yang akan datang


Jadi, itulah antara cara yang korang boleh guna untuk submit sebarang isu berkaitan servis penghantaran makanan di GRAB Food. Syu harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk tebus balik duit korang dari terbang begitu sahaja 💸🤑.

MySejahtera : Scammers Reset Password


Sejak beberapa hari ni, kecoh jugak yer dilaman Facebook MySejahtera berkenaan dengan link reset password yang diterima melaui SMS (Short Message Service) & email. Ada yang kata scammer punya kerja. Ada pulak yang kata memang MySejahtera yang hantar. Syu pun agak kurang pasti. Tapi, lepas terkena pada diri sendiri semalam, baru Syu tahu ada jugak yang batak & terdesak nak kan MySejahtera orang lain. Ni mesti kes nak guna MySejahtera orang yang dah vaksin macam kita-kita yang dah fully vaccinated ni. Ingatkan scammer duit jer yang ada dekat muka bumi Allah ni yer. Tak sangka scammer MySejahtera pun ada jugak. Sejenis perangai...tut...Hello!! 😒Nak sijil, pergilah cucuk!! (Dalam otak fikir macam ni dah memula 😅)

MySejahtera : Scammer Reset Password
Ni antara posts yang ditinggalkan di FB MySejahtera yang Syu sempat screenshot pagi tadi. Ramai jugak yer yang pernah kena.


Nak dijadikan cerita, semalam Syu ada terima satu email berkaitan dengan reset password MySejahtera ni. Yang memusykilkan Syu, email tu bukannya dihantar oleh "mysejahtera.malaysia.gov.my" tapi dari "mysejahtera.org". 😐Sejak bila pulak MySejahtera tukar jadi ". org"? Macam peliklah pulak. Bukan MySejahtera masih dibawah seliaan kerajaan Malaysia ke? Nasiblah sejenis perangai Syu ni, bila dapat jer benda-benda melibatkan link-link segala ni memang payah sikit Syu nak layan. Jadi apa yang Syu buat, Syu just ignore kan jer. 



Ingatkan stop sampai situ jer tau pasal reset password Mysejahtera ni. Sampai lah pagi tadi masa tengah nak siap pergi kerja Syu terbaca satu SMS dari nombor "68088" ni. Korang bayangkan, pukul 2.03 pagi ada request OTP nak buat pendaftaran MySejahtera guna nombor phone Syu. Tak ke pelik? Padahal Syu tengah sedap tidur time tu 😂. Sejenis buat kerja tak reti nak clean lah scammers ni. Bila Syu teliti balik, kalau ikutkan, nombor ni memang betul dari MySejahtera yang punya tau.



Actually, sebelum ni Syu pernah jugak reset password MySejahtera dua kali. Tapi yang Syu buat tu untuk Check-in registration company Syu 😅. Cuma SMS yang Syu dapat ni macam lain sikit rupa dia. Permulaan SMS "RM0 MySejahtera :" tak ada & one-time password (OTP) yang dibagi tu untuk pendaftaran MySejahtera (Dalam hati : Aku dah lama register MySejahtera. Nak buat apa register lagi?)


Yang hairannya, Syu tengah sedap tidur diorang sibuk nak request OTP bagai.😒 Gila ke apa. Lupa, scammers mana reti tidur yedak?😄

Syu ada sembang-sembang dengan officemates Syu pasal hal ni. Memang betul sekarang ni tengah berleluasa kes scammers guna MySejahtera. Katanya kalau siapa-siapa yang klik link tu, scammers boleh access segala data di handphone kita. Officemate Syu yang Cina seorang tu cakap, dekat K. Lumpur dah ramai yang kena hacked. Selain tu, Syu ada terbaca satu artikel dari Malaysia Trend pasal isu ni. Memang ramai jugak yang pernah kena.



Disebabkan isu ni, ramai yang beranggapan ada terjadinya security breach atau eksploitasi dalam aplikasi MySejahtera. Tambah pulak semua notifikasi SMS yang diterima adalah dari nombor "68808" yang bombornya nampak lebih kurang macam nombor milik MySejahtera "68088" 😂. Betul atau tak. Wallahualam. Cuma nasihat Syu, korang berhati-hatilah bila nak klik satu-satu link tu. Kalau rasa tak pernah buat apa-apa transaksi, sila abaikan jer. Tak kiralah SMS ke segala mak nenek email bagai. Sebelum nak klik tu make sure cek betul-betul kesahihan link tu. Jangan mana dan jer pergi tekan 😅. 



Lagipun kita tak tahu apa niat scammers buat macam ni. Kalau takat nak sijil tu mungkin tak jadi hal. Tapi bila sampai dah boleh hack account semua tu, Syu rasa agak merbahaya jugak. Syu harap pihak MySejahtera boleh bagi pencerahan pasal isu ni sebab ramai yang dah berteka-teki. Semoga pengalaman yang Syu alami ni boleh jadi asbab untuk Syu lebih alert & berhati-hati.


(Pesanan : Nak tukar password MySejahtera boleh. Tapi sebaiknya jangan guna apa-apa link. Terus direct tukar password dekat aplikasi MySejahtera. Yang itu lagi selamat 😉💕)

Oktober 26, 2021

Halo Je : Cara Membuat Pesanan

Halo Je : Cara Membuat Pesanan

Assalamualaikum blogger kesayangan Syu sekalian. Pernah guna servis penghantaran makanan HALO JER? Mesti ada yang tak pernah dengar kan. Syu pun first time guna apps Halo Jer ni. Selalunya Syu order makanan guna GRABFood & Food Panda. Kalau korang nak tahu, aplikasi Halo Jer ni dah ditubuhkan pada tahun 2018 & pertama kali dilancarkan di negeri Johor.


Di seluruh Malaysia sahaja, Halo Jer ni dah beroperasi meliputi 200 kawasan & bakal bertambah ke 250 kawasan menjelang hujung tahun ni. Boleh tahan jugak yer. Selama hari ni memang tak pernah tahu pun pasal kewujudan aplikasi Halo Jer ni. Padahal kawan ni dah lama dah bertapak di Malaysia. Untuk makluman korang, ada 6 servis yang ditawarkan di aplikasi ni. Halo Express, Halo Food, Halo Grocery, Halo Pharmacy, Halo Frozen & Halo Biz. Nak tahu lebih lanjut korang boleh pergi ke website Halo Jer. Nak terus guna diorang punya servis terus pun boleh 😁.

Halo Jer : Website
Comel pulak tengok arnab dalam kotak tu 😂.

Untuk hari ni, Syu nak share pengalaman Syu guna servis Halo Food (Gambar makanan yang Syu order tak dan nak ambik sebab dah lesap masuk dalam perut 😁). Apa yang bestnya pasal Halo Food ni, majoriti makanan yang dijual banyak yang HALAL (Tapi kena tengok betul-betul, takut ada yang sengaja letak tag halal 😅). Peniaga-peniaga pun macam banyak dari kalangan orang Melayu kita. Cuma apa yang tak bestnya, servis penghantaran agak mahal sikitlah jika dibandingkan dengan Food Panda & GRABFood. Tak kiralah lokasi korang jauh ke dekat ke. Setiap penghantaran tetap dicas RM4. 


Lepas tu, cash on delivery (COD) sahaja yang tak dikenakan payment fees. Payment fees yang Syu maksudkan ni akan dikenakan pada korang bila korang guna payment method seperti online banking (FPX), E-wallet & card (debit/credit). Untuk payment method macam FPX, cas yang dikenakan adalah tetap, iaitu sebanyak RM0.80 untuk satu transaksi. Manakala, cas sebanyak 3% akan dikenakan bagi pembayaran secara E-wallet & card. Agak costly jugak kan. Tapi benda boleh bayar cash. Apadahal kan? (Dalam hati : aku pun kadang-kadang cashless. Busuk-busuk dalam purse pun ada bawah 50 hengget jer. Ada hati nak pilih COD 😂)

Halo Je : Cara Membuat Pesanan


Sepanjang Syu guna aplikasi ni, antara kelemahan dia yang Syu perasan, Halo Jer ni tak ada pilihan untuk order & pick-up macam GRABFood & Food Panda. Voucher & promosi pun sama. Tak hado!! Harap ada lah voucher & diskaun macam GRABFood tu. Baru ramai yang berpusu-pusu nak guna. Secara keseluruhannya Syu suka aplikasi ni sebabnya banyak pilihan makanan Melayu dekat dalam dia. Memang kenalah dengan tekak Melayu Syu ni 😋. 

Harga makanan pun boleh dikatakan murah jugaklah. Cuma, bila dah masuk cas penghantaran, harganya jadi lebih kurang jer macam servis penghantaran makanan yang lain. Walau macam mana sekalipun, setia Syu tetap pada GRABFood 😁💕. Kalau sekali-sekala nak guna Halo Jer tu boleh lah. Dengar cerita, Halo Jer dah nak ada Halo Wallet macam GRAB. Kita tunggukan kemunculannya macam mana. By the way, dekat bawah ni Syu selitkan video tutorial penggunaan aplikasi Halo Jer. Semoga bermanfaat 😊💕.

Oktober 23, 2021

GANSO : Toilet Cleaning Click Gel

Good evening my beloved bloggers. As usual, my weekend routine is doing some cleaning stuffs at home. I've got enough "jimba-jimba" day last weekend at Cameron Highland 😁. So, for this week, it's cleaning time!!



Guess what? When I cleaned the storeroom, I found so many toilet cleaning gels in ECO2 plastic bag. I've no idea when did my husband bought these things 😅. All I know is he's been very addicted to this toilet cleaning gel since we bought it last time. I'm pretty sure, he bought these on his off day 😂.



Actually, I've told him to buy this toilet cleaning gel at Shopee. It's more cheaper compared to ECO2 & Mr. DIY. Eventually, he didn't listen to my suggestion & decided to buy it in ECO2. He tried to hide these from me. Too bad, I've found it 😌!! Maybe he didn't want to wait so long because the existing cleaning gels were finished already. But I'm impressed with his effort to make sure the toilet stay clean & fresh. 


GANSO : Toilet Cleaning Click Gel
Here got three options of senses. Ocean, rose & lemon. I prefer the lemon one 🍋.


HOW TO USE

Before you stamp this cleaning gel, please make sure your toilet is clean & dry. If you stamp the gel while the toilet is still wet, your cleaning gel will fall off into the bowl 😅. So, apply it when it's dry. Then you can flush the toilet to make the cleaning gel sticking more to the bowl surface. 

GANSO : Toilet Cleaning Click Gel
Remove the cap in order to expose the gel stamp.

  1. Remove the cap, twist the dispenser to the position that the dispenser can be pushed into the first position. 
  2. Position the clear end of the gel stamp holder against the inside surface of the toilet bowl close to the rim. 
  3. Push the dispenser until the gel come out. 
  4. Put the cap back to the position tightly for the next use.
  5. Flush the toilet to activate the gel stamp. 

GANSO : Toilet Cleaning Click Gel
When you removed the cap, you can see the 🌼 pattern of the stamp . 

GANSO : Toilet Cleaning Click Gel
Make sure you put the dispenser stick into the right slot. Easily for you to press the gel without getting stuck.

GANSO : Toilet Cleaning Click Gel
Here is the end result. I think my husband did better than I did.This shown that I'm not a hardcore fan of this cleaning gel 😂. 

GANSO : Toilet Cleaning Click Gel
I just put all the cleaning gels on the toiletries rack. Easily for their fan (my husband) to reach in the future 😆. 



(Tips to push the dispenser : PRESS > Lock to the RIGHT > PRESS > Lock to the LEFT > REPEAT) 

Oktober 22, 2021

Sistem e-Eko Rimba Negeri Pahang : Cara Booking

Salam Jumaat sahabat-sahabat blogger Syu sekalian 😘. Sejak balik dari Cameron Highland hari tu, rasa macam malas betul nak buka blog sebabnya penat ber-camping tak habis lagi. Apa-apa pun, seperti yang dijanjikan, hari ni Syu nak cerita sikit macam mana nak buat permohonan beraktiviti di Taman Eko Rimba Negeri Pahang. Untuk makluman korang, siapa-siapa yang ada perancangan nak masuk & bermalam di mana-mana Taman Eko Rimba yang ada di Negeri Pahang, korang digalakkan untuk membuat permohonan terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.


Tak kiralah samada korang nak buat aktiviti mendaki gunung, team building waima berkhemah sekalipun. Bukan apa, bila ada rekod senang Jabatan Perhutanan nak keep track sekiranya ada individu-individu yang dilaporkan hilang bila buat aktiviti dalam kawasan seliaan diorang. Macam pembayaran tu standard lah kan. Kalau tak ada dana dari kita-kita ni macam mana diorang nak improve & maintain segala fasiliti yang ada dekat situ.



Sekarang ni semua teknologi dihujung jari. Nak buat tempahan apa-apa pun semua melalui online sebab mudah & cepat. Kalau nak tahu, sebarang permohonan permit & booking tapak perkhemahan di Taman Eko Rimba Negeri Pahang ni boleh dibuat secara terus melalui laman Sistem e-Eko Rimba. Tapi kalau korang nak walk-in pun boleh. Tak menjadi masalah. Cuma dikhuatiri tempatnya dah fully reserved dek kaki-kaki campers macam kitorang ni jelah 😁. Tambah-tambah bila korang ada perancangan nak berkhemah dekat situ 😅. Kalau pergi balik hari tak payah booking pun tak apa. Masuk jer entrance, hanya perlu berurusan secara terus melalui kaunter Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highland untuk bayar admission fees.



CARA BUAT PERMOHONAN ONLINE


Sistem Maklumat Eko Rimba Negeri Pahang | Permohonan
Permohonan boleh dibuat di laman 👉 Sistem e-Eko Rimba


Selepas hantar permohonan, dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan hantar email maklumbalas berkenaan dengan status permohonan korang. Dari situ korang akan tahu samada permohonan korang berjaya atau tidak 😉💕. Kalau korang tak ada terima apa-apa maklumbalas, korang boleh buat semakan melalui Sistem Maklumat Eko Rimba Negeri Pahang. Hanya perlu tekan butang SEMAKAN, masukkan No.Kad Pengenalan & CARI. Nanti akan keluar satu list permohonan yang korang dah submit. Dekat hujung list tu akan dipaparkan STATUS permohonan korang. 

Sistem Maklumat Eko Rimba Negeri Pahang | Semakan
SEMAKAN > Masukkan no. kad pengenalan > CARI

By the way, untuk senarai kawasan ekopelancongan mengikut Daerah di Negeri Pahang, korang boleh layari laman web rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pahang atau korang boleh klik pada Direktori Taman Eko Rimba dalam Sistem e-Eko Rimba tadi. Dekat situ korang boleh tengok maklumat terperinci lokasi berserta gambar sebagai rujukan korang sebelum membuat sebarang tempahan. Ada 27 Taman Eko Rimba di setiap Daerah Negeri Pahang ni yang boleh dikatakan sesuai untuk aktiviti ekopelancongan.


Jadi, korang  boleh survey dahulu tempat yang mana korang berkenan nak pergi. Kalau Syu, Taman Eko Rimba yang ada di Daerah Cameron Highland is the best!! Sebab tempatnya sejuk & dia punya persekitaran tu memang menyegarkan. Yang paling penting masa nak pasang & tutup khemah tu tak ada lah dilema sangat nak kena KETIBAS (a.k.a KETIAK BASAH) macam berkelah kat Teluk Batik nun 😆!!

Oktober 20, 2021

Tuah Dari Sajak "Dania Sayang"

Tadi tengahari, Syu dengan officemate perkena nasi kandar Rahamath seorang sebungkus. So, dia punya penangan tu membuatkan mata Syu layu seperti terbang diawang-awangan. Tambah pulak kena angin sejuk aircond yang sepoi-sepoi bahasa dekat dalam office ni. Serius, lalok bhai!! Ha3 😂. Padahal jam masa tu baru nak masuk 3 petang. Dia punya mengantuk tu memang tak boleh bawa bincang. Nak tak nak tahan kan jelah mata. Nak buat macam mana. Dalam tengah dok melayan mengantuk tu, alhamdulillah...sampai sesuatu yang menyegar-bugarkan kembali mata Syu 😁💕. Penyelamat keadaan lah kiranya ni. Seperti yang ditunggu-tunggu, akhirnya sampai jugak hadiah dari kak Suria Amanda (SA) kita ni. 



Kalau nak tahu, dalam bulan lepas Syu ada join Giveaway Cipta Sajak bersempena kelahiran anak kak SA, Dania (Nama panjangnya Ainnul Dania Huda 😊💕). Alhamdulillah, tak sangka sajak Syu berjaya menambat hati Dania & terpilih sebagai salah seorang pemenang giveaway tu. Memang rezeki sangat-sangat. Hadiahnya memang comel. Terima kasih tau kak SA & Dania sayang!! (Tiba-tiba teringat sajak hari tu 😅).



Hadiah yang Syu dapat ni lambat sikit sampainya kak SA cakap. Sebabnya masa kak SA nak submit order dekat SHEIN, selection bandar untuk pos ke rumah Syu tak ada 😌!! Jadi, terpaksalah kak SA pos ke rumah dia dulu & pos ke alamat rumah Syu pulak. Kesian kak SA. Dua kali kerja nak kena pos hadiah giveway Syu. Itupun ada hal lain jadi jugak tadi.


Shein | Quilted Snap Button Crossbody Bag
Same goes to you kak SA & Dania . Thanks sangat-sangat. Cantik begnya 😘.

Nak dijadikan cerita, masa Syu tengah sibuk buat discussion dengan bos, Syu received tiga miscall dari nombor yang Syu tak kenal 😅. Masa dia call Syu, Syu pulak tak angkat sebab handphone on silent mode dekat meja. Almaklumlah, kita tengah buat kerja kan. Mana ada masa nak melekap 24 jam dengan handphone pun. Tambah pulak ada bos dekat situ. Kalau jawab jugak, maknanya memang meminta sangat untuk dimaki-makikan. Actually, kalau jawab pun tak ada masalah sebab bos Syu okey & bukan jenis bos yang suka maki-maki. Tapi kita lah yang tak syok. Kerja dengan orang lepas tu buat macam company bapak sendiri. Tak tahu malu namanya tu 😅. Lepas tengok ada misscall, Syu cuba telefon balik. Baru Syu tahu ada abang posmen dari POSLAJU datang nak hantar barang dekat rumah.



Selalunya, kalau Syu order barang dekat Shopee, abang posmen tinggalkan jer dekat atas tembok depan rumah Syu. Tak sangka abang posmen kali ni begitu gigih nak hantar barang sampai ke tangan penerima 😂. Abang posmen tu punya gigih minta alamat office Syu semata-mata nak hantar parcel (Dalam hati : Kalau macam tu, baik aku letak alamat office jer hari tu. Ha3 😂). Nak tak nak Syu share location guna aplikasi Whatsapp dekat abang posmen. Senang dia nak cari. Memang penuh onak & cabaran sungguh hadiah giveway ni nak sampai ke tangan Syu yer 😅.


Shein | Quilted Snap Button Crossbody Bag
Tak tahulah kenapa. Tapi Syu memang in love sangat dengan tali beg ni 😍.

Apa-apa pun, overall Syu memang suka beg yang kak SA bagi dekat Syu. Nak tahu apa yang Syu suka pasal beg ni? TALI dia!! Ha3 😍. Serius, design tali beg ni memang cantik. Dia punya kontra tu memang ngam teruk dengan warna pink beg ni. Design beg pun simple & ringan nak diusung ke sana ke mari. Kenapalah beg ni sampai time dah turun dari Cameron Highland. Kalau tak dah boleh guna buat melaram kat atas sana 😂. Nampak gayanya memang takde rezeki lah nak melaram dengan beg ni masa bercuti hari tu 😅. Tak apa. Kita guna beg ni next time kalau pergi jenjalan nanti!!😉💕

Oktober 18, 2021

GARDENIA Toastem Pandan Kelapa : Baru Dapat Merasa 😅

Akhirnya!! Dapat jugak merasa makan GARDENIA Toastem Kelapa Pandan ni. Punyalah lama bercari dekat kedai-kedai, asyik tak ada memanjang bila nak beli. Selalu dapat tengok jer rakan-rakan blogger buat entri pasal roti ni. Masa nak naik Cameron Highland semalam, Syu sempat grab dua bungkus roti GARDENIA Choco Raisin dengan Toastem Pandan Kelapa. Alhamdulillah, rezeki. Jadilah, buat lepas kempunan nak merasa Toastem Pandan Kelapa. 



Ingat nak tambah roti Butterscotch satu lagi. Tapi rasa macam banyak lah pulak berbeli roti😅. Takkan nak makan roti jer semata-mata nak naik ke Cameron Highland kan. Confirm-confirm pedih perut. Sejuk-sejuk mesti nak kena makan nasi jugak. Roti ni cuma untuk buat lapik perut jer buat minum dengan air panas. 


Gardenia Toastem Pandan & Choco Raisin
Nak merentas ke Pahang baru dapat merasa si Toastem Pandan Kelapa ni 😅. 

 

By the way, sedap sangat ke roti Toastem Pandan Kelapa ni sampai licin stock dekat semua convenient stores 😂? Dengar kata kalau bakar lagi sedap (Memang sedap pun 😋💕). Kakak ipar Syu anak beranak memang suka roti GARDENIA Toastem Pandan Kelapa ni. Tambah-tambah bila Syu bakarkan atas pemanggang hari tu. 



Pada Syu rasa dia kira okey lah. Lebih kurang jugak macam rasa Butterscotch, tapi version pandan kelapa & kurang manis. Kira sedaplah jugaklah. Cuma rasa dia tu tak boleh challenge dengan GARDENIA Butterscotch & Chocolate Raisin 😋.  Mungkin sebab Syu suka roti yang manis kot. Cadang nak beli lagi lepas ni. Tapi nak bakar dulu lepas tu makan dengan sekaya Yeo's. Mesti sedap kan 😋💕?



Ada lagi yang belum try ke GARDENIA Toastem Pandan Kelapa ni? Kalau dah cuba, why not korang komen sikit. Mana tahu, apa yang Syu rasa tak sama macam korang rasa 😁. 

Oktober 17, 2021

Cuti : Rentas Ke Mana?

Alhamdulillah. Sejak kerajaan umumkan kebenaran merentas negeri, semua perniagaan kembali beroperasi seperti biasa. Jalan raya dekat Perak ni pun boleh tahan, semakin hari semakin banyak kenderaan. Mungkin ramai yang dah merancang untuk balik ke kampung. Semalam, Syu & husband cuba nasib untuk rentas ke daerah Manjung pergi bercamping di Teluk Batik Campsite lagi.



Start dari simpang nak masuk ke Teluk Batik tu jammed yer kawan-kawan 😂. Even, tapak campsite yang kitorang selalu pergi tu pun pack dengan pengunjung. Harga pun dah naik tau. Tak macam harga yang kitorang pergi hari tu 😌. Dulu tak ada nak kena isi borang bagai. Cuma buat pembayaran & diorang akan bagi resit jer. Nasib kakak ipar Syu dah booking siap-siap. Kalau tak memang kena balik ke Ipoh balik lah nampak gayanya.


Teluk Batik Campsite


Hari ni, nak cuba naik Cameroon Highlands pulak bercamping dekat Taman Eko Rimba Sungai Pauh. Lepas packing semua barang-barang, dalam lepas Zohor macam tu kitorang pun gerak ke Cameroon Highland untuk pergi ke campsite yang kedua.



Actually, tapak campsite nya memang kitorang dah booked siap-siap dah dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Sebab kapasiti untuk bermalam dekat sana hanya terhad untuk 150 orang sahaja. So, kalau nak pergi kena book awal-awal melalui website Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. 



Selain dari Taman Eko Rimba Sungai Pauh ni, ada banyak lagi tapak campsite yang korang boleh pilih di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ni. Even permit untuk hiking gunung di negeri Pahang ni pun korang kena apply melalui website Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. 


Next entry kalau ada kelapangan Syu akan ajar macam mana nak buat pemohonan di website Jabatan Perhutanan Negeri Pahang okay 😉💕. Sekarang ni Syu nak rehat kejap. Rasa penat betul drive dari Teluk Batik ke Cameron Highland tadi. Kena pulak bawa kereta manual. Rasa nak tercabut kaki asyik menekan pedal clutch, break & minyak memanjang 😅. Good night yer. Esok kita sambung😘💕. 


(Notes : Entri agak caca merba sikit yer, sebabnya Syu taip guna phone. Gambar pun tak dapat nak upload sangat sebab line slow 😅. Nanti balik Syu edit bagi elok sikit yer)