Sedekah Sajalah

Oktober 31, 2021

Lepas Isyak tadi sempatlah keluar kejap  ke AEON Station 18. Lama jugak tak masuk AEON. Masuk yang ini baru kali kedua. Dalam setahun tu boleh kira lah berapa kali masuk AEON. Masuk-masuk jer, bersusun orang beratur nak masuk outlet PADINI. Cek dekat website, ada sales rupa-rupanya. Tapi, kalau tak ramai orang sekalipun di PADINI, memang Syu tak masuk berbeli barang dekat situ pun. Sejenis Syu ni kurang sikit bila berbeli barang-barang branded. Sekali sekala nak tu boleh lah. Kalau Berkali-kali, koyak poket πŸ˜…. 


Padini sales
Hari ni last day sales. No wonder lah ramai yang gigih beratur semata-mata nak masuk PADINI πŸ˜‚. 

Actually, Syu bukan nak cerita pasal kesesakan di outlet PADINI tu. Syu masuk AEON pun sebab nak bercari sushi jer. Kalau, ikutkan malas nak keluar dah. Tapi dah encik suami ajak. Kita layankan jelah. Selalunya, kalau dah nak hujung-hujung waktu, AEON akan buat sales 30% untuk set sushi. Ingat nak grab dalam sekotak dua. Tak sangka sampai-sampai dah licin. 

Yang mana satu yang nak di pilih tu πŸ˜…. 

So, nak tak nak beli jugaklah dekat Empire Sushi. Rabaklah dekat RM50 lebihπŸ˜… termasuk oden dalam 4 cucuk. Takpelah. Sekali sekala nak makan kan. Apa salahnya. Selesai jer berbeli sushi, kitorang pun keluarlah dari AEON. Ingat nak dine-in dekat Empire Sushi tu. Tapi, husband pulak tak nak. Mungkin tak selesa agaknya sebab ramai orang (Memang ramai orang pun semalam dekat AEON πŸ˜…). So, kita balik jelah makan kat rumah.

Tudia. Ha3 😝. 

Ngam-ngam keluar ke tempat parking kereta, entah macam mana tiba-tiba datang seorang hamba Allah ni datang approach kitorang. Brother tu naik motor. Ingatkan nak minta tunjuk jalan. Rupanya nak minta duit. Katanya, nak mintak duit sikit sebab dah tak ada duit nak beli makanan. Emmm...macam kesian lah pulak.


Husband Syu bukan tak nak bagi. Cuma tak nak terkena. Kalau tengok gaya tak nampak macam orang susah pun. Malas nak berkira-kira, husband Syu pun hulurlah RM2 (Dalam hati : RM2 jer πŸ˜‚. Alahai laki aku ni). Tak pecaya punya pasal πŸ˜‚. Sambil-sambil tu Syu tanyalah brother tu. Duduk mana, kerja mana. Macam-macam lah Syu tanya. Mengalahkan orang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pulak dok tanya-tanya soalan.


Tanya punya tanya. Jawapan dia macam banyak yang mencurigakan Syu. Dalam curiga-curiga tu, Syu hulur lagi dalam beberapa ringgit. Tak apa lah. Anggap jer bersedekah. Dia nak tipu ke nak apa ke, kita husnuzon jer. Tak luak isi pun kalau kongsi sikit rezeki yang kita ada kan. Selebihnya, itu antara dia dengan Allah. Yang penting kita kena ingat - DALAM REZEKI KITA, ADA TERSELIT REZEKI ORANG LAIN πŸ˜ŠπŸ’•. 

Comments

  1. selalu kena jugak, baru2 ni ada cina minta sedekah, mula2 kasi rm 2, siap minta rm 5.... x sampai hati..tambah la jadi rm 5, dah dpt rm 5..minta rm 1 lagi. eh eh... boleh plak mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh3...yang itu melampau sangat tu. Bagi betis nak peha πŸ˜‚.

      Padam
  2. kalo org tu tipu dia berdosa.. pndai2 la dia menjwb esk2..
    jnji niat kita nk sedekah tu.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarlah dia nak menipu kan. Esok lusa yang nak kena menjawab dia 😊.

      Padam
  3. Setuju... Rezeki kita juga rezeki orang lain

    BalasPadam
  4. Yang penting niat kita nak sedekah. Dia tipu ke tak pandai la dia menjawab nanti.. Semoga dibukakan pintu hati mereka yang suka menipu dan mengambil kesempatan menggunakan cara seperti ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Kita sedekah jelah. Janji bahagian kita dah selesai πŸ˜ŠπŸ’•.

      Padam
  5. Bak tu sha setuju.. kita bagi je.. yang lain-lain tu antara dia dengan Allah.. Kan Syu..
    Sha suka oden empire sushi.. sedap.. hehehe..

    BalasPadam
  6. saya kalau orang minta jadi auto kedekut...

    tapi kalau jumpa orang susah yang malu meminta saya jadi auto pemurah hehhe

    BalasPadam
  7. mmg rasa bersalah bila di approch org mcm ni kan.. takpelah kita husnozon kalau dah sampai meminta2 mungkin dia betul2 susah kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. πŸ˜‚ Betul. Dah lah kita ni jenis yang tak sampai hati bila tengok orang susah meminta. Tambah kalau orang tua & budak-budak. Nak tak nak sedekah jelah sikit. Anggap jer rezeki dia untuk hari tu.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!