Faroe Island : Pulau Indah Beritualkan Darah

Oktober 15, 2021

[Amaran: Entri Syu kali ni ada mengandungi imej yang agak menganggu ketenteraman jiwa sikit ๐Ÿ˜Œ]


Faroe Island | Grindadrap
Sumber : The Universiti of Rhode Island

Faroe Island ni merupakan sebuah kepulauan yang terletak di Lautan Atlantik Utara. yang membentuk wilayah autonomi yang mentadbir sendiri dalam Kerajaan Denmark. Pulau ni terletak kira-kira 655 km dari pantai Eropah Utara. Kalau kita tengok dari kedudukan geografi, Faroe Island ni letaknya betul-betul di tengah-tengah antara negara Norway dan Iceland. Faroe Island ni memang cantik sangat tempatnya. Tapi malangnya, setiap tahun pulau ni akan sentiasa terpalit dengan kontroversi yang sememangnya mengundang kemarahan pecinta-pecinta haiwan diseluruh dunia. 



Saiz Faroe Island ni boleh dikatakan besar jugaklah saiznya jika dibandingkan dengan saiz Pulau Pinang. Luas keseluruhan kawasannya ada lah dalam kira-kira 1,399 km2. Kiranya dalam 4x ganda besar sikit dari saiz Pulau Pinang (293 km2). Di Faroe Islands ni terdapat 18 pulau utama & hanya 17 buah pulau sahaja yang tak berpenghuni. Nama pulau ni Lรญtla Dรญmun. Selebihnya, struktur Faroe Island ni terdiri dari pulau berbatu kecil dan islet.


Feroe Island | Tรณrshavn
Pulaunya nampak jer kecil. Tapi padat dengan penduduk Faroe - Sumber : Wikimedia.org

Beberapa pulau utama di Faroe Island ni termasuklah Bordoy, Eysturoy, Sandoy, Streymoy, Suduroy, Svรญnoy, dan Vรกgar. Antara pulau-pulau ni, Streymoy yang paling banyak penduduk, sebab kawasannya antara yang paling luas (373 km2) untuk didiami oleh penduduk dekat situ. Di pinggir selatan Streymoy ni ada satu tempat namanya TรณrshavnTรณrshavn ni merupakan ibu negara dan pelabuhan utama kepulauan Faroe Islands. Kalau nak tahu, setiap pulau-pulau kecil yang ada di Faroe Island ni dibahagikan kepada 29 majlis perbandaran yang terdiri daripada lebih 120 buah penempatan.


Faroe Island Picture
Sumber : World Atlas

Faroe Island ni pada asalnya dihuni oleh sami dari Ireland . Entah macam mana pada awal abad ke-9, pulau ni dikatakan telah dihuni pula oleh kalangan Vikings. Faroe Island ni sempatlah juga berada dibawah kuasa Kerajaan Norway sekejap. Tetapi setelah dikuasai oleh Denmark pada tahun 1380, seluruh Norway termasuk Faroe Island beralih tangan. Di bawah Perjanjian Kiel (Treaty of Kiel atau Piece of Kiel) pada tahun 1814, Denmark mendapat kuasa penuh ke atas Kepulauan Faroe bersama-sama dengan Greenland dan Iceland. Pada tahun 1948, Faroe Island ni diisytiharkan menjadi salah sebuah negara autonomi dalam Kerajaan Denmark.





RITUAL BERDARAH "GRINDADRAP"


Pulau cantik aman damai macam ni pun Syu boleh kata ada kontroversi. Tapi kontroversi apa? Haa...ni nak cerita ni. Korang pernah dengar tak pasal Grindadrap? Kalau tak pernah dengar, meh Syu nak cerita pasal Grindadrap ni. Untuk pengetahuan korang, Grindarap atau juga dikenali sebagai Grind ni merupakan salah satu aktiviti tradisi musim panas yang memang disambut setiap tahun & memang sinonim sangat dengan Faroe Island. Sebut pasal Faroe Island mesti orang tahu pasal ritual berdarah ni. Ada yang cakap, Grindadrap ni merupakan salah satu tradisi Vikings. Tak tahulah betul ke tidak. Tapi yang pasti, Grindadrap ni memang boleh dikatakan sebagai pembunuhan ikan paus berskala besar yang legal di Feroe Island. Malah, Kerajaan Faroes sendiri membenarkan Grandidrap ni diadakan setiap tahun. 



Grindadrap ni sebenarnya merujuk kepada pesta menangkap mamalia laut terutamanya ikan paus & spesis Cetaceans lain seperti dolphins. Pesta ini kebiasaannya akan disambut setiap tahun ketika musim panas. Masa hari kejadian, ikan-ikan bersaiz besar macam Long-finned  Pilot Whales  White-sided Dolphin akan ditangkap secara besar-besaran dengan cara mengepung & menghalau ikan-ikan ni ke tepi pantai yang cetek dengan menggunakan segala jenis watercraft (bot, jetski, dll.) yang diorang ada. Kalau zaman dulu warga Faroes ni guna sampan biasa jer. Lepas dah kepung sampai ke perairan cetek, ikan-ikan ni akan ditarik & disembelih hidup-hidup ๐Ÿ˜ข. Kalau tengok video & gambar hasil perkongsian warganet memang boleh dikatakan agak kejam jugak lah sebenarnya pesta Grindadrap ni. Jadi, memang tak hairanlah kalau pesta ni mendapat tentangan hebat warganet & pecinta haiwan di seluruh dunia.


Faroe Island | Grindadrap
Air laut dekat tepi pantai ni penuh dengan darah ikan paus yang diorang bunuh ๐Ÿ˜ข - Sumber : Getty Image

Bulan lepas (12 Sept. 2021), pesta Grindadrap ni telah menyebabkan kematian beribu-ribu ekor ikan paus jenis White-sided Dolphin. Kalau tak silap, semuanya ikan-ikan yang ditangkap ni ada dalam lebih kurang 1,423 ekor. Banyak kan? Itu baru jumlah satu hari jer tau. Belum lagi jumlah tangkapan untuk setahun. Setakat 22 Sept. 2021, jumlah keseluruhan yang direkodkan adalah sebanyak 2,089 (Sumber : Whaling.Fo) ekor ikan paus & dolphins yang telah dibunuh Faroe Island ni. Korang bayangkan punya banyak. Memang kenduri besar betul satu Faroe Island ni. Kalau takat nak tangkap & sembelih dalam seekor dua tu tak mengapalah. Ini sampai beribu-ribu. Bunuhnya pulak beramai-ramai macam tu. Dengan air laut berdarah-darah. Sedangkan kita dalam Islam nak buat ibadah korban pun ada adabnya. Tak ada korbankan binatang sewenang-wenangnya secara membabi buta macam ni.


Faroe Island | Grindadrap
Ni antara salah satu sambutan Grindarap yang dibuat di Torshavn, Feroe Island (23 Julai, 2010) - Sumber : Shutterstock Photo


Walaupun Grindadrap ni disambut setahun sekali, ramai yang berpendapat tindakan membunuh mamalia laut & apa jua spesis Cetaceans macam ni suatu tindakan yang agak kejam & tak berperikemanusiaan. Tambah pula bila melibatkan pembunuhan spesis hidupan terancam. Korang bayangkan lah, yang dibunuh tu bukannya sekor dua tau. Beribu-ribu. Tak kira ikan paus kecik ke besar. Tetap tak terkecuali. Kadang-kadang anak ikan paus pun diorang sembelihnya jugak. Dah macam homicide dah. Tapi versi manusia bunuh binatang ๐Ÿ˜ฉ.



Kalau korang rasa pesta Grindadrap ni patut dihapuskan & diambil tindakan segera, korang dah boleh start isi & submit SURAT TERBUKA ni sebagai tanda sokongan korang. Nak sign petition tak boleh sebab ianya hanya terbuka untuk mereka-mereka yang berwarganegara United Kingdom sahaja. Walaupun Gridadrap ni merupakan tradisi turun temurun, Syu rasa macam tak patut bila disambut tanpa kawalan sampai macam ni. Kesian tau. Haiwan pun ada perasaan jugak.

What My Bawagian Says

  1. KEJAMNYA!!! Sorry huruf besar tp geram la

    BalasPadam
  2. puak vikings memang kejam kan? apa motif bunuh sampai banyak macam ni? Kalau zaman dulu boleh faham lah sebab minyak dari ikan paus tu isi dekat kereta atau kapal. sekarang dah ada diesel dan petrol

    BalasPadam

๐Ÿ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita ๐Ÿ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!