R&R PLUS Yang Dibuka Beserta Panduan SOP

Oktober 17, 2021

 

Assalamualaikum sayang-sayang Syu sekalian. Dah ada kat kampung ke tu? Ke baru nak balik? Pada yang duduk jauh merantau di negeri orang mesti satu kelegaan pada korang sebab dapat rentas negeri kan? Walaupun sudah hampir seminggu sempadan negeri dibuka untuk seluruh rakyat Malaysia merentas, Syu yakin ada sesetengah rakyat Malaysia yang masih belum berkesempatan untuk berbuat demikian atas sebab kekangan kerja. 



Almaklumlah, kebenaran merentas negerinya kan jatuh pada hari Isnin. Takkan nak apply cuti tergempar pulak kan? Memang minta kena maki dengan bos jawabnya. Nak tak nak terpaksa tunggu sampai hujung minggu ni. Hari Selasa minggu depan Public Holiday bersempena Maulidur Rasul, Syu pasti ramai yang mohon cuti straight sampai ke hari Selasa tu 😂. 



For those yang merancang untuk merentas negeri menggunakan lebuhraya, berikut antara senarai R&R PLUS yang dah dibuka untuk korang singgah masa korang merentas negeri untuk balik kampung nanti. Bukan takat singgah jer. Dine-in pun dah boleh. Tapi, untuk mereka-mereka yang lengkap dua dos jer okay. Semoga info ni bermanfaat untuk korang. 


R&R PLUS Yang Dibuka Beserta Panduan SOP


  • R&R Gurun (Arah Utara & Selatan)
  • Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Tapah (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Ulu Bernam (Arah Selatan)
  • R&R Rawang (Arah Utara)
  • OBR Sg. Buloh
  • R&R Hentian Sebelah Sg.Buloh (Arah Selatan)
  • R&R Dengkil (Arah Utara & Selatan)
  • Hentian Sebelah Serdang (Arah Utara & Selatan)
  • Hentian Sebelah Nilai (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Seremban (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Mambau (Arah Timur & Barat)
  • OBR Ayer Keroh- R&R Ayer Keroh (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Pagoh (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Machap (Arah Utara & Selatan)

(Dibuka mulai : 8 Oktober 2021) 



  • R&R Ajil (Arah Utara)
  • R&R Paka (Arah Utara & Selatan)
  • R&R Perasing (Arah Utara & Selatan)- R&R Gelang Patah (Arah Utara & Selatan)
(Dibuka mulai : 11 Oktober 2021)

Untuk makluman korang, ada sesetengah R&R PLUS masih belum dibuka untuk dine-in. Gerai makan & kedai serbaneka mungkin beroperasi seperti biasa, tapi cuma untuk take-away sahaja. By the way, ini antara panduan operasi di R&R PLUS yang korang kena follow ketika korang nak dine-in (lokasi terpilih sahaja) & berhenti rehat. Macam biasalah kan. Dah boleh merentas negeri tak semestinya korang boleh abaikan SOP. 

R&R PLUS Yang Dibuka Beserta Panduan SOP

Untuk memudahkan kerja korang selain mengurangkan kontak dengan pengguna lain ketika membeli makanan, korang boleh buat pra-pesanan dengan menggunakan Aplikasi PLUS. Mudah kan? Tak payah nak berpusu-pusu beratur panjang nak beli makanan. Buat pesanan dekat Aplikasi PLUS & ready untuk pick-up. 

R&R PLUS Yang Dibuka Beserta Panduan SOP

Tak kisahlah korang merentas negeri sebab nak balik kampung atau melancong sekalipun. Syu tetap nak ucapkan SELAMAT MERENTAS NEGERI buat korang-korang semua 😊💕. Merentaslah dengan berhemah. Amalkan segala SOP yang ditetapkan. Kalau rasa bergejala buatlah apa yang patut supaya tak ada sesiapa yang terkena tempias.



✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

PESANAN TAMBAHAN dari Majlis Keselamatan Negara(MKN) berkenaan penggunaan R&R :
    1. Pengguna lebuh raya digalakkan membawa perlengkapan ibadah sendiri. Sabar tunggu giliran untuk melakukan ibadah & sama-sama putuskan jangkitan Covid-19.
    2. Pengguna lebuh raya di R&R perlu mematuhi SOP dan elakkan ke R&R yang telah penuh. Jaga jarak fizikal, cuci tangan dan sentiasa memakai pelitup muka.
    3. Pengguna lebuh raya di R&R dinasihatkan untuk tidak terlalu lama di R&R. Beli makanan secara take away.

What My Bawagian Says

  1. Alhamdulillah
    Mereka dapat berniaga semula

    BalasPadam
  2. tak ke mana pun sebab seram tengok jalan jam sana sini. Hot spot pun dah sesak dengan orang

    BalasPadam
  3. RnR kegemarn adalah RnR Tapah haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita, ha3 😆. Akak suka singgah situ beli makanan, buah & jajan2 😋💕. Lagi satu R&R Jejantas Sg. Buluh 😁. Sanggup berhenti singgah semata-mata nak makan Sate Kajang dengan Burger King 😂.

      Padam
  4. Singgah RnR untuk solat je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu package sekali solat, makan & buat investment. Kih3 😆.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!