Berat Badan Ditimbang, Berat Lagi Mata Memandang 😂

Oktober 28, 2021

Alhamdulillah, di malam Jumaat yang indah ni rasa bersyukur sangat dikurniakan badan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Gula, tekanan darah semua okey. 😂Cuma badan pulak 3G (Gemuk, gebu & gempal). Harap tak transform jadi 4G & 5G sudahlah. Bila badan dah jadi 3G ni, lutut pun dah start rasa sakit. Nak solat & duduk bersila pun rasa macam perit jer. So, nak tak nak pilihan terakhir Syu adalah turunkan berat badan.



Hari Isnin lepas, Syu timbang berat dengan husband. Bila tengok bacaan masing-masing gelak besar 😂. Sebabnya, bila buat perbandingan, beratnya lebih kurang sama jer laki bini. Serius, memang berat betul bacaan berat badan Syu sekarang. Sampai ke hari ni Syu teringat-ingat tau. Bila fikir balik, sebelum-sebelum ni Syu makan 2x  sehari jer. Mungkin Syu kurang bergerak & tak bersenam agaknya. Tu pasal elok jer memboolat macam ikan paus 🐋(Tapi ikan paus comel kan. Hi3 😁).


Tengoklah. Ni kalau pijak orang, sebelah kaki jer dah cukup buat orang merana 😆. 

Jadi kemarin, Syu pun start lah Syu punya diet. Mula-mula tu agak struggle lah jugak. Apa boleh buat, terpaksalah start control Syu punya pemakanan. Takkan nak stay gemoks selama-lamanya kan 😅. Untuk pengetahuan korang, satu hari Syu hanya boleh consumed ≤1200 kalori jer. Kakak ipar Syu yang nurse pun sarankan macam tu jugak. Consumed ≤1200 kalori jer then air manis-manis kena cut terus. No more kemanisan dalam hidup Syu lagi lah lepas ni. Tak tahulah usaha Syu ni boleh berjaya atau pun tak. Tapi, kalau tak di pecahkan ruyung, mana Syu nak dapat sagunya kan. Tak cuba tak tahu 😊💕 (Dalam hati : I'm a dead meat!! 😂) .



Actually, jauh lagi perjalanan diet Syu ni. Syu harap Syu boleh berjaya & sentiasa konsisten dengan pemakanan harian Syu. Selain tu, Syu kena bersulam jugak dengan bersenam. Kalau tak macam mana nak hilangkan lemak-lemak tepu Syu yang dah sedia-sedia berleluasa dalam badan Syu ni kan 😂.



Doakan Syu yer kengkawan. Bukanlah nak kurus cantik macam retis kat dalam TV nun. Cukup takat boleh turunkan berat dengan konsisten supaya senang nak solat & tak sakit lutut bila nak duduk bersimpuh & bersila 😟. Kalau korang ada tips, share-share lah sikit dengan Syu. Ubat kurus tak nak okey!! 😉💕

What My Bawagian Says

  1. go go syu!! kakmim pernah terbaca.. tips nk mula diet... x minum air bergula je dlu.. kalau x boleh.. mmg x mudah nk proceed misi diet seterusnya... hihihi... apapun kita kena kuat semangat... jom sama² kita amalkan pemakanan sihat suku-suku-separuh

    BalasPadam
  2. 😞 Syu dah gemoks kak!!Hu3. 💪💕 Mekaseh bagi kata-kata semangat *Pelok*. Harap Syu boleh konsisten & tak kecundang di tengah jalan. Jauh lagi perjalanan Syu ni nak capai berat badan ideal sebenarnya 😂.

    Buat masa ni Syu memang cut terus pengambilan air manis. Makan suku-suku separuh tu mungkin dalam bulan depan Syu akan start. Sekarang ni tengah control pengambilan makanan ikut kalori dulu sebab nak kawal nasfsu makan. Nanti kalau terus buat suku-suku separuh takut terlebih pulak kalorinya 😅.

    BalasPadam
  3. kakaw wak ada sorang yang berjaya menurunkan berat badan
    Dia amalkan puasa isnin dan khamis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke wak. Kalau macam ni nak amalkan jugaklah. Terima kasih wak 😊💕.

      Padam
  4. semoga terus istiqamah dlm usaha menurunkan berat badan ye... abe kie kurang 10kg drp syu je. hehehe... bambam gak ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin abe. Harap Syu boleh istiqamah 😂. Since 2016,sikit-sikit berat naik. Teruk sangat memboolat dah ni 😅.

      Adoi malulah. Tak tahu nak sorok muka kat mana. Berat Syu lagi dari Abe Kie ni 😂. Tak boleh jadi. Kena usaha lebih sikit kurangkan berat dari Abe Kie💪🏼.

      Padam
  5. Chayook!! Chayook Syu..
    Pasti boleh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wu3. Mekasih untuk kata-kata semangat tu Sha 😂. Harap tak kecundang di tengah jalan.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!