Posts with the label Diet Story
Memaparkan catatan dengan label Diet Story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diet Story. Papar semua catatan

Oktober 13, 2026

Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?

Diam tak diam. hari ni dah masuk hari yang ke-7 Cabaran Kurus 30 (CK30) Hari. Banyak hari juga Syu tak update menu CK30 ni kat blog. Entah masih dalam landasan ke dah tersasar jauh eak?! Meh Syu nak cerita 😂.


Hari kedua & ketiga cabaran, Syu repeat makan menu hari yang first jer, sebab saladnya Syu dah terbuat banyak. Dah lah Syu yang makan seorang. So, nak tak nak terpaksalah repeat makan salad tu sampai habis! Ha3 😂.

 

Susu Meiji perisa honeydew - Yang ni Syu minum time breakfast 😁.


Weekend Sabtu Ahad & Isnin semalam pula, Syu pergi makan kenduri kat Perlis. Memang tak sempatlah nak update apa-apa kat blog pasal CK30 ni. Yang pasti, Syu makan lauk kenduri - Nasi putih, ulam raja, sambal belacan, somtam betik, gulai batang pisang, ayam masak kicap, ikan duri sambal, ikan masin, tapai, bubur kacang hijau. Macam terlebih sudah kan?? Ha3. Tapi Syu ambil sikit-sikit jer. Buat ghaso-ghaso gittew.

 

 

Apa Menu Hari Ni?

 

 

Tak expect menu hari ni penuh dengan kehijauan belaka 😂. 

 

Untuk hari ni, ini jer menu yang Syu sempat prepare kat dalam mangkuk tingkat Syu. Menunya macam kurang bermaruah sikit Syu tengok 😂. Harap boleh terus konsisten jaga permakanan.

 

1) Nasi putih sepenumbuk

2) Salad & daging masak kicap

3) Tapai pulut & anggur muskat -  Anggur mampu makan 3 biji jer sebab dah perut kenyang sangat

Day 7 CK30 : Breakfast & Lunch Apa Hari Ni?

Oktober 13, 2026

Jun 30, 2025

Makan Salad Jelah! 🥗

Salad
Tomato, telur rebus, salad, bawang holland, timun & cili padi sikit bagi tambah kick

 

Memandangkan sejak dua menjak ni asyik melantak benda yang bukan-bukan jer. So, kita switch menu berat kita to something yang lite sikit. Dinner malam tadi just nak makan salad dengan sos roasted sesame Kewpie jer. Harap boleh tahan lapar. Almaklumlah, dah selalu makan nasi. Bila hilang nasi dari radar risau pula perut minta nak makan nasi juga 😂. Jemput makan korang!

 

Salad
Untuk salad dressing, memang selalu pakai sos Kewpie ni jer.

Makan Salad Jelah! 🥗

Jun 30, 2025

Oktober 28, 2021

Berat Badan Ditimbang, Berat Lagi Mata Memandang 😂

Alhamdulillah, di malam Jumaat yang indah ni rasa bersyukur sangat dikurniakan badan yang sihat tanpa sebarang masalah kesihatan. Gula, tekanan darah semua okey. 😂Cuma badan pulak 3G (Gemuk, gebu & gempal). Harap tak transform jadi 4G & 5G sudahlah. Bila badan dah jadi 3G ni, lutut pun dah start rasa sakit. Nak solat & duduk bersila pun rasa macam perit jer. So, nak tak nak pilihan terakhir Syu adalah turunkan berat badan.



Hari Isnin lepas, Syu timbang berat dengan husband. Bila tengok bacaan masing-masing gelak besar 😂. Sebabnya, bila buat perbandingan, beratnya lebih kurang sama jer laki bini. Serius, memang berat betul bacaan berat badan Syu sekarang. Sampai ke hari ni Syu teringat-ingat tau. Bila fikir balik, sebelum-sebelum ni Syu makan 2x  sehari jer. Mungkin Syu kurang bergerak & tak bersenam agaknya. Tu pasal elok jer memboolat macam ikan paus 🐋(Tapi ikan paus comel kan. Hi3 😁).


Tengoklah. Ni kalau pijak orang, sebelah kaki jer dah cukup buat orang merana 😆. 

Jadi kemarin, Syu pun start lah Syu punya diet. Mula-mula tu agak struggle lah jugak. Apa boleh buat, terpaksalah start control Syu punya pemakanan. Takkan nak stay gemoks selama-lamanya kan 😅. Untuk pengetahuan korang, satu hari Syu hanya boleh consumed ≤1200 kalori jer. Kakak ipar Syu yang nurse pun sarankan macam tu jugak. Consumed ≤1200 kalori jer then air manis-manis kena cut terus. No more kemanisan dalam hidup Syu lagi lah lepas ni. Tak tahulah usaha Syu ni boleh berjaya atau pun tak. Tapi, kalau tak di pecahkan ruyung, mana Syu nak dapat sagunya kan. Tak cuba tak tahu 😊💕 (Dalam hati : I'm a dead meat!! 😂) .



Actually, jauh lagi perjalanan diet Syu ni. Syu harap Syu boleh berjaya & sentiasa konsisten dengan pemakanan harian Syu. Selain tu, Syu kena bersulam jugak dengan bersenam. Kalau tak macam mana nak hilangkan lemak-lemak tepu Syu yang dah sedia-sedia berleluasa dalam badan Syu ni kan 😂.



Doakan Syu yer kengkawan. Bukanlah nak kurus cantik macam retis kat dalam TV nun. Cukup takat boleh turunkan berat dengan konsisten supaya senang nak solat & tak sakit lutut bila nak duduk bersimpuh & bersila 😟. Kalau korang ada tips, share-share lah sikit dengan Syu. Ubat kurus tak nak okey!! 😉💕

Berat Badan Ditimbang, Berat Lagi Mata Memandang 😂

Oktober 28, 2021