Esok Cabaran Kurus 30 Hari Kevin Zahri dah nak start! Hari ni dah boleh onboarding dulu. Untuk persediaan awal, pihak Kevin Zahri dah ada sediakan video onboarding siap-siap. Just tengok jer video sampai habis. Dalam video tu ada lah diterangkan serba sedikit beberapa perkara penting yang peserta kena tahu sebelum, semasa & selepas mulakan cabaran.
Kenapa gigih sangat join cabaran Ni?
Alkisahnya begini korang. Syu ni sebenarnya tengah plan nak apply medical card. Tapi, disebabkan Syu overweight & obese, permohonan medical card Syu ni jadi macam agak mencabar sikit 😂. First try Syu apply dengan kawan Syu, gagal. Medical card application status rejected sebab berat badan. Kawan Syu pun tak boleh tolong. Hanya boleh buat hibah sahaja - Tapi, Syu cancel juga sebab Syu rasa macam rugi.
Second time, Syu try lagi submit medical card dengan agent insurance lain - Officemate Syu yang recommend kat Syu. Thanks Choy! Harap kali ni boleh lepaslah 😂. Agent tu cakap hari tu boleh try submit even though berat badan tak berapa cantik. Dengan syarat, Syu kena TURUNKAN BERAT BADAN 😩.
![]() |
| Biar lambat. Asalkan konsisten. Tapi makan masa lah sikit 😩. |
Kebetulan iklan Cabaran Kurus 30 Hari Kevin Zahri ni muncul. So, kita pun try lah join. Mana tahu boleh tolong guide & bantu Syu sikit-sikit untuk turunkan berat badan lebih lagi. Nak turun sederap berkilo-kilo mungkin makan masa sikitlah. Almaklumlah, lemak dah tepu lama. Cuma Syu harap Syu boleh kekalkan momentum & konsisten turunkan berat badan tanpa stress. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Doakan Syu tau korang! 🥹



Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!