Posts with the label Misi Kurus
Memaparkan catatan dengan label Misi Kurus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Misi Kurus. Papar semua catatan

Oktober 07, 2026

Let's Onboarding Cabaran Kurus 30 Hari! Bismillah...

Esok Cabaran Kurus 30 Hari Kevin Zahri dah nak start! Hari ni dah boleh onboarding dulu. Untuk persediaan awal, pihak Kevin Zahri dah ada sediakan video onboarding siap-siap. Just tengok jer video sampai habis. Dalam video tu ada lah diterangkan serba sedikit beberapa perkara penting yang peserta kena tahu sebelum, semasa & selepas mulakan cabaran.

 


Jom kurus


 

Kenapa gigih sangat join cabaran Ni?


Alkisahnya begini korang. Syu ni sebenarnya tengah plan nak apply medical card. Tapi, disebabkan Syu overweight & obese, permohonan medical card Syu ni jadi macam agak mencabar sikit 😂. First try Syu apply dengan kawan Syu, gagal. Medical card application status rejected sebab berat badan. Kawan Syu pun tak boleh tolong. Hanya boleh buat hibah sahaja - Tapi, Syu cancel juga sebab Syu rasa macam rugi. 

 

Second time, Syu try lagi submit medical card dengan agent insurance lain - Officemate Syu yang recommend kat Syu. Thanks Choy! Harap kali ni boleh lepaslah 😂. Agent tu cakap hari tu boleh try submit even though berat badan tak  berapa cantik. Dengan syarat, Syu kena TURUNKAN BERAT BADAN 😩.

 

Tips kurus
Biar lambat. Asalkan konsisten. Tapi makan masa lah sikit 😩.

 

Kebetulan iklan Cabaran Kurus 30 Hari Kevin Zahri ni muncul. So, kita pun try lah join. Mana tahu boleh tolong guide & bantu Syu sikit-sikit untuk turunkan berat badan lebih lagi. Nak turun sederap berkilo-kilo mungkin makan masa sikitlah. Almaklumlah, lemak dah tepu lama. Cuma Syu harap Syu boleh kekalkan momentum & konsisten turunkan berat badan tanpa stress. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. Doakan Syu tau korang! 🥹 

Let's Onboarding Cabaran Kurus 30 Hari! Bismillah...

Oktober 07, 2026