Mac 21, 2023
Dah Ready Ke Nak Ramadhan?
Minggu ni. Minggu yang agak sibuk! Syu yakin. Semalam & hari ni semestinya golongan mak-mak & bapa-bapa sibuk uruskan hal anak-anak nak masuk sekolah & hantar asrama segala😁. Esok lusa, guarantee sibuk pula buat persediaan untuk berpuasa.
Sebut pasal puasa. Korang dah ready ke nak Ramadhan? Biasanya, sebelum tibanya Ramadhan. Mesti ramai sahabat-sahabat yang dah siap-siap :
- Selesaikan puasa ganti
- Bayar fidyah puasa
- Amalkan puasa sunat di bulan Rejab & Syaaban
- Beli groceries untuk persediaan sahur
- Persiapkan diri untuk beribadah di bulan Ramadhan - Tarawih berjemaah di masjid, tadarus, dll.
Sinonimnya Ramadhan dengan...
Masuk bulan Ramadhan, otak sedia-sedia dah tahu yang bulan Ramadhan ni sinonim dengan :
1) Tarawih & tadarus Al-Quran
Tarawih & tadarus Al-Quran ni memang dah menjadi pengisian utama bila menjelangnya bulan Ramadhan. Pada yang banyak masa terluang, tadarus di buat disiang hari. Manakala tarawih pula dilakukan di sebelah malam sesudah solat Isyak.
2) Malam lailatulqadar
Pada 10 malam terakhir Ramadhan, semestinya umat Islam di seluruh dunia berlumba-lumba agar dipertemukan dengan malam lailatulqadar ni. Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W :
Barangsiapa yang ingin mendapatkan Lailatul Qadar, dia hendaklah mencari pada malam ke-27
(Hadis riwayat Ahmad)
3) Buah kurma
"Nikmati keenakan buah kurma dari Timur tengah. Yusoff Taiyoob..." - 🗣️ suara berbisik. Bulan Ramadhan, buah kurma is a must! Seminggu dua sebelum nak masuk bulan Ramadhan. Korang dah boleh dengar dah bisikan-bisikan halus dari Raja Kurma Malaysia kita, Yusoff Taiyoob 😂.
Macam biasalah, makanan sunnah ni memang WAJIB ada di atas meja sebagai dessert pembuka selera sebelum berbuka. Jadi, bila tibanya Ramadhan. Kurma mesti kena ada. Paling kurang, satu kotak untuk satu isi rumah.
![]() |
Tak yakin kurmanya boleh bertahan sampai penghujung Ramadhan 😂 |
Tapi, Ramadhan kali ni Syu tak beli Kurma Madu Yusoff Taiyoob. Syu beli kurma cap Bilal ni saja. Sedap & murah. Standard rasanya sama macam kurma premium. Sekotak harganya dalam RM9 - Boleh cari dekat TF Valuemart.
3) Moreh Ramadhan
Bulan Ramadhan, surau-surau & masjid meriah dengan rezeki orang bersedekah. Dari hari pertama Ramadhan sampailah ke penghujung Ramadhan. Memang akan penuh slot moreh. Masa inilah acik-acik catering busy menyiapkan order buat duit-duit tambah 😁.
![]() |
KREDIT FOTO : MyTVOnline |
4) Bazar Ramadhan
Hari pertama berpuasa mesti ramai yang akan pergi serbu bazaar Ramadhan. Almaklumlah, tak sempat nak balik masak 😅. Tak pun, memang sengaja malas masak sebab tekak berselera nak makan makanan bazaar Ramadhan 🤣.
Harap-harap makanan yang dijual di bazaar Ramadhan tahun ni, tidak hanya sekadar indah khabar dari rupa. Memang sedia maklum, kita berada di bulan puasa. Tak boleh nak merasa segala.
Selagi boleh, tak mahulah terserempak dengan karipap angin, air tebu ceroi & kuih tawar melesey. Frust tau kalau kena scam macam tu. Nak-nak di bulan Ramadhan. Nak marah kena sabar 😂.
5) Buffet Ramadhan
![]() |
KREDIT FOTO : eatgo.com |
Buffet Ramadhan, tak payah cakap. Meriah seluruh Malaysia sehingga ke penghujung Ramadhan. Sebulan sebelum puasa, macam-macam promosi early bird ditawarkan - Macam iklan raya. Belum habis puasa, iklannya dah keluar dulu 🤣. Ada buffet bertemakan masakan ala kampung, western & macam-macam lagi. Bawa duit & perut saja 😁.
6) Geng plastik hitam
Geng plastik hitam, kawan dia semestinya van jenazah 😅. Harap tak wujud lagi geng plastik hitam ni masa Ramadhan nanti. Malulah, dah besar panjang reti-reti nak puasa. Puasalah. Sebulan saja. Bukan setahun.
Apa-apa pun, semoga Ramadhan 2023 kali ni lebih baik & kita semua mampu untuk terus kekal konsisten dalam melaksanakan ibadah & mendapat berkat dari bulan yang mulia ini. Harus diingat, puasa bukan sekadar tahan lapar & dahaga saja.
Mac 19, 2023
Wirid & Doa Ringkas Selepas Solat Fardhu
![]() |
KREDIT FOTO : iStock |
WIRID & DOA RINGKAS SELEPAS SOLAT FARDHU | Setiap kali selepas menunaikan solat, lebih sopan jika duduk sebentar luangkan masa untuk berwirid dan memanjatkan doa kepada Allah S.W.T. Tak lama mana pun baca wirid & doa ni sebenarnya. Paling kurang makan masa 5 minit saja. Berikut Syu kongsikan wirid & doa ringkas selepas solat fardhu yang korang boleh amalkan setiap hari.
1) Istighfar 3X
Mulakan wirid dengan beristighfar. Seperti biasa. Ucapkan kalimah :
أسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِي لا إلَهَ إلا هُوَ الحَيُّ القَيُومُ وَأتُوبُ إلَيهِ
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya
Daripada Muaz bin Jabal RA katanya: "Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang beristighfar sebanyak tiga kali selepas Solat Subuh dan Asar dengan lafaz [seperti yang di atas] nescaya akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan"
2) Pengakuan tauhid
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu
3) Terpelihara dari azab neraka
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka
4) Keselamatan & kesejahteraan
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan
4) Membaca ta'awuz
Ta'awudz atau isti'adzah merupakan doa untuk memohon perlindungan & pemeliharaan dari Allah S.W.T dari bisikan & gangguan syaitan. Bacaan ta'awuz ni tidak semestinya dibaca ketika wirid. Ia boleh dibaca bila-bila masa.
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
5) Surah al-fatihah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ
ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat
6) Surah al-baqarah ayat 163
وَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa, tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
7) Ayat kursi
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
8) Surah al-baqarah ayat 284-286
لِّلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ وَإِن تُبْدُوا۟ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ ٱللَّهُ ۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌ
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓئِكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍۢ مِّن رُّسُلِهِۦ ۚ وَقَالُوا۟ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ ٱلْمَصِيرُ
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًۭا كَمَا حَمَلْتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ ۖ وَٱعْفُ عَنَّا وَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَآ ۚ أَنتَ مَوْلَىٰنَا فَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir
9) Surah al-Imran ayat 18-19
شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَأُو۟لُوا۟ ٱلْعِلْمِ قَآئِمًۢا بِٱلْقِسْطِ ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ
Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana
10) 4 qul
4 Qul ni panggilan ringkas kepada 4 surah-surah lazim pendek dalam Al-Quran yang dimulai dengan perkataan Qul (قُلْ) - Katakanlah. 4 Qul ni terdiri dari surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas & juga Surah Al-Kafirun. Kalau nak tahu, surah-surah ni bukan sahaja lazim dibaca ketika menunaikan solat. Malah, seringkali juga diamalkan oleh pengamal-pengamal perubatan Islam ketika merawat pesakit yang terkena ganguan syaitan mahupun sihir.
11) Tasbih, tahmid & takbir 33x
اِلَهَنَا يَارَبَّناَ أَنْتَ مَوْلنَا : سُبْحَنَ اللهِ
Ya Allah Ya Tuhanku — Maha Suci Allah
سُبْحَنَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ دَائِمًا أَبَدًا : أَلْحَمْدُ لِلَّهِ
Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya — segala pujian hanya bagi Allah
أَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ : اللهُ أَكْبَرُ
Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaanNya — Allah Maha Besar
12) Penutup tasbih, tahmid & takbir
أَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَنَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلى كُلِّ شُيْئٍ قَدِيْرٌ
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali.
اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ وَلَاحَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Dan tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.
13) Doa
![]() |
KREDIT FOTO : Tribune Madano |
Dari segi bahasa, perkataan doa (دُعَاء) itu sendiri berasal dari kata kerja da’a (دَعَا) yang bererti memohon. Memohon kepada siapa? Semestinya kepada Allah S.W.T. Tidak kira dalam apa jua bentuk bahasa sekalipun doa itu pohon. Insyallah dengan izin Allah doa akan diperkenankan.
Allah S.W.T. berfirman di dalam Surah Al-Ghafir, ayat ke-60:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu
Jadi, selepas solat. Berdoalah. Ini antara contoh doa selepas solat yang paling ringkas & mudah untuk korang hafal & praktikkan selepas selesai berwirid.
“Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.”
“Ya Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.”
“Ya Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.”
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.”
14) Penutup surah Al-fatihah
Selesai membaca doa. Lebih afdhal akhiri wirid & doa kita dengan membaca ummul kitab Al-Fatihah. Semoga bermanfaat 🥰.
SUMBER RUJUKAN
Mac 17, 2023
Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Kedah Tahun 1444H/ 2023M
![]() |
KREDIT FOTO : Pinterest |
JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA KEDAH TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.
Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia, di Kedah khususnya dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Kedah
Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Kedah - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕
![]() |
ZON 1 : Kota Setar, Kubang Pasu & Pokok Sena |
![]() |
ZON 2 : Pendang, Kuala Muda & Yan |
![]() |
ZON 3 : Padang Terap & Sik |
![]() |
ZON 4 : Baling |
![]() |
ZON 5 : Kulim & Bandar Baru |
![]() |
ZON 6 : Langkawi |
![]() |
ZON 7 : Puncak Gunung Jerai |
Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perlis Tahun 1444H/ 2023M
![]() |
KREDIT FOTO : Pinterest |
JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA PERLIS TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.
Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia, di Perlis khususnya dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Perlis
Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Perlis - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕
![]() |
Seluruh negeri Perlis. |
Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Selangor Tahun 1444H/ 2023M
![]() |
KREDIT FOTO : Pinterest |
JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2023 SELANGOR TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.
Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Selangor
Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Selangor - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕
![]() |
ZON 1 : Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Sepang & Hulu Langat |
![]() |
ZON 2 : Sabak Bernam & Kuala Selangor |
![]() |
ZON 3 : Klang & Ulu Langat |
Mac 16, 2023
Cara Pesan McDonald's Guna Self Ordering Kiosk
![]() |
KREDIT FOTO : Daniel Gerzina/Eater Chicago |
Hari ni lepak makan tengahari dengan offimates di Mc Donald's (McD) Station 18. Lama juga tak dine-in sini sebenarnya. Selalu guna Drive Thru tapau bawa balik rumah. Ataupun buat pesanan guna aplikasi GRAB saja 😅. Bukan apa, malas nak masuk dalam menyinggah. Almaklumlah, McD Station 18 ni memanjang saja ramai orang. Tambah-tambah bila kena waktu puncak.
Bila dine-in, normally Syu akan buat pesanan & pembayaran melalui kaunter. Kali ni Syu cuba buat pesanan menggunakan MC Donald's self ordering kiosk pula. Saja nak explore benda baru. Padahal benda alah ni dah berkurun ada dekat situ. Dulu ada satu. Sekarang dah beranak pinak dah dia dalam Mcd Station 18 ni 😂.
Cara Pesan McD Guna Self Ordering Kiosk
![]() |
Lepas dah order. Nombor kena letak atas meja. Senang pelayan nampak masa nak hantar order nanti 😁. |
Senang saja rupanya buat pesanan McD guna Self Ordering Kiosk ni. Jimat masa, tak payah beratur panjang & yang paling best boleh bayar tanpa tunai (cashless). Pada yang belum pernah buat pesanan menggunakan Self Ordering Kiosk, ikut cara ni supaya korang tak rasa canggung berdepan dengan mesin tu nanti 🤭.
- Pilih samada korang nak EAT IN atau TAKE OUT
- Pilih menu yang korang nak makan & ADD TO CART
- PROCEED WITH CHECKOUT & SUBMIT ORDER
- Kalau korang pilih untuk dine-in jangan lupa MASUKKAN NOMBOR MEJA sebelum korang teruskan dengan pembayaran
- Pilih cara pembayaran - Bayar di kaunter atau kad (Wave atau menggunakan pin) di Self Ordering Kiosk
- Simpan resit pembayaran sebagai bukti pembayaran
Kalau korang pilih untuk dine-in, letak nombor meja atas meja supaya senang pelayan nak hantar makanan. Kalau korang pilih untuk take away. Tataplah nombor dekat resit korang sampai nombor korang kena panggil 😁.
Mac 15, 2023
Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 1444H/ 2023M
![]() |
KREDIT FOTO : Pinterest |
JADUAL WAKTU IMSAK & BERBUKA PUASA 2023 PERAK TAHUN 1444H/2023M | Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Ramadhan tahun 1444H/ 2023M buat seluruh negeri-negeri di Malaysia menerusi portal rasminya.
Dengan harapan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1444H/ 2023M ini dapat memudahkan semua umat Islam di Seluruh Malaysia dalam melaksanakan ibadah puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Jadual waktu imsak & berbuka puasa tahun 1444H / 2023M negeri Perak
Berikut Syu kongsikan Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa tahun 1444H/2023M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Perak - Sumber foto dari JAKIM. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan & menjadikan korang lebih bersiap sedia serta sentiasa up-to-date dengan waktu imsak & berbuka puasa Ramadhan tahun 1444H/2023M ini nanti. Selamat berpuasa semua! 🤗💕
![]() |
ZON 1 : Tapah, Slim River & Tanjung Malim |
![]() |
ZON 2 : Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput & Kuala Kangsar |
![]() |
ZON 3 : Pengkalan Hulu, Gerik & Lenggong |
![]() |
ZON 4 : Temengor & Belum |
![]() |
ZON 5 : Teluk Intan, Bagan Datuk, Kg. Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Setiawan & Pulau Pangkor |
![]() |
ZON 6 : Selama, Taiping, Bagan Serai, Parit Buntar |
![]() |
ZON 7 : Bukit Larut |
Sushi Bonanza Sushi King March 2023 Kembali Lagi 🤤
Buat penggemar Sushi King. Saja nak war-warkan dekat korang. Sushi Bonanza Sushi King bulan Mac 2023 dah start hari tu pada 13/3/2023 🤤. Promosi ni akan berlangsung sehingga 16/3/2023 - Esok last promosinya!
Tak pergi memang rugi. Sebab menu atas kaiten (Sushi conveyor) Sushi King kali ni memang sedap-sedap belaka. Ada menu baru juga. Jadi, jangan lepaskan peluang okay! Bukan apa, nanti dah masuk bulan Ramadhan tak dapat merasa 🤭.
![]() |
Cukuplah makan banyak ini. Orang meja sebelah dah tenung-tenung dah 😂. Macamlah kita bayar pakai duit dia 🤭. |
Mac 13, 2023
Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin & NHHM

Salam Isnin buat semua sahabat Blogger. Ada lagi ke yang belum sertai giveaway Thrice the Charm by Atiqah, Nabilah Samsudin & NHHM ni? Pada yang belum join. Jom! Pakat ramai-ramai kita meriahkan giveaway ni 😁. Tarikh penyertaan dibuka hingga 15hb Mac 2023. Syarat-syarat penyertaannya mudah saja. Boleh klik pada banner untuk ketahui lebih lanjut pasal giveaway ni.
![]() |
Klik untuk maklumat lanjut. |
Agak lama juga blogger Atiqah Najihah tak buat giveaway sebenarnya- Samalah dengan tuan tanah blog Syu Deris.com ni juga 🤭. Sekali dia buat, terus collaborated berjemaah dengan Bella & NHHM 😁. Apa-apa pun syabas buat Atiqah Najihah kerana berjaya meracun kawan-kawannya untuk berblog 😁.
Di kesempatan ni, Syu nak ucapkan SELAMAT DATANG juga buat 2 pendatang baru dalam dunia Blogger - Bella & NHHM. Semoga terus kekal konsisten menulis blog tanpa rasa jemu! Buat peserta-peserta giveaway. Goodluck & all the best buat korang! 😚💕
Mac 08, 2023
Nisfu Syaaban Bulan Mustajab Doa
%20yard%C4%B1m%20dileyin_%20Hi%C3%A7%20ku%C5%9Fkusuz%20o%20(namaz),%20hu%C5%9Fu%20duyanlardan%20ba%C5%9Fkas%C4%B1na%20a%C4%9F%C4%B1rd%C4%B1r.'%20(Bakara,%2045)%20.%20.%20.%20.%20.%20.%20.%E2%80%A6%E2%80%9D.jpg)
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Dalam tak sedar kita dah menjengah ke bulan Syaaban 2023/1444H ya kawan-kawan. Masih berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk kita didatangi bulan Ramadhan. Pada yang belum ganti puasa tu, cepat-cepatlah ganti. Kalau tak ganti sebelum bertembung bulan Ramadhan depan, WAJIB bayar fidyah ya 😁. Jadi, selagi ada masa ni, usahakan ganti puasa yang masih belum berganti tu okey.
Bila masuk bulan Syaaban semestinya ingat Nisfu Syaaban kan? Kalau korang nak tahu, bulan Syaaban ni merupakan bulan yang tersangat istimewa untuk kita perbanyakkan amalan sebelum kita beralih ke bulan Ramadhan. Malah, bulan Syaaban ini juga antara bulan yang sangat dicintai oleh Rasulullah S.A.W. untuk berpuasa. Aisyah ada meriwayatkan bahawa :
كَانَ أَحَبُّ الشُّهُورِ إِلَى رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَصُومَهُ شَعْبَانَ، ثُمَّ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ
Maksudnya : Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW untuk berpuasa sunah adalah bulan Syaaban, kemudian beliau menyambungnya dengan puasa Ramadhan
[HR. Abu Daud : 2431 & Ibnu Majah : 1649]
Amalan bulan Syaaban
Berikut Syu ringkaskan amalan-amalan yang dianjurkan untuk dilakukan pada bulan Syaaban ni :
- Perbanyakkan berselawat, berzikir serta istighfar
- Berpuasa sunat - kecuali pada Hari Syak (30 Syaaban)
- Amalkan membaca surah Yassin
- Perbanyakkan amalan pada malam Nisfu Sya'aban - 15 Syaaban
- Berdoa
Amalan malam nisfu Sya'aban
Hidupkan bulan Syaaban terutamanya pada malam pertengahan Syaaban (Nisfu Syaaban) - pada hari ke-15 Sya'aban. Perbanyakkan amalan pada malam nisfu Syaaban. Kerana malam Nisfu Syaaban ini antara 5 malam yang dimustajabkan doa. Imam asy-Syafie berkata :
قَالَ الشَّافِعِىُّ : وَبَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ : إِنَّ الدُّعَاءَ يُسْتَجَابُ فِى خَمْسِ لَيَالٍ فِى لَيْلَةِ الْجُمُعَةِ وَلَيْلَةِ الأَضْحَى وَلَيْلَةِ الْفِطْرِ وَأَوَّلِ لَيْلَةِ مِنْ رَجَبٍ وَلَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ.
“Doa itu mustajab pada lima malam; malam jumaat, malam raya adha, malam raya fitri, malam awal bulan rejab dan malam pertengahan / nisfu syaaban.”
Hari malam Nisfu Syaaban bermula sebaik sahaja tibanya waktu Maghrib pada 14 haribulan Syaaban. Jadi ambillah peluang ini dengan memperbanyakkan amalan & berdoa. Rasulullah S.AW. juga sangat menggalakkan bangun malam & berjaga serta beriktikaf sepanjang malam supaya kita boleh berkat dari malam tersebut.
Doa bulan Sya'aban
![]() |
KREDIT FOTO : Pinterest |
اللَّهُمَّ كَمَا بَلَّغْتَنَا شَعْبَانْ فَبَلِّغْنَا رَمَضَانْ وَاكْتُبْنَا مِمَّنْ صَامَهُ وَقَامَهُ اِيْمَانََا وَاحْتِسَابََا حَتَّى نَحْظَى بِا لْغُفْرَانِ وَسُكْنَى الْجِنَانْ وَالْعِتْقَ مِنَ النِّرَانْ
Ya Allah, sebagaimana engkau telah menyampaikan kami di bulan Syaaban, maka sampaikan umur kami di bulan ramadhan ,dan takdirkan kami termasuk golongan orang orang yang berpuasa dan mendirikan solat malam dengan dasar iman dan berharap pahala. Hingga akhirnya kami beruntung mendapat pengampunan dosa dan bertempat tinggal dalam surga dan bebas dari sentuhan api neraka.
-SALAM SYA'BAN & SELAMAT BERAMAL-
Translate
AUTHOR

Popular Posts
ARCHIVE
-
▼
2023
(33)
-
▼
Mac
(11)
- Dah Ready Ke Nak Ramadhan?
- Wirid & Doa Ringkas Selepas Solat Fardhu
- Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Kedah Tahun 144...
- Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perlis Tahun 14...
- Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Selangor Tahun ...
- Cara Pesan McDonald's Guna Self Ordering Kiosk
- Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Perak Tahun 144...
- Sushi Bonanza Sushi King March 2023 Kembali Lagi 🤤
- Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsu...
- Nisfu Syaaban Bulan Mustajab Doa
- Welcome March 2023
-
▼
Mac
(11)