Tak kira dalam solat fardu mahupun solat sunat, selain diwajibkan membaca Surah Al-Fatihah dalam setiap rakaat, kita disunatkan juga untuk membaca surat-surat pendek setelah membaca surat Al Fatihah. Anjuran membaca surah-surah pendek ni ada dinyatakan oleh Syaikh Sulaiman Ahmad Yahya Al-Faifi dalam bukunya yang berjudul Ringkasan Fikih Sunnah Sayyid Sabiq.
Di dalam buku tersebut dinyatakan bahawa setelah Al-Fatihah disunatkan bagi orang yang solat untuk membaca satu surah atau sebahagian ayat-ayat yang terdapat dalam Al-Quran. Selain itu juga, penambahan bacaan surah lain selepas Al-Fatihah adalah yang paling baik. Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah bersabda :
“Sesiapa yang membaca ummul-Kitab (surah al-Fatihah), maka mencukupi ummul-Kitab itu baginya (sebagai bacaan al-Quran yang diwajibkan di dalam solat). Dan sesiapa yang menambah (dengan membaca ayat atau surah lain), maka ia adalah paling baik”
-H.R Riwayat Imam Muslim-
Selain dari hadith ni, terdapat juga hadith lain yang menggalakkan surah-surah pendek ini dibaca setelah membaca surat Al-Fatihah ketika solat. Sebab ianya lebih baik. Walaupun kita tidak tahu akan kebaikkannya, tapi semestinya ada ganjaran pahala yang besar Allah S.W.T bakal berikan.
“Jika engkau tidak menambah selain surah Al-Fatihah, maka itu boleh. Adapun jika engkau menambah lebih dari itu, maka itu lebih baik.”
-HR. Bukhari & Muslim-
10 SURAH PENDEK MUDAH HAFAL
Al-Quran ada 30 juzuk kesemuanya. Dari juzuk-juzuk tersebut dipecahkan lagi kepada 114 surah. Malah dalam setiap surah-surah yang ada dalam Al-Quran ni, isi kandungan & jumlah ayatnya berbeza-beza . Yang paling panjang adalah Surah Al-Baqarah.
SUMBER FOTO : Google |
Pada yang kurang mahir membaca tulisan Jawi/Arab mahupun yang baru hendak belajar solat mungkin agak sukar untuk membaca & menghafal kesemua surah-surah yang ada dalam Al-Quran ni. Jadi, surah-surah pendek selain Al-Fatihah antara surah-surah terbaik korang boleh hafal untuk dibaca & diamalkan ketika solat. Berikut Syu senaraikan surah-surah lazim yang mudah dihafal berserta terjemahan ruminya sekali.
4 QUL (قُلْ) || 4 Qul ni panggilan ringkas kepada 4 surah-surah pendek alam Al-Quran yang dimulai dengan perkataan Qul (قُلْ) - Katakanlah. 4 Qul ni terdiri dari surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas & juga Surah Al-Kafirun. Kalau nak tahu, surah-surah ni bukan sahaja lazim dibaca ketika menunaikan solat. Malah, seringkali juga diamalkan oleh pengamal-pengamal perubatan Islam ketika merawat pesakit yang terkena ganguan syaitan mahupun sihir.
1) AL-IKHLAS
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ
ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ
Bismillah hir rahman nir raheem
Qul huwal laahu ahad
Allah hus-samad
Lam yalid wa lam yoolad
Wa lam yakul-lahoo kufuwan ahad
2) AL-FALAQ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلْعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Bismillah hir rahman nir raheem
Qul a’oozu bi rabbil-falaq
Min sharri maa khalaq
Wa min sharri ghaasiqin izaa waqab
Wa min sharrin-naffaa-saati fil ‘uqad
Wa min sharri haasidin izaa hasad
3) AN-NAAS
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ
مَلِكِ ٱلنَّاسِ
إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ
مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ
ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ
مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
Bismillah hir rahman nir raheem
Qul a’oozu birabbin naas
Malikin naas
Ilaahin naas
Min sharril waswaasil khannaas
Allazee yuwaswisu fee sudoorin naas
Minal jinnati wannaas
4) AL-KAFIRUN
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
قُلْ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلْكَـٰفِرُونَ
لَآ أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ
وَلَآ أَنتُمْ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ
وَلَآ أَنَا۠ عَابِدٌۭ مَّا عَبَدتُّمْ
وَلَآ أَنتُمْ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعْبُدُ
لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِىَ دِينِ
Bismillah hir rahman nir raheem
Qul yaaa-ayyuhal kaafiroon
Laaa a’budu maa t’abudoon
Wa laaa antum ‘aabidoona maaa a’bud
Wa laaa ana ‘abidum maa ‘abattum
Wa laaa antum ‘aabidoona maaa a’bud
Lakum deenukum wa liya deen
AN-NASR || Selain 4 Qul, surah An-Nasr ni pun boleh dijadikan surah lazim WAJIB HAFAL juga. Sebab surahnya memang pendek & mudah juga untuk diingati. Jangankan golongan dewasa, anak-anak kita yang kecil pun boleh. Misal kata, anak-anak susah nak hafal 4 Qul. Pilih surah An-Nasr ni sebagai permulaan untuk diorang menghafal surah.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا جَآءَ نَصْرُ ٱللَّهِ وَٱلْفَتْحُ
وَرَأَيْتَ ٱلنَّاسَ يَدْخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفْوَاجًۭا
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَٱسْتَغْفِرْهُ ۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابًۢا
Bismillahirrahmanirrahiim
Idzajaa anashrullahiwal fathr
Wara aitanna sayad huluna fii diinillahi afwaa ja
Fasabbih bihamdirabbika wastaghfirh innahu kaana tawwaba
AL-KAWTHAR || Selain surah An-Nasr, surah Al-Kawthar ni pun antara surah terpendek yang ada di dalam Al-Quran. Cuma ada 3 baris ayat sahaja. Semuanya pendek-pendek. Memang sangat mudah untuk dihafal serta dijadikan surah lazim pilihan ketika solat.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَعْطَيْنَـٰكَ ٱلْكَوْثَرَ
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنْحَرْ
إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ ٱلْأَبْتَرُ
Bismillah hir rahman nir raheem
Innaaa a’tainaa kal kauthar
Fasalli li rabbika wanhar
Inna shaani’aka huwal abtar
AL-QURAISY || Surah yang berkisarkan tentang kaum Quraisy ni hanya terdiri dari 4 baris ayat sahaja. Ada ayat pendek & juga ayat panjang.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لِإِيلَـٰفِ قُرَيْشٍ
إِۦلَـٰفِهِمْ رِحْلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيْفِ
فَلْيَعْبُدُوا۟ رَبَّ هَـٰذَا ٱلْبَيْتِ
ٱلَّذِىٓ أَطْعَمَهُم مِّن جُوعٍۢ وَءَامَنَهُم مِّنْ خَوْفٍۭ
Bismillah hir rahman nir raheem
Li-eelaafi quraish
Eelaafihim rihlatash shitaaa’i wassaif
Faly’abudoo rabba haazal-bait
Allazeee at’amahum min joo’inw-wa-aamanahum min khawf
AL-ASR || Surah yang berkisarkan tentang masa & juga orang yang beriman & beramal soleh ni hanya terdiri dari 3 ayat sahaja. Mudah nak dihafal & mudah juga untuk diingat bait-bait maksudnya.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلْعَصْرِ
إِنَّ ٱلْإِنسَـٰنَ لَفِى خُسْرٍ
إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلْحَقِّ وَتَوَاصَوْا۟ بِٱلصَّبْرِ
Bismillah hir rahman nir raheem
Wal ‘asr
Innal insaana lafee khusr
Illal lazeena aamanoo wa ‘amilus saalihaati wa tawaasaw bilhaqqi wa tawaasaw bissabr
AL-QADR || Malam seribu bulan. Itulah yang difirman oleh Allah S.W.T dalam surah ni. Surah yang ringkas & pendek. Cuma ada 5 ayat sahaja. Mudah nak hafal & mudah juga untuk diingati maksudnya.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِنَّآ أَنزَلْنَـٰهُ فِى لَيْلَةِ ٱلْقَدْرِ
وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ
لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌۭ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍۢ
تَنَزَّلُ ٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍۢ
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ ٱلْفَجْرِ
Bismillah hir rahman nir raheem
Innaa anzalnaahu fee lailatil qadr
Wa maa adraaka ma lailatul qadr
Lailatul qadri khairum min alfee shahr
Tanaz zalul malaa-ikatu war roohu feeha bi izni-rab bihim min kulli amr
Salaamun hiya hattaa mat la’il fajr
AL-MASAD || Surah yang ke-111 dalam Al-Quran ni merupakan surah pendek yang lazim dibaca juga ketika solat. Surah ini antara surah yang mudah untuk diingati & difahami. Sebab di dalamnya ada diceritakan tentang azab & seksaan yang diterima oleh Abu Lahab bersama isterinya. Walaupun surahnya ringkas, tapi apa yang difirmankan oleh Allah S.W.T dalam ayat ini sememangnya padat.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍۢ وَتَبَّ
مَآ أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ
سَيَصْلَىٰ نَارًۭا ذَاتَ لَهَبٍۢ
وَٱمْرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلْحَطَبِ
فِى جِيدِهَا حَبْلٌۭ مِّن مَّسَدٍۭ
Bismillah hir rahman nir raheem
Tabbat yadaa abee Lahabinw-wa tabb
Maa aghnaa ‘anhu maaluhoo wa ma kasab
Sa-yaslaa naaran zaata lahab
Wamra-atuhoo hammaa latal-hatab
Fee jeedihaa hablum mim-masad
AL-FIL || Selain surah Al-Masad, surah Al-Fil ni pun antara surah lazim yang mudah dihafal & difahami maksudnya. Cuma ada 5 baris ayat sahaja. Namun, surah ini ringkas & padat dengan firman Allah S.W.T berkenaan tentera bergajah & burung Ababil
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَـٰبِ ٱلْفِيلِ
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِى تَضْلِيلٍۢ
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍۢ مِّن سِجِّيلٍۢ
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍۢ مَّأْكُولٍۭ
Bismillah hir rahman nir raheem
Alam tara kaifa fa’ala rabbuka bi ashaabil feel
Alam yaj’al kaidahum fee tadleel
Wa arsala ‘alaihim tairan abaabeel
Tarmeehim bihijaaratim min sijjeel
Faja ‘alahum ka’asfim m’akool
AL- MA'UN || Surah ni mengandungi 7 ayat sahaja. Namun, ia sarat dengan firman Allah S.W.T yang berhubungkait dengan mereka-mereka yang mendustakan agama, berlaku zalim kepada anak yatim, mengabaikan fakir miskin, lalai dalam solat, riak & juga golongan yang tidak membantu orang yang berada dalam kesusahan.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَرَءَيْتَ ٱلَّذِى يُكَذِّبُ بِٱلدِّينِ
فَذَٰلِكَ ٱلَّذِى يَدُعُّ ٱلْيَتِيمَ
وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ ٱلْمِسْكِينِ
فَوَيْلٌۭ لِّلْمُصَلِّينَ
ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ
وَيَمْنَعُونَ ٱلْمَاعُونَ
Bismillah hir rahman nir raheem
Ara ‘aytal lazee yukazzibu biddeen
Fazaalikal lazee yadu’ul-yateem
Wa la yahuddu ‘alaa ta’aamil miskeen
Fa wailul-lil musalleen
Allazeena hum ‘an salaatihim saahoon
Allazeena hum yuraaa’oon
Wa yamna’oonal maa’oon
AL- INSYIRAH || Walaupun Surah Al-Insyirah ni ada 8 ayat, tapi kebanyakkan ayatnya semua pendek-pendek & senang nak dihafal.
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهْرَكَ
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًۭا
فَإِذَا فَرَغْتَ فَٱنصَبْ
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرْغَب
Bismillah hir rahman nir raheem
Alam nashrah laka sadrak
Wa wa d’ana ‘anka wizrak
Allazee anqada zahrak
Wa raf ‘ana laka zikrak
Fa inna ma’al usri yusra
Inna ma’al ‘usri yusra
Fa iza faragh ta fansab
Wa ilaa rabbika far ghab
Jadi, itulah antara 10 himpunan surah-surah yang korang boleh hafal dengan mudah. Walaupun korang tak berapa pandai baca tulisan Jawi/Arab, insyallah Allah akan permudahkan urusan & terangkan hati korang untuk menghafal. Bukan itu sahaja, surah-surah ini juga memang sesuai dijadikan surah pilihan untuk anak-anak korang yang baru hendak belajar solat.
Surah lazim yang pendek, mudah untuk dihafal oleh anak-anak maupun pada mereka yang baru hendak belajar menghafaz Al-Quran. SUMBER FOTO : Bincang Muslimah |
Untuk baca surah-surah yang lain korang boleh rujuk di portal MYISLAM (Bahasa Inggeris) ataupun Surah.My (Bahasa Melayu) . Di sana korang boleh baca & dengarkan bacaaan kesemua surah-surah yang ada dalam Al-Quran berserta dengan terjemahannya sekali - SEMOGA BERMANFAAT & SELAMAT MENGHAFAL 😊💕.
Alhamudulillah.. Perkongsian yang bermanfaat.
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamBiasa dibaca dalam solat
Tq share kak syu
BalasPadamteringat zaman sekolah rendah dulu..cukup takut bila waktu hafazan. Baca sendiri ok je hafal...tapi bila berdepan dengan ustazah auto gagap
BalasPadamAlhamdulillah...biasa dibaca.
BalasPadamSurah surah pendek dan mudah hafal.
Perkongsian yang bermanfaat.