Warteg Ipoh 2 | Set Mantap Padu & Syahdu! 👍

Februari 19, 2022


Ingat tak entri Syu beberapa hari lepas pasal - Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet 🤔. Entri tu sebenarnya wujud berpunca kekeliruan nasi yang Syu makan dari salah sebuah restoran makanan ala-ala Indonesia yang diberi nama Warteg 😂. Memandangkan hari ni ada kelapangan nak bercerita, jadi Syu nak buat review sikit pasal makanan yang Syu dah makan dari restoran ni. Di Ipoh ni kalau nak tahu ada dua cawangan Warteg. Satu di Jalan Raja Musa & satu lagi di Bazaar Mara Medan Jaya (Warteg Ipoh 2). Setakat ni Syu pernah makan makanan dari Warteg Ipoh 2 sahaja. Itupun pesan melalui aplikasi GrabFood.



Jumaat minggu lepas pekena ayam Geprek dalam Set Mantap. Kemarin masa makan tengahari perkena pula ayam Gepuk dari set yang sama - Dah tahu bezakan dah ðŸ˜œ. Tapi kali ni Syu bukan makan berdua jer. Dua lagi rakan sepejabat Syu yang berbangsa Cina tu pun tak nak lepaskan peluang untuk merasa sejauh mana sedapnya Nasi Ayam Gepuk & Geprek dari Warteg ni. Hari tu masa kitaorang pesan, diorang ada tanya juga pasal nasi yang kitaorang beli tu. Tak sangka, diorang pun pesan juga untuk buat makan tengahari diorang hari ni 😁.


Ayam Geprek & Ayam Gepuk
Depan ni Nasi Ayam Geprek. Ayam gorengnya ada salut tepung.


Ayam Gepuk
Yang ini Nasi Ayam Gepuk. Ayamnya macam ayam goreng kunyit biasa.


SYAHDU & PADU | Untuk makluman korang, dalam set Mantap ni ada Nasi Ayam Gepuk, Nasi Ayam Geprek, Tempe Jeletot & juga dua set air (Teh O atau Sirap. Kena pilih salah satu). Porsi nasi & ayamnya memang terbaik. Nasi banyak. Ayam besar. Memang kenyang & puas makan. Makan tengahari tak payah makan malam dah. Gerenti kenyang sampai pagi esok 😁. Sambal pun boleh tahan sedap. Dia punya tahap kepedasan tu memang boleh diterima tekak. Tambah-tambah bila dicampur dengan sos kicap manis ABC & perahan limau kasturi. Syahdu & padu!👍


Tempe jeletot
Ni Tempe Jeletot. Jeletot tu maksudnya pedas. Jadi dalam Bahasa Melayu maknanya Tempe Pedas 😁.


Pada Syu harga Set Mantap ni memang boleh dikatakan murahlah juga selepas dah tolak diskaun dari GrabFood. Kalau ikutkan harga biasa untuk set ni RM25. Tapi lepas dah tolak diskaun. Harganya jadi RM14.50 per set. Kira murahlah kan. Tambah-tambah bila buat makan berdua. Pada yang ada di Ipoh, silalah pesan selagi masih ada diskaun. Memang murah. Pada yang ada datang Ipoh, korang wajib singgah makan di Warteg ni. Dengar cerita menunya bukan terhad pada Nasi Ayam Geprek & Gepuk saja. Ada lagi menu lain yang dijual di restoran ni sebenarnya. Nanti ada kelapangan Syu nak cuba makan dekat sana pula.

Comments

  1. lah ada beza rupanya. igt sama haha

    BalasPadam
  2. wahhh jauh beza jugak tu harga dia lepas guna voucher. Nampak menyelerakan lah set dia

    BalasPadam
  3. nampak sedap tempe pedas tu. tp klau ada tauhu pedas msti lg sedap.

    BalasPadam
  4. makk aii sambal dia mengiurkan hahhaa

    BalasPadam
  5. sedap btul tgok ayam gepuk tuuuu

    BalasPadam
  6. nampak menggoda ayam-ayam tu, tapi yang akak rasa original ayam geprek yg akak pernah makan... ayam tu dia akan pukul-pukul sikit pastu baru tuang sambal hehehhe...

    BalasPadam
  7. Best dapat portion ayam besar. Menyelerakan betul dengan sambalnya dan sup. Baru tahu ada nama Tempe Jeletot which is tempe pedas. Besar gak potongan tempe tu. Puas makan.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!