November 11, 2023
Nasi Kerabu Selambak Dari My Mum Nasi Kerabu Nasi Dagang
Salam November korang! Sihat ke tu? Naik bersawang dah blog Syu tak ber-update. Busy nau kome! Kalah pak-pak menteri 😂. Mood pun agak kelaut nak menyentuh blog sejak dua menjak ni. Bukan apa, rasa malas nak buka laptop sebab dekat office dah sehari suntuk menghadapnya.
By the way, korang dah makan? Hari ni, Syu makan nasi kerabu saja. Beli dari My Mum Nasi Kerabu Nasi Dagang. Bukan apa, tekak dah jemulah asyik makan nasi berlauk & nasi kandar. Sekali sekala kita tukar selera belah Pantai Timur pula 🤭.
![]() |
| Syu suka nasi kerabu sayur lebih. Korang 🤭? |
Dulu, masa study. Dalam banyak-banyak menu belah pantai timur, Syu cukup tak gemar makan nasi kerabu ni tau - Suka prefer nasi dagang & laksam saja. Selagi boleh, nasi kerabu ni antara menu nasi yang Syu selalu elakkan untuk beli 😂. Tak tahu pasal apa. Nak kata tak suka sayur, tak juga 😅. Mungkin masa tu belum jumpa lagi nasi kerabu yang kena pada selera Syu agaknya.
![]() |
| Makan nasi kerabu ni macam makan nasi kandar juga. Nasinya kena digaul mesra 🤤. |
Tapi, bila dah meningkat usia. Nasi kerabu ni juga yang dicari. Jadi kegilaan pun ya juga 🤣. Nak-nak kalau dapat nasi kerabu yang sambalnya sedap. Pedas. Sayur banyak. Lepas tu ada letak pula jeruk bawang putih yang masam-masam tu. Serius terangkat 🤤! Nak buat, tak berapa reti. Jadi, kita beli saja 🤭. For those yang suka nasi nasi kerabu, jemput makan semua.
Januari 20, 2023
Nasi Ayam Penyet Sedap Lotus Station 18 Ipoh
![]() |
| Dari A sampai Z sedap 🤭💕. |
Tak tahu apa yang nak dicelotehkan hari ni. Jadi, kita tayang sikit nasi ayam penyet sedap yang Syu makan dengan officemates Syu semalam dekat food court Lotus Station 18 Ipoh. Rasa sekali gerenti repeat lagi! 😋
Rata-rata makanan & minuman dekat food court Lotus Station 18 ni memang sedap-sedap belaka. Dari kiosk orang jual nasi campur sampailah ke kiosk yang ada jual nasi ayam penyet ni - Sizzling dekat sini macam tak berapa sangat rasanya. Sedap lagi food court Lotus Manjung punya 😂.
![]() |
| Sambal ayam penyetnya tak cukup ya. Padahal dah melimpah ruah adik tu letak dalam bekas 😂. |
Pada Syu, nasi ayam penyetnya memang sedap. Syu paling suka sambal & ayam gorengnya 😋💕. Harga tak mahal mana pun. Cuma RM9.80 sahaja untuk satu set. Portion banyak pula tu. Kenyang makan tau.
Jadi, kalau korang datang Lotus Station 18, korang wajib cuba. Kiosknya terletak antara kiosk nasi ayam & masakan Thai. Tak suka makan nasi ayam penyet, korang boleh pilih menu yang lain 😉.
Februari 19, 2022
Warteg Ipoh 2 | Set Mantap Padu & Syahdu! 👍
Ingat tak entri Syu beberapa hari lepas pasal - Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet 🤔. Entri tu sebenarnya wujud berpunca kekeliruan nasi yang Syu makan dari salah sebuah restoran makanan ala-ala Indonesia yang diberi nama Warteg 😂. Memandangkan hari ni ada kelapangan nak bercerita, jadi Syu nak buat review sikit pasal makanan yang Syu dah makan dari restoran ni. Di Ipoh ni kalau nak tahu ada dua cawangan Warteg. Satu di Jalan Raja Musa & satu lagi di Bazaar Mara Medan Jaya (Warteg Ipoh 2). Setakat ni Syu pernah makan makanan dari Warteg Ipoh 2 sahaja. Itupun pesan melalui aplikasi GrabFood.
Jumaat minggu lepas pekena ayam Geprek dalam Set Mantap. Kemarin masa makan tengahari perkena pula ayam Gepuk dari set yang sama - Dah tahu bezakan dah 😜. Tapi kali ni Syu bukan makan berdua jer. Dua lagi rakan sepejabat Syu yang berbangsa Cina tu pun tak nak lepaskan peluang untuk merasa sejauh mana sedapnya Nasi Ayam Gepuk & Geprek dari Warteg ni. Hari tu masa kitaorang pesan, diorang ada tanya juga pasal nasi yang kitaorang beli tu. Tak sangka, diorang pun pesan juga untuk buat makan tengahari diorang hari ni 😁.
| Depan ni Nasi Ayam Geprek. Ayam gorengnya ada salut tepung. |
| Yang ini Nasi Ayam Gepuk. Ayamnya macam ayam goreng kunyit biasa. |
SYAHDU & PADU | Untuk makluman korang, dalam set Mantap ni ada Nasi Ayam Gepuk, Nasi Ayam Geprek, Tempe Jeletot & juga dua set air (Teh O atau Sirap. Kena pilih salah satu). Porsi nasi & ayamnya memang terbaik. Nasi banyak. Ayam besar. Memang kenyang & puas makan. Makan tengahari tak payah makan malam dah. Gerenti kenyang sampai pagi esok 😁. Sambal pun boleh tahan sedap. Dia punya tahap kepedasan tu memang boleh diterima tekak. Tambah-tambah bila dicampur dengan sos kicap manis ABC & perahan limau kasturi. Syahdu & padu!👍
| Ni Tempe Jeletot. Jeletot tu maksudnya pedas. Jadi dalam Bahasa Melayu maknanya Tempe Pedas 😁. |
Pada Syu harga Set Mantap ni memang boleh dikatakan murahlah juga selepas dah tolak diskaun dari GrabFood. Kalau ikutkan harga biasa untuk set ni RM25. Tapi lepas dah tolak diskaun. Harganya jadi RM14.50 per set. Kira murahlah kan. Tambah-tambah bila buat makan berdua. Pada yang ada di Ipoh, silalah pesan selagi masih ada diskaun. Memang murah. Pada yang ada datang Ipoh, korang wajib singgah makan di Warteg ni. Dengar cerita menunya bukan terhad pada Nasi Ayam Geprek & Gepuk saja. Ada lagi menu lain yang dijual di restoran ni sebenarnya. Nanti ada kelapangan Syu nak cuba makan dekat sana pula.



