Nasi Kerabu Selambak Dari My Mum Nasi Kerabu Nasi Dagang

November 11, 2023

Salam November korang! Sihat ke tu? Naik bersawang dah blog Syu tak ber-update. Busy nau kome! Kalah pak-pak menteri 😂. Mood pun agak kelaut nak menyentuh blog sejak dua menjak ni. Bukan apa, rasa malas nak buka laptop sebab dekat office dah sehari suntuk menghadapnya.


By the way, korang dah makan? Hari ni, Syu makan nasi kerabu saja. Beli dari My Mum Nasi Kerabu Nasi Dagang. Bukan apa, tekak dah jemulah asyik makan nasi berlauk & nasi kandar. Sekali sekala kita tukar selera belah Pantai Timur pula 🤭. 


Syu suka nasi kerabu sayur lebih. Korang 🤭?


Dulu, masa study. Dalam banyak-banyak menu belah pantai timur, Syu cukup tak gemar makan nasi kerabu ni tau - Suka prefer nasi dagang & laksam saja. Selagi boleh, nasi kerabu ni antara menu nasi yang Syu selalu elakkan untuk beli 😂. Tak tahu pasal apa. Nak kata tak suka sayur, tak juga 😅. Mungkin masa tu belum jumpa lagi nasi kerabu yang kena pada selera Syu agaknya.


Makan nasi kerabu ni macam makan nasi kandar juga. Nasinya kena digaul mesra 🤤. 


Tapi, bila dah meningkat usia. Nasi kerabu ni juga yang dicari. Jadi kegilaan pun ya juga 🤣. Nak-nak kalau dapat nasi kerabu yang sambalnya sedap. Pedas. Sayur banyak. Lepas tu ada letak pula jeruk bawang putih yang masam-masam tu. Serius terangkat 🤤! Nak buat, tak berapa reti. Jadi, kita beli saja 🤭. For those yang suka nasi nasi kerabu, jemput makan semua. 

Comments

  1. Kalau ammi, ammi prefer nasi kerabu drpd nasi dagang. Kenot gi with nasi dagang

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!