Alkisah Wear Green For Palestine Hari Ini 😂

November 15, 2023

Hari ni, hari pakai pakaian bertemakan warna hijau untuk Palestin. Niat hati nak pakailah baju serba hijau dari hujung rambut ke hujung kaki ke tempat kerja. Sebagai tanda support & bersolidariti dengan apa yang jadi kepada saudara seislam kita di bumi Palestin sana. Tapi, baju hijau Syu pula tak ada. Jenuhlah korek baju dalam almari. Baru sedar, Syu dah lama tak beli baju warna hijau rupa-rupanya - Lepas ni kena belilah gamaknya 😂.



Sudahnya, kita pakai apa yang ada saja. Jadilah kan. Yang penting nawaitu kita betul nak bersolidariti & berdiri untuk Palestin 🇵🇸. Uniform kerja Syu warna biru 😂. Wajib pakai. Kalau tak pakai nanti, jadi cerita lain pula 😅. So, nak tak nak terpaksalah Syu kawankan saja dengan shawl hijau bunga-bunga Syu ni. Nampak mcm hodoh gabungan warnanya. Tapi, bila dah ambil gambar. Nampak heloklah pula 🤣. 


Wear green for Palestine
Mampu pakai tudung hijau bunga-bunga ni jer 😂.


Apa-apa pun, Syu bangga dengan officemate Syu yang seorang ni. Bersemangat betul dia! Kalah kita tau. Kita pakai shawl hijau semata-mata 😂. Walaupun, pakaian dia tak menepati tema warna hari ni. Tapi, dia tetap support & bersama-sama bersolidariti dengan pakai pakaian yang bertemakan Palestin 🇵🇸👏🏻.  Syabas Wana! 


Curi-curi ambil gambar dia 🤭. 


Pada Syu, walau apa pun cara & inisiatif kita untuk saudara kita di sana. Ianya satu kewajipan untuk kita bersuara & berjihad memerangi kezaliman bintang Daud yang semakin hari semakin melampau. Teruskan berdoa, memboikot & bersolidariti untuk Palestin. Tak mampu buat semua tak apa. Janji kita jangan jadi sebahagian daripada bintang Daud 🇮🇱. Apa-apa pun, teruskan berdiri untuk bumi Palestin kita! 🇵🇸✊🏼

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!