Pertama Kali Naik Tow Truck 😂

November 26, 2023

Ni alkisah malam kemarin. Pelan asal nak ke Pulau Pinang sebenarnya - Gara-gara nak cuba Burger Sempoi yang viral dekat Teluk Kumbar nun. Dari Ipoh, makan masa dua jam lebih jugalah nak sampai sana. Tapi hujung-hujung, terpaksa batalkan hasrat sebab kereta rosak dekat highway Kampung Binjai, Kuala Kangsar - Ngam-ngam lepas R& R Sungai Perak.



Kalah asap fogging!


Masa tu, temperature kereta naik & overheat teruk sebab husband lenjan sampai 132Km/j - Nak cepat sampailah sanalah kononnya masa tu. Sudahnya, gasket barai. Air radiator kereta bercampur dengan minyak enjin. Berasap sakan kereta kitaorang malam tu. Kalah asap fogging!



So, nak tak nak terpaksa berhenti di lorong kecemasan & telefon Plus untuk bantuan. At the same time, husband telefon kawan dia juga. Kot-kot boleh dapat servis towing yang murah. Nak tak nak memang ke towing balik juga keretanya. Sebab enjin dah barai & kereta kitorang dah tak boleh nak bergerak jauh dah. Asap pun dah keluar berkepul-kepul dekat ekzos. Rasa mcacam tak selamat untuk dipandu lagi.


Kereta rosak
Polis bantuas Plus datang hulurkan bantuan 🥰. 


Dalam setengah jam macam tu, polis bantuan Plus pun sampai. Tapi, diorang tak boleh buat apa pun. Sebab kereta kitorang dah barai teruk & tak boleh nak gerak jauh dah. Kalau drive atas highway pun takut mengganggu pengguna lain pula nanti.



Lagipun, husband Syu pun dah booked tow truck dengan kawan dia. So, polis bantuan Plus tu just datang tengok kondisi kereta & suruh kitorang parking ke dalam sikit. Sebab lorong kecemasan dekat kawasan highway tu agak gelap. Risau, takut pengguna highway yang lain tak perasan kitorang ada dekat situ.


Kerete rosak
Sejam jugalah menunggu. Akhirnya sampai juga 🗿. 



Enjoy the ride


Kereta rosak
Masa untuk disadaikan di bengkel pula.


Rabak jugalah RM350 nak hantar balik ke Ipoh malam tu. Nasib bukan duit kita. - Insurans kereta, kami ambil yang third party. So, tak cover towing services. Kereta Wira lama pun. Jadi, kita ambil insurans murah saja. Ini pun dah kira habis murah dah towing services-nya. Sebab kawan husband yang tolong rekemenkan.



Apa-apa pun, sepanjang on the way balik semalam. Kami berdua enjoy the ride. Almaklumlah, first time naik tow truck. Excited sikit. Husband Syu siap tengok movie lagi dekat phone. Lepas tu, dua-dua senyap. Masing-masing pakat tidur dekat belakang. Penat! Penat memikir nak repair kereta pula lepas ni. Dengar cerita nak kena overhaul. Entah berapa pula kena cas nanti.


Kereta rosak
Masa keluar tol. Ada staff Plus datang bawa mesin khas untuk scan RFID kereta kitaorang 😌. 



Makan kedai siam sudahnya!


Makan malam
Lepas letak kereta dekat bengkel. Kami isi tangki kami pula 😁. 


Sampai bengkel kawan husband. Guna GrabCar balik rumah. Ambil kereta lagi satu. Lepas tu, keluar balik cari pemakan. Lapar! Masa tu jam dah dekat 10.15 malam. Nak makan pun dah tak selera sebenarnya. Perut dah sebu. Lambat makan punya pasal - Tadi siang, sempat makan chicken sandwich saja buat alas perut. Tapi, paksa juga makan sebab tak nak perut masuk angin. Selesai makan, balik rumah. Lepas tu, yakbo (Tidur) sebab esoknya masing-masing kena kerja pagi!

Comments

  1. aduhai..kalau keta dah breakdown memang runsing risau apa segala la..benda mcm ni yang x nak jadi kan...takpe la dugaan Syu suami isteri

    BalasPadam
  2. kami pun pernah merasa 1x naik tow truck dari KL-Kuantan aduii pengalaman sedih sgh

    BalasPadam
  3. bab kereta stranded tepi jalan ni mcm dah puas sgt dah. macam2 pengalaman. kul 2 3 pg pun ada. naik tow truck cam u pun penah. hehehe.

    BalasPadam
  4. Alaaaa... Jeles! uncle sampai hari ni tak pernah merasa 'menunggang' tow truck!

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!