Posts with the label Daily Story
Memaparkan catatan dengan label Daily Story. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daily Story. Papar semua catatan

Januari 17, 2022

Upin Ipin Meninggal Di Dunia Nyata

 



Siapa tak tahu siri animasi hebat terbitan dari Les Copaque Production ni. Bukan sahaja terkenal di Malaysia. Malah, siri animasi Upin & Ipin ni mendapat sambutan yang hebat di seluruh dunia termasuk negara jiran kita Indonesia. Walaupun sehingga kini, hubungan Malaysia-Indonesia ada sedikit pergolakkan. Tapi masih ada sesetengah rakyatnya menerima baik negara kita & beranggapan yang negara kita ini serumpun dengan mereka.


Upin Ipin


Pada Syu, animasi Upin & Ipin ni antara salah satu kartun animasi yang berjaya menjadi pengikat silaturahim antara bumi Malaysia & Indonesia. Kalau tak, masakan kartun animasi ni mendapat tempat dihati mereka di sana. Malah, mereka ambil pusing dengan setiap jalan cerita & karakter-karakter yang ada dalam kartun animasi Upin & Ipin ni. 


MENINGGAL DI DUNIA NYATA | Di TikTok sekarang ni heboh & trending berkenaan kewujudan dua karakter animasi ini. Khabarnya nama Upin & Ipin ini bukan sahaja wujud di dunia animasi. Malah, ianya wujud di dunia nyata juga. Akan tetapi empunya kepada nama Upin & Ipin ini dikatakan telah lama meninggal dunia sekitar tahun 1995-1996. Penemuan dua kubur yang namanya tertera Upin & Ipin ini telah dimuatnaik di laman TikTok. 



Berdasarkan perkongsian putrapahit03, dua kubur tersebut dikatakan berada di Palu, Indonesia. Kuburnya berwarna biru & tertera jelas nama Upin & Ipin. Berdasarkan ukiran pada batu nisan. Upin dikatakan meninggal pada 6.81995. Manakala, Ipin pula meninggal 2.4.1996. Beza tarikh meninggalnya cuma empat bulan sahaja jaraknya. Betul atau tidak? Wallahualam. Sejauh mana kesahihannya Syu sendiri pun tak pasti. Apa-apa pun, kita tunggu sahaja penjelasan dari ayahanda Les Copaque kita πŸ˜‰πŸ’•. Andai benar wujud empunya nama Upin & Ipin ni. Takziah & Al-Fatihah buat mereka berdua.

Upin Ipin Meninggal Di Dunia Nyata

Januari 17, 2022

Januari 16, 2022

Temasya Duka

Floral GIF

TEMASYA DUKA


Yang pergi

Biarkan pergi

Tenang bersemayam bersemadi 

Menghadap ilahi



Ironinya

Yang datang menyantuni

Perilakunya tampak galak

Mengharap ditamu dijamu

Tanpa sekelumit silu



Tatkala ini

Yang kehilangan 

Sedu-sedan meratapi

Ditinggal pergi

Dek insan yang disayangi



Tetangga pula

Ada yang terlihat tidak cakna

Menghuni cuma sekangkang kera 

Nun

Jauhnya tidak sampai sedepa



Namun 

Terlintas tidak di benak fikiran

Bertandang menghulurkan tangan

Walhal 

Berkurun lama hidup berjiran



Usai puji memuji Ilahi

Sepertinya ada temasya

Tetamu dijamu girang gembira

Empunya badan 

Perkenan paksa

Walakin hati

Masih gundah gulana



Sewajarnya

Jangan ditambah beban & duka

Adat budaya zahirnya cuma pada nama

Andai dijadikan norma

Bimbang andai ada yang terluka



Ingat

Yang pergi

Selama abadinya pergi

Yang hidup jangan pula dibebani & diculasi

Kelak menjawab di akhirat nanti

Temasya Duka

Januari 16, 2022

Januari 14, 2022

Superhost Giveaway By BTS

Niat hati kononnya nak berbalas komen & kunjungan tauke homestay yang seorang ni di entri Syu yang lepas - Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara. Tak sangka. Masuk halaman utama terpandang entrinya yang terbaru ni - Giveaway Bernilai RM500 Untuk Follower (and Subscriber)!!! Penginapan Percuma Kat Airbnb Condo KL KLCC View !!! Wah3, tuan tanah ada buat giveaway lah pula!! Nak join ke tak nak? Nak join ke tak nak kan. Tengok dekat reading list pun macam ramai sahabat-sahabat Blogger Syu dah join. Rancak yer 😁.



Sejujurnya, dia punya tajuk entri tu memang mengundang resah & nestapa sungguh kalau tak sertai. Dahlah syarat penyertaannya mudah jer. Walaupun tuan tanah tak ada pelawa masa komen dekat blog Syu hari tu, tapi kunjungannya tu seolah-olah macam mengajak 😜. Jadinya, Syu sertai sahajalah sebagai tanda sokongan. Lagipun, ini giveaway pertama BTS anjurkan bersempena homestay Yasmin @ Legasi Residence nya dinobatkan sebagai Superhost di Airbnb. Tak salahkan kalau nak memeriahkan lagi. Menang tolak tepi. Janji sokongan cenggini πŸ‘ - Jadi, tuan tanah BTS dah boleh buang jejauh dah perasaan "afraid of rejection" tu okey πŸ˜πŸ’•. 


Superhost Giveaway by BTS


SYARAT PENYERTAAN & HADIAH | Nak sertai giveaway BTS ni mudah sahaja. Tuan tanah tak mintak lebih. Dia cuma minta korang FOLLOW Blog, SUBSCRIBE Ytube Channel - Family Factor, TEKA tuan tanah asal mana (Pemenang yang teka dengan betul akan dapat RM100), BUAT ENTRI ringkas pasal giveaway ni & HANTAR link penyertaan di ruangan komen entri giveaway. Mudah jer kan. Hadiah apa? Yang ini Syu rasa korang better tengok sendiri hadiahnya dekat entri giveaway ni - Klik pada banner πŸ˜‰πŸ’•. Tak syoklah sembang sini habis sini kan. Yang pasti hadiahnya memang LUMAYAN. 



TUAN TANAH ASAL MANA? | Secara kasarnya Syu tahu tuan tanah BTS ni asal dari Kedah sahaja. Dekat belah mana. Syu sendiri pun tak pasti πŸ˜‚. Tapi berdasarkan hasil bacaan Syu di blog BTS sendiri. Rasanya tuan tanahnya berasal dari Ayer Hitam, Kedah. Betul ke tidak tuan tanah BTS? Tak betoi habaq mai na.



By the way, sebelum Syu terlupa. Tarikh penyertaan giveaway ni akan dibuka sehingga 28 Februari 2022. Jadi, jangan lepaskan peluang okey πŸ˜‰πŸ’•. Apa-apa pun, pada yang dah sertai Superhost Giveaway By BTS ni, Syu ucapkan - ALL THE BEST!! Buat tuan tanah BTS, terus luaskan kuasamu. Memang hebat dapat beli banyak properties buat homestay. Kita nak beli sebiji pun belum dapat lagi. Sebab "duit tak mandang" orang Perak kata 😁.

Superhost Giveaway By BTS

Januari 14, 2022

Jin & Syaitan : Ketahui Nama & Tugasnya Dalam Menyesatkan Anak Adam

Di dalam Al-Quran, memang banyak firman Allah S.W.T memberikan peringatan & amaran berkenaan tipu daya jin & syaitan ni. Malah, diorang (jin & syaitan) sendiri pernah berjanji dengan Allah S.W.T yang diorang tak akan berhenti menyesatkan anak Adam sehingga tibanya hari kiamat.


Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus (16) Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur (17)".


(Surah Al-A’raf: 16-17)


BENCI UMAT MANUSIA DARI ZAMAN TERCIPTANYA ADAM | Bermula dari zaman terciptanya Nabi Adam lagi jin & syaitan ni dah membenci kita umat manusia. Tak puas hati & dengki sebab merasakan diri dia lagi mulia jika dibanding dengan Nabi Adam yang diciptakan dari tanah. Kalau tak, masakan Nabi Adam & Hawa pernah menjadi mangsa sehingga dicampakkan ke bumi dek kerana hasutan syaitan durjana ni.


Diorang semua memang dah lama rancang nak menyesatkan anak-anak Adam. Cuma kita saja yang lalai & leka. Sewarak mana sekalipun seseorang itu, tak akan terkecuali dari terkena & termakan dek hasutan jin & syaitan. Dia & kaum kerabatnya akan datangi kita setiap masa & di mana jua kita berada. Tapi, harus diingat. Tak semua jin itu jahat & sesat. Ada juga jin Islam yang beriman kepada Allah S.W.T seperti kita. Jadi, kita tak boleh nak pukul rata. Melainkan jin yang sememang syathona (menjauhi) dari Allah S.W.T.


Jin & syaitan ni mahluk ghaib yang susah nak nampak dengan mata kasar - melainkan mereka yang Allah S.WT buka hijabnya untuk melihat. Tapi bisikan & hasutan tu mampu menjerumuskan kita ke arah perkara yang dilaknati Allah. S.W.T. Dia bukan datang jumpa kita cakap depan-depan. Sebaliknya dia detikkan pada hati & keinginan kita supaya kita buat apa yang dia nak. Masa tengah solat dibolak-balikkan hati supaya lupa rakaat & bacaan. Di bawanya kita berkhayal sampai tak boleh khusyuk dalam solat. Waima masa tengah ambil wudhuk pun boleh dibuatnya kita rasa ragu-ragu. Dalam kita tengah nak buat ibadah tu dia masih boleh buat kerja.





Nama & Tugasnya


Jin & syaitan ni mempunyai keturunan. Setiap tugas anak-anak & cucu cicitnya menyesatkan anak-anak Adam berbeza-beza. Jom kita tengok satu persatu nama & tugas-tugas diorang.


KhanzabSyaitan yang suka menganggu anak Adam ketika melakukan ibadah. Dia akan mewujudkan sikap suka menunda-nunda & berlengah-lengah dalam berbuat sesuatu perkara yang melibatkan hal-hal ibadah. Sikap-sikap ini seterusnya mebuatkan seseorang itu sekaligus meninggalkan ibadah yang hendak dilakukan tanpa rasa serba salah. Bukan itu sahaja, syaitan yang bernama Khanzab ini jugalah yang selalu muncul mewujudkan rasa ragu & lalai ketika solat. Kadang-kadang sengaja dibuatnya kita lupa rakaat, lupa bacaan solat & macam-macam lagi gangguan yang boleh menganggu kekhusyukkan solat kita.


"Apabila seorang diantara kamu melaksanakan solat, syaitan akan menghampirinya dan dia akan membuatnya ragu sehingga dia tidak mengetahui sudah berapa rakaat dia solat. Apabila salah seorang dari kamu menemukan hal tersebut, hendalah dia melakukan sujud dua kali ketika dia masih duduk tahiyat (sujud sahwi) 


- HR Bukhari & Muslim-


WasnanWasnan ni berfungsi melemahkan otot manusia supaya sentiasa berada dalam keadaan lemah, mengantuk & bermalas-malasan. Targetnya pada mereka yang hendak/sedang melakukan ibadah. Paling kerap berlaku ketika hendak membaca Al-Quran, menghadiri majlis ilmu mahupun ketika hendak bangun mengerjakan solat Subuh. Mata akan rasa berat sahaja memanjang ketika melakukan ibadah.


Dasim (Ψ―Ψ§Ψ³Ω…) Iblis yang bernama Dasim ni memang terkenal sebagai iblis perosak rumah tangga & pemutus silaturahim antara keluarga. Selain tu, jin yang bernama Dasim ni juga gemar membuatkan seseorang itu sentiasa mempunyai nafsu berpanjangan untuk makan secara berterusan. Walaupun perut sudah kenyang. Tekak asyik lapar sahaja memanjang nak makan. Tengok makanan ini nak makan. Tengok makanan itu nak makan. Macam bela saka. Lepas tu tak habis membazir. Si Dasim ni sukakan kepada pembaziran juga.


Walhan | Syaitan yang bernama Walhan ni suka membuatkan seseorang itu berasa was-was. Perkara macam ni sering berlaku ketika hendak berwuduk & bersuci - . Selain itu, dia juga suka membuatkan sesorang itu berteka-teki & seterusnya mewujudkan rasa ragu-ragu. Bukan sahaja dalam bab-bab melakukan ibadah. Malah, dalam bab akidah pun dia boleh timbulkan keraguan yang menyesatkan.


Zalanbur (Ψ²Ω„Ω†Ψ¨ΩˆΨ±) Penah dengar - "Membazir itu amalan syaitan". Inilah syaitannya. Diberi nama Zalanbur. Syaitan sejenis ni akan wujud bagi menghasut pembeli & penjual ketika berurus niaga. Yang membeli akan dihasut supaya bersikap boros & membazir ketika berbelanja. Manakala, bagi yang peniaga pula akan dihasut supaya menipu dalam urusan jual beli & perniagaan - menipu dalam timbangan, menjual barangan tiruan, menipu harga & sebagainya. Jangan ingat tak ada yer.


Iblis
Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus - Surah Al-A’raf: 16


Tibbir (Ψ«Ψ¨Ψ±) | Syaitan batu api yang sentiasa membuatkan seseorang tu sentiasa beremosi, mudah marah & cepat melenting. Mereka yang terkena bisikan & hasutan Tibbir ni memang sukar ditenangkan. Cara bercakap pun asyik nak memaki-maki. Tak ada sopan santun & tertib langsung bila bercakap dengan orang. Bahaya kalau bergaduh & bertikam lidah dengan orang yang terkena hasutan Tibbir ni. Takut bertikam lidah & bergaduh sampai berbunuh.


A'war (اعور)  | Syaitan yang menggoda anak Adam melakukan penzinaan dengan encetuskan sifat ghairah antara lelaki & wanita untuk berbuat maksiat & kejahatan. Tak kira sebelum berkahwin mahupun selepas berkahwin. Selain itu juga, A'war ni juga akan menghiasi seseorang ajnabi (lelaki mahupun wanita) supaya kelihatan cantik & menarik dimata ajnabi-ajnabi yang lain. Kewujudhan A'war ini juga mampu menjadikan pasangan yang sudah berkahwin melakukan kecurangan dengan pasangan masing-masing.


Masauth (Ω…Ψ³ΩˆΨ·) | Jin yang gemar menghasut manusia agar suka mengadu domba, mencampuradukan berita benar & palsu, menyebarkan fitnah, mencaci maki melalui lisan mahupun perbuatan. 


Abyad | Syaitan yang bernama Abyad ini suka mengganggu & membolak-balikkan ahli agama agar timbul perasaan sombong, ego & jumud dalam diri. Suka berdebat & berasa diri lebih berilmu, hebat & mulia berbanding orang lain.


SyabruSejenis syaitan yang suka duduk didalam saluran darah & suka menghasut secara dalaman sehingga seseorang tu melakukan kejahatan & kemaksiatan. Orang yang terkena dengan jin ni mudah menerima rangsangan & hasutan dari jin-jin lain.


Thabur | Ditugaskan untuk menghasut umat manusia yang ditimpa musibah. Mereka yang terkena hasutan ni akan menjadi manusia yang tidak redha dengan ujian yang Allah berikan. Contohnya - meratapi pemergian orang yang telah meninggal dunia, menyalahkan takdir & tidak berlapang dada dengan nasib malang yang menimpa diri sendiri.


BERTAUBAT ANDAI TERSASAR | Kalau ikutkan, bala tentera jin & syaitan ni ramai sebenarnya. Yang Syu senaraikan ni mungkin cuma sebahagian sahaja berdasarkan pembacaan Syu. Selebihnya hanya Allah S.W.T sahaja yang Maha Mengetahui. Kita sebagai manusia hanya perlu bekalkan diri dengan pendinding yang mampu menghalang jin & syaitan ni dari membolosi gawang keimanan kita. Andai tersasar, pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita. Insyallah, Allah S.W.T Maha Pengampun & Penyayang pada hamba-hambanya. Setiap manusia itu pendosa & memang tak terkecuali dari melakukan kesilapan. Selebihnya tawakal & berserah sahaja pada Allah S.W.T.





SUMBER RUJUKAN


Mengenal Nama Anak Iblis Beserta Tugasnya - kalam.sindonews.com

10 Jenis Jin dan Tugasnya, Ada yang Bertugas Membuat Ngantuk Lho! - Pop Mama

Rujukan Ayat Al-Quran & Terjemahan - Tafsir & Surah.my

Gangguan Syaitan Dalam Solat - Ikhtiar Syifa

Kenali 6 jenis tentera iblis bersama godaan maha dahsyat untuk bawa manusia ke neraka - Mstar


Jin & Syaitan : Ketahui Nama & Tugasnya Dalam Menyesatkan Anak Adam

Januari 13, 2022

Kreatif Sangat! Paling Suka Versi Bubur Lambuk 😍

Happy

Agar-agar Bandung : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan


Kuih Talam Keladi : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Es Buah : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Ayam Percik : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Puding Buih : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Apam Balik : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Fruits Cocktails : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Putu Piring : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Air Soya Cincau : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Murtabak : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Laksa : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Nekbat : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Kuih Sagu : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Puding Diraja : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Pulut Panggang : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Bubur Lambuk : Rekaan Baju Inspirasi Dari Makanan

Kreatif Sangat! Paling Suka Versi Bubur Lambuk 😍

Januari 13, 2022

Januari 10, 2022

Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara

Alor Setar, Kedah


Rancang Lain. Perginya Tempat Lain|  Hari Rabu & Khamis lepas, Syu & encik suami luangkan masa bersama pergi jalan-jalan. Kalau ikutkan pelan asal nak ke Pulau Pinang sahaja. Tak sangka di saat-saat akhir tukar haluan bercuti ke Kedah & Perlis. Tapi, kami berdua tak sempat cover semua kawasanlah. Lagipun petang Rabu tu kami gerak dah agak lewat juga. Sampai di Alor Setar pun dalam pukul 12 tengah malam. Kerja gila kan. Itu pasal sebelum bertolak kitaorang berdua masing-masing tapau KOPI CANDU terlebih dahulu buat ubat hilangkan mengantuk 😁. Sejujurnya kitaorang berdua memang padu teruk terkena candu. Bayangkanlah, sepanjang perjalanan ke Utara kitaorang berdua tak rasa mengantuk langsung. Sesuai sangatlah nama kopi tu Kopi Candu πŸ˜‚.


Ambil dari tepi jer. Malas nak jalan ke tengah menara nun πŸ˜›.


Di Alor Setar kitaorang tak ada buat aktiviti apa sangat pun. Lagipun kitaorang sampai pun dah malam. Jadi hanya sekadar ronda-ronda ambil angil malam sahaja. Sempatlah ambil beberapa keping gambar di Menara Alor Setar sebagai bukti ada jejakkan kaki ke sini 😁. Lepas ronda-ronda & tapau bekalan masa depan di Bandar Alor Setar, kami berdua laki bini pun bergeraklah menghala ke Bandar Changloon. Check in hotel budget di sana.



Kalau ikutkan kitaorang berdua cadang nak tidur dalam kereta jer. Tapi dek kerana memikirkan faktor keselamatan, ada baiknya kami berdua tidur di hotel. Berapa sangatlah harga semalaman pun. RM50 jer. Bukan apa, saja & sengaja menginap hotel di Bandar Changloon ni sebab esoknya kami merancang nak ke Padang Besar untuk sesi cuci mata & cuci poket (Poket encik suami yang pasti 🀣) . Dengar cerita dari kawan-kawan & saudara mara, segala baju, gebo (selimut) , periuk belaga semuanya murah-murah dekat sana. Betul atau tak. Syu sendiri pun tak berapa pasti. Sebabnya, Syu sendiri pun tak pernah pergi ke Padang Besar. Selalu mak Syu jer pergi ke sana jalan-jalan ikut rombongan.





Padang Besar, Perlis


Encik suami pulun lah cakap dua ketul gunung kat depan tu tempat Mok Cun berlakon. Syu gelakkan jer. Padahal kawan tu jauh duduk kat Kodiang nun πŸ˜‚.


TAK ADA APA DI BUKIT KAYU HITAM | Keesokan paginya, lebih kurang dalam pukul 10 pagi kami berdua pun bersiap-siaplah untuk check out hotel. Sebelum bergerak ke Padang Besar, encik suami sempat bawa Syu ronda-ronda cuci mata ke Bukit Kayu Hitam. Katanya ada Kompleks Bebas Cukai. Sampai sana. Huh, tak ada apa!! Yang Syu nampak cuma RTD Border Control Station yang rupanya macam Tol Plaza. Dekat situ ada Pegawai Imigrisen jaga kenderaan & orang keluar masuk sempadan Thailand- Malaysia. Selebihnya ada lah beberapa banggunan yang duduk dekat tepi-tepi. Kompleks Imigrisen agaknya πŸ˜‚. Bila tengok macam tak ada apa. Kami berdua pun bergeraklah ke Padang Besar terus.



PADANG BESAR, I'M COMING!! | Alhamdulillah, sepanjang perjalanan cuaca elok sangat. Jalan pun tak berapa nak sibuk. Memang lancar jer perjalanan kitaorang berdua dari Bandar Changloon ke Padang Besar. Sesampai di Padang Besar, kami singgahlah ke Arked Niaga Padang Besar terlebih dahulu. Parking masuk dekat kawasan parkir berhampiran arked - Kena bayar RM3. Pada yang belum pernah menjejakkan kaki ke Padang Besar macam Syu, untuk pengetahuan korang di dalam arked ni ada terdapat banyak kedai-kedai yang jual barang-barang seperti pekakasan dapur, pakaian lelaki & wanita, telekung, beg & kasut. Di bahagian luar arked pula kebanyakkan peniaganya menjual makanan-makanan kering seperti minuman, kekacang, snek & makanan ringan.


Nak kata murah sangat barang-barangnya tak juga. Lebih kurang jer harganya macam yang ada jual dekat tempat Syu πŸ˜…. 


Cadang nak beli bag Akademi Fantasia sebiji dua. Tapi, bila tengok saiznya macam kecil jer. Terus batalkan niat nak berbeli πŸ˜Œ.


Tak banyak tempat pun Syu pergi di Padang Besar ni. Nak berbeli barang pun barangnya dah lebih kurang jer macam barang-barang yang ada di Kelantan πŸ˜…. Tapi, Syu sempatlah juga sambar 2 helai selimut buat back up di rumah. Corak selimutnya cantik sangat. Kain pun lembut. Jadilah buat spare dekat rumah barang sehelai dua. Mana tahu esok lusa ada tetamu datang bertandang. Boleh juga diorang pakai masa nak tidur. Selebihnya ada juga Syu beli kacang Koh-Kae dalam 3 tin & jersi 2 pasang buat kitaorang berdua laki bini pakai sedondon. Jarang kitaorang berdua beli baju sedondon tau. Kali ni dekat Padang Besar nekad nak beli juga. Bukan mahal mana pun. RM10 jer sepasang 😁.


Cantik sangat. Dapatlah ngepau encik suami dalam dua helai πŸ˜. 


Puas cuci mata di Arked Niaga Padang Besar, kami berdua pun masuk pula ke Padang Waremart. Dekat sini kawasannya macam besar sikit jika dibandingkan dengan arked yang Syu pergi tadi. Pilihan untuk mengoyakkan duit pun banyak πŸ˜‚. Tapi, Syu tak beli pun. Macam Syu bagitahu awal-awal tadi. Barang-barangnya lebih kurang macam yang ada di Kelantan.



By the way, sekiranya korang lapar. Di kawasan luar Padang Waremart ni ada warung-warung kecil yang berniaga makanan & minuman. Ada banyak pilihan makanan citarasa Thai yang korang boleh makan di warung-warung ni. Dari segi harga, Syu tak pasti mahal atau tak sebab Syu sendiri pun tak menyinggah makan dekat situ. Sibuk ambil gambar punya pasal sampai hilang lapar πŸ˜†. Lepas jalan-jalan cuci mata di Padang Besar kami berdua pun bergerak balik ke Perak. Cadang nak menyinggah ke Tanjung Dawai cari buah tangan. Tapi, macam malas pula nak menyinggah. Lain kali sajalah. 


Ada banyak lagi kedai-kedai dekat dalam Padang Waremart ni sebenarnya. Tapi, cuma ini jer yang sempat Syu snap 🀣. 

Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara

Januari 10, 2022

Januari 09, 2022

Mimpi Menjadi Realiti

Dream girl


MIMPI MENJADI REALITI


 Dunia ini

Banyak rintangan

Penuh cabaran hidup

Tatkala ini

Aku mencari

Sebuah destinasi

Yang kini belum pasti



Aku mula mengorak langkah

Mencari sesuatu yang ku impikan

Demi kebahagian hidup

Aku tidak mengaku kalah kepada takdir



Sungguh pun ombak memukul pantai

Lautan ku redah

Tidakkan ku  gundah

Sebaliknya aku melangkah

Tidak putus segala hasrat

Tinggi menggunung

Yang keruh ku curahkkan

Yang baik  ku jadikan teladan



Kini 

Aku berdiri megah

Bersama sinaran yang cerah

Tatkala ini aku terngadah

Segala mimpi

Menjadi realiti




[Nota jemari : Sajak ni Syu pernah pertandingkan ketika  menyertai Pertandingan Sayembara Puisi peringkat Negeri Perak. Tapi dapat tempat ke-4 jer πŸ˜‚.  Sajak ni kemudiannya dijadikan lagu & diabadikan di  dalam rekod simpanan Perpustakaan Awam Negeri Perak. Ada dapat satu salinan untuk simpanan. Tapi, Syu sendiri  tak tahu letak mana πŸ˜†]

Mimpi Menjadi Realiti

Januari 09, 2022

Januari 08, 2022

Warung Bakso Olala : Bakso Tepi Lombong

MONDAY BLUES IN FRIDAY | Salam hujung minggu sahabat maya. Ini alkisah semalam. Nak create entri tapi malas. Hari ni baru ada kelapangan nak menulis dalam blog. Itupun paksa diri juga sebab tak nak post cerita basi πŸ˜‚. Kalau ikutkan semalam rasa mengantuk & malas yakhamat nak masuk kerja. Almaklumlah, ambil cuti hari Rabu & Khamis. Nak masuk kerja hari Jumaat macam liatlah sikit.


Walaupun badan di tempat kerja. Otak nun jauh kat Padang Besar lagi πŸ˜‚. Mood nak kerja tu memang jauh ke laut. Silap Syu juga sebenarnya. Sepatutnya Syu mohonlah cuti terus sampai hari Jumaat yedak? Tak memasal Monday Blues di hari Jumaat πŸ˜…. 



Jenuh melayan mata gara-gara tak nak bagi terlelapπŸ˜…. Dah lah komputer Syu di pejabat buat hal masa hari Jumaat hari tu. Satu hapah kerja tak boleh buat. Makanya, untuk hilangkan bosan & mengantuk, menghadap telefon lah solusinya. Sambil-sambil godek-godek telefon tu sempat jugalah Syu jenggah FB baca komen-komen netizen & tengok cerita sensasi terkini. Apa boleh buat. Nak bagi hilang bosan. Layankan sajalah. 


Warung Bakso Olala | Warung Tepi Lombong
Warung kecil & comel duduknya betul-betul tepi lombong 😁. 


WARUNG TEPI LOMBONG | Nak dijadikan cerita, masa Syu godek-godek FB tadi Syu terperasan satu post akak seorang ni di laman FB Station 18 Ajerr. Rupanya dia tuan empunya kepada Warung Bakso Olala πŸ˜. Berdasarkan komen orang ramai. Dengar cerita Bakso & Air Buah Segarnya sedap. Bila dengar - ORANG CAKAP SEDAP. Apa lagi. Laju jer ajak officemate pergi lepak sana untuk makan tengahari. Lagipun tempat makannya tak jauh pun dari tempat kitaorang berdua kerja. Jadi, sejam waktu rehat tu memang kira cukuplah untuk kitaorang bertepek di kedai akak ni. Jadinya, untuk makan tengahari semalam, Syu & officemate singgah makan di Warung Bakso Olala. Saja nak tahu sejauh mana kesedapan makanan yang ada dekat warung ni.


Warung Bakso Olala | Warung Tepi Lombong
Damai jer rasa. Sambil makan sambil tengok. Pemandangan lombong 😌. 


Kalau nak tahu, lokasi Warung Bakso Olala ni agak terpencil sikit tempatnya. Duduknya betul-betul dalam kawasan kampung depan rumah orang. Syu ada cuba juga cari nama warung ni di dalam Google Map. Tapi, tak ada. Even petanya pun tak up-to-date πŸ˜…. Bila kurun punya peta pun tak tahu. Lepas WhatsApp tuan kedai, baru Syu tahu lokasi sebenar kedai ni dekat mana. Nasib Syu familiar dengan jalan di kawasan Kampung Seri Kinta ni. Kalau tak, jenuh bercari tak jumpa πŸ˜…. Memandangkan lokasi Warung Bakso Olala ni tak ada di dalam Goggle Map. Jadi,  Syu dah tambahkan lokasinya supaya senang korang nak cari. Yang pasti, warung ni terletaknya betul-betul di tepi lombong Lorong 11 Kampung Seri Kinta. Warungnya memang kecil & comel jer



TEMPAT TERHAD | Pada yang nak datang makan kat sini, Syu nasihatkan korang datang dengan menaiki motor sahaja. Sebabnya kalau korang bawa kereta, tempat letak kenderaannya terlampau sempit πŸ˜…. Almaklumlah, jalan kampung. Kalau nak parking, korang terpaksa letak kereta betul-betul dekat bahu jalan atau pun tumpang letak kereta sekejap dekat depan rumah orang - Itupun kalau orang bagi 😁. Di warung ni tempat duduknya agak terhad juga. Hanya boleh memuatkan tak sampai 15 orang pelanggan sahaja. Tapi, kalau tak nak makan dekat sini pun boleh. Korang boleh pilih untuk takeaway πŸ˜‰πŸ’•. 


Warung Bakso Olala | Bakso & Air Buah Segar
Memang layan perkena dua-dua menu ni πŸ˜‹. 


Makan di sini memang seronok. Tempatnya santai & damai jer. Sambil makan Bakso & Air Buah Segar, korang boleh cuci mata tengok lombong kecil yang ada ditengah-tengah kampung Seri Kinta ni. Walaupun lombongnya nampak kecil. Di dalamnya usah dikenanglah. Memang banyak ikan. Sepat ronggeng & tilapia besar-besar. Kalau bawa batang pancing memancing dekat sini pun seronok. Tapi, dengan konsep catch & release sajalah. Ikan lombong. Almaklumlah. Hanyir sikit πŸ˜‚.


Warung Bakso Olala | Warung Tepi Lombong


AIR BUAH SEGAR SEDAP | Secara keseluruhannya, makanan di Warung Bakso Olala ni memang sedap. Terutamanya Air Buah Segar ni. Sejuk & layan jer bila lalu kat tekak. Isi banyak. Buah yang diletak dalam air ni pun boleh dikatakan buah yang mahal lah juga - Tembikai susu, buah naga & tembikai merah.



Selain buah segar, ada juga diletakkan bahan lain seperti Nata de Coco, agar-agar , lengkong, biji selasih & susu cair. Untuk pilihan sirap buah, korang boleh pilih sendiri samada nak letak perisa strawberi, pandan, laici, markisa ataupun tembikai susu. Pada Syu, harga RM5 semangkuk tu boleh dikatakan murah jugalah sebenarnya. Memang berbaloi & ada kemungkinan untuk Syu singgah sini lagi untuk repeat order πŸ˜‹πŸ’•.


Warung Bakso Olala | Fresh fruits cocktails
Air buah segar ni Syu pilih untuk letak sirap berperisa buah markisa. Memang sedap. Ada rasa masam manis πŸ˜‹πŸ’•. 

Warung Bakso Olala : Bakso Tepi Lombong

Januari 08, 2022

Januari 06, 2022

Kopi Candu : Padu & Syahdu

Kemarin sengaja mohon cuti nak pergi cuti-cuti Malaysia ke Kedah hari ni 🀣. Saja nak habiskan sisa-sisa cuti tahun lepas & ambil angin bersama yang tercinta. Sebelum bergerak ke Kedah, Syu singgahlah sekejap perkena secawan dua kopi yang baru viral beberapa hari ni. Kopi Candu namanya! Nama lain macam kan. Itu yang nak cuba tu. Nak tahu juga sejauh mana kecanduannya sampai beratur panjang orang berbeli 🀣. 


Nama boleh tahan mengancam 😎. Harap tak kecanduan lepas minum. 



Actually, masa balik kampung ke Manjung minggu lepas ada ternampak kedai kopi ni. Tapi, tak berkesempatan nak menyinggah sebab ramai sangat orang datang berbeli. Tertanya-tanya juga sejauh mana kepaduan Kopi Candu ni sampai jadi buah mulut orang. Memandangkan cawangannya dah dibuka secara rasmi di Station 18 Isnin lepas. Apa lagi. Berkopi candulah kita hari ni 😁.


ADA PILIHAN LAIN UNTUK YANG TAK SUKAKAN KOPI | Untuk pengetahuan korang di kedai Kopi Candu ni bukan setakat air kopi sahaja yang dijual. Ada juga minuman lain selain kopi. Pada yang kurang gemar dengan kopi, korang boleh cuba diorang punya Frapee & Refreshing Drinks. 

 

Dari segi harga, harganya masih mesra rakyat 😁. Yang pasti lagi murah dari stabak 🀣


TERNYATA PADU & SYAHDU | Sejujurnya kopi di Kopi Candu ni memang padu & syahdu. Sekali cuba memang akan ketagih nak cuba lagi. Macam terkena candu 🀣. Memang kenalah dengan nama dia. Signature Kopi Candunya memang pekat likat melekat. Ditambah pula dengan taburan kacang almond & sedikit curahan Nutella. Yang ini memang Syu galakkan korang cuba bila datang ke kedai Kopi Candu ni. Rasanya memang tak mengecewakan. Ini kalau dapat perkena pagi-pagi sebelum pergi kerja memang terangkat. Syu minum Kopi Candu ni sepanjang perjalanan nak ke Kedah memang tak mengantuk langsung. Memang kuat penangannya. Sesuai sangat kalau nak jadikan ubat hilang mengantuk πŸ˜‚. 



ADA IRAS-IRAS ESC | Bila fikir-fikir balik, dia punya Signature Kopi Candunya lebih kurang rasa macam Caramel Machiato di Espresso Street Coffee (ESC) yang Syu cerita hari tu. Sedap sangat. Memang terasa kepaduan kopinya πŸ˜‹πŸ’•. Kalau korang datang JJCM (Jalan-jalan cari makan) di Ipoh atau Manjung, wajib singgah berbeli kopi di Kopi Candu ni. Kedai kopinya beroperasi dari jam 1 petang hingga 9 malam. Okey done sembang pasal kopi yang Syu beli semalam. Hari ni nak ronda-ronda Kedah sekejap . Kalau sempat, nak cuba lajak ke Perlis sekali 😁.  Nanti dah balik Syu cerita  dekat entri yang seterusnya - Ronda-ronda Cuci Mata Ke Utara. Kalau ada kerajinan πŸ˜†.


Yang Syu beli ni Signature Coffee Kopi Candu & Caramel Machiato. Dua-dua ni memang terangkat bila minum πŸ˜‹πŸ’•. 

Kopi Candu : Padu & Syahdu

Januari 06, 2022