Lagu Mujahidin Palestin Yang Menusuk Kalbu

Oktober 25, 2023


Ada satu lagu mujahidin Palestin ni buat Syu meremang sangat bila dengar. Tak pasti apa tajuknya. Tapi, bait-bait liriknya sangatlah puitis & menusuk kalbu Syu 💔 . Setiap kali lagu ni fyp di TikTok. Hati Syu ni rasa berkobar-kobar. Pada masa yang sama, rasa sebak macam dihiris-hiris pun ada juga. Bukan apa, sedih tengok keadaan yang dihadapi saudara seislam kita di sana 😔.



Jujur Syu cakap. Siapa pun yang mendengar & hayati setiap lontaran ayat lagu tu mesti automatik akan menangis. Ada yang kata lagu ni lagu kebangsaan Palestin. Tapi, bila Syu buat carian di Google. Lagu lain pula yang keluar. Kalau korang nak dengar lagunya macam mana korang boleh KLIK SINI. Apa-apa pun, jom Syu share lirik lagunya macam mana. 



Salam sejahtera dari senjata kami

Kepada kalian pelindung sebuah keagungan

Kalian adalah perisai pelindung kami

Dan kalian adalah lembayung yang menaungi kami

Tatkala seluruh dunia ini menghimpit kami

Tangan-tangan kami kalian kukuhkan

Demi menenun sinar fajar buat umat kita

Meskipun era ini seperti malam yang kelam

Wahai rakyatku

Wahai keluargaku

Wahai seluruh rakyat Palestin

Dikaulah sarung untuk pedang kami!


Comments

  1. Lagu2 dorang bila dengar boleh meremang…sebab semangatkah? Atau sebab suara yg penuh semangatkh? Entahla

    Semoga Allah hantar tentera2Nya untuk membantu saudara kita disana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meremang pun ya. Menitik air mata pun ya juga Ammi. Lagi2 kalau dah faham liriknya. Hu3.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!